Anda di halaman 1dari 6

6.

Bincangkan Kelebihan Penggunaan Peta Pemikiran


I-Think dan Contoh Penggunaanya dalam Salah Satu
Tajuk Sirah.

• iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang


bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan
pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi
Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR
dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Kelebihan Penggunaan Peta Pemikiran I-think
• Antaranya ialah memudahkan murid untuk membuat nota bagi sebarang sumber
sama ada daripada bahan bacaan, kuliah, taklimat, dan sebagainya. Contohnya,
mencatat isi penting yang diberikan semasa kuliah dalam bentuk yang ringkas. Ini
kerana setiap peta pemikiran i-think hanya perlu dihasilkan dalam bentuk yang
ringkas dan padat. Oleh itu, secara tidak langsung dapat menambah minat
murid dalam membuat ulangkaji.
• Selain itu, peta pemikiran i-think juga dapat memudahkan murid untuk
memahami sesuatu tajuk dengan cepat terutamanya semasa membuat ulangkaji
pelajaran atau bahan bacaan.  Walaupun ianya ringkas, namun tetap memberi
makna yang nyata dan tersirat. Contohnya, hanya menulis dua hingga tiga
perkataan sahaja untuk sesuatu isi namun ianya membawa maksud yang sangat
jelas. Intihanya, peta pemikiran i-think dapat membantu murid dalam
meningkatkan kefahaman bagi sesuatu subjek.
• Bukan itu sahaja, peta pemikiran i-think juga dapat meningkatkan daya ingatan murid dalam
mengingat sesuatu isi penting terutamanya bagi sesuatu tajuk yang susah dan rumit.
Contohnya, membuat ringkasan dengan mengambil isi penting daripada sebuah karangan
dan menjadikannya ringkas dan padat. Hal ini kerana, satu-satu peta pemikiran i-think itu
biasanya dibuat secara ringkas dengan menggunakan isi yang penting sahaja.
Kesimpulannya, peta pemikiran i-think merupakan suatu jalan mudah untuk mengingat
sesuatu isi penting dengan mudah.
• Peta pemikiran i-think juga dapat menggabungkan fungsi bahagian otak kiri dengan otak
kanan semasa belajar. Hal ini kerana, lazimnya peta pemikiran i-think yang dibuat
memerlukan seseorang untuk menulis isi-isi penting, melukis bentuk-bentuk peta pemikiran
i-think yang sesuai dan mengingatinya. Contohnya, melukis peta Circle Map, Bubble Map,
Double Bubble Map, Tree Map dan sebagainya. Deduksinya, aktiviti ini secara langsung dapat
menyeimbangkan penggunaan otak pada bahagian kiri dan kanan dalam waktu yang sama.
• Di samping itu, peta pemikiran i-think juga dapat membantu murid untuk mengingat kembali isi-
isi penting bagi sesuatu tajuk dengan pantas terutamanya bagi subjek-subjek yang susah dan
rumit. Catatan yang dicatat dalam peta pemikiran i-think tidak perlu dicatat dengan
menggunakan ayat yang penuh, cukuplah dengan hanya menggunakan perkataan mahupun ayat
yang ringkas agar mudah untuk diimbas kembali dalam jangka masa yang panjang. Contohnya,
memperbanyakkan penggunaan ayat tunggal berbanding ayat majmuk. Oleh itu, proses ulangkaji
yang dilakukan dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan serta menjimatkan masa.
• Malahan, peta pemikiran i-think juga dapat menarik minat murid untuk membaca dan
memahami sesuatu subjek yang sukar difahami dalam erti kata lain iaitu subjek yang terlalu
banyak fakta terkandung di dalamnya. Hal ini kerana, kebanyakkan pelajar lebih suka membaca
nota yang ringkas dan mudah difahami serta diingati berbanding fakta yang panjang lebar.
Contohnya seperti subjek Sirah. Oleh itu, secara tidak langsung akan memudahkan saya untuk
mengingat sesuatu fakta dengan hanya menggunakan perkataan yang ringkas tetapi mudah
difahami dan diingati.
TAHUN 6: PEMBUKAAN KOTA MEKAH
PETA I-THINK: PETA ALIR
Standard kandungan:
Merumus dan mengaplikasikan iktibar daripada peristiwa pembukaan Kota
Mekah
Standard Pembelajaran :
5.2.2 Menjelaskan peristiwa pembukaan Kota Mekah.

Objektif: Di akhir pembelajaran, murid dapat :


Menjelaskan peristiwa Pembukaan Kota Mekah dengan baik menggunakan
peta i-think
Peta Alir KRONOLOGI PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA Dari Dzu Thuwa,
MEKAH baginda masuk ke
Pada bulan Setibanya di
Kota Mekah
Ramadan tahun Damru Dzahran, Setibanya di Dhu dengan
ke 8 Hijrah, Nabi baginda Thuwa, Nabi menunggang unta
Muhammad SAW memerintahkan Muhammad dan menundukkan
bersama-sama kaum muslimin memerintahkan kepala tanda
dengan kaum supaya mebina kaum muslimin merendah diri
muslimin khemah dan supaya masuk ke kepada Allah.
berangkat menyalakan obor Mekah melalui Baginda
menuju ke api sebanyak jalan berbeza. memberikan
Mekah. mungkin.
jaminan
keselamatan
kepada penduduk
Mekah.
Baginda berucap di Apabila tiba di
Ramai dalam kalangan
khayalak ramai Baitullah, baginda
mereka bersetuju
tentang kebebasan dan melakukan tawaf dan
berbaiah kepada Nabi
kemaafan yang memusnahkan 360
Muhammad SAW serta
diberikan kepada buah berhala yang ada
berjanji taat setia
Musyrikin Quraisy atas di dalam dan di
kepada Allah dan Rasul
kesilapan yang lalu. sekeliling Kaabah.