Anda di halaman 1dari 6

MASALAH PRATULIS

MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS


Kemahiran gerakan motor halus juga boleh menjadi
lambat disebabkan beberapa faktor antaranya;

Kecederaan

Keadaan
tidak normal Faktor Stroke
sejak lahir

Penyakit (sawan)
Masalah Pratulis
• Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas tetapi
tidak menunjukkan perkembangan motor halus yang
baharu kemungkinan mengalami masalah dalam
membuat gerakan motor halus.

• Masalah ini juga boleh berkait dengan keadaan


kesihatan kanak-kanak seperti penyakit sawan,
terencat akal, buta, pekak atau disebabkan diabetes.

• Kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan yang


lambat dalam kemahiran motor halus ini juga akan
mempunyai masalah dalam mengawal koordinasi
pergerakan badan khususnya bahagian muka, tangan
dan jari.
• Sesetengah tanda terencat perkembangan motor boleh
dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 2 tahun.

• Tanda-tanda ini adalah seperti kesukaran untuk duduk


atau mengangkat kepala, sukar berdiri jika tidak
dibantu, sukar untuk bergerak seperti merangkak, atau
tempoh berjalan yang agak lambat.

• Perkembangan lambat bagi motor halus pula kadang


kala dapat dilihat ketika kanak-kanak berada di
peringkat prasekolah.

• Contohnya kanak-kanak ini sukar untuk memegang


pensil, sukar untuk melukis atau sukar memasang
butang baju.
• Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak menguasai
kemahiran motor halus memerlukan perancangan,
masa, dan pelbagai bahan bantu.

• Perkembangan motor halus dapat digalakkan dengan


aktiviti yang seronok, termasuk seperti permainan
kraf, jigsaw, dan membina blok lego.

• Meminta kanak-kanak membantu ibubapa membuat


kerja rumah seperti memotong buah, atau mengacau
tepung juga merupakan aktiviti yang baik untuk
perkembangan motor halus mereka.
• Selain itu ia juga dapat meningkatkan kebolehan
koordinasi tangan-mata.

• Oleh kerana perkembangan motor halus memainkan


peranan yang penting dalam persediaan kanak-kanak
memasuki sekolah dan perkembangan kognitif maka
kemahiran ini seharusnya diberi perhatian dalam
kurikulum prasekolah.