Anda di halaman 1dari 12

Kemahiran Mendengar

dan Bertutur Tahun 4


Standard Kandungan :
1.1 Mendengar dan
memberikan respons
semasa berkomunikasi
dalam situasi formal dan
tidak formal.
Standard Pembelajaran :
1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut sesuatu yang
diujarkan semula dalam situasi tidak formal.
Objektif :
Kaedah Pentaksiran :
Aktiviti :
1. Guru memilih sebuah petikan kecil dan membacakan kepada kelas.
2. Murid mendengar petikan tersebut dan mem
Standard Pembelajaran :
1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ujaran
yang terdapat dalam situasi tidak formal.
Objektif : Menjawab soalan dengan betul berdasarkan bahan yang didengar
daripada pita rakaman
Kaedah Pentaksiran :
Murid menyampaikan pesanan yang telah didengar dan ditulis pada
lembaran kerja dengan jelas mengikut urutan yang betul.
Aktiviti :
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Guru memperdengarkan rakaman petikan berita tentang banjir.
3. Murid akan berbincang dan akan dipilih secara rawak untuk menjawab
soalan guru.
Standard Pembelajaran :
1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara
kritis.
Objektif : Memberi respons terhadap soalan secara kritis
Kaedah Pentaksiran :
Aktiviti :
1. Guru memperdengarkan rakaman berita tentang banjir dengan teliti yang
mempunyai pesanan.
2. Murid harus fahami situasi dan pesanan tesebut.
3. Guru boleh bertanya soalan berdasarkan pesanan tersebut dan menyuruh
mereka untuk menyusun dalam urutan yang betul.
4. Menunjukkan gambar lain dan meminta mereka contoh pesanan untuk
menjaga keselamatan diri.
Standard Kandungan :

1.2 Bertutur untuk


menyampaikan maklumat
dan idea bagi pelbagai
tujuan.
Standard Pembelajaran :
1.2.1 Bertutur untuk menilai, dan memberikan alasan tentang sesuatu
perkara secara bertatasusila mengikut konteks.
Objektif : Dapat bertutur secara bertatasusila dan menjawab dengan
betul.
Kaedah Pentaksiran : Murid diminta berbual berdasarkan situasi yang
terdapat dalam gambar menggunakan kata gelaran yang sesuai.
Aktiviti :
1. Murid menonton tayangan video tentang gelaran yang diberi untuk
ahli keluarga.
2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan video yang ditonton
dan hendaklah memberi alasan untuk mengukuhkan jawapannya.
Standard Pembelajaran :
1.2.2 Menjelaskan dan membanding beza maklumat tersurat dan tersirat
dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif.
Objektif : Menyatakan secara lisan tentang maklumat yang tersurat dan
tersirat dengan menggunakan peta I-think.
Kaedah Pentaksiran : Murid secara lisan menyatakan tentang kitaran hidup
nyamuk mengikut urutan yang betul.
Aktiviti :
1. Murid mendengar audia tentang sebuah petikan tentang demam denggi.
2. Murid berbincang tentang petikan yang didengar dalam kumpulan
tentang punca, tanda dan langkah pencegahan demam denggi.
3. Murid melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul berdasarkan
petikan yang didengar secara lisan.
Standard Pembelajaran :
1.2.3 Bersoal jawab untuk mendapatkan penjelasan.
Objektif : Murid dapat menjawab soan dengan penjelasan yang betul.
Kaedah Pentaksiran : Penilaian berdasarkan aktiviti permainan.
Aktiviti :
1. Guru boleh mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid dalam
kumpulan masing-masing.
2. Kumpulan yang dapat menjawab soalan tersebut dapat markah.
Standard Kandungan :

1.3 Bercerita, dan


menceritakan perkara yang
didengar, ditonton dan
dibaca dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran :
1.3.1 Bercerita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Objektif : Supaya murid dapat bercerita dengan sebutan dan intonasi
yang sesuai.
Kaedah Pentaksiran : Guru memilih murid secara rawak untuk bercerita
semula tanpa bantuan guru.
Aktiviti :
1. Guru boleh mengadakan sesi bercerita bersama murid-murid
dengan menggunakan Big Book.
2. Guru boleh bercerita dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
3. Murid dikehendaki untuk mengulangi setiap ayat guru dengan
sebutan dan intonasi yang sesuai.
Standard Pembelajaran :
1.3.2 Menceritakan sesuatu bahan yang ditonton dengan sebutan dan
intonasi yang sesuai.
Objektif : Dapat mendengar dan bertutur dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
Kaedah Pentaksiran : Melakukan pemerhatian semasa mereka bercerita.
Aktiviti :
1. Guru boleh memilih salah satu cerita dan memasangkan dalam kelas.
2. Murid dikehendaki untuk mendengar dan memahami.
3. Kemudian, setiap orang boleh memilih salah satu ayat daripada cerita
tersebut dan dikehendaki untuk menceritakan dengan sebutan dan
intonasi yang sesuai ikut urutan.

Anda mungkin juga menyukai