Anda di halaman 1dari 11

Definisi Komunikasi Interpersonal

• Komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi


yang berlangsung antara dua orang atau lebih baik
secara verbal mahupun nonverbal, dengan tujuan
untuk mencapai kesamaan makna.
• Komunikasi interpersonal juga boleh diertikan sebagai
proses bagaimana seseorang itu berkongsi pengalaman
dengan individu-individu lain.
• Komunikasi intersersonal ialah komunikasi antara
orang yang berlaku dalam keadaan yang membolehkan
orang membalas secara terus antara satu sama lain.
Ciri-ciri Komunikasi Interpersonal
- Biasanya berpasangan iaitu melibatkan 2 orang.
- Biasanya berbentuk :
* dialog
* bercirikan tolak ansur lisan (verbal)-
mencelah antara satu sama lain.
- Bagaimanapun , ia boleh berlaku dalam satu kumpulan
kecil apabila para peserta bertindak balas terus antara
satu sama lain sebagai individu.
Cara -Cara Komunikasi Interpersonal

• Komunikasi antara 2 Individu.


– merupakan satu bentuk dialog
– berlaku apabila seseorang berkomunikasi secara
personal terus sebagai seorang individu
– Contoh :
' Hani dan Yazid berbincang mengenai masa
depan rumah tangga mereka.
• Komunikasi melibatkan lebih 2 individu.
– Secara am terbahagi kepada 2 :
• Secara Formal
• Secara Tidak Formal

Secara Formal
- belaku apabila seseorang mengemukakan idea, perasaan,
dan maklumat 'tanpa gangguan' kepada satu kumpulan orang.
- Tidak banyak berlaku komunikasi 2 hala.
Seseorang menyuarakan sesuatu dan yang lain menjadi
pendengar.
- Contoh : 'Harith menyampaikan tazkirah dihadapan kelas
sebelum kelas dimulakan pada pagi ini'.
Secara Tidak Formal
- berlaku apabila kedua-dua pihak menyuarakan
idea, perasaan, dan maklumat.
- dengan kata lain juga, dikatakan penggunaan
'dengan gangguan' tidak mungkin akan berlaku pro
dan kontra ataupun seseorang mungkin mencelah.
- contoh : 'Siti mengatakan kepada kelasnya
bahawa wajahnya tidak saling tumpah seperti Erra
Fazira tetapi Razlan mencelah dengan mengatakan
bahawa wajah Siti seperti pembantu rumah Erra
Fazira.
Kemahiran Komunikasi Interpersonal

• Membina Hubungan
• Kemahiran memberi pehatian
• Kemahiran mendengar
Contoh Komunikasi Interpersonal
• Aapabila anda sedang bercakap melalui
telefon, dengan seseorang kawan baik tentang
pengalaman anda berada diperantauan.
• apabila anda berbincang tentang tugasan
projek anda secara individu dengan pensyarah
anda.
Definisi Komunikasi Intrapersonal
• komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang.
• seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu
perkara sebenarnya ia sedang dalam proses
berkomunikasi dengan dirinya.
• bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan,
keputusan, memberikan sebab dan akibat.
• ia boleh membawa kepada komunikasi yang lebih
efektif
Faedah Komunikasi Intrapersonal
• menjadi pemacu bentuk komunikasi yang
lainnya.
• pengetahuan mengenai diri melalui proses-
proses kaunseling seperti pandangan dan
kesedaran yang berlaku apabila berlakunya
komunikasi intrapersonal oleh diri sendiri.
Ciri-ciri Komunikasi Intrapersonal
• proses komunikasi yang terjadi dalam diri individu ( dengan
diri sendiri ).
• merupaka landasan untuk melakukan komunikasi
intrapribadi. Keberhasilan komunikasi kita dengan orang
lain bergantung kepada keberkesanan komunikasi kita
dengan diri sendiri.
• terjadi kerana pemberian makna pada objek. Objek yang
diamati mendapatkan rangsangan pancaindera kemudian
mengalami proses perkembangan dalam fikiran manusia.
• mendapatkan perhatian besar dari kalangan psikologi
behavioristik ( pemerhati tingkah laku ).
Contoh komunikasi Intrapersonal
• Muhasabah Diri
• Berdoa
• Bersyukur

Anda mungkin juga menyukai