Anda di halaman 1dari 18

ISU DAN CABARAN

PENGGUNAAN TEKNOLOGI
UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Disediakan oleh :
Norahimatul Azwa binti Abdul Rahim
Nurul Huda Fazlien binti Mohamed Saipon
Faathimah binti Ab Ghani
HAK CIPTA TERPELIHARA
• Hak cipta Terpelihara (Copyright) merupakan hak eksklusif yang diberi
oleh undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk kawal
pengeluaran semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan
berkenaan bagi sesuatu tempoh.
• Hak cipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai ‘hak
kepunyaan’ terhadap ciptaan mereka.
Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;

I. Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang;


II. Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga
proses penemuan;
III. Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol,
yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk
mengenal pasti produk dan perkhidmatan mereka;
IV. Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang
tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya.
Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian
multimedia tanpa melanggar undang-undang hak cipta temasuk:

I. Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah


mempunyai hak cipta;
II. Menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai status hak cipta
yang tepat atau public domain material;
III. Membina atau mencipta bahan itu sendiri;
IV. Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal.
UNDANG-UNDANG SIBER
• Undang-undang siber menerangkan mengenai isu-isu dan undang-undang
berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian. 
• Antara topik yang berkaitan dengan undang –undang siber adalah hak cipta,
privasi, dan kebebasan bersuara.
• Kerajaan Malaysia telah menggubal lima undang- undang siber khusus untuk
menghalang aktiviti jenayah siber dari berleluasa di Malaysia. Antaranya :
1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
2. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998
3. Akta Tandatangan Digital 1997
4. Akta Jenayah Komputer 1997
5. Akta Teleperubatan 1997.
PLAGIAT
• Plagiarisme (Plagiarism) adalah berasaskan daripada perkataan Latin iaitu
plagiarius yang membawa maksud sebagai penculik atau perompak
(Oxford English Dictionary dalam Hansen, 2003; Barnhart (1988) dalam
Park, 2003; Rosnow & Rosnow, 1995).
• Menurut Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, &
Abdul Rahim Hamdan (2006, hlm. 21), plagiarisme didefinisikan sebagai:
"mencuri idea seseorang, atau laporan yang ditulis tanpa memberi
sebarang penghargaan (credit) yang sesuai terhadap sumbangan yang
diberikan oleh orang itu adalah mencuri hak orang."
• Faktor yang mempengaruhi Plagiarisme melalui penggunaan internet

1. Ketidaksedaran
2. Sikap Peribadi
3. Kemudahan internet
4. Ketidak yakinan diri
5. Tekanan
KESELAMATAN
• Menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah menyediakan persekitaran
pembelajaran yang selamat.
• Aspek keselamatan diri serta keselamatan peralatan dalam makmal dan
bilik perlu dipelihara
• Langkah keselamatan semasa penggunaan komputer perlu diberi
perhatian agar mengelakkan daripada risiko terkena rencatan elektrik.
• Keselamatan data dalam komputer perlu dijaga dengan menyimpan data
dalam cakera keras di samping adanya salinan dalam cakera liut atau ke
dalam storan sekunder yang lain.
Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah:

• Penipuan
• Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer
• Kecurian maklumat
• Menyalin perisian secara tidak sah
• Pengintipan
• Judi Siber
• Skim cepat kaya
• Pornografi
• Pengodam/Hacker
• Penyebar Virus
KERAHSIAAN
• Kerahsiaan yang dikaitkan dengan teknologi adalah penjagaan dan
pemeliharaan rahsia maklumat teknologi sesuatu “bahan”, alat atau
objek, bahan bertulis (seperti peta topografi, pelan, model, graf, lukisan),
dan bahan/alat yang mengandungi suara (seperti pita perakam), filem,
negatif atau alat-alat yang mengandungi imej yang boleh dihasilkan,
diperbanyak atau diulang pengeluarannya.
• Tahap kerahsiaan yang rendah akan mewujudkan konflik nilai hak
peribadi (privacy) dan kerahsiaan (confidentiality).
• Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam
penggunaan alat komunikasi seperti komputer di mana maklumat
peribadi dari segi status kewangan,insurans, kesihatan dan tempat
tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin
boleh menggunakannya untuk kepentingan diri.
KAWALAN KENDIRI
• Kawalan kendiri merupakan suatu ikhtiar atau kehendak diri terhadap
tingkah laku, tindakan dan proses-proses pemikiran.
• Kawalan kendiri berpusatkan kepada kebolehan seseorang untuk
menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat
tindakannya.
• Semasa melayari laman web, seseorang perlu berkebolehan untuk
mengawal diri daripada melayari bahan yang menyalahi undang-undang
atau kod etika serta disiplin diri. dalam menentukan keutamaan
mencapai keseimbangan, integriti dan kualiti hidup sebagai warganegara,
ahli masyarakat, pelajar dan pekerja.
CABARAN APLIKASI TEKNOLOGI
TERKINI DALAM PDP
KESEDIAAN GURU DAN PELAJAR

• Guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadap komputer


berbanding guru yang lebih berusia.
• Guru-guru yang berusia enggan untuk berubah ke arah pengintegrasian
komputer di sekolah berbanding guru-guru baru yang lebih mesra dengan
teknologi maklumat
• Guru tidak memahami bagaimana hendak menggabungkan kemahiran
komputer dengan pengajaran di kelas.
SOKONGAN ORGANISASI
• Kementerian
Kursus Dalam Perkhidmatan Bestari sedikit sebanyak mendedahkan dan
menerangkan kepada guru-guru terpilih agar mempunyai kemahiran,
pengetahuan, dan teknik berkaitan teknologi.
Hal ini bertujuan supaya guru-guru terpilih ini dapat memandu serta
memberi galakan kepada guru-guru lain supaya mahir dalam aplikasi
teknologi dalam pendidikan memandangkan pembangunan Sekolah
Bestari
Sekolah Bestari menekankan kepada enam komponen utama iaitu,
pengajaran dan pembelajaran (P&P), sistem pengurusan Sekolah Bestari,
polisi, sumber manusia, kemahiran dan sikap, teknologi, dan proses.
SEKOLAH DAN PENTADBIR

Kedua-dua pihak ini memainkan peranan yang amat penting dalam


mempengaruhi penggunaan teknologi oleh guru-guru
Seharusnya sekolah mempunyai kelengkapan memandangkan ia
merupakan tempat khusus dalam mempelajari ilmu baru yang
bersistematik.
Antara aspek yang menjadi keperluan ialah kebolehcapaian dan fungsi
peralatan dan akses, kemudahan yang disediakan, lokasi, pengurusan
oleh organisasi, dan program latihan.
KESEDIAAN TEKNOLOGI
• ICT dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal,
• Meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang,
• mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi,
• Di samping meningkatkan minat dan perhatian. Banyak konsep asas
dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui
program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer
multimedia
• Bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan
yang terdapat di seluruh dunia
• Pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan
pantas dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi
kegunaan pelajar dan guru.
PIAWAIAN ISTE (INTERNATIONAL SOCIETY
FOR TECHNOLOGY IN EDUCATION)
• Tujuannya ialah untuk menggalakkan kecemerlangan dalam pengajaran
dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi inovatif bagi memacu
keberkesanan kepimpinan dan mengubah pendekatan pedagogi dalam
kalangan pendidik.

• Memupuk kompetensi digital yang kukuh dalam kalangan pelajar sekolah


dan membentuk mereka sebagai kumpulan bakat masa depan kita