Anda di halaman 1dari 21

TAMADUN ISLAM

KONSEP TAMADUN ISLAM


• Perkataan tamadun berasal daripada
perkataan Arab iaitu tamaddun. Dari segi
bahasa, perkataan tamadun  kemajuan
dan peradaban.

Makna pencapaian dan Pencapaian manusia dalam


ketinggian dalam aspek aspek kebendaan dan ilmu
moral dan kerohanian. pengetahuan.
ISTIL AH SINONIM TAMADUN
• Ibnu Khaldun  sarjana dan ilmuan Islam yang
mengkaji tentang tamadun.

• Umran  merujuk kpd ‘tamadun’ yg kita fahami


sekarang. merangkumi semua aspek kemajuan
yang dicapai oleh manusia seperti kehidupan yang
berperundangan, mempunyai pegangan akidah,
kemajuan dalam sistem komunikasi, pencapaian
seni yang tinggi dll.

• Hadharah  kebudayaan bandar  Tamadun.


PENGERTIAN TAMADUN
• Kurun 20 muncul perkataan madaniyyat 
yang diperkenalkan oleh Farid Wajdi (al-Madaniyyat
wa al-Islam, 1899).
• Kemudian muncul pula perkataan tamadun yang
diperkenalkan oleh Jurji Zidan (Tarikh al-
Tamaddun al-Islami )
PENGERTIAN TAMADUN ISLAM

1. Syed Nuqib mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan manusia yang


mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi sesebuah
masyarakat
2. Al-Shirazi; tamadun Islam adalah berkisar tentang kekuasaan, kehebatan,
kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan.
3. Abu Bakar Hamzah; sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama
kehidupan manusia.
4. Teuku Iskandar; keadaan masyarakat yang dicirikan oleh taraf kemajuaan
kebendaan serta perkembangan pemikiran.
Istilah tamadun (civilisation) boleh digunakan dalam
pelbagai konteks untuk maksud kemajuan, antaranya:

1. Kemajuan intelektual, kebudayaan dan kebendaan, yang ditandai


oleh kemajuan seni dan ilmu, penulisan dan ciri-ciri institusi-
institusi politik dan sosial yang kompleks.

2. Hasil daripada kreativiti dan intelektual manusia.

3. Suatu kebudayaan dan masyarakat yang dibangunkan oleh sesuatu


bangsa, di kawasan dan tempoh tertentu.

4. Masyarakat moden atau maju, yang kompleks dan mempunyai


pelbagai kemudahan.

5. Taraf tingkahlaku yang baik.

6. Tahap hidup yang maju.


PRINSIP TAMADUN ISLAM

Islam menjamin suasana selesa bagi


MEMELIHARA

memupuk keharmonian hidup beragama


AGAMA dalam sesebuah masyarakat majmuk.


Manusia tidak dibenarkan membunuh diri atau
MENJAGA membunuh orang lain secara tidak sah.
Mereka yang membunuh orang lain tanpa hak boleh
NYAWA

dikenakan hukuman bunuh oleh pemerintah.

MENJAGA ●
Islam mengharamkan zina demi mengelakkan
MARUAH DAN keturunan yang tidak menentu nasabnya dan
mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang
KETURUNAN berkaitan hubungan kelamin secara rambang.  
MANUSIA

Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara
MENJAGA serta makanan dan minuman yang baik untuk
kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga
KEWARASAN diajarkan dalam Islam.
AKAL ●
Diharamkan penggunaan dadah, meminum arak
dan juga memakan makanan yang tidak halal.


Agama Islam menitik beratkan soal
MELINDUNGI pemilikan harta benda.
HARTA BENDA ●
Tidak melarang penganutnya
MANUSIA mengumpulkan harta yang halal dengan
syarat mereka menunaikan zakat.
SUMBER TAMADUN ISLAM
AL-QURAN •Al-Quran merupakan sumber asas tamadun Islam.
•Al-Quran bermaksud kalam Allah (perkataan Allah) yang
diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

AS-SUNNAH • As-Sunnah Al-Hadith.


• As-Sunnah bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau
pengakuan (persetujuan), sifat-sifat kejadian, akhlak dan
sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul.

Al-IJTIHAD • Ijtihad daripada para ulama jika terdapat perkara-perkara yang


tidak disentuh dalam Al-Quran mahupun al-Sunnah.

AKAL •Dalam hal ini, pemikiran manusia hendaklah berteraskan ilmu


PEMIKIRAN yang didasari ketauhidan kepada Allah s.w.t untuk
MANUSIA menghindarkan daripada penyalahgunaan hasil ciptaan yang
boleh menghancurkan peradaban manusia.
FIKIRKAN SEJENAK?
• Namakan dua perayaan yang diraikan oleh
umat Islam?
• Terdapat 5 Rukun Islam, cuba anda senaraikan
setiap satunya.
Manifestasi dan sifat tamadun islam

S I FA T
TA M A D U N
ISLAM
Sepanjang
Rabbani
Zaman

Bersifat
Terbuka Keagamaan

Bersesuaian
Tetap dan
dengan Fitrah
Tidak Berubah
Manusia

Sempurna
Universal dan Seimbang
Rabbani
• Nilai ketuhanan dan
keagamaan dalam tamadun
Islam adalah nilai tertinggi
sekali.

• Matlamat kehidupan manusia


telah ditetapkan oleh Allah
SWT iaitu :
i) mengabdikan diri hanya
kepada Allah.
ii) melakukan tugas- tugas
khalifah.
iii) Al-Quran menjadi sumber
asasnya.
BERSIFAT KEAGAMAAN
• T.I bersifat keagamaan  untuk melaksanakan
perintah Allah. Bersesuaian dengan tujuan Allah
mencipta manusia di dunia ini,iaitu untuk beribadat
kepadaNya.
• Ketamadunan dan kemuliaan seseorang individu atau
bangsa tidak diukur berdasarkan pencapaian
material, tetapi sejauhmana manusia itu bertakwa.
T E TA P D A N TIDAK BERUBAH

• Tamadun Islam mempunyai nilai yang tidak


berubah dan tidak boleh diubah selamanya.
• Perjalanan hidup dipandu dan dikawal oleh unsur-
unsur rohaniah yang bersumberkan wahyu.
Sempurna dan

seimbang
Iaitu keseimbangan dalam segala aspek kehidupan, rohani dan
jasmani, masyarakat dan individu, dunia dan akhirat.

• Kesederhanaan pula perlu ada dalam melaksanakan segala


perintah Allah tetapi tidak pula mempermudahkan segala urusan.
UNIVERSAL
• Tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh tertentu, bahkan ia
milik seluruh manusia.

• Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi dan peredaran zaman.


Bersesuaian dengan Fitrah Manusia

• T.I bersifat sesuai dengan fitrah kejadian manusia


yang suka akan kebenaran dan benci akan kebatilan.
• Islam tidak melawan fitrah manusia seperti hidup
berpasangan, makan, minum, hiburan dan
sebagainya tetapi ada batasibadat.
• T.I mengatur kehidupan manusia supaya tidak
terkeluar daripada batas fitrah.
TERBUKA

• Terbuka  tidak memonopoli sesuatu kaum.


• Setiap penganut Islam berpeluang
menyumbang kepada pembangunan T.I.
• Kesediaan menerima semua nilai murni
tamadun lain yang tidak bercanggah dengan
prinsip asas Islam.
SEPANJANG ZAMAN
• Tidak terbatas kepada tempoh masa tertentu.
• Selama mana ada umat Islam yang berusaha
membangunkan dunia ini diatas syariat Islam
maka selama itulah tamadun Islam tertegak.
TUGASAN KUMPULAN:
• Anda diminta untuk mencari maklumat tentang
Kerajaan Islam seperti berikut:
1. Khulafah Ar-Rasyidin
2. Kerajaan Umaiyyah
3. Kerajaan Abbasiyah
4. Kerajaan Turki Uthmaniyyah

(Latar belakang, Nama Khalifah atau Raja yang


memerintah,Tokoh-tokoh, Sumbangannya)

Anda mungkin juga menyukai