Anda di halaman 1dari 6

LIMA PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

(TROTTER, 1986)
1. Peringkat novis
• Bermula apabila mendaftar sebagai pelajar
pendidikan guru.
• Mula mempelajari cara mengajar.
• Mempelajari fakta, konsep dan peraturan
asas pengajaran.
• Masih belum menangani tugas-tugas harian
seorang guru.
2. Peringkat Novis Lanjutan
• Menambah dan memantapkan kefahaman
fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.
• Pengalaman awal kepada amalan bilik darjah
membantu membina keyakinan diri.
• Bimbingan guru mentor amat penting dalam
mengekalkan minat dan motivasi guru novis
lanjutan.
3. Guru Cekap
• Guru yang memiliki kelayakan ikhtisas.
• Lebih memberikan fokus pada pembelajaran
murid.
• Memahami prinsip dan konsep pembelajaran
dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang
khusus.
• Memiliki pelbagai strategi pengajaran dan
mampu menyesuaikan mengikut kemampuan
pelajar.
4. Guru Mahir
• Mahir dalam bidangnya.
• Golongan yang diingati dan disanjungi oleh
bekas pelajar.
• Gaya lancar dan spontan yang
membolehkannya membuat keputusan
berdasarkan intuisi.
• Kaya dengan pengalaman.
• Dapat menganalisis maklumat yang kompleks.
5. Guru Pakar
• Guru yang gemilang dan terbilang.
• Dapat memahami dan menangani maklumat
yang banyak dan masih mempunyai gaya
pembelajaran yang lancar.
• Orang yang berautoriti dalam professionnya.
• Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi
berkaitan pengajaran dalam bilik darjah.