Anda di halaman 1dari 4

TUTORIAL

SUSUNAN AYAT SONGSANG


HURAIKAN PENDEPANAN SEBAHAGIAN
DARIPADA PREDIKAT
 Pendepanan frasa kerja
• Bahagian dalam frasa kerja iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau
kata kerja dengan kata bantu mengalami proses pendepanan
• Contohnya: a) susunan biasa b) ayat songsang
 Kata kerja sahaja
a) Dia terduduk di situ
b) Terduduk dia di situ
 Kata kerja dengan objek
a) Mak Kiah menanam tembikai tahun ini.
b) Menanam tembikai Mak Kiah tahun ini.
 Kata kerja dengan kata bantu
a) Amri akan pergi ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu.
b) Akan pergi ke Kuala Lumpur Amri pada hari Sabtu.
HURAIKAN PENDEPANAN SEBAHAGIAN
DARIPADA PREDIKAT
 Pendepanan frasa adjektif
• Kata adjektif yang hadir dalam konstituen predikat, yang letaknya sesudah konstituen
subjek
• Bahagian dalam frasa adjektif iaitu kata adjektif sahaja atau kata adjektif dengan
kata bantu mengalami proses pendepanan
• Contohnya: a) susunan biasa b) ayat songsang
 Kata adjektif sahaja
a) Badannya lesu sepanjang masa
b) Lesu badannya sepanjang masa.
 Kata adjektif dengan kata bantu
a) Pak Kasim sedang sakit tenat di hospital.
b) Sedang sakit tenat Pak Kasim di hospital
HURAIKAN PENDEPANAN SEBAHAGIAN
DARIPADA PREDIKAT
 Pendepanan frasa sendi nama
• Frasa sendi nama dalam susunan biasa hadir pada konstituen predikat, sama ada
predikat frasa sendi nama atau sebagai keterangan dalam predikat
• Proses ini mendepankan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan mendahului
subjek
• Contohnya: a) susunan biasa b) ayat songsang
 Predikat frasa sendi nama
a) Surat ini daripada Fatimah untuk ibunya.
b) Daripada Fatimah surat ini untuk ibunya.
 Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat
a) Adik saya akan menghadiri taklimat peperiksaan pada hujung minggu ini.
b) Pada hujung minggu ini adik saya akan menghadiri taklimat peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai