Anda di halaman 1dari 34

Proses Pembudayaan dalam

kehidupan masyarakat Malaysia


a) Asimilasi
• Asimilasi merupakan satu proses percantuman
dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi)
asimilasi ialah satu proses dalam mana
kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan
dan bertindak secara berlainan, menjadi satu
dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
a) Asimilasi
• Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan
formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili
golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan
etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama,
bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka
(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan
cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku
keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.
a) Asimilasi
• Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya,
asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan
anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku
apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan
etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.
Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada
kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka
dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti terdapat
banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan
kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan
etnik minoriti. Sebagai contoh, Menurut Koh Kim Bok,
masyarakat dan generasi baba dan nyonya terhasil dari
perkahwinan campur di antara perantau-perantau cina dan
wanita-wanita tempatan.
a) Asimilasi
• Selain itu, faktor perkembangan masyarakat baba
dan nyonya adalah kerana mereka amat
menggalakkan perkahwinan antara kaum lelaki
mereka dengan wanita-wanita tempatan. Selain itu,
anak perempuan generasi baba dan nyonya
digalakkan berkahwin dengan perantau dari negara
China dan tidak dibenarkan berkahwin dengan
lelaki tempatan. Pada pertengahan abad ke-19,
ramai imigran Cina datang ke Tanah Melayu,
hasilnya, masyarakat Baba dan Nyonya semakin
berkembang melalui asimilasi dengan masyarakat
Melayu atau masyarakat Baba Nyonya.
a) Asimilasi
• Dr. Lee Su Kim, Professor Madya dari Pusat
Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sosial
Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, adat budaya unik masyarakat Baba
Nyonya terhasil daripada perkahwinan campur
antara pedagang dari wilayah Fujian, Tenggara
China dengan masyarakat tempatan di Melaka
hampir 700 tahun dahulu. Mereka mengamalkan
cara hidup orang Melayu dari segi percakapan,
pakaian dan juga makanan. Dari Melaka, kaum
itu berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.
a) Asimilasi
• Masyarakat Baba Nyonya Melaka bertutur dengan bahasa
mereka sendiri iaitu campuran Melayu dialek Baba,
manakala Pulau Pinang menggunakan dialek Hokkien.
Masyarakat Baba dan Nyonya juga mengamalkan sifat-
sifat dan tingkah laku wanita Melayu seperti peramah, suka
melatah dan berbual-bual di kaki lima pada waktu petang.
Keseluruhannya, penyelidik mendapati daripada keputusan
yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan,
didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih
teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini.
Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu
begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya
masyarakat Baba dan Nyonya.
a) Asimilasi
• Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina
dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan
Nyonya telah membuktikan akan keakraban dan
perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut,
malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam
kehidupan bermasyarakat. Jika tiada percampuran
tersebut, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan
wujud.
b) Akulturasi
• Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi
apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan
tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu
akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan masyarakat kehilangan identiti asal
masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia,
sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua
atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan
berlakunya proses pinjam meminjam.
b) Akulturasi
• Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung
dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di
Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan
tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika
unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya
tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu
masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat
yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai
apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan
manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak
berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih
sukar diterima. Perkembangan kebudayaan India ke Tanah Melayu
berlaku hasil daripada aktiviti perdagangan India dengan Asia
Tenggara pada permulaan tahun Masihi. Salah satu akulturasi dari
budaya India ini adalah konsep diraja.
b) Akulturasi
• Buktinya, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem diraja adalah
bersifat Hindu-Budha. Keadaan ini adalah berdasarkan konsep ”Dewaraja”.
Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan
keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda. Adat
resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh
daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat
daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang
berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding
dan berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi
dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India.
b) Akulturasi
• Mengikut kebudayaan Hindu terdapat
perbezaan antara lapisan masyarakat
bangsawan dengan masyarkat bawahan.
Oleh itu, wujudnya sistem kasta. Pengaruh
ini dapat dilihat dalam struktur masyarakat
dalam masyarakat Melayu juga
dipengaruhi oleh sistem kasta.
• Sistem ini ialah susun lapis dalam
masyarakat di mana terdapat pemisahan
yang jelas di antara golongan atasan atau
bangsawan dengan rakyat biasa. Keadaan
ini membawa kepada kemunculan
masyarakat feudal dalam kehidupan
masyarakat Melayu.
b) Akulturasi
• Kesan hubungan masyarakat India dengan Alam Melayu juga dapat
dilihat dalam bidang kesusasteraan. Misalnya epik dan mitos India
digunakan dalam kesusasteraan Melayu Lama, seperti Hikayat
Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima
(berasaskan Ramayana dan Mahabrata), Hikayat Kalilah dan
Daminah, Hikayah Nakhkoda Muda, Hikayat Maharaja Pikrama
Sakti (daripada Kathasaritsagara). Beberapa tema dan motif
kesusasteraan India tertentu diserapkan ke dalam beberapa karya
tradisi historiografi Melayu sebagai contoh lagenda Raja Suran yang
mengembara ke negara dasar laut dan perkahwinannya dengan
puteri raja kerajaan tersebut tercatat dalam Sejarah Melayu
manakala jelmaan anak raja daripada buih terdapat dalam Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan sumber
kesusasteraan India tertentu.
b) Akulturasi
• Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka ini juga, kita dapat melihat
akulturasi dari segi bahasa. Buktinya terdapat lebih 30% kata pinjaman
daripada bahasa Sanskrit diserapkan ke dalam Bahasa Melayu. Contohnya,
pada batu Bersurat Kedukan Bukit (683M) terdapat kosa-kosa kata seperti
sapuluh , datang, jalan, laksa dan banyak lagi. Kemasukan unsur-unsur
daripada epik Ramayana dan Mahabrata juga terdapat dalam seni lakon
dan wayang kulit di Nusantara.
b) Akulturasi
• Walau bagaimanapun, proses penyerapan budaya tersebut turut mengambil kira penyesuaian
dan penyelarasan oleh unsur-unsur kebijaksanaan tempatan. Sikap golongan agama yang
berakhlak seperti yang dipamerkan oleh ulama-ulama Islam di Alam Melayu memudahkan
proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam yang
sebenar sehingga terbentuknya pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren,
madrasah dan dayah. Kesannya, budaya Islam telah dibawa masuk ke Tanah Melyu seperti adat
memberi salam, memakai pakaian menutup aurat seperti baju kurung, meletakkan nama-nama
berasal dari perkataan Arab dan sebagainya
c) Akomodasi
• Akomodasi merupakan proses yang
menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma dan
nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup masing-
masing. Konsep ini diwakili oleh formula A
+ B + C = A + B + C, disini A, B dan C
merujuk kepada budaya. Pelbagai
kumpulan etnik hidup secara harmonis
dan menghormati antara satu sama lain.
c) Akomodasi
• Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan
etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan
pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini
begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap
kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka
dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia,
Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan
etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis
dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
a)Amalgamasi
• a)Amalgamasi
• Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam
menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan
campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk
formula A+B+C=D, disini A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan
D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B
dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru
atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.
• Contoh amalgamasi ialah perkahwinan campur antara
kumpulan etnik. Perkahwinan campur merupakan
perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama,
bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan
perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua
insan dari golongan berbeza sama ada agama atau
bangsa yang juga dipanggil Epistonolgical. Perkahwinan
campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah
terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara
negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po
dengan Sultan Mansur Shah.
• Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah
tidak asing bagi rakyat Malaysia.
Masyarakat majmuk di Malaysia adalah
kesan daripada perkahwinan campur di
Malaysia sejak dulu hingga kini. Islam juga
tidak melarang sebarang bentuk
perkahwinan termasuklah perkahwinan
campur asalkan ianya menurut kehendak
syarak, seperti dinyatakan dalam ayat al
Quran.
• Kahwin campur di Malaysia dipraktikkan lama lagi
sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada masa
itu, Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu.
Kesultanan Melaka, Sultan Mansur Shah telah menjalin
hubungan diplomatik dengan China, dan maharaja
Yongle telah menghadiahi puterinya, Li Po untuk
dijadikan isteri sultan. Hang Li Podatang ke Tanah
Melayu bersama dengan Laksamana Cheng Ho dan 500
pengiring perempuan. Pengiring puteri menetap di Bukit
Cina dan akhirnya berkahwin dengan pengawai Sultan
Mansur Shah. Maka, hasil kahwin campur antara kaum
melayu dan kaum cina pada masa itu dikenali sebagai
baba-nyonya.
• Kesan postif perkahwinan campur. Secara
individu, pasangan dan ahli keluarga yang
terlibat dapat mengetahui dan mempelajari
bangsa dan budaya lain. Dari aspek
masyarakat pula, kahwin campur dapat
menyebarkan dakwah keagamaan,
misalnya agama Islam.
• Hal ini kerana, apabila seseorang yang
bukan Muslim ingin berkahwin dengan
seorang Muslim, beliau mesti menukar
agamanya kepada agama Islam. Dengan
itu, ajaran Islam yang murni dapat
diajarkan kepada bukan Muslim tersebut
dengan harapan beliau akan mendapat
hidayah daripada Allah swt. ankan.
• Secara tidak langsung anak-anak yang lahir dari hasil
perkahwinan itu juga beragama Islam. Tambahan lagi,
generasi yang lahir dari perkahwinan campur juga tidak
bersikap perkauman dan berfikiran terbuka terhadap
budaya lain. Disebabkan terdapatnya variasi dalam
keluarga, baka yang dihasilkan akan lebih berkualiti dari
segi fizikal dan mental. Dari aspek negara, kahwin
campur dapat memupuk sikap perpaduan dan
keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini. Di
samping itu, ekonomi juga dapat dijana melalui pelbagai
upacara perkahwinan yang dijal
• Penghijrahan kaum India dalam jumlah yang
besar ke Tanah Melayu adalah pada akhir
kurun-19 semasa Tanah Melayu dijajahi oleh
orang Portugal dan Belanda. Oleh sebab kaum
Sikh amat pegang kuat kepada agama, maka
pihak yang ingin berkahwin dengan kaum Sikh
mestilah memahami serta memeluk agamanya.
Perkahwinan campur antara orang Sikh dengan
orang Cina dan Kadazan telah mewujudkan
sebuah komuniti yang dikenali sebagai komuniti
peranakan Punjabi.
• Di Malaysia juga terdapat komuniti India
muslim di PulauPinang yang membentuk
Jawi Peranakan hasil daripada
perkahwinan antara lelaki India Muslim
dari Selatan India dan perempuan Melayu
di Pulau Pinang. Seterusnya komuniti Ceti
yang menganut agama Hindu di Melaka
hasil daripada perkahwinan pedagang
India Selatan dengan wanita pribumi.
Segregasi
• Segregasi merupakan pemisahan atau
pengasingan .(dapatkan artikel lengkap)
• Segregasi juga meliputi pengasingan atau
pemisahan yang meletakkan hadhad dan
sekatan-sekatan tertentu ke atas
hubungan, sosial, kontrak dan komunikasi
(Ting, 1997). Secara umumnya, segregasi
ini wujud
• Segregasi atau pengelompokkan etnik
merupakan satu keadaan yang biasa di mana-
mana tempat di muka bumi. Keadaan ini bukan
sahaja berlaku dalam kehidupan manusia, akan
tetapi boleh berlaku secara tidak sengaja pada
kehidupan lain seperti tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Pola taburan seperti ini merupakan satu
corak dan strategi hidupan secara semula jadi
untuk membolehkan hidup bertahan dalam satu
komuniti yang kukuh.
• Segregasi bermaksud pemisahan atau pengasingan
kumpulan etnik dengan etnik yang lain dalam sesebuah
negara sama ada disebabkan oleh kawasan kediaman,
sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan
awam (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Segregasi juga
dimaksudkan sebagai hubungan yang bersifat
pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah
negara (http://tatiuc.edu.my/syahrul/integrasi1.htm).
• Segregasi etnik merupakan satu keadaan yang lazim di
Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum.
Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan
bahawa pewujudan segregasi etnik ini sudah
berlangsung sejak sekian lama.
• Bahasa merentasi bahasa integrasi,
bahasa merentasi psikologi dan sosiologi
dan bahasa merentasi segregasi etnik.

Anda mungkin juga menyukai