Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
• Pasang surut ialah satu proses harian di mana air bumi naik dan turun
pada paras pantai
• Keadaan air pasang bermaksud paras air di pantai akan meningkat
manakala keadaan air surut pula bermaksud paras air di pantai akan
berkurang.
• Fenomena pasang surut ini berlaku kepada semua air di dalam bumi
tetapi hanya dapat dilihat dengan jelas pada air laut dan tasik yang
besar.
APAKAH YANG MENYEBABKAN PASANG
SURUT?
• Sebab utama pasang dan surut berlaku adalah graviti.
• Graviti adalah satu daya yang menarik sesuatu objek ke arahnya.
• Graviti bulan, bumi dan matahari memainkan peranan penting dalam
fenomena ini.
• Graviti bulan mempengaruhi sebanyak 70% di dalam fenomena ini
manakala graviti matahari hanya mempengaruhi sebanyak 30%.
• Perkara ini adalah disebabkan kedudukan bulan
yang lebih dekat dengan bumi berbanding
matahari
GRAVITI BULAN – BONJOLAN AIR
• Graviti bulan akan menarik air bumi yang menghadapnya lebih kuat
daripada air bumi yang berada di tengah bumi.
• Tarikan ini akan menyebabkan bonjolan air di sisi bumi yang menghadap
bulan
• Walaupun begitu, air bumi yang tidak menghadap bulan akan
mempunyai tarikan yang paling lemah. Air bumi ini seperti ditinggalkan
di belakang dan akan membentuk bonjolan air yang kedua.
• Disebabkan bumi kita berputar, tempat yang berbeza di bumi kita akan
melalui kawasan bonjolan air ini. Ini akan menyebabkan pertukaran
paras air dan menyebabkan fenomena pasang surut.
GRAVITI MATAHARI
• Neap tides atau dikenali sebagai air pasang surut lemah berlaku pada
fasa suku pertama bulan dan fasa ketiga bulan.
• Keadaan ini berlaku apabila bulan dan matahari menarik air bumi pada
sudut 90 darjah.
• Neap tides ini akan menyebabkan air pasang lebih rendah dari paras
normal dan air surut lebih tinggi dari paras normal.