Badminton (Ujian French Short-serve) Tujuan : Untuk mengukur kemahiran untuk membuat servis secara tepat Alatan : Raket badminton, bulu tangkis, tali yang direntang di atas net dan ukuran yang dibuat di atas lantai gelanggang. Organisasi : • Tiap-tiap pemain berada bertentangan antara dua gelanggang servis • Keluasan gelanggang servis untuk perseorangan, iaitu 5.18 meter lebar dan 13.4 meter panjang. • Keluasan gelanggang servis untuk beregu berukuran 6.1 meter lebar dan 11.88 meter panjang. • Gelanggang servis dibahagikan kepada dua bahagian bertentangan. Bahagian gelanggang ini dipisahkan oleh jaring (1.55 meter tinggi). Garisan servis pendek terletak 1.98 meter dari jaring. kawasan servis kiri dan kawasan servis kanan dipisahkan oleh garisan di tengahnya. Prosedur ujian : 1.Tali direntang 20 inci di atas dan selari dengan jaring/net. Ukuran dibuat di tengah-tengah garisan gelanggang dan garisan servis pendek. 2. Markah akan diberi sekiranya bulu tangkis melintasi di antara tali dan net dan mendarat di kawasan yang ditandakan. 5 percubaan diberi dan jumlah skor yang terkumpul akan direkodkan. 3. Jika servis terkena tali,murid boleh membuat servis semula tanpa dikira. Analisis Ujian (Permainan Badminton) Borang Skor : Analisis Data bagi murid lelaki tahun 4 Dinamik Bil Nama Dapatan 1 Ahmad Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 5 5 2 Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 5 3 Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 4 4 Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 5 5 Mohamad Sayyid B. Nazri 3 6 Muhamad Amirul Musthaqim 2 7 Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 3 8 Muhamad Rasydan B. Razali 2 9 Muhamad Syariman b. Saari 3 10 Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 2 11 Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 2 Borang Skor : Analisis Data bagi murid perempuan thn 4 Dinamik Bil Nama Dapatan 12 Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 3 3 13 Atikah Jameen Bt. Hamdan 5 14 Nabihah Bt. M. Zahid 4 15 Noe Erni Bt. Nazmi 4 16 Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 5 17 Nik Sofwatulizah bt. Ishak 4 18 Nik Zalila Bt. Kassim 1 19 Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 5 20 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 4 21 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman 1 22 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 4 23 Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 4 24 Nur Syazwani Bt. Md Bahri 5 25 Nur Syazwani Bt. Mohamad 2 26 Puteri Nur Farah Bt. Rosli 4 27 Seri Hafsah Bt. Abd Razak 4 28 Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 1 29 Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 3 30 Ummul Najwa Bt. Adnan 2 Kiraan Skor : Analisis data mod, min, minimum dan maksimum bagi murid perempuan
Kiraan Skor : Analisis data mod, min, minimum dan maksimum bagi murid lelaki Mod Min MiN Max 1.2 1.85 1.2 3.0
Analisis data mod, min, minimum dan
maksimum bagi murid perempuan Mod Min MiN Max 1.8 1.92 1.0 3.2 Rumusan : i. Berdasarkan data yang diperolehi, murid- murid belum mampu menguasai kemahiran membuat pukulan servis dengan baik. ii. Secara purata, markah murid perempuan dalam membuat pukulan servis adalah lebih tinggi berbanding murid lelaki. Ujian Beam Balance Test • Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance Test) • Ujian ini menguji keseimbangan seseorang individu semasa berjalan di sepanjang batang titian yang ditinggikan. • Peralatan dan kemudahan : Jam randik, batang titian gimnastik, pencatat, juri (pemberi skor). • Kelebihan : Keseimbangan aktif seseorang individu dapat diketahui. • Kekurangan : Pemberian skor oleh juri yang kadang-kalanya kurang memuaskan hati individu yang diuji. Prosedur : i) Peserta bersedia di satu hujung dengan berdiri dalam keadaan yang seimbang dan mula berjalan sehingga ke hujung yang satu lagi tanpa jatuh. ii) Peserta diberi tiga kali percubaan di mana peserta yang diuji akan diberikan skor oleh beberapa orang juri . Skor daripada beberapa orang juri akan diambil purata skornya dan skor tersebut adalah skor untuk satu kali percubaan. Skor keseluruhan adalah purata skor daripada ketiga-tiga percubaan. Skor : • 5=Berjalan di atas batang titian dengan lancar tanpa berhenti dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang. • 4=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang. • 3=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil, berhenti sekali atau lebih dan dilakukan dalam masa lebih daripada 6 saat. • 2=Berjalan di atas batang titian tetapi sangat tidak stabil sehingga hampir jatuh, berhenti sekali atau lebih dan/atu ambil masa lebih daripada 6 saat. • 1=Jatuh dari batang titian sebelum dapat selesai berjalan. • 0=Jatuh dari batang titian serta-merta. Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance Test) Ujian Zig-Zag • Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah antara kon dan larian dalam masa tersingkat. • Peralatan dan kemudahan : Jam randik, kon dan pencatat. • Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah dalam masa yang singkat. • Kekurangan : Peserta menghadapi kekeliruan dalam pertukaran arah semasa berlari. Ujian Zig-Zag Prosedur : i) Satu litar berbentuk segi empat tepat (10 kaki x 16 kaki) dibentuk dengan 4 kon diletakkan di setiap penjuru dan 1 kon diletakkan di tengah- tengah litar. ii) Peserta akan bermula di garisan permulaan dan berlari mengikut arah yang telah ditetapkan. Ujian Zig-Zag iii) Peserta perlu berlari seberapa pantas yang boleh dan masa akan dicatatkan apabila peserta sampai di garisan penamat. iv) Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik akan diambil kira. Ujian Henman Shuttle • Tujuan : Ujian ini menguji kepantasan seseorang individu dalam larian secaraberulang-alik. • Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pita pengukur, kon/penanda, pencatat. Ujian Henman Shuttle • Prosedur : i) Peserta bersedia di garisan permulaan dan memulakan larian ulang-alik 20 meter setelah diberi isyarat ‘mula’. ii) Peserta perlu berlari seberapa pantas yang boleh secara ulang-alik tanpa henti untuk mendapatkan seberapa banyak ulangan yang mampu dalam masa 1 minit. Ujian Henman Shuttle iii) Selepas 1 minit berakhir, peserta diberi masa rehat selama 1 minit sebelum meneruskan larian lagi. iv) Peserta perlu melakukan sebanyak 5 set larian ulang-alik 20 meter (1 minit) dengan masa rehat 1 minit antara 5 set larian itu. v) Keputusan peserta adalah jumlah ulangan larian yang dapat dilakukan dalam kelima-lima set larian yang setiap satunya adalah selama 1 minit. Ujian Henman Shuttle