TAMADUN ASIA NAMA PENSYARAH: PUAN HJH DAYANG MASBAH BINTI ABANG MOHD AMIN NAMA PEMBENTANG: AHMAD LUTFIL HADI BIN MOHD YUSOF AMIN KHALILI BIN IBNU KHATTAB MOHAMAD IKMAL HAKIM BIN MOHD SUHAIMI ROSIMAH AYU BINTI MOHD NOOR NURUL FIRZANAH HAZIMAH BINTI MOHD FUAD Kelahiran Tamadun Islam • Kelahiran tamadun Islam agak berbeza dengan tamadun- tamadun lain. Tamadun islam lahir di kawasan padang pasir yang kontang. Manakala tamadun lain lazimnya bermula di kawasan lembah sungai • Peranan manusia sangat penting dalam pembinaan tamadun Islam. Rasulullah telah mengambil masa selama 13 Tahun bagi membentuk personaliti Muslim yang unggul • Wajah tamadun Islam mula bersinar di Madinah dan ia berjaya membuktikan kpd dunia bahawa Islam adalah cara hidup yang unik dan sempurna. Faktor Kelahiran Tamadun Islam • Islam menekankan akidah dibina atas keyakinan berasaskan ilmu. Kemantapan akidah adalah teras pembangunan tamadun manusia. • Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan penggunaan akal dalam mencari kebenaran. • Berfikir amat perlu dalam mencari kebenaran dan tidak boleh menerima sesuatu secara jahil. • Al-Quran merangkumi segenap ilmu yang tidak akan dihabis ditimba manusia. • Al-Quran dan Sunnah sentiasa menggalakkan umat islam untuk mendalami perlbagai bidang ilmu. Perkembangan Tamadun Islam • Kerajaan Abbasiyah yang menguasai politik dan pemerintahan negara Islam pada tahun 750M. Dikatakan sebagai zaman kemuncak kegemilangan tamadun Islam. Di zaman inilah juga kegiatan intelektual berkembang pesat. aktiviti-aktiviti penterjemahan dan komentar ilmu pengetahuan asing khususnya Greek telah dilaksanakan secara berperingkat- peringkat. • Bidang-bidang keilmuan yang terlibat ialah perubatan, astronomi, matematik, kimia, falsafah dan sebagainya. antara tokoh ilmuwan yang masyhur dan terlibat secara langsung dalam kegiatan tersebut termasuk Hunayn bin Ishaq(m.873M). Abu Nasr al-Farabi (m.950M). yahya bin Adi (m.974M) dan lain-lain. • Dalam zaman Abbasiyah juga lahirnya para ilmuan Islam yang terulung seperti Inb Sina (m.1037M) iaitu seorang tokoh falsafah, sains dan perubatan, Ibn al-Haitham (m.950M)tokoh fizik dan matematik dan al- Ghazali (m.1111M) tokoh falsafah dan tasawuf.
• Pertembungan yang berlaku antara tamadun Islam dan tamadun asing
pada tahap ini jelas menunjukkan bahawa tamadun Islam masih mampu mempertahankan keasliannya.
• Sumbangan tokoh-tokoh ini sebenarnya menjadi faktor kepada
penyebaran tamadun Islam ke Eropah kemudiannya diakui oleh sarjana Barat sendiri seperti W.M Watt yang mengatakan "the feeling of inferiority with which western europe confronted Islamic civilization at various facts. Islamic knowledge was superior to european at many points." • Di Andalusia tamadun Islam berkembang selama hampir 8 abad. Orang Islam yang didorongi semangat cintakan ilmu telah menjadi perintis dan pelopor kepada perkembangan tamadun di andalusia. Sepanjang pemerintahan Islam di andalus, naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan intelektual menjadi faktor penting pencapaian tamadun Islam di Eropah. • Para sarjana dari seluruh dunia Islam telah dibawa masuk ke andalus. Pada masa yang sama juga pemerintah telah menaja pelajar-pelajar untuk mendalami pelbagai bidang ilmu. Antara khalifah yg sangat dedikasi dalam bidang keilmuan ialah Abdul Rahman al-ausat(m.788M). baginda telah melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan- kegiatan keilmuwan. • Baginda telah membina universiti dan menaungi para serta memberi ganjaran dan elaun. Banyak pusat pengajian dan universiti telah didirikan di Andalus antaranya di Seville, Granada, Toledo, Valencia dan Cordova. Kecemerlangan tamadun Islam di Andalus ternyata memberi kesan kepada pemikiran masyarakat Eropah. • Sementara itu, kerajaan Uthmaniyyah Turki yang diasaskan secara rasmi sekitar tahun 1300M telah mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menguasai Constantinople pada tahun 1453M. kerajaan Uthmaniyyah berjaya melebarkan empayarnya dan pengaruh tamadun Islam hingga ke Eropah Timur. • Di India pula tamadun Islam mula bertapak dengan tertubuhnya kerajaan Ghaznawi yang diasaskan Sabuktigin pada penghujung abad ke-10M. Selepas itu terdapat bebrapa kerajaan Islam lain di india iaitu ghori, Kesultanan Delhi, khilji, Tughluq dan kerajaan moghul. • Di akhir abad ke-18, kerajaan Uthmaniyyah Turki mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan utara Afrika terlepas kepada kuasa Eropah. kerajaan Uthmaniyyah yang berdiri selama 637 tahun akhirnya runtuh apabila Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan oleh the Young Turks pimpinan Mustaffa Kamal yang kemudiannnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. masyarakat Islam yang dijajah telah gagal mempertahankan tamadun mereka dan mula diresapi ideologi sekular Barat yang sekali gus membawa kepada kemerosotan tamadun Islam. Faktor Perkembagan Tamadun Islam • Keyakinan umat terhadap ajaran Islam. • Pemerintah yang bertaqwa dan bijaksana. • Sumber ekonomi yang luas dan banyak. • Politik yang stabil. • Kegiatan ilmuan yang meluas. • Keadilan yang menyeluruh. • Keterbukaan kepada tamadun lain.