Anda di halaman 1dari 43

Perkembangan

Gerakan Kebangsaan
(1919-1935)
1. Penglibatan
Gandhi
• dilahirkan dalam
keluar ortodoks hindu,
2 Oktober 1869
• melanjutkan pelajaran
dalam bidang undang-
undang.
• kembali ke tanah air -
memulakan
perkhidmatan dalam
bidang guaman di
Bombay
• Tahun 1893 - Afrika Selatan, melancarkan
penentangan terhadap dasar aparteid dan
undang-undang diskriminasi terhadap orang
India dan penduduk berkulit hitam
• Kembali ke India, membela hidup golongan
petani
• melancarkan perjuangan di Champaran, Bihar,
Kheda, dan Gujerat.
2. Akta Rowlatt 1919
• Akta ini memberi kuasa kepada kerajaan
untuk,
menahan individu yg
menubuhkan tribunal
terlibat dlm kegiatan
khas
subversif

menggunakan
mengawal akhbar-
kekerasan untuk
akhbar
mengawal rakyat
3. Gerakan Satyagraha

• Gandhi melancarkan bantahan yang dikenali


sebagai Penentangan Pasif
• Menyeru rakyat India tidak mematuhi undang-
undang baharu sehingga ditarik balik dan
mengadakan Hari Bantahan
• Pergerakan yang dikenali sebagai Satyagraha
telah mendapat sambutan yang menggalakkan
dari rakyat India.
4. Tragedi Jallian Wala Bagh
• 13 April 1919, mesyuarat bantahan di Jallian
Wala Bagh, Amritsar.
• Pembunuhan beramai-ramai di Amritsar -
tentera Jeneral Dyer menembak orang ramai,
379 terbunuh, 1200 orang tercedera
• kerajaan British isytihar undang-undang
darurat & menahan orang ramai yang tidak
patuh undang-undang.
• Sir Sankaran Nair letak jawatan dari Majlis
Eksekutif Wizurai, Rabindranath Tagore
memulangkan pingat dari Ratu England.
5. Pergerakan Khilafat

• Kekalahan Turki dalam PD1 menyebabkan orang


Islam di India bimbang tentang masa depan
Khilafah Islam.
• Pemimpin Islam bersatu mendesak British
mempertahankan tempat suci orang Islam di Timur
Tengah.
• Mengasaskan pergerakan yang dikenali sebagai
pergerakan khilafat.
• Gandhi dilantik menjadi presiden pergerakan,
memberi peluang memupuk perpaduan Hindu-
Islam
6. Pergerakan tidak Bekerjasama

• memulaukan dewan perundangan, mahkamah,


sekolah, dan maktab-maktab kerajaan.
• slogan 'Swadeshi' menyeru orang ramai
menggunakan barang buatan tempatan
dilaungkan di seluruh negara.
• Kongres Kebangsaan India memulaukan
pilihan raya pada November 1920
• British mengambil tindakan tegas terhadap
orang ramai dan pemimpin yang terlibat
• 30 000 orang ditangkap dan dipenjara atas
tuduhan jenayah politik
• Pemimpin nasionalis memulaukan lawatan
Putera Wales ke India pada bulan November
1921.
7. Insiden Chauri Chaura

• Lord Reading berbincang dengan Kongres


untuk menamatkan pergerakan tidak
bekerjasama tetapi gagal kerana Gandhi
menuntut agar Ali bersaudara dibebaskan.
• Februari 1922, rakyat bertindak secara agresif
hingga menyebabkan sebuah balai polis di
Chauri Chaura dibakar, 22 anggota polis
terbunuh.
• Gandhi kemudian membatalkan gerakan,
ditangkap dan dipenjara 6 tahun
8. Penubuhan Parti Swaraj

• Tindakan Gandhi tidak disenangi Kongres


• Persidangan Kongres Kebangsaan India di
Gaya (1922) resolusi dikemukakan agar
Kongres mengambil bahagian dalam pilihan
raya tetapi ditolak
• Pemimpin yang tidak berpuas hati di bawah
pimpinan Motilal Nehru dan C. R. Das
menubuhkan Parti Swaraj dan berjaya
menguasai 45 kerusi dalam Majlis
Perhimpunan.
9. Suruhanjaya Simon

• Suruhanjaya yang ditubuhkan Lord Irwin


untuk mengkaji dan melaporkan tentang kesan
pembaharuan-pembaharuan pada tahun 1919.
• Diketuai Sir John Simon dan 7 orang ahli yang
terdiri daripada orang Inggeris.
• Mendapat bantah daripada Kongres
Kebangsaan India
Kesan:
• bantahan dan mogok di seluruh negara
• kerajaan tangkap dan penjara orang ramai
yang terlibat dalam tunjuk perasaan

SS tetap berjaya mengeluarkan satu laporan


(Mei 1930) yang menunjukkan kelemahan dalam
pelaksanaan pembaharuan-pembaharuan.

Lord Irwin mengumumkan India akan diberi


taraf Dominion
10. Laporan Nehru

• dipengerusikan oleh Motilal Nehru, laporan ini


mencadangkan agar memberi taraf Dominion
kepada India.
• Menimbulkan perpecahan dalam kalangan
golongan radikal dan sederhana dalam KKI
• Menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan orang Islam di bawah pimpinan Jinnah,
meninggalkan KKI dan sertai Liga Islam
• 1 Jan 1929, Persidangan Islam Seluruh India
diadakan dan mewujudkan perpecahan antara KKI
dan Liga Islam
Motilal Nehru
11. Perarakan Garam

• 1929, persidangan tahunan Kongres di Lahore


di bawah pimpinan Jawaharlal Nehru.
• Jawaharlal Nehru mengumumkan Kongres
memulau Persidangan Meja Bulat di London.
• Gandhi melancarkan perarakan dari
Sabarmathi ke Dandi sebagai tanda melanggar
undang-undang yang mewajibkan rakyat
membeli garam daripada kerajaan.
12. Pakatan Gandhi-Irwin

• Dalam Pakatan Gandhi-Irwin (5 Mac 1931),


Gandhi bersetuju membatalkan pergerakan
penderhakaan awam.
• Kerajaan bersetuju menarik balik undang-undang
darurat dan membebaskan semua tahanan politik.
• Walau bagaimanapun, perubahan politik yang
berlaku menyebabkan Kongres menghidupkan
kembali kempen penderhakaan awam pada 1
Januari 1932.
13. Anugerah Perkauman (Communal
Award)
• PM Britain mengumumkn Anugerah Perkauman,
pilihan raya berasingan akan diadakan bagi
golongan kelas rendah dalam masyarakat Hindu.
• Keengganan British menarik balik menyebabkan
Gandhi melancarkan mogok lapar
• Pakatan Poona - 148 kerusi diperuntukkan kepada
kelas-kelas tertindas atas dasar persamaan.
• Gandhi menerima pakatan Poona dan
membatalkan mogok lapar.
Perkembangan
Gerakan Kebangsaan
India
(1935-1947)
1. Akta Kerajaan India 1935

• Menimbulkan perasaan tidak puas hati parti-


parti politik di India.
• KKI dan Liga Islam menolak akta ini kerana
tidak menjamin taraf dominion yang dituntut
golongan nasionalis
• Aktu tersebut disifatkan sebagai penghalang
kepada pencapaian pemerintahan sendiri
2. Pilihan Raya 1937

• Kongres memenangi 714 daripada 1585 kerusi


yang dipertandingkan.
• Sebaliknya, Liga Islam tidak mencapai
kejayaan yang memberangsangkan, iaitu 51
daripada 482 kerusi yang diperuntukkan
kepada orang Islam.
• Liga Islam mencadangkan untuk menubuhkan
kementerian gabungan dengan Kongres namun
ditolak.
3. Idea Penubuhan Pakistan

• Keputusan Kongres menolak cadangan


membentuk kementerian gabungan
mencemaskan Jinnah
• Hubungan antara Kongres dan Liga Islam
menjadi buruk
• Mohammad Ali Jinnah membuat keputusan
untuk menubuhkan sebuah negara yang
berasingan bagi orang Islam.
4. Kemunculan Sayap Kiri

• Penyertaan ramai orang dalam Kongres


menyebabkan muncul kumpulan Sayap Kiri di
bawah pimpinan Subash Chandra Bose.
• Menjadi aktif dan berpengaruh apabila beliau
menjadi presiden Kongres namun meletak
jawatan kerana tentangan dari musuh.
• Menubuhkan Blok Maju selepas meninggalkan
Kongres.
Subash Chandra Bose
• Akibat tindakan agresif, beliau diletakkan di
bawah tahanan rumah oleh kerajaan British
• Apabila berjaya melepaskan diri, menuju ke
Jepun
• Menubuhkan Tentera Kebangsaan India
(Indian National Army) untuk mengusir
British.
5. Nasionalisme India semasa PD2

• British melibatkan India dalam peperangan,


menyebabkan Kongres menuntut agar wizurai
menjelaskan matlamat British menyertai perang dan
menuntut penubuhan Kerajaan Pusat Kebangsaan
• tidak puas hati dengan respons British - menteri-
menteri Kongres meletakkan jawatan sebagai tanda
bantahan.
• Menyebabkan Liga Islam menyokong British dengan
syarat diberi layanan yang adil
6. Tawaran Ogos
• Keadaan politik di Eropah berubah ekoran
kejayaan Jerman menawan Perancis pada tahun
1940.
• Oleh itu, British memerlukan kerjasama daripada
pemimpin Kongres bagi menghadapi situasi di
Eropah.
• Ogos 1940, Lord Linlithgow menawarkan kepada
pemimpin Kongres utk membincangkan
perkembangan politik India, bersetuju
menubuhkan sebuah badan perwakilan,
menawarkan taraf dominion kepada India
• Tawaran kerajaan British yang dikenali sebagai
Tawaran Ogos tidak diterima oleh Kongres,
sebaliknya mendesak Britain menawarkan
kemerdekaan kpd India.
• Apabila permintaan Kongres ditolak,
Pergerakan Penderhakaan Awam dilancarkan.
• 20 000 orang dipenjarakan termasuk
pemimpin-pemimpin utama Kongres.
7. Utusan Cripps, Mac 1942

• Kejayaan Jepun menguasai negara-negara di Asia


Tenggara menimbulkan kebimbangan British.
• Jepun mengumumkan matlamat utama serangan
terhadap India adalah untuk membebaskan
mereka daripada British, mendapat sokong orang
India
• Penubuhan Liga Kemerdekaan India dan Tentera
Kebangsaan India - utk membebaskan India dari
British
• British menghantar Sir Stanford Cripps ke
India untuk mendapat bantuan menghadapi
ancaman Jepun.
• Perutusan Cripps menjanjikan taraf dominion
dan pembentukan sebuah badan untuk
menggubal perlembagaan selepas tamat
peperangan.
• Kongres menganggap tawaran tersebut sebagai
satu muslihat dan menolaknya.
8. Pergerakan Keluar dari India (1942)

• Kongres meluluskan resolusi menuntut British


menarik diri dari India, 'Resolusi dari India'
• Kongres mengumumkan Gerakan Penderhakaan
Awam akan dilancarkan sekiranya British enggan
berundur dari India
• British menangkap Gandhi dan beberapa orang
pemimpin Kongres untuk menggagalkan gerakan
tersebut.
• 60 000 orang ditahan, 1000 orang menjadi
mangsa rusuhan
9. Perjuangan Tentera Kebangsaan India

• Subash Chandra Bose telah menubuhkan


Tentera Pembebasan India dengan bantuan
Jepun.
• Beliau menubuhkan kerajaan dalam buangan
di Singapura yang dikenali sebagai Azad Hind.
• Beliau menggerakkan tentera ke sempadan
India untuk menyertai tentera Jepun namun
berjaya disekat oleh pihak Berikat.
10. Rancangan Wavell

• Pendirian Jinnah membentuk Pakistan


menghancurkan harapan orang India dalam
membentuk sebuah negara bersatu.
• Lord Wavell menjemput Gandhi, Jinnah dan
pemimpin lain untuk mengadakan perbincangan
di Simla pada 25 Jun 1945.
• Namun, perbincangan tersebut gagal mencapai
kata sepakat dalam kalangan pemimpin Kongres
dan Liga Islam.
11. Perutusan Kabinet

• Clement Atlee, PM Britain menghantar Utusan


Kabinet ke India untuk mencari jalan untuk
memberi kemerdekaan kepada India.
• Utusan Kabinet mengumumkan laporan pada 6
Mei 1946
• Antara syor dalam laporan:
- mewujudkan sebuah kesatuan, iaitu Indian
Union yang terdiri daripada gabungan provinsi
dan negeri
- kerajaan pusat berkuasa terhadap pertahanan,
hal ehwal luar, dan perhubungan
- kerajaan wilayah dan negeri akan
menguruskan tugas-tugas yang lain
Provinsi dibahagi kepada tiga kumpulan:

Kumpulan Pembahagian Provinsi

Kump. Barat wilayah majoriti orang Islam


- Punjab - Provinsi perbatasan timur laut
- Sind - Baluchistan
Kump. Timur - Bengal
- Assam
Kump. Tengah provinsi yang majoriti penduduk beragama
Hindu
• Selepas mengadakan perbincangan, Kongres
bersetuju menyertai Dewan Perwakilan dan
terlibat dalam penggubalan perlembagaan
• Namun, menolak penyertaan Kerajaan
Sementara yang bakal ditubuhkan.
• desakan Liga Islam menubuhkan Kerajaan
Sementara ditolak oleh Lord Wavell,
menyebabkan Liga Islam menolak semua
cadangan perutusan Kabinet.
12. Penubuhan Kerajaan Sementara

• Parti Kongres menguasai majoriti kerusi dalam


pilihan raya Julau 1946 dan menimbulkan
kebimbangan orang Islam
• Menyebabkan tercetusnya rusuhan perkauman
• 2 Sep 1946, Lord Wavell menubuhkan kerajaan
sementara dengan Jawaharlal Nehru sebagai
Timbalan Presiden.
• Pada 15 Okt 1946, Liga Islam menyertai
kerajaan sementara
13. Kemerdekaan India

• Kerajaan British memutuskan untuk


menyerahkan kuasa kepada rakyat India
sebelum Jun 1948
• Lord Louis Mountbatten dilantik sebagai
wizurai untuk mempercepat usaha
memberikan kemerdekaan kepada India.
• 3 Jun 1947, beliau mengumumkan kaedah yang
digunakan untuk menyerahkan kuasa kepada
India
wilayah-wilayah majoriti Wilayah Benggal dan
orang Islam diberi
Punjab akan dibahagi
kebebasan membentuk
sebuah dominion
kepada kawasan
berasingan majoriti Hindu dan Sikh

Rakyat India akan


Penduduk di wilayah
menentukan samada India
Sempadan Barat Laut akan
akan kekal sebagai satu
menentukan sama ada
entiti politik atau dipisahkan
menyertai India atau
kepada dua unit politik yang
Pakistan melalui referendum
berasingan.
• Julai 1947, Kongres dan Liga Islam bersetuju
untuk mewujudkan dua buah negara yang
berasingan
• Parlimen Britain meluluskan Akta
Kemerdekaan India yang menetapkan 15 Ogos
1947 sebagai tarikh penyerahan kuasa
• Dua dominion baharu diwujudkan, iaitu India
dan Pakistan.
Gabenor Jeneral
Gabenor Jeneral
Pakistan Pertama
India Pertama
Mohammad Ali
Lord Mountbatten
Jinnah
Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai