Anda di halaman 1dari 19

Sejarah Kesusasteraan

Melayu
Perkembangan Kesusasteraan
Melayu (Hashim Awang, dll,1985)
• Zaman purba /Melayu Klasik
• Zaman pengaruh Hindu/Melayu Klasik
• Zaman pengaruh Islam / Melayu Klasik
• Zaman Munsyi Abdullah
• Zaman Sebelum Perang Dunia kedua
• Zaman Jepun
• Asas 50
• Zaman Kemerdekaan/Selepas Merdeka
1. Zaman Klasik
• Jenis sastera berkembang secara lisan
• Dikenali sebagai sastera rakyat
• Tiga jenis utama:
- cerita penglipur lara
- cerita jenaka
- cerita binatang
Cerita Penglipur Lara
• Mempunyai plot yang hampir sama
- pengenalan, pengembaraan,
pengakhiran
• Terdapat penyisipan bahasa berirama yang
berulang-ulang, runs
• Cerita berkisar kepada kehidupan istana
• Kuat mengekalkan budaya setempat
• Hikayat-hikayat: Malim Deman, Awang Sulung
Merah Muda, Raja Muda,Anggun Cik Tunggal
dan Malim Demam
Cerita Jenaka
• Cerita watak yang berperangai lucu
• Menimbulkan rasa geli hati
• berwatak “bodoh-sial” (Lebai Malang, Pak
Kaduk),”bodoh pintar” (Pak Pandir) dan
“pintar” (Pak Belalang, Si Luncai)
Cerita Binatang
• Binatang sebagai latar cerita
• Binatang mempunyai watak manusia
• Watak utama pelanduk atau sang kancil
• Hikayat Pelanduk Jenaka dan Hikayat Sang
Kancil
• Peranan utama Sang Kancil: si cerdik, hakim
yang bijak, perperanan bodoh hingga diperdaya
binatang yang lebih kecil
• Terdapat cerita binatang yang tidak berfokus
kepada sesekor binatang (helang, siput)
• Cerita-cerita ini berperanan untuk mendidik dan
hiburan
2. Zaman Pengaruh Hindu
• Pengaruh sejak 2000 yang lalu
• Brian Harison dan R.O Winsted
mengatakan sejak kurun masihi pertama
• Pengaruh Hindu terdapat dalam jampi
serapah, dan cerita yang disadur daripada
Epik Hindu terutama Mahabharata dan
Ramayana susunan Vyasa dan Valmiki
(Annas Hj. Ahmad,1988)
Contoh
• Hikayat Seri Rama (Ramayana)
• Hikayat Pendawa (Mahabhrata)
• Plot Penglipur Lara (Pacantantra- Mat
Jenin), Kartha Sarit Sagara- Pak Pandir
dan Pak Belalang, Buddha Carittan,
Kadamnari dan Hitopadesa)
• Cerita Panji dan wayang kulit
3. Zaman Islam
• Bermula Abad ke-15 dan berkembang
dalam abad ke-16 dan ke- 17
• Pengaruh Kerajaan Islam Samudera-
Pasai (1280 -1400), Melaka (1400 -1511),
Aceh (1511-1650) dan Johor-Riau (1650-
1800)
• Islam memainkan peranan penting dalam
politik, ekonomi,perdagangan, ilmu
pengetahuan dan kesusasteraan
Jenis sastera Islam
• Cerita-Cerita Nabi Muhammad SAW (Hikayat2:
Nur Muhammad, Nabi bercukur,Nabi Wafat,
Mikraj, Rasullah)
• Cerita Nabi yang lain (Hikayat2: Nabi-Nabi, Nabi
Sulaiman, Nabi Musa, N.Yusuf)
• Cerita tentang sahabat dan Tokoh Islam
(Hikayat2: Abu Bakar, Amir Muk. Umar, Raja
Khandak, Hassan dan Hussain)
• Cerita Pahlawan (Hikayat2: Amir
Hamzah,Muhammad Ali, Hanafiah, Malik Saiful
Lizan dan Semawan
• Epik dan Legenda Sufi Islam – Hikayat
Hang Tuah; Sultan Ibrahim, Sheikh Kadir
Jailani, Rabiah dan Derma Taksiah
• Sejarah– Sejarah Melayu, Hikayat Aceh,
Misa Melayu, Merung Mahawangsa, Raja-
Raja Pasai, Salasilah Melayu dan Bugis
dan Tuhfat al-Nafis dan salsilah Kotai
• dan Ketatanegaraan : Hukum Kanun,
Undang-Undang Laut Melaka, Undng-
Undang: Pahang, Kedah dan Johor
• Kewajiban pemerintah: Bustanus Salatin
(Sheikh Naruddin al Raniri) dan Tujus
Salatin (Bukhari al-Juhari)
Jenis Sastera Islam yang lain
• Sastera bercorak naratif dan puisi–
tujuan hiburan dan pengajaran
i. Cerita berbingkai: Hikayat2: Bayan
Budiman,Bakhtiar, Ghulam, Kalilah dan
Daminah dan Seribu Satu Malam
ii. Sastera roman – ciptaan dan saduran:
Hikayat2: Jauhar Manikam,Sultan
Bustamam, Gul Bakawali, Raja Damshik
iii. Puisi-syair:
Puisi Syair Islam
• Syair Agama: Syair Perahu, Burung Pingai,Fakir
dan Dagang (Hamzah Fansuri), Syair Makrifat,
Syair Kiamat dll
• Syair Romantis: Tajul Muluk, Bidasari, Dandan
Setia, Yatim Nestapa Si Lindung Delima dan Siti
Zubaidah
• Syair Sejarah: Perang Makasar, Perang Aceh,
Sultan Mahmud dan Singapura Terbakar
• Syair Kiasan – lambang dan simbol: Ikan
Terubuk, Burung Pungguk, Nuri, Lalat dan
Nyamuk dan Syair Ikan
4. Zaman Munsyi Abdullah
• Dilihat sebagai zaman kelahiran
kesusastera Melayu moden
• Periodisasi antara 1800 – 1923
• Karya sastera yang terpenting ialah:
- Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
- Hikayat Abdullah (1840)
• Dikatakan karya Abdullah mendahului
zaman tiada hasil sastera atau pengarang
yang mencontohinya
Pembaharuan Dalam Bidang
Kesusateraan Melayu
• Memperkenalkan sastera “autobiografi”
• Berkisar kepada pengalaman pengarang sendiri
– tidak kepada metos atau istana
• Menggambarkan watak manusia biasa
• Menggunakan gaya penulisan aku dalam
menceritakan peristiwa yang dialami
• Memberikan pandangan dan kritikan yang
terbuka dan pedas
• Walau bagaimanapun masih menggunakan
gaya bahasa lama. Namun ada menggunakan
perkataan asing daripada bahasa Inggeris
Pengarang Lain Sezaman Abdullah
Munsyi (Era 1800 – 1900)
• Raja Ali Haji (1809-1870). Antara karyanya:
Bustan al Katibin (1850),Kitab Pengetahuan
Bahasa (1858), Salsilah Melayu dan Bugis
(1960), Tuhfat-Nafis (1865), Hikayat Sultan
Muluk (1846)dan Gurindam Dua Belas
• Muhammad Ibrahim Munsyi: Kisah Pelayaran
Muammad Ibrahim Munsyi (1872), Pemimpin
Johor (1878) dan Benih Pengetahuan (1905)
Pengarang Lain Sezaman Abdullah
Munsyi (Era 1800 – 1900)
• Munsyi Sheikh Muhammad Ali: Hikayat
Gul Bakawali (1875) dan Akhbar Taman
Pengetahuan
• Syed Mahmud Syed Abdul Kadir: Kamus
Mahmudiah, Buku ilmu Kejadian (1887),
Ilmu Peladang (1892), Ilmu Alam dan
Kitab Ilmu Dunia
5. Zaman Sebelum Perang Dunia
kedua (1920 – 1945)
• Tahun 20an bermulanya bentuk cerpen, novel dan sajak.
• Nor Ibrahim, cerpen “Kecelakaan Pemalas” Majalah
Pengasuh, 4Feb. 1920
• Majalah Pengasuh memuatkan 25 cerpen antara Feb.
1920- Nov. 1923. Majalah Guru 7
• Media lain - Majalah dan akhbar
• Bentuk cerpen – banyak pengaruh tradisi,cerita meleret-
leret-tidak berpusat, berunsur dedaktik, cenderung
meniru pola penceritaan sastera tradisonal.
• Pengarang cerpen kebanyakan berpendidikan Melayu
dan Arab
Zaman selepas perang
• Kaji sastera selepas perang dan
bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai