Anda di halaman 1dari 9

KONSEP KESUKARELAWANAN

Mohamad Basri Bin Jamal


Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Emmail: basri.jamal@fsk.upsi.edu.my
Tel: 014-2495237
PENGENALAN
• Perlu faham terma:
i. Sukarela
ii. Sukarelawan
iii.Kesukarelawanan
• Kesukarelawanan berasal dari perkataan
voluns bermaksud pilih atau velle yg
bermaksud kehendak dan kemahuan untuk
menghulurkan bantuan kepada orang lain
DEFINISI KESUKARELAWANAN
• Terdapat banyak definisi berkenaan dgn
kesukarelawan, antaranya:
i. Kerelaan seseorang individu utk melaksanakan
sesuatu kerja atau tanggungjawab tanpa menerima
dan mengharapkan insentif ataupun manfaat
berbentuk material dalam usaha utk memberikan
kebaikan kepada orang lain (Smith, 1994)
ii. Bermaksud sesuatu tingkahlaku atau sumbangan
yang dilakukan dengan disedari dengan pilihan diri
seseorang tanpa didorong, dipaksa atau didesak oleh
mana-mana pihak
DEFINISI KESUKARELAWANAN
• Seseorang sukarelawan itu mempunyai atau
mengamalkan ciri-ciri berikut:
i. Melakukan tugas dengan penuh kerelaan atas
kemahuan sendiri
ii. Tidak terkongkong
iii.Tidak terpaksa untuk melakukannya
iv.Tidak mendapat sebarang bayaran atau imbuhan
kebendaan termasuk ganjaran atau pujian atas
sumbangan khidmat mereka dengan bertujuan
untuk mencapai sesuatu matlamat yang murni
Samb..
• Kesukarelawanan atau voluntarism merupakan
satu falsafah atau doktrin semangat atau dasar
sosial yang bertujuan untuk menekankan betapa
pentingnya bagi setiap anggota masyarakat
membuat sumbangan khidmat sosial secara
sukarela untuk membantu mereka yang
memerlukannya di dalam apa jua bidang dan
dengan apa jua cara yang tidak bercanggah
dengan undang-undang dan batasan moral
masyarakat
• Semangat kesukarelawan merupakan satu
keperluan yang bertambah kompleks dalam
kehidupan yang bertambah mencabar
Samb…
• Scheir (1988) telah menulis satu sajak bertajuk “falsafah kesukarelawan”
Suatu ketika dahulu, kesukarelawan adalah untuk
Mereka yang mempunyai impian
Kita pernah mempunyai impian-sesetengahnya masih lagi
Demikian-peneroka keusahawaman kemanusiaan…
Bagitulah cara kita memulakannya dahulu sebelum adanya
Bicara tentang dana besar atau birokrasi
Suatu ketika dulu, kesukarelawanan adalah satu
Yang diwarisi daripada keluarga, rakan, atau kepercayaan,
Sebagai satu corak hidup yang tanpa sedarnya
Berlandaskan nilai-nilai sejagat
Begitulah cara kita bersukarela, dengan penuh peribadi
Tetapi impaknya ternyata serata duniawi
Suatu ketika dulu, kesukarelawan adalah kuasa,
Kita tidak bertindak menurut tren dan arus, Kita menciptanya
Kita tidak pernah membekalkan sumber tenaga, kita menciptanya
Para pemimpin politik tidak menggunakan kita,
kita menggunakan mereka
Dan kita menjadi impian kenyataan
Suatu ketika dahulu, kesukarelawanan adalah untuk
Mereka yang mempunyai impian….
Mungkin tidak lama lagi, ia akan kekal sedemikian lagi…..
LATAR BELAKANG KERJA SUKARELA
• Kagiatan sukarela dlm kalangan masyarakat
Malaysia telah lama berakar umbi
• Istilah gotong royong – dimana masyarakat
berganding bahu menjalankan aktiviti utk
kebaikan bersama
• Hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi
menjelang 2020
• Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak
Samb..
• Antara ungkapan yang sering digunakan dlm
menggambarkan kerjasama secara sukarela
ialah:
– Yang capek menghalau ayam
– Yang pekak membakar meriam
– Yang kurap menyiang buluh
– Yang buta menghembus tepung
– Yang sempurna ??? – lebih banyak boleh
berperanan
• Yang membataskan mungkin sikap negatif
Samb…
• Zaman dunia global, kesukarelawan perlu
memainkan peranan yang lebih besar
• Cabaran ekonomi global lebih kompetitif
• Setiap individu perlu memainkan peranan yg lebih
optimal tanpa mengharapkan bantuan kerajaan dan
pihak swasta untuk membangunkan masyarakat
• Sektor sukarela perlu memainkan peranan yang lebih
menonjol dlm memberikan perkhidmatan kepada
masyarakat sebagai sokongan perkhidmatan awam
dan swasta yg tidak mungkin dapat memikul
tanggungjawab yg akan bertambah mencabar dlm
masyarakat

Anda mungkin juga menyukai