Anda di halaman 1dari 17

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN IBADAH

Pengajaran ibadah yang berkesan membolehkan pelajar dididik untuk menghayati hukum dan
peraturan Islam. Ia juga melatih pelajar menunanikan kewajipan menunaikan ibadah khusus seperti
solatt, puasa, zakat, haji, sembelihan dan ibadah lain. Oleh itu, proses pengajaran ibadah secara
berkesan memerlukan kaedah dan strategi pengajaran secara betul dan menarik. Antara objektif
utama pengajaran ibadah ialah:

1. Pelajar mengetahui hukum dan peraturan dalam syariat Islam

2. Pelajar memahami rahsia, keistimewaan, hikmah dan tujuan sesuatu hukum

3. Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang diperintahkan allah swt

4. Pelajar dapat menghayati keindahan sistem dan perundangan Islam

5. Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan syariat Islam

Kaedah dan teknik pengajaran ibadah melibatkan aktiviti berbentuk teori dan amali. Guru perlu
mempelbagaikan kaedah dan pendekatan supaya pengajaran tersebut menarik dan berkesan.
Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran ibadah antaranya ialah:

Ø Tunjuk cara atau demonstrasi

Ø Simulasi

Ø Amali

Ø Soal jawab

Ø Latih tubi

Ø Kuliah atau penerangan

Ø Bercerita

Ø Projek

Ø Pengurusan Grafik
KAEDAH TUNJUK CARA
Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan langkah-langkah aktiviti
bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti penerangan,demonstrasi guru bersama aktiviti
pendengaran dan penglihatan, amali serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian yang
lebih dari murid terhadap sesuatu proses.

Sebenarnya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan isi dan
situasi pembelajaran yang akan memberikan mereka pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.

Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia melibatkan ibadah amali,
dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah tersebut di luar waktu pengajaran. Antara contoh
tajuk memerlukan kaedah tunjuk cara ialah:

1. Cara menyucikan najis

2. Jenis solat

3. Tayammum

4. Haji

5. Mandi Wajib

6. Wudhu

Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw ketika baginda diajar
berwudhu’ dan melakukan solat. Tujuan kaedah ini dilaksanakan ialah:

- Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku

- Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul dan sah

- Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di luar waktu sekolah


LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN IBADAH DENGAN KAEDAH TUNJUK
CARA
Sebelum Sesi Pengajaran

 Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara

 Berikan penerangan tentang tunjuk cara

 Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar

 Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut

 Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin

Semasa sesi Pengajaran

 Jalankan kaedah tunjuk cara apabila murid telah bersedia

 Perhatikan tindak balas pelajar

 Galakkan penyertaan murid

 Tarikkan perhatian murid mengenai aspek penting dalam ibadah

 Demonstrasi itu dapat dilihat seluruh pelajar

 Libatkan pelajar secara bersama dalam demonstrasi tersebut

Selepas sesi Tunjuk cara

 Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari

 Adakan sesi perbincangan untuk mengean tahap kefahaman

 Berikan mereka aktiviti susulan


KAEDAH SMULASI
Kaedah simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja
diwujudkan sama dengan situasi sebenar

Tujuan

 Meningkatkan kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam menjalankan


latihan menyelesaikan maslah.

 Menilai pendapat atau pandangan orang lain

 Membolehkan mereka berinteraksi sesame sendiri untk menyelesaikan masalah

Jenis simulasi yang biasa dilakukan ialah sosio-drama dan main peranan. Bagi kaedah main peranan ia
sangat mudah dilakukan guru untuk mengajar, ia tidak memerlukan skrip. Guru hanya memainkan
peranan dan menimbulkan situasi pelajar melakonkannya secara spontan. Antara pengajaran ibadah
yangs esuai untuk kaedah ini ialah:

 Ibadah Haji

 Sembelihan dan aqiqah

 Peranan Hakim menjatuhkan hukuman

 Perkahwinan

 Jenis-jenis solat

Kaedah ini merujuk kepada guru mewujudkan satu situasi yang hampir sama dengan yang
sebenarnya bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya, di dalam keadaan terkawal
dan selamat. Contohnya masalah disiplin, adab sopan, peraturan-peraturan, persitiwa-peristiwa yang
berlaku samada di sekolah, jalanraya, pasaraya dan sebagainya.

Penggunaan kaedah ini melibatkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara
melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan yang terkawal.
Melalui lakonan murid-murid dapat menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah diselesaikan.
Penggunaan kaedah ini melibatkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara
melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan yang terkawal.
Melalui lakonan murid-murid dapat menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah diselesaikan.

Secara spesifik kaedah ini membantu / melatih murid-murid menguasai

§ Kemahiran komunikasi dan bersosial

§ Mengubah sikap negatif dan membina sikap positif,

§ Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif

§ Perkaitan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)


Langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah simulas

Sebelum sesi pengajaran

 Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara

 Berikan penerangan tentang tunjuk cara

 Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar

 Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut

 Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin

Semasa Sesi Pengajaran

 Mulakan dengan set induksi yang menarik untuk merangsang mereka

 Pilih pelajar secara sukarela dan menunjukkan komitmen yang baik

 Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian dan peranan mereka dalam
simulasi tersebut

 Murid diminta memahami tugas yang diberikan kepada mereka

 Berikan tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian

Selepas sesi Pengajaran

 Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari

 Adakan sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman

 Beri peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan soalan

 Berikan mereka aktiviti susulan

 Guru membuat penilaian sama ada objektifnya tercapai atau tidak


KAEDAH AMALI

Menyediakan bahan pembelaajaran secara langsung melalui proses atau cara melakukan sesuatu.

Ciri-ciri yang terkandung dalam kaedah amali ialah merangsang daya ingatan murid melalui perlakuan
dan latihan kemahiran, murid berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran,
pengalaman secara langsung terhadap proses dengan bimbingan guru dan ianya sesuai dengan tajuk-
tajuk tertentu sahaja.

Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Amali

 Melengkapkan murid dengan ilmu berkaitan tajuk

 Melibatkan beberapa orang murid sebagai penunjukcara

 Murid membuat amali berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan teori


KAEDAH PERBINCANGAN

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi
maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian.

Tujuan Perbincangan

§ Menggalakkan perkembangan mental.

§ Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.

§ Menggalakkan perkongsian pendapat.

§ Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.

§ Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.

§ Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.

§ Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan dalam kumpulan.

§ Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.


PERLAKSANAAN  SESI PERBINCANGAN

Sebelum

 Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan

 Agih tugas kepada ahli kumpulan

 Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat

 Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan

Semasa

Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan

 Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk

 Bantu murid beri idea

 Betulkan kesilapan

 Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian

Selepas

 Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai bahan yang
mencukupi

 Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan kepada
semua murid

 Beri ulasan dan rumusan

Prinsip Perbincangan

 Tajuk yang sesuai

 Maklumkan tujuan perbincangan

 Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor

 Pastikan pelajar tahu cara perbincangan

 Guru sebagai fasilitator

 Penglibatan pelajar perlu aktif

 Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan

 Adakan rumusan akhir

 Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan

 Beri pujian dan galakan

Jenis-jenis Perbincangan

§ sesi buzz,
KAEDAH SOAL JAWAB

Kaedah soal jawab merupakan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula
memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan
untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi.
Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah
perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu
meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran.
Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah
interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada
kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.
KAEDAH PENERANGAN

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang paling penting dalam pendidikan. Sifatnya adalah
kuliah seperti yang dilaksanakan terutamanya untuk pendidikan tinggi di mana guru akan
menerangkan semua maklumat dan fakta secara langsung dan logik. Ini bermakna sasaran murid yang
sesuai untuk kaedah ini adalah murid daripada kumpulan sederhana dan tinggi khususnya untuk
mereka yang mempunyai kekuatan gaya auditori.

Kadangkala, pengalaman boleh dikongsikan sebagai sumber inspirasi kepada murid. Ketika
melaksanakan kaedah ini guru seharusnya memperkenalkan isi pelajaran dan pada akhir sesi membuat
rumusan pelajaran. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan bahawa segala maklumat yang perlu
telah dapat disampaikan kepada murid.

Penerangan yang baik perlu disertakan dengan contoh-contoh yang jelas dan tepat (menggunakan
bahan bantu adalah lebih baik) agar murid mendapat pemahaman yang lebih baik tentang perkara
yang diterangkan. Ia umpama komunikasi dua hala tentang sesuatu perkara atau topic untuk seluruh
kelas. Penerangan boleh digabungkan dengan proses memodeluntuk menjadikan pengajaran lebih
efektif dan meninggalkan kesan jangka panjang kepada murid.
Ciri-ciri umum kaedah penerangan
1. Guru membuat penerangan, murid menyoal untuk minta penjelasan atau guru menyoal dan murid
menjawab. Kemudian diikkuti dengan penjelasan daripada guru.
2. Guru merangsang pemikiran murid agar mereka mengemukakan soalan atau memberikan jawapan.
3. Menyampaikan maklumat yang perlu dan telah dirancang.
4. Boleh digunakan untuk mendorong murid menjelaskan perkata utama dan penting, membuat
ulangkaji dan penelitian serta mengembangkan isi pelajaran.

Langkah-langkah pelaksanaan
1. Tentukan kesesuaian tajuk dan tempoh masa yang ada untuk dibuat penerangan terutamanya
melibatkan topik yang baru.
2. Sediakan sinopsis kuliah yang sesuai dan tepat (bernas)
3. Laksanakan penyampaian dengan berkesan dan menarik. Libatkan kemahiran komunikasi berkesan
dengan kadar yang tidak terlalu laju serta aplikasi soft skills.
4. Laksanakan ujian bertulis untuk mengesan keberkesanan kuliah.
KAEDAH AMALI

Terdapat sedikit perbezaan antara kaedah tunjukcara dengan kaedah amali. Menerusi kaedah
amali bahan pembelajaran sebenar disediakan secara langsung dan semua murid diminta untuk
melalui proses dan melaksanakan tugasan amali tersebut dalam keadaan sebenar. Contohnya, amali
solat. Murid akan memperolehi pengetahuan, kemahiran dan celik akal melalui pengalaman langsung.
Ciri-ciri umum
1. Hanya sesuai untuk tajuk-tajuk tertentu
2. Dapat merangsang daya ingatan murid melalui perlakuan dan latihan kemahiran
3. Pengalaman secara langsung dengan bahan sebenar melalui proses pembelajaran dengan bimbingan
guru
4. Murid berinteraksi secara terus dengan isi pelajaran dan situasi pembelajaran

Langkah-langkah
1. Isi pelajaran yang perlu diamalikan hendaklah telah dipelajari oleh murid lebih awal dan lengkap
2. Menggabungkan kaedah tunjukcara oleh beberapa orang murid
3. Murid melaksanakan amali berdasarkan pemerhatian, ingatan dan pengetahuan teori.
4. Perbincangan terbimbing dan rumusan dibuat di akhir sesi amali.
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu bentuk tindakan yang dilakukan dalam usaha
menyelesaikan sesuatu masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia melibatkan aktiviti
mendengar, bertutur (bincang), memerhati dan melaksanakan

Anda mungkin juga menyukai