Anda di halaman 1dari 15

PELAJARAN 8

MENCONTOHI
DAKWAH
RASULULLAH SAW
FIRMAN ALLAH

(Surah Ali-Imran:159)
MAKSUDNYA:
Maka disebabkan rahmat Allah SWT kamu
berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati
kasar, tentulah mereka menjauhkan diri
daripada kamu. Oleh itu, maafkanlah mereka.
Mohonkanlah keampunan bagi mereka dan
bermesyuaratlah dengan mereka dalam
urusan itu. Kemudian, apabila kamu
membulatkan tekad, maka bertawakkallah
kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT
menyukai orang yang bertawakkal.
MENCONTOHI DAKWAH
RASULULLAH SAW
1-LEMAH LEMBUT

• Dari segi pertuturan,pergaulan dan tindakan.


• Menyebabkan orang kafir tertarik kepada
orang Islam
• Contoh: Orang musyrik yang berhati keras
dan menentang dakwah Rasulullah SAW
berubah, beriman dan cinta kepadanya
setelah mengenali peribadi luhur baginda.
2-PEMAAF

• Rasulullah SAW memaafkan kesalahan


yang dilakukan kepada Baginda
• Tidak menyimpan perasaan dendam.
• Sentiasa berdoa supaya mereka
dikurniakan hidayah dan menerima
Islam.
3-MEMOHON KEMPUNAN
UNTUK ORANG LAIN

• Rasulullah SAW amat prihatin terhadap


masa depan umatnya
• Dalam perang Uhud,Rasulullah SWT
cedera parah tetapi beginda tetap
berdoa untuk umatnya:
4-MESYUARAT

• Bermesyuarat dengan para sahabat ketika membuat


keputusan penting yang tiada ketetapan daripada Al-
Quran.
• Contoh:Dalam perang Khandak,Rasulullah SAW
menerima cadangan Salman Al-Farisi supaya
menggali parit sebagai kubu menghadapi serangan
musuh.
• Matlamat bermesyuarat:Keputusan yang diambil
adalah keputusan yang terbaik dan dapat memberi
kepuasan kepada semua pihak.
• Hendaklah mendengar,menghormati dan menerima
pandangan orang lain.
5-BERTAWAKAL DALAM
PELAKSANAAN
• Dalam perang Badar,Rasulullah SAW
kekurangan senjata dan tentera
• Menghadapi tentera musyrikin tiga
kali ganda lebih besar jumlahnya
• Mencari tempat strategik, bersabar
dan bertawakal kepada Allah SWT.
• Berjaya menewaskan tentera
Musyrikin
SIFAT-SIFAT LAIN YANG PERLU
DIMILIKI OLEH PENDAKWAH
1-MENEPATI JANJI
• Orang akan lebih mempercayai
pendakwah
2-MENGUTAMAKAN ORANG LAIN
• Supaya lebih dihormati
3 MENERIMA JEMPUTAN DAN UNDANGAN
• Membuka peluang kepada pendakwah
berdakwah dan mengenal antara satu sama
lain.
4-MENYIMPAN RAHSIA
5-RAMAH MESRA
• Sikap ramah mesra memudahkan dakwah
yang berkesan
6-MENGHARGAI SEBARANG PEMBERIAN
• Supaya si pemberi rasa dihargai
HIKMAH TAWAKAL DALAM
PELAKSANAAN KEPUTUSAN
1-Berusaha meningkatkan
BERSAMA
prestasi kerja supaya mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang
2-Bersifat tawaduk iaitu merendah
diri ketika menerima sesuatu
kejayaan
3-Bersyukur dan menikmati
kejayaan bersama
4-Tenang dan tabah menerima
kegagalan tanpa menyalahkan
orang lain, sebaliknya
mengadakan muhasabah
bersama untuk mengetahui
kelemahan dalam pelaksanaan
PENGAJARAN AYAT
• Sifat pemaaf dan memohon keampunan
adalah asas penting dalam menentukan
kejayaan dakwah.
• Mesyuarat dan perbincangan dengan
cara yang sistematik amat penting
dalam membuat sesuatu keputusan.
• Setiap umat Islam wajib berdakwah
mengikut kemampuan masing-masing.
• Tawakkal kepada Allah adalah
keistimewaan umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai