Anda di halaman 1dari 23

PELAJARAN 7

SEGERA
BERTAUBAT
DAN
BERISTIGHFAR
AL- IMRAN 133-136
MAKSUDNYA :

AYAT 133
Dan bersegeralah kamu kepada
keampunan daripada Tuhanmu, dan
syurga yang luasnya seluas langit dan
bumi yang disediakan untuk orang
yang bertaqwa.
AYAT 134
Iaitu orang yang menafkahkan hartanya
pada masa senang dan susah, dan
yang sanggup menahan marahnya, dan
orang yang memaafkan kesalahan
orang lain. Allah menyukai orang yang
berbuat kebaikan.
AYAT 135
Dan ( juga ) orang yang apabila
melakukan perkara keji atau
menganiayai diri sendiri , mereka ingat
kepada Allah, lalu memohon ampun
terhadap dosa mereka. Siapa lagi yang
mengampuni dosa selain Allah? Dan
mereka tidak terus mengulangi
perbuatan yang buruk itu, sedang
mereka mengetahui.
AYAT 136
Orang yang demikian itu sifatnya,
balasannya ialah keampunan daripada
Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Mereka kekal di dalamnya dan yang
demikian itulah sebaik-baik balasan
untuk orang yang beramal.
SIFAT-SIFAT
ORANG BERTAQWA
1-MEMBELANJAKAN HARTA DI JALAN ALLAH SWT.
2-MENGAWAL DIRI KETIKA MARAH.
3-MEMAAFKAN KESILAPAN ORANG LAIN.
4-SEGERA BERTAUBAT APABILA MELAKUKAN DOSA
1-MEMBELANJAKAN HARTA
DI JALAN ALLAH SWT
• Mudah
membelanjakan
harta untuk kebaikan
diri dan orang lain
pada waktu senang
dan susah.
• Tidak pentingkan diri
sendiri
2-MENGAWAL DIRI
KETIKA MARAH
• Tidak bertindak
melulu mengikut
perasaan.
• Sentiasa tenang
dan bersabar.
CARA BAGI
MENGHILANGKAN KEMARAHAN

1 Mengambil wuduk
2 Membaca istiazah
3 Duduk jika sedang
berdiri
4 Berbaring jika sedang
duduk
KATEGORI ORANG MARAH

1 Lambat marah , cepat


hilang kemarahan.
2 Cepat marah , cepat
hilang kemarahan.
3 Lambat marah ,
lambat hilang
kemarahan.
4 Cepat marah , lambat
hilang kemarahan.
3-MEMAAFKAN KESILAPAN
ORANG LAIN

• Berlapang dada
walaupun orang
melakukan kesilapan
kepadanya.
4-SEGERA BERTAUBAT
APABILA MELAKUKAN DOSA

• Segera menginsafi
dan memperbaiki diri
apabila terlanjur dan
melakukan dosa.
CARA BERTAUBAT DAN
BERISTIGHFAR

1-NIAT
2-UCAPAN
3-TINDAKAN
1-NIAT
• Menyesal di atas perbuatan yang dilakukan.
• Berazam tidak mengulanginya lagi.
2-UCAPAN

• Beristighfar
• Memohon maaf atas kesalahan
terhadap manusia
3-TINDAKAN
• Meninggalkan
perbuatan dosa yang
pernah dilakukan.
• Kembalikan hak orang
lain yang diambil
seperti harta yang
dirampas.
• Meningkatkan amalan
soleh dan kebajikan.
KESAN DAN GANJARAN
ORANG
YANG BERTAUBAT
INDIVIDU
1 Menikmati ketenangan hati.
2 Mendapat kejernihan jiwa
3 Bertambah iman dan amal
soleh
4 Bertanggungjawab
terhadap ilmu, keluarga,
bangsa dan negara
MASYARAKAT
1 Hak masyarakat terpelihara dan terjamin
2 Gejala sosial berkurangan
3 Terdorong melakukan kebaikan
4 Tidak mementingkan diri
NEGARA
1 Pembanggunan negara berjalan
dengan lebih pesat
2 Pengurusan dan pentadbiran yang
telus, adil, berani,jujur dan amanah.
GANJARAN BAGI
ORANG BERTAUBAT
1 Mendapat keampunan dan
keredhaan dari Allah SWT.
2 Dimurahkan rezeki dan
mendapat pertolongan Allah
SWT.
3 Disayangi dan dihormati oleh
masyarakat.
4 Mendapat ganjaran syurga
yang penuh dengan nikmat
yang berkekalan.
PENGAJARAN AYAT
1. Manusia wajib bertaubat atas dosa dan
kesalahan yang dilakukan.
2. Orang yang bertaqwa membelanjakan harta
ke arah yang bermanfaat ketika susah dan
senang.
3. Sifat pemaaf membentuk peribadi yang
tenang dan berketerampilan.
4. Mengingati Allahdapat mencetuskan rasa
insaf dan bertaubat kepadanya.
5. Ganjaran kepada orang yang bertaubat ialah
keampunan dan dimasukkan ke syurga yang
penuh kenikmatan.

Anda mungkin juga menyukai