Anda di halaman 1dari 17

KEJELASAN DAN GAYA

PENULISAN
Konsep Kejelasan (Clarity)
 Jelas bererti mudah difahami,
mudah dibaca, tidak memberi ruang
untuk disalahtafsirkan, tidak
bersifat samar-samar dan tidak
kabur,.
 Menggunakan kata-kata yang
pendek, ringkas, tajam, daripada
kata-kata yang berbelit, dan
panjang.
Gaya Penulisan

Penulisan akademik merangkumi ciri-ciri


berikut:
• penggunaan bahasa formal yang tepat,
• bergaya formal dan bukan peribadi,
• pembinaan ayat yang jelas dan tepat,
• berhati-hati dengan pengunaan kata
singkatan dan akronim, dan
• perkembangan idea / hujah secara logik
dan sistematik.
Bahasa Formal
 Dalam penulisan akademik kita
menggunakan bahasa formal, dan
elakkan diri daripada mengguna slanga
atau bahasa sehari-hari.

 Penulisan akademik yang mempunyai


kejelasan akan menggunakan bahasa
formal untuk menerangkan pendapat
sendiri dengan merujuk kepada
pandangan orang lain.
Contoh
Informal:
 Pekerja sosial membaca sejarah
pelanggan untuk mengetahui sama
ada tindakan sebelumnya telah
dilaksanakan atau tidak.
 
Formal :
 Pekerja sosial mengkaji sejarah
pelanggan untuk menentukan sama
ada intervensi yang sebelumnya telah
dilaksanakan atau tidak.
Bahasa Formal
 Secara umum, dalam penulisan akademik perkara-perkara berikut
perlu diberi perhatian:

 • meminimumkan penggunaan perkataan ‘saya’ dalam teks.


Pendek kata, perlu elak daripada menulis
 "Apabila saya melihatnya semula, saya tidak berfikir ini adalah
pendekatan yang boleh terima .” kecuali dalam pendekatan
kualitatif yang menggunakan gaya naratif

 • menggunakan kata kerja formal, dan kurangkan penggunaan


frasa kata kerja seperti ‘mempertimbangkan’ daripada ‘melihat
kepada’

 • menggunakan ekspresi impersonal seperti ‘Ini menimbulkan....’


Bahasa Formal
 Menggunakan lebih banyak kata nama daripada kata
kerja seperti ‘keprihatinan’ daripada ‘membimbangkan’

• Jangan mengguna ekspresi emosional, seperti ‘Itu


begitu jelas’ (lebih baik menggunakan ‘nampaknya’),
atau ‘hanya kerana’ (lebih baik menggunakan ‘diberikan
berdasarkan’)

•Menggunakan kata ringkas yang tepat dan padat serta


jelas maksudnya terutamanya ekspresi
abstrak, seperti perkataan ‘gender’ digunakan, daripada
‘lelaki atau perempuan.’
BAHASA FORMAL
Informal Formal
Dengan kadar perletakan
Dengan begitu banyak doktor
jawatan doktor yang semakin
meletak jawatan di wad
tinggi, terdapat kebimbangan
kecemasan, saya bimbang
tentang kapasiti hospital untuk
tentang rawatan pesakit di wad
memelihara nisbah doktor-
tersebut kelak
pesakit yang mencukupi.

Sangat jelas bahawa pekerjaan Adalah jelas bahawa terdapat


telah ditawarkan kepada beberapa kes di mana pemilihan
pemohon berdasarkan sama ada pekerja adalah berdasarkan
mereka adalah lelaki atau gender. Dengan wujudnya
perempuan. Saya berfikir undang-undang anti-
bahawa pendekatan ini tidak diskriminasi gender, keadaan ini
boleh diterima bahkan ia menimbulkan kebimbangan
melanggar undang-undang. serius.
8
EKSPRESI/ PERNYATAAN PENDAPAT

Peribadi Penulisan Objektif

Telah dikatakan bahawa


Menurut pendapat
Beberapa penulis mendakwa
saya
...
Saya percaya
Jelasnya, ...
bahawa ...
Jelas bahawa ...
Dalam pandangan
saya ...
Tidak ada sedikit keraguan
pun bahawa ... 9
PENULISAN OBJEKTIF
Agen atau Pelaku Bukan Agen atau
Pelaku
Saya melakukan Kajian ini
kajian ... dilakukan ...

Saya
Dicadangkan
mencadangkan
untuk ...
untuk ...

Dalam esei ini saya Tulisan ini


akan membahas ... membahas ...
10
PENULISAN AYAT YANG JELAS

 Untuk kejelasan isi yang dihuraikan,


adalah penting untuk menyemak semula
panjang-pendek ayat.
 Jika ayat terlalu pendek, penulisan anda
akan nampak terlalu mudah dan
bertahap rendah dan jika ayat terlalu
panjang, pembaca akan kehilangan
fokus.
 Ayat pendek boleh membantu koheren
(kesinambungan) sementara ayat
panjang membantu kohesi (kekuatan
tarikan) dalam penulisan.
11
PERKEMBANGAN IDEA SECARA LOGIK

KOHEREN
 Dalam penulisan yang koheren. idea-
idea dieskpresi/ dihuraikan dengan
jelas dan dalam urutan logik, serta
disokong dengan bukti dan contoh.

 Faktor-faktor ini memudahkan


pembaca untuk mengikuti hujah dan
tujuan penulis dalam menulis artikel
itu.
12
PERKEMBANGAN IDEA SECARA LOGIK
KOHESI
Dalam penulisan yang kohesif, terdapat kesinambungan
idea di mana satu idea telah dihubungkan dengan idea
lain secara mantap pada:
• Tahap ayat
• Tahap perenggan
• Tahap keseluruhan teks

Ciri-ciri penulisan kohesif adalah seperti berikut:


• berbagai-bagai struktur ayat
• menggunakan tanda baca dengan betul
• perenggan dibina dengan baik
• penggunaan kata-kata kesinambungan dengan
berkesan
• peralihan antara perenggan-perenggan dan bahagian-
bahagian lain adalah licin.
13
 
PENGGUNAAN AKRONIM DAN
KATA SINGKATAN

 Jelaskan
SEMUA terminologi yang tidak
difahami atau diketahui oleh pembaca.

 Selalu
menulis nama penuh pada kali
pertama, tidak kira nama singkatan adalah
terkenal atau patut diketahui oleh pembaca.

 Katasingkatan standard bagi kata nama


khas boleh digunakan dalam penulisan
akademik. Untuk rujukan pertama, istilah
penuh harus digunakan dalam teks dengan
kata singkatan yang diletak dalam
kurungan. 14
PENGGUNAAN AKRONIM DAN
KATA SINGKATAN
 Selepas
ini kata singkatan boleh
digunakan dalam seluruh teks. Walau
bagaimanapun, kata singkatan tidak
boleh digunakan dalam abstrak
atau dalam tajuk.

Where the patient exhibits these symptoms it is


appropriate for the doctor to request an
electrocardiagram (ECG). An ECG may help to
establish…

Adapted from Peat, J et al, (2002) Scientific writing,


London: BMJ.
15
KATA SINGKATAN KEPENDEKAN
PERKATAAN YANG TIDAK DIBENARKAN
Kata Singkatan Bentuk Penuh
Kependekan Perkataan
mau mahu
dlm dalam
dgn dengan
dr dari
drp daripada
dll dan lain-lain
kpd kepada
pd pada
sbg sebagai
spt seperti
yg yang
utk untuk
dsb dan sebagainya16
Langkah-langkah Dalam
Penulisan
 Pemilihan masalah / topik penulisan
 Mengumpul maklumat atau data untuk
penulisan
 Menyusun / mengorganisasi data untuk
menghasilkan penulisan yang baik
 Meneliti hasil penulisan dengan membuat
penambahbaikan
 Menyemak hasil penulisan untuk
memastikan tiada kesalahan tatabahasa
dan kesalahan teknikal

Anda mungkin juga menyukai