Anda di halaman 1dari 13

DEFINISI DAN KONSEP

PENDIDIKAN
1. Definisi dan konsep pendidikan
2. Konsep pendidikan dari perspektif
Islam dan Barat
Pendidikan
• Education – Educere (membimbing/ melatih)
• Educare (melatih/ mengasuh)
• Socrates (469-399SM): pendidikan melatih rakyat
berakhlak mulia lebih penting dari pemerolehan ilmu
• Plato (427-347SM): pendidikan satu proses membentuk
individu berakhlak mulia… membentuk warganegara yg
baik serta setia dan mematuhi undang2 negara
• Aristotle (384-322SM): pendidikan memberikan
peluang setiap warganegara mencapai kebahagian
hidup.. Melatih warganegara peraturan dan tingkahlaku
yg baik dan cekap dlm pentadbiran dan berupaya
mempertahankan negara
Pendidikan
• “…aktiviti persekolahan…” (aktiviti2 yg mempunyai
objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid2
supaya menjadi insan yg berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia dan menguasai kemahiran2 tertentu demi berupaya
menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa
depan)
• “..aktiviti-aktiviti yg berkaitan dengan pembentukan dan
perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani
manusia..”
• Menyediakan individu menghadapi cabaran hidup dan
dapat memainkan peranan yg positif dalam masyarakat
• Pendidikan menyebar dan mengekalkan kebudayaan yg
sesuai dgn kemajuan dan pembangunan semasa
1. KONSEP PENDIDIKAN
Pendidikan boleh ditakrif sebagai:
(1)Pendidikan dilihat sebagai satu bentuk persekolahan formal di
mana kanak-kanak pergi ke sekolah untuk memperolehi
pengetahuan. Ia menjadi formal kerana pengajaran dan aktiviti
pembelajaran dirancang oleh pakar pendidikan untuk mencapai
matlamat dan objektif.
(2)Pendidikan merupakan suatu proses perkembangan di mana
kanak-kanak berkembang secara fizikal, mental, sosial dan emosi
sepanjang hayat.
(3)Pendidikan adalah satu proses yang berterusan. Ia merupakan
satu proses sepanjang hidup di mana setiap individu diberi peluang
untuk belajar sepanjang hayat. Dengan pendidikan sebegini, setiap
individu berharap dapat menambahbaik diri, dapat mengemuka
dan mempersoal isu-isu serta peka terhadap alam sekitarnya.
KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF BARAT
• John Mc Donald (A Philosophy of Education)
• Pendidikan masyarakat primitif- latihan vokasional
dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara
beribadat yg disampai melalui tunjuk ajar secara
tidak langsung drpd keluarga dan pergaulan dlm
masyarakat
• Pendidikan masyarakat moden: latihan khusus
menguasai kemahiran dan memperoleh ilmu
pengetahuan yg penting utk kehidupan melalui
pengajaran secara langsung
KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF BARAT
• Jean Jacques Rousseau (1712-1778): Pendidikan satu
proses berterusan sejak lahir
• Froebel (1806-1873): Pendidikan bertujuan mencapai
kehidupan yg lurus, suci dan mulia
• Stuart Mill (1806-1873): Proses memberi bantuan utk
setiap individu supaya berhidup dgn penuh kegembiraan
• Maria Montessorri (1870-1952): Proses membentuk dan
mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial
kanak-kanak
• John Dewey (1859-1952): Proses perkembangan
individu…supaya dapat hidup lebih berguna dan selamat
KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF BARAT

• TH Huxley (1825-1895): Orang berpendidikan


sempurna akan bersedia utk berkhidmat demi
kemajuan diri dan masyarakat serta rela
melaksanakannya dengan ikhlas dan patuh
kpd undang2 alam, bertenaga, bersemangat,
berseni dan bermasyarakat.
• Winch (1996): Persediaan kehidupan orang
dewasa
KONSEP PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

“Satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi manusia dari


segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan
seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa
kebaikan di dunia dan akhirat…”
“…..satu proses yg merangkumi aspek-aspek spt intelek, latihan
jasmani dan pembentukan akhlak yg mulia, berani dan hormat-
menghormati” (Al-Ghazali)
“…..satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan
seimbang…..memperkembang potensi intelek, fizikal, emosi dan
rohani menuju kesempurnaan..” (Mohd Qatb)
TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM
Antara tujuan Pendidikan dalam Islam
• Mendidik akhlak yang mulia dan rohani yang
sempurna
• Mengasuh kelakuan dan adab yang baik, terhormat
dan mulia
• Menyemai sikap kebersihan, kesucian dan
keikhlasan
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
• Membentuk dan memperkembang insan supaya
menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal
soleh dan berperibadi mulia.
• Memenuhi tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT yang bertakwa ke arah
kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat
• Melahirkan insan yang taat kepada Allah SWT
berharmoni dalam masyarakat serta mendapat
keredaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
• Al-Imaniyah (Iman)
• Al-Khuluqiyah (Akhlak)
• Al-Jismiyah (Jasmani/Fizikal)
• Al-Aqiliyah (Mental/Kognitif)
• Al-Nafsiyah (Jiwa)
• Al-Ijlimaiyah (Sosial)
• Al-Jinisiyah (Seksual)
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM MASA KINI
(SYED NAGUIB AL ATTAS)
• Disiplin Agama: Ajaran Koran, teologi, metafizik,
bahasa Arab dan Sastera
• Disiplin Kognitif: Kemanusiaan, Alam Sekitar,
Sains Gunaan dan Teknologi

- Pendidikan merupakan usaha membaiki diri


supaya membentuk sifat2 kesempurnaan sebagai
manusia beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia serta beramal ikhlas
Pendidikan
“ Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yg
berusaha mengembangkan fizikal, intelek, sosial
dan emosi seseorang individu serta menambahkan
kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan
pengalaman mereka supaya dapat memberi
kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam
kehidupan, membantu dan mendorongnya
bertindak dgn cara yg rasional bagi faedah diri,
serta masyarakat, bangsa dan negaranya”

Anda mungkin juga menyukai