Anda di halaman 1dari 22

M6:

Peranan Guru dalam pengurusan Bilik darjah

Hubungan guru-murid
Hasil pembelajaran:

• Mencadangkan strategi-strategi untuk


membina hubungan guru-murid
• Mengamalkan amalan budaya penyayang di
dalam bilik darjah
• Menganalisa dinamika bilik darjah.
Strategi membina hubungan positif guru-
murid

• Strategi 1: Mengingati
nama murid dan
memanggil dengan nama
masing-masing.
• Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha
untuk mengenali dan mengingati nama murid-
murid bermula dari hari pertama persekolahan.
Elakkan memanggil murid dengan menggunakan
nombor pendaftaran atau nama-nama ganti diri
am,contohnya, ‘awak...’,’kamu...’, atau
berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya
‘awak yang duduk di belakang sekali...’.
kebanyakan murd berasa bangga apabila guru
mengingati nama mereka.
• Situasi itu menandakan guru ingat dan mereka
wujud dimata guru di samping menunjukkan
usaha guru yang bersunguh-sungguh untuk
mengenali murid-muridnya.
• Guru yang mengingati nama murid-muridnya
akan lebih cepat menjalankan hubungan
dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat
menolong guru mengawal tingkah laku murid
di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku
guru boleh memanggil nama murid dan
menegurnya.
Strategi 2: Menanamkan semangat cintakan
kelas/bilik darjah
• Guru boleh menggunakan strategi-strategi
tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu
tempat yang seronok untuk menimba ilmu.
Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan murid
terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang
dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan
kata yang melambangkan semangat ahli dalam
kelas. Melalui moto kelas, guru membimbing
murid untuk mencirikan sifat-sifat yang mereka
inginkan untuk kelas mereka.
Guru perlu mempunyai inisiatif dan
membimbing murid bukan hanya mengarah dan
mengatur. Bincanglah dengan murid-murid cara
yang terbaik untuk menjaga keharmonian kelas.
Dapatkan idea-idea bersama untuk
mencantikkan kelas. Papan-papan kenyataan
kelas diisi dengan bahan-bahan yang dipilih
bersama murid-murid dan mengadakan giliran
untuk sentiasa bertukar ganti bahan-bahan
yang dipaparkan mengikut kreativiti murid. Puji
dan beri peneguhan kepada usaha yang telah
ditunjukkan oleh mereka.
Strategi 3: Agihkan Tanggungjawab Bersama

• Beri peluang kepada murid-murid untuk


memikul tanggungjawab untuk menjaga
kesejahteraan kelas, iaitu bermula dengan
bersama-sama membuat peraturan bilik
darjah.
• Sehubungan itu, murid-murid berasa diri
mereka adalah sebahagian daripada bilik
darjah tersebut. Hal ini boleh membina
hubungan yang positif antara guru-murid
Strategi 4: Tetapkan jangkaan yang realistik

• Guru yang efektif dapat membut jangkaan tentang


keperluan pembelajaran murid-muridnya.
Jangkaan yang dibuat perlu realistik dan menepati
kebolehan murid.
• Dengan mengetahui kebolehan murid juga
menolong guru memilih strategi-strategi dan
bahan bantu mengajar yang sesuai dengan
kebolehan murid. Guru perlu realistik dalam
menjangkakan apa-apa yang boleh dicapai dalam
jangka masa yang ditetapkan juga dalam pemilihan
hasil pembelajaran.
• Tetapi sekiranya jangkaan yang ditetapkan oleh
guru terlalu tinggi, hal ini akan menjadi sukar
kepada murid terutamanya kepada murid yang
lemah untuk mencapainya. Mereka akan berasa
tertekan dan boleh mengurangkan motivasi
murid untuk belajar. Guru yang membuat
jangkaan yang realistik terhadap murid-muridnya
akan menunjukkan mereka peka terhadap
keperluan murid dan berusaha untuk membantu.
• Sokongan dan keperihatinan guru akan
membentuk satu hubungan yang baik antara
guru dengan murid.
Strategi 5: Tunjukkan Keprihatinan
• Guru mengambil berat dan prihatin terhadap
keperluan murid-muridnya akan membantu
beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan
murid-muridnya. Sikap guru ini juga akan
menjadi contoh yang baik kepada murid-murid
untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap
orang di persekitarannya.
• Guru perlu menunjukkan keikhlasan dalam
menunjukkan keprihatinan. Elakkan daripada
bersikap berat sebelah dengan hanya
memberikan perhatian kepada kelompok-
kelompok murid yang tertentu sahaja. Berilah
perhatian sama rata kepada semua murid.
Muris-murid dapat mengetahui sama ada
seseorang guru itu mengambil berat atau
tidak.
• Luangkanlah masa untuk membaca dan
mendengar isi hati murid. Keprihatinan guru
mendengar dan mengambil berat tentang diri
murid menolong membina hubungan baik
antara guru dengan murid. Murid yang rapat
dengan guru dapat membantu
menghindarkan murid daripada terjebak
dalam masalah peribadi dan disiplin.
Amalan Budaya Penyayang
• Terbentuk apabila ahli-ahli dalam sesebuah
komuniti itu mengutamakan kebajikan ahli-
ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara
terbuka antara satu sama lain dan jujur
semasa berhubungan. ( Larrivee, 2005 )
Ciri utama dalam menerapkan budaya
penyayang di dalam darjah :
 Hormat
 Autentik
 Ingatan
 Integriti emosi
Strategi mengamalkan budaya penyayang

Menyerapkan sifat mengambil berat dan


menjadikan bilik darjah sebagai satu tempat yang
selamat untuk berkongsi perasaan dan masalah .
Contoh :
Memberikan maklum balas dan menerima
daripada menolak, menilai dan menghukum
murid.
Sentiasa mengadakan perbincangan dengan
murid tentang masalah yang dihadapi.
Membina semangat kekitaan dan kepunyaan. Hal
ini melibatkan hubungan erat antara guru dengan
murid serta menanamkan sikap prihatin antara
menyemai rasa kekitaan, saling mempercayai dan
menghargai pendapat orang lain.
Contoh :
 Mengadakan dialog dengan murid.
 Berjumpa secara perseorangan dengan murid
yang memerlukan perhatian peribadi.
 Guru mengamalkan ciri-ciri penyayang dan
menjadi model kepada murid.
Antaranya termasuklah hormat-menghormati
antara guru dengan murid dan murid dengan
murid, menyedari emosi kendiri dan
persekitaran, menjadi diri sendiri,
bertimbang rasa dan jujur dalam tingkah laku
dan emosi.
Semua ini bukan sahaja untuk murid tetapi
guru juga perlu menanam dan mengamalkan
sikap-sikap tersebut.
 Guru harus komited dengan usaha yang
berterusan untuk mewujudkan budaya
penyayang dalam kalangan murid.
Mereka akan
- Sentiasa jujur dalam tindakan dan perkataan
serta sentiasa mengambil berat dan prihatin.
- Memberikan perhatian yang sama ke atas
semua murid tanpa ada rasa prejudis ,
diskriminasi atau pilih kasih .
- Cuba mengenali diri sendiri dan berlaku jujur
atas tindakan yang dibuat.
Dinamika Bilik Darjah
• Umum - merujuk kpd satu suasana bilik darjah
yg menggalakkan semua murid utk mengambil
bahagian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran; menghargai latar belakang dan
pengalaman mereka dan mengambil kira unsur
kepelbagaian dalam kalangan mereka
• Khusus, DBD merujuk kpd persepsi murid
terhadap darjat keselamatan dan sifat saling
menghormati dan jangkaan yg wujud dlm bilik
darjah.
Faktor- faktor yang membentuk dinamika
kumpulan
• Jantina
• Bangsa / agama
• Status sosiaekonomi
• Pencapaian akademik
• Personaliti
• Gaya pembelajaran
Peranan guru dalam dinamika kumpulan

• Kenal pasti bentuk dinamika


• Perhatian kepada murid yang tersingkir
• Gunakan kuasa penularan
• Bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang
diingini
• Guru sebagai ketua dinamika bilik darjah.