• Model kurikulum dikatakan satu proses yang mempunyai ciri
berikut. • Aktif • Dinamik • Bukan sesuatu yang berbentuk fizika • Melibatkan interaksi antara guru, murid dan ilmu yang disampaikan. Prinsip-prinsip Kurikulum
• Pemilihan kandungan-apa yang diajar, apa yang dipelajari.
• Pemilihan strategi mengajar- bagaimana diajar, bagaimana mempelajari sesuatu. • Membuat keputusan mengenai urutan kandungan yang akan diajar. • Pelaksanaan kurikulum dalam konteks sekolah, murid dan persekitaran yang berbeza. Pembentukan Model Kurikulum Stenhouse
Kurikulum sebagai proses;
Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan; Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai; Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang diperkenalkan oleh Aristotle; Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan cirri-ciri usul Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan. Model Stenhouse
Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus, meneliti
secara empiris serta dapat dijadikan asas menjustifikasikannya. Proses Perancangan: i. prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari ii. prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar dan dipelajari iii. prinsip menentukan susunan pengajaran iv. panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam konteks sekolah yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi rakan sebaya dan persekitaran v. maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai konteks situasi dan pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut; • justifikasi : pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal • selia; • melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan • pengajaran ( suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada • hipotesis yang boleh diuji : menggalakkan pengujian secara kritis • dan bukan menerima secara membuta tuli ; ia bukan sebagai • kurikulum pukal yang direkabentuk dengan tujuan untuk • disampaikan di mana-mana sahaja); Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting dan bukan untuk mendefinisi fiturnya. Apa yang penting menurut model teori dan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan berkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi dan bukannya menentukan objektif tingkah laku yang ketat ; dan Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar. Mereka perlu sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya ialah terhadap proses interaksi (perubahan tumpuan daripada pengajaran kepada pembelajaran: bagi guru, proses pembelajaran diberi penekanan yang utama)