Anda di halaman 1dari 21

M5:

Peranan Guru dalam pengurusan Bilik darjah

Hubungan guru-murid
Hasil pembelajaran:

• Menerangkan tentang hubungan guru-murid


• Membincangkan kepentingan hubungan guru-
murid.
• Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
hubungan guru-murid.
Membina HUBUNGAN GURU-MURID

• Hubungan guru-murid memerlukan kejasama


kedua-dua belah pihak .
• Komunikasi yang baik akan menyebabkan
rutin bilik darjah lebih teratur dan aktiviti p&p
dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan
akan menyumbang kepada peningkatan
prestasi murid.
Kepentingan membina hubungan guru-murid

• Hubungan guru-murid amat penting atas


sebab-sebab berikut:
• 1) suasana bilik darjah menjadi lebih selesa
dan kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran. Biasanya murid-murid
menghabiskan lebih kurang 5 hingga 7 jam
setiap hari persekolahan bersama guru-guru
mereka, sama ada guru kelas atau guru
mata pelajaran
Fikir sejenak…
• Bagaimanakah sifat-sifat guru yang dapat
mewujudkan suasana bilik darjah yang selesa
dan kondusif?

• Bagaimana pula sifat-sifat guru yang gagal


mewujudkkan suasana bilik darjah yang selesa
dan kondusif?
Hubungan guru-murid amat penting atas sebab-sebab berikut:

• ii) ia akan mempengaruhi pencapaian dan


perkembangan murid-murid
• Guru disifatkan sebagai ibu bapa gantian
murid-murid sepanjang waktu persekolahan.
• Secara tidak langsung kasih sayang
ditunjukkan dan nasihat serta bimbingan yang
diberikan akan merangsang murid-murid
berusaha dengan lebih tekun lagi dalam
aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah.
• Cuba anda fikirkan kepentingan lain yang
boleh dikongsikan bersama-sama rakan-rakan
lain.
Kebaikan HUBUNGAN GURU-MURID kepada
guru
• Menaikkan motivasi dan semangat kapada
guru untuk mengajar. Selain itu, juga dapat
melicinkan perjalanan p & p berjalan
lancar,guru akan menjadi semakin bermotivasi
untuk mengajar.
• Murid senang dikawal kerana akan
membuahkan kerjasama antara guru-murid.
• Kerjasama murid-murid akan memberikan
kesan kapada pengajaran guru,aktiviti
pengajaran akan menjadi lebih seronok dan
efektif.
• Menaikkan imej guru. Guru yang berjaya
membina hubungan yang baik akan berjaya
mengawal murid untuk menjalankan aktiviti
pengajaran yang berkesan.keberkesanan ini
akan menaikkan imej guru.
Kebaikan HUBUNGAN GURU-MURID kepada
murid
• Murid lebih berminat untuk belajar. Murid-
murid yang berkomunikasi dengan baik
dengan guru-guru dapat meluahkan masalah
serta dapat memberikan pandangan mereka.
Komunikasi dua hala dan hubungan
demokratik yang baik akan merangsang minat
murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
p&p.
• Murid-murid lebih memberikan kerjasama
kepada guru. Hal ini membolehkan guru
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
murid-muridnya serta memberikan
peneguhan yang sesuai.
• Meningkatkan pencapaian akademik murid.
Hubungan yang mesra dan kondusif
membolehkan guru membantu murid
memperbaiki prestasi akademik mereka.
• Murid-murid lebih bermotivasi untuk belajar.
Murid-murid yang mesra dan rapat dengan
guru akan terdorong untuk belajar dengan
lebih tekun.
Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan
murid-guru
• Penampilan guru
• Bahasa badan(body language) guru
• Tingkah laku guru
• Menunjukkan contoh teladan yang baik
• Persekitaran pembelajaran di dlm bilik darjah
Penampilan diri
• Memainkan peranan penting dalam
pertemuan pertama dgn murid-murid krn
m/m menilai guru melalui penampilan yg
ditonjolkan.
• Penampilan guru perlu menunjukkan ciri-ciri
profesionalisme guru dan mengikut etika
berpakaian yg ditetapkan oleh KPM
Bahasa badan( body language) guru

• Penting untuk menyampaikan mesej kepada


murid-murid
• Guru yang masuk dengan senyuman dan
menujukkan kesungguhan dan kewibaannya
sebagai guru, maka pastinya murid-muridnya akan
ceria dan bersedia dan berminat untuk belajar
• Kontak mata guru dengan murid-murid akan
menjadikan murid-murid rasa dihargai
• Gerak geri guru yg bertenaga dan bersemangat
untuk mangajar akan turut memberi semangat
kpd murid-murid.
Tingkah laku guru
• Mencerminkan perwatakan guru
• Haruslah sentiasa positif dan bersopan untuk
dicontohi murid-murid.
• Tingkah laku yg positif dan penggunaan
bahasa yang baik boleh membuat murid-
murid menghormati guru
• Kata-kata yg positif dan bermakna akan
meningkatkan motivasi murid-murid
sebaliknya kata-kata yang kesat akan hanya
melemahkan semangat murid utk mencuba
dan membaiki sikap
• Sekiranya ingin menegur murid, gunalah
bahasa yang sesuai dan tegas. Tegaskan
kepada murid tentang peraturan kelas yang
telah dipersetujui sekiranya mereka
melanggar peraturan. Elakkan daripada
menegur dengan menggunakan bahasa-
bahasa kasar.
Menunjukkan contoh teladan yang baik
• Guru umpama cermin kpd murid-muridnya.
• Mereka meniru perlakuan gurunya.
• Lentaran itu guru patut menunjukkan contoh
dan teladan yg baik utk dituruti oleh murid-
muridnya.
• Guru seharusnya menunjukkan minat
mengajar, ceria dan tenang, mengamalkan
komunikasi yang berkesan, ikhlas dlm
mengajar, mempunyai semangat kekitaan
dan mengambil berat serta berempati dgn
masalah murid-murid.
• Kepimpinan adalah melalui teladan. Guru yang
bertanggungjawab membentuk anak-anak
didiknya supaya menjadi insan yang harmonis.
Tingkah laku mereka mencerminkan watak
orang yang mengajar mereka. Dengan
menunjukkan teladan yang baik, boleh
membantu murid mengubah tingakah laku
kepada yang diingini.
Persekitaran pembelajaran di dlm bilik darjah

• Suasana bilik darjah yg bersih, teratur dan


nyaman dapat menarik m/m utk datang ke
sekolah.
• Begitu juga bentuk komunkasi yg diamalkan
dalam bilik darjah
• Hubungan guru-murid yg bersifat demokratik
dan mesra menjadikan murid tenang dan
rasa selamat berada di dlm bilik darjah
Antara ciri bilik darjah yang kondusif adalah :

1. Bilik darjah kelihatan ceria, bersih dan teratur.


2. Menarik perhatian murid untuk belajar.
3. Bilik darjah yang dapat memotivasikan /
memberikan semangat kepada murid.
4. Bilik darjah dilengkapi dengan alat bantu
mengajar.
5. Memberikan ruang untuk mengembangkan
potensi murid.