Anda di halaman 1dari 71

Konsep-Konsep Asas

Hubungan Etnik
Objektif Pengajaran
 Memahami konsep-konsep asas hubungan
etnik
 Menjelaskan kepentingan memahami
konsep asas hubungan etnik
 Menjelaskan aplikasi konsep-konsep
hubungan etnik dalam masyarakat
Malaysia
Liputan Kuliah
 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

 2.1 PENGENALAN

 2.2 KONSEP MASYARAKAT


 2.2.1 Konsep Etnik, Etnisiti an Etnosentrisme
 2.2.2 Konsep Ras dan Rasisme
 2.2.3 Konsep Prejudis dan Stereotaip
 2.2.4 Konsep Diskriminasi

 2.3 KONSEP BUDAYA

 2.4 KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI


 2.4.1 Konsep Segregasi
 2.4.2 Konsep Akomodasi
 2.4.3 Konsep Akulturasi
 2.4.4 Konsep Asimilasi
 2.4.5 Konsep Amalgamasi

 2.5 PENGALAMAN MALAYSIA
 2.6 KESIMPULAN
Budaya
 Pakar-pakar peyelidik berpendapat bahawa perkataan budaya itu
berasal dari perkataan Sanskrit ‘budaya’ ialah percantuman dua
perkataan ‘budhi’ dan ‘daya’.

 Perkataan ‘budhi’ yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti


‘kecergasan fikiran dan akal’ manakala ‘daya’ ialah perkataan
Melayu Polynesia bermakna ‘kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’.

 Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ‘budaya’ akan membawa


maksud ‘tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang
menggerakkan jiwa’
 Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud
budaya sebagai ‘The way of life of a people, including
their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of
perception, and habits of thought and activity. Cultural
features of forms of life are learned but are often too
persive to be readily noticed from within’.

 Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup yang
diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan
tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang
dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat
 Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
– budaya kebendaan
– budaya bukan kebendaan

 Budaya kebendaan
– peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya.
– Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza
dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.

 Budaya bukan kebendaan


– kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
– Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang
berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan
masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi
hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat
India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak
perempuan kepada pihak lelaki
 Terdapat dua peranan utama budaya:
– 1. membina imej negara ke arah mewujudkan
keperibadian dan identiti
– 2. pemupukan kesedaran kebangsaan dan
kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental

 Maka ‘manusia itu sendiri membentuk


budaya’ dan perkembangan budaya akan
mengikut perkembangan masyarakat itu
sendiri
Ciri-Ciri Budaya
 Dipelajari
– Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
dipelajari

– Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat


bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
 i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,
sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
 ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam
sesebuah masyarakat itu.
 iii. Umur seseorang.
 iv. Tahap pendidikan
 v. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
Ciri Budaya
 Perkongsian
– Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal
dan didokong oleh sekumpulan manusia.

– Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat


menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia
kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

– Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak


termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia
wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
Ciri Budaya
 Kesejagatan
– Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan.

– budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana


faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian
anggota.

– Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam


semua budaya iaitu:
 i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
 ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
 iii. sistem sosial.
 iv. bahasa.
 v. kesenian.
 vi. sistem pengetahuan.
 vii. agama dan kepercayaan.
Ciri Budaya
 Diwarisi
– Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya
Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini
adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu.

– Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan


kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga
membawa maksud bersambung. Teknologi yang
dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia
masa lampau.
Ciri Budaya
 Berubah
– Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami
perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri
dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan
dengan rumah beratap rumbia.

– Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti


perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis.
Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

– Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:


 i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
 ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
 iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
 iv. pertembungan budaya.
 v. konflik yang berlaku.
 vi. perubahan alam sekitar.
Ciri Budaya
 Perlambangan
– Perlambangan ialah sebagai satu lambang
dalam budaya yang memberikan makna
tertentu kepada pendokongnya seperti
bendera, warna, logo, lambaian tangan dan
sebagainya.

– Perlambangan yang wujud turut membantu


manusia berhubung dan berkomunikasi
sesama mereka seperti isyarat memanggil.
Ciri Budaya
 Pandangan Semesta
– Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.

– Pandangan semesta ini timbul kerana manusia


mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya.

– Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam


kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti
aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung),
tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.
Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
 Memenuhi dan Menyediakan Keperluan
– Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk
terus hidup. Oleh yang demikian, manusia
menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-
kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya.

– Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada


keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat.
Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu
pelayaran, maka akan dibina kapal.
Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
 Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat
dalam Bertingkahlaku
– Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang
sebati dengan kehidupan manusia. Manusia
memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan
daripada agama.

– Budaya mempunyai peranan memberikan panduan


kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku
dalam memberikan panduan, ia meliputi:
 i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
 ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
 iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.
Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
 Mengatur Hubungan Sesama Manusia
– budaya mendidik kita agar menghormati jiran,
tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama
kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai
dengan ajaran Islam.

– Ini bermakna dalam menjalani kehidupan


seharian, kebudayaan memainkan peranan
mengatur hubungan sesama manusia.
Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
 Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk
Mencipta
– Alam fizikal yang berbeza menghasilkan
keperluan manusia yang berbeza. Orang
Eskimo memerlukan baju tebal.

– Maka, ia sebagai pendorong kepada
penciptaan bagi memenuhi keperluan harian
dan memudahkan segala urusan.
Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
 Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti
– Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan
pengenalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan
sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya.

– Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi


fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya
dalam ekonomi dan perindustrian.
KONSEP MASYARAKAT
 Definisi – Masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu ) atau pergaulan hidup.

 Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau
kumpulan manusia dalam satu iakatan ketatanegaraan.

 Masyarakat adalah terdiri daripada kumpulan individu yang


mempunyi hubungan yang sangat lama. Masyarakat adalah
kelompok manusia, tua dan muda, lelaki dan perempuan yang
mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang
sama.

 Perhubungan yang wujud mungkin dari segi kekeluargaan,


pekerjaan, tempat tinggal, dan sebagainya
 Komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di
suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu
dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula
menerangkan bahawa, masyarakat merupakan
jaringan perhubungan antara pelbagai individu
yang merujuk kepada pergaulan hidup dan
keseluruhan hubungan sosial

 Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari


tiga perspektif utama iaitu,
– pertama melalui aspek kenegaraan,
– kedua adalah aspek kewarganegaraan
– ketiga adalah aspek kebangsaan
Keperluan Mengkaji
Masyarakat
 Manusia Hidup Bermasyarakat
– Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan
masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang
menghormati orang lain atau rajin bekerja
dicermin dan mencerminkan masyarakatnya.

– Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan


kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap
masyarakat itu menjadi penting kerana
melaluinya, kita dapat memahami manusia
secara keseluruhan.
 Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
– Apabila kita mengkaji sesebuah masyarakat, kita akan
dapat memahaminya dengan lebih tepat berbanding
jika tidak mengkajinya.

– Pemahaman yang tepat terhadap massyarakat


membolehkan individu itu bertingkahlaku dan
menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat
setempat.

– Ini akan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan
yang wujud di dalam lingkungan sosialnya
 Memahami Budaya dan Masyarakat Lain
– Individu yang telah mengkaji masyarakat lain
tidak akan mengalami satu kejutan budaya,
tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan
yang wujud.
– Seseorang yang mengkaji masyarakat industri
tidak akan terkejut jika pergi ke negara
tersebut.
 Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat
– Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di
kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi
masyarakat dunia keseluruhannya.

– Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran,


teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya,
memerlukan kerjasama antara masyarakat.

– Maka, kajian terhadap masyarakat akan
membolehkan kita memahami dan memupuk
kerjasama dengan sesuatu masyarakat.
Ciri-Ciri Masyarakat
 Manusia Yang Hidup Berkelompok
– Satu hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah
mereka hidup bersama dan membentuk kelompok.

– Kelompok ini yang membentuk masyarakat. Mereka


mengenali antara satu sama lain dan saling
bergantungan.

– Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama


manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin
dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung
kepada manusia lain.
 Melahirkan Kebudayaan
– Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan
sebaliknya.

– Masyarakat akan melahirkan kebudayaan,


sama ada kebendaan atau bukan kebendaan.

– Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke


generasi berikutnya dengan proses
penyesuaian.
 Mengalami Perubahan
– Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut
mengalami perubahan.

– Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor


yang berasal dari masyarakat itu sendiri.

– Sebagai contoh, suatu penemuan baru


mungkin akan mengakibatkan perubahan
kepada masyarakat itu
 Mengalami Perubahan
– Salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah
terdapatnya perlakuan berhubung dan
bekerjasama di antara ahli dan ini akan
mencetuskan interaksi.

– Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau


tidak lisan.

– Komunikasi berlaku apabila masyarakat


bertemu di antara satu sama lain
 Terdapat Kepimpinan
– Pemimpin adalah terdiri daripada ketua
keluarga, ketua kampung, ketua negara dan
sebagainya.

– Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan


adalah bercorak tertutup kerana pemilihan
berdasarkan keturunan
 Stratifikasi Sosial
– Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada
kedudukan dan peranan yang harus
dimainkannya atau merujuk kepada susun
lapis masyarakat.

– Stratifikasi sosial dibahagikan kepada tiga:


 kelas,
 status
 kasta
– Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat
berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti
orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas
bawahan.

– Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh


individu dalam masyarakat seperti penerimaan
gelaran iaitu Haji, Lebai, Dato’ dan sebagainya.

– Kasta ialah kelas sosial yang keahliannya ditentukan


hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak
berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman
tradisional India yang memecahkan kasta kepada
Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.
Konsep Etnik
 Berasal dari perkataan ethnos

 Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok


manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

 Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau
bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai
kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri
budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya.
 Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak
memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama
atau membuang unsur sesuatu kaum

 Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.

 Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi


iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan
negeri.

 Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai


kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang
berbeza.
Konsep Etnisiti
 Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan
sesuatu kumpulan etnik tertentu.
 Ini bererti wujudnya satu kebudayaan
atau sub-budaya jelas di mana
anggotanya berasa disatukan dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang
sama.
Etnosentrisme
 Manakala etnosentrisme pula merujuk kepada
kepercayaan atau rasa bangga yang wujud
dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik
bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh
lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

 Etnosentrisme juga membawa makna suatu


perspektif melihat kelompok etnik lain daripada
lensa dan kacamata etnik sendiri.
Konsep Ras dan Rasisme
 Istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun
membawa makna berbeza.

 Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk dan digunakan
secara bertukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

 Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan
Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga dipanggil ras dalam
kehidupan seharian.

 Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal
nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya.

 Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia


ialah warna kulit.
 Manakala rasisme ditakrifkan sebagai
pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbedaan wajah fizikal-bilogikal
atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara
terbuka melalui prilaku atau tindakan terbuka.

 Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa


diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan
warna kulit, mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal
selainnya.
 Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan
tahap institusi.

 Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk


kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih
tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah.

 Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk


kepercayaan dan sikap individu.

 Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya
membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada
ras yang berbeza.

 Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara


tersirat di dalam struktur sosial.
Konsep Prejudis dan
Stereotaip
 Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di dalam hati
seseorang atau satu kelompok etnik, yang sering tidak diluahkan secara
terbuka, mengenai ahli atau kelompok etnik lain.

 Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat yang jelas,


tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan ianya menjadi
stereotaip.

 Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandangn negatif


terhadap etnik lain. Mengubah prejudis yang tinggi terhadap sesebuah etnik
lain adalah sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi
membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.

 Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang aktif daripada


masyarakat sekeliling. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan
dari satu generasi kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin
mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang
terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi sosial dan sebagainya.
 Manakala stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan umum yang
negatif terhadap sesuatu etnik seperti semua orang Arab itu Islam,
orang Belanda itu kedekut dan sebagainya.

 Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan


tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada
sesuatu etnik oleh etnik lain. Ini terhasil apabila berlaku
pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

 Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif


dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di
Malaysia.

 Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan sesuatu etnik itu


akan memandang rendah kepada etnik lain dan seterusnya
membawa implikasi kepada terbatasnya interaksi antara etnik dan
menimbulkan semangat perkauman yang menebal.
Konsep Diskriminasi
 Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan
negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota
atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi prilaku pihak yang
berpandangan negatif.

 Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan membezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata.

 Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada prasangka yang


ada pada sesuatu etnik.

 Ia semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan


stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada di peringkat
individu ataupun kumpulan etnik.
KONSEP PERPADUAN DAN
INTEGRASI
 Perpaduan seringkali merujuk kepada penyatuan berbagai etnik
dan budaya yang berlainan ke arah membentuk satu entiti fizikal.
Mereka tinggal bersama dalam satu kawasan dan menjalankan
aktiviti seharian dengan harmoni.

 Perpaduan juga adalah satu konsep politik yang merujuk kepada


satu keadaan sehaluan, rapat serta bekerjasama untuk mencapai
matlamat bersama.

 Ini selari dengan apa yang dimaksudkan dengan perpaduan oleh


kerajaan iaitu satu proses menyatupadukan anggota-anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya
tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan kebangsaan bersama di kalangan
mereka
Unsur-unsur Integrasi
 Integrasi Wilayah

 Integrasi Ekonomi

 Integrasi Kebudayaan

 Integrasi Sosial

 Integrasi Pendidikan

 Integrasi Politik
Usaha-usaha ke arah Integrasi
 mengurangkan perbezaan psikologi di antara
penduduk-penduduk dalam wilayah yang
berkenaan.

 mengatasi masalah perbezaan geografi dengan


merapatkan perhubungan dan interaksi supaya
wujud persefahaman yang lebih baik di antara
penduduk dan suku kaum yang ada.

 mewujudkan identiti bersama iaitu simbol


kesetiaan dan komitmen terhadap konsep bangsa
Malaysia.
 Integrasi merupakan tahap tertinggi yang ingin dicapai oleh
kebanyakan masyarakat majmuk. Integrasi membolehkan pelbagai
bentuk etnik dan ras bersatu, seterusnya membentuk sebuah
masyarakat dengan identiti baru.

 Integrasi wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahli-


ahlinya menerima ciri ahli lain tanpa merujuk kepada identiti dan
asal usul ras mereka. Senario ini turut melibatkan penyatuan
pelbagai kumpulan, tanpa mengira keturunan, sehingga
melenyapkan sikap prejudis dan diskriminasi terhadap satu sama
lain dalam masyarakat tersebut.

 Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah


kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi
sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi.
 Segregasi
– Ia merupakan hubungan yang bersifat
pemisahan di antara etnik-etnik dalam
sesebuah negara.
– Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan
di antaranya dari segi kawasan tempat
tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
dan kemudahan awam.
– Ia wujud sama ada didasari oleh undang-
undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di
Afrika Selatan.

A+B+C
 Akomodasi
– Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma
dan nilai mereka antara satu sama lain, namun
mereka tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing. Namun, mereka hidup secara
harmoni dan menghormati antara satu sama lain.
– Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik
mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan
pendidikan, mereka saling bergantungan.
– Switzerland adalah negara yang mempunyai
hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik
Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat
penyesuaian antara mereka

A+B+C=A+B+C
 Akulturasi
– Ia merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan di kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang
berlainan.
– Akulturasi terjadi apabila satu kelompok
manusia dengan suatu kebudayaan yang
tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga
unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah ke dalam kebudayaan
sendiri.
– Berbeza dengan proses asimilasi, proses
akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat yang menerima.
– Dalam sejarah tamadun manusia, sering
berlaku pertemuan atau pertembungan antara
dua atau lebih kebudayaan. Proses ini
menyebabkan berlakunya proses pinjam-
meminjam.
– Pada peringkat awal, unsur pinjaman
digunakan secara langsung dan kemudian
diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri.
– Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan
rujukan seperti penggunaan tali leher,
‘angpow’, makanan, hiburan dan sebagainya
 Namun kejayaan akulturasi bergantung
kepada:
– i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang
mudah diterima seperti budaya kebendaan
seperti pakaian dan kebudayaan tersebut
memberi manfaat yang besar.
– ii. Unsur kebudayaan asing berbentuk
bukan kebendaan sukar diterima seperti
ideologi, pemikiran dan sebagainya.

A + B + C = Ai + Bi + Ci
 Asimilasi
– Ia merupakan satu proses percantuman dan
penyatuan di antara etnik yang berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia
berkaitan dengan penyerapan sehala individu
ke dalam etnik yang lain.
– Asimilasi yang sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti.
– Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas
masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan,
Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh
berlakunya proses asimilasi
 Proses asimilasi berlaku apabila
terdapatnya:

– i. Etnik yang berbeza budaya.


– ii. Individu di dalam atau di antara
etnik sering berinteraksi.
– iii. Interaksi berlaku dalam tempoh
yang lama.
 Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
i. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan
identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
ii. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik
lain.
iii. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak
besar atau kelompok minoriti adalah kecil.
iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
v. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik
minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.
 Faktor penghalang asimilasi ialah:

– i. Kurangnya pengetahuan kebudayaan


sehingga menimbulkan perasaan takut
terhadap budaya lain.
– ii. Timbul perasaan bahawa budaya etnik
lebih tinggi dari etnik lain.
– iii. Adanya perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.

A+B+C=A
 Amalgamasi
– Ia merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis-jenis budaya
dan ras yang baru.

– Cara utama dalam menentukan proses


amalgamasi terjadi ialah perkahwinan
campur antara etnik.

A+B+C=D
Tahap-tahap Hubungan
Etnik
Pemisahan antara etnik.
SEGREGASI Dasar apateid

Sedar perbezaan budaya.


AKOMODASI Hidup dengan harmoni

Minoriti menerima budaya majoriti,


AKULTURASI tanpa ubah budaya asal

ASIMILASI Minoriti terima budaya dominan

Percampuran membentuk kelompok baru.


AMALGAMASI Kahwin campur
Proses Integrasi

Amalgamasi
Asimilasi
Akulturasi
Akomodasi
Segregasi

Rendah Tinggi
aduaJl 2.1 : Komposisi Penduduk Malaysia, 2000-2010 (Juta orang)

Jumlah Penduduk Tahun 2000 Tahun 2005 Tahun 2010


(Juta)
Bumiputera 14.56 66.1% 16.06 65.9% 17.95 67%

Cina 5.58 25.3% 6.15 25.3% 6.52 24.3%

India 1.63 7.4% 1.83 7.5% 1.97 7.4%

Etnik lain 0.27 1.2% 0.32 1.3% 0.35 1.3%

Jumlah Penduduk 22.04 100% 24.36 100% 26.79 100%

Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010


Pengalaman Malaysia
 Di atas kepelbagaian inilah, kerajaan telah mengambil
langkah dan melaksanakan berbagai program bagi
memupuk perpaduan di kalangan rakyat.
 Antara langkah penting yang diambil oleh kerajaan ialah
menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas
peristiwa 13 Mei 1969.
 Jabatan ini seterusnya ditukar kepada Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi
memainkan peranan yang lebih penting dalam memupuk
perpaduan kaum di Malaysia serta terus berada di
bawah Jabatan Perdana Menteri.
 Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan menubuhkan
Panel Penasihat Perpaduan Negara di peringkat pusat dan
Jawatankusa Penasihat Perpaduan Negeri di peringkat negeri-
negeri.

 Penubuhan panel ini bertujuan untuk membincangkan is-isu


perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan tidak menggugat
kestabilan politik yang sedia wujud. Ini ditambah lagi dengan
pelbagai program lain seperti dasar-dasar yang diperkenalkan,
sistem pendidikan dan pelbagai lagi.

 Sebagai contoh, hubungan harmoni antara etnik di Melaka


dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina masjid
dan rumah ibadat lain di Melaka.

 Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya, mempunyai
gabungan senibina China, Melayu, Arab dan India. Masjid-masjid
yang dibina pada zaman kesultanan Melaka adalah unik iaitu
mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran
bermotif tempatan, Arab dan India serta China.
 Begitu juga dengan adanya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan
Warisan, telah memperkukuhkan lagi warisan kesenian rakyat Malaysia
seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, terus dipelihara dan dimajukan.

 Misalnya, makanan etnik Melayu seperti nasi lemak menjadi kegemaran


rakyat Malaysia, begitu juga dengan masakan etnik Cina seperti nasi goreng
Cina, mi Hailam dan masakan India seperti kari.

 Manakala daripada segi pakaian, para pelajar bukan Melayu tidak merasa
janggal memakai baju kurung dan baju Melayu khususnya pada hari
Jumaat.

 Perkara ini terus diterima apabila sambutan Hari Kemerdekaan, di mana


kesenian rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah digunakan.

 Hal yang sama juga apabila perbarisan kontigen sukan Malaysia dalam
mana-mana acara sukan, telah memaparkan kesenian rakyat Malaysia.
 Oleh itu, konsep-konsep seperti prejudis,
steriotaip, rasisme dan diskriminasi wajar
dielakkan kerana ia boleh menghalang
perpaduan di kalangan etnik.
 Sebaliknya konsep-konsep seperti
akomodasi wajar dijadikan panduan
dalam menjalinkan hubungan etnik di
Malaysia.
PENUTUP
 Hubungan etnik ini pula tidak wajar dilihat dari sudut
luaran sahaja tetapi yang lebih pentingnya ialah sudut
spiritual.

 Dalam hal ini, aspek-aspek yang menjadi teras


kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara iaitu
kebudayaan kebangsaan haruslah berteraskan kepada
kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam
menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai