Anda di halaman 1dari 12

TOPIK 5

PERSEKITARAN
UNDANG-UNDANG
5.1 ASAS-ASAS SISTEM
PERUNDANGAN

Empat asas struktur perudangan


5.1.1 Undang-Undang Islam
 Berlandaskan Al-Quran
 Sistem menyeluruh yang meliputi perkara yang berkenaan dengan sosial dan
perilaku ekonomi oleh semua individu.
 Merangkumi isu berkaitan hak harta benda, keputusan ekonomi, dan jenis
kebebasan ekonomi.
 Melarang pembayaran kadar faedah (riba)

5.1.2 Undang-Undang Sosialis


 Berbeza mengikut negara.
 Negara Eropah Tengah seperti Republik Czech dan Poland, sudah mempunyai
sistem undang-undang sedia ada sebelum komunisme mengambil alih, dan kod
undang-undang perniagaan sebelum Perang Dunia II. Tiada masalah untuk
menggunakan dan memperluaskannya semasa era komunisme.
 Rusia dan di kebanyakan republik komunis lain serta China, terpaksa membina
sistem undang-undang perniagaan yang baru. China dan Rusia mengambil
pendekatan yang berbeza mengenai struktur politk dan perkembangan ekonomi.
 Rusia bergerak menuju sistem demokrasi, manakala China mengaktifkan sektor
swasta dalam ekonomi campuran yang berlandaskan rangka undang-undang
sosialis.
5.1.3 Common Law
 Berdasarkan praktis yang berlaku pada masa lampau dan diterjemahkan sepanjang
ruangan masa.
 Common Law diperkenalkan di England.
 Negara yang mematuhi common law termasuk United Kingdom, AS, Australia, India dan
Mesir.

5.1.3 Code Law


 Berdasarkan peraturan yang lengkap untuk semua keadaan.
 Code Law dicipta oleh orang Roman dan masih dipraktikkan.
 Negara yang mematuhi code law adalah Itali, Perancis, Jerman, Mexico dan
Switzerland.
 Contoh : Hak terhadap harta (merangkumi perkara seperti jenama), dalam negara
yang mengamalkan common law, akan berlandaskan sejarah kepenggunaan
harta tersebut.
 Contoh lain, ketika permasalahan untuk menentukan pihak mana yang berhak
menggunakan jenama dan kempen pemasaran. Mengikut code law, hak terhadap
harta akan berlandaskan kepada pihak mana yang mendaftar jenama tersebut.
 Contoh : terdapat 2 buah syarikat, Alpha dan Beta, membuat tuntutan hak terhadap
sebuah jenama. Alpha telah mendaftar jenama tetapi belum pernah
menggunakannya. Beta telah lama menggunakannya dalam pelbagai bentuk
komersial tanpa mendaftarkannya. Di negara yang mengamalkan common law,
jenama itu dimiliki oleh Beta. Namun, mengikut code law, ia masih kepunyaan
milik sah Alpha.
5.2 KUASA PERUNDANGAN
 Jika undang-undang lebih dari sebuah negara perlu dipatuhi, akan
menimbulkan masalah.
 Jika berlaku perselisihan faham, persoalan bahawa undang-undang negara

mana yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah.


 Jika mengandungi klausa menyatakan undang-undang mana yang akan

digunakan, maka ia akan diselesaikan lebih mudah.


 Terdapat 2 alternatif jika kedua belah pihak gagal memasukkan klausa

perundangan tersebut dalam kontrak :


i) Penyelesaian masalah dibuat melalui undang-undang di ngara
perjanjian kontrak dimeterai.
ii) Menyelsesaikan masalah melalui menggunakan undang-undang negara
di mana perjanjian kontrak itu dipenuhi.
#Jika kedua-dua alternatif menjuruskan keputusan yang berbeza, ia boleh
diselesaikan di mahkamah yang lain, atau di negara lain.
 Contoh, tragedi di Bhopal meragut nyawa lebih 2000 orang akibat

kebocorann gas di Kliang Union Carbide India,. Kerajaan India memilih untuk
membawa kes ke pembayaran pampasan mangsa di mahkamah di AS,
kerana di AS lebih liberal berbanding mahkamah di India dalam keputusan
memberi pampasan kepada mangsa.
5.3 PENYELESAIAN PERUNDANGAN
5.3.1 Pendamaian
 Memilih menyelesaiakn pertikaian secara tidak formal.
 Perdamaian ialah langkah pertama ke arah jalan penyelesaian.
 Perdamaian – pengantaraan, juga sebagai perjajian yang tidak mengikat
mana-mana pihak untuk menyelesaikan permasalahan dengan melalui
permohonan pihak ketiga untuk menjadi pengantara kepada perbezaan.
 Pengantara – mendengar secara teliti kedua belah pihak dan cuba
meneroka, menghuraikandan membincangkan pilihan untuk jalan
penyelesaian, dengan niat untuk mendamaikan pihak yang bertelagah.

5.3.2 Timbang Tara


 Timbang tara – pilihan perundangan yang digunakan menyelesaiakn
masalah perniagaan antarabangsa.
 Prosedur melibatkan pertanyaan kepada pihak yang terlibat untuk memilih
seseorang untuk menjadi pengadil supaya dapat menentukan kedudukan
kes dan membuat keputusan yang kedua pihak akan akur.
a) Tribunal timbang tara
- mempunyai ahli timbang tara yang berpengalaman dan peraturan yang
formal berkenaan dengan proses timbang tara.
- a/bila ada permintaan untuktimbang tara, Dewan akan mencuba
perdamaian terlebih dahulu. Jika gagal, timbang tara pun bermula.
- Plaintif dan defendan akan memilih seorang wakil dari senarai penimbang
tara untuk mewakili kes mereka.
b) Klausa timbang tara
- Kontrak dan dokumen perjanjian perlu mengandungi klausa yang
menyatakan secara jelas penggunaan timbang tara untuk menyelesaikan
masalah.
c) Pelaksanaan timbang tara
- Klausa timbang tara dalam kontrak boleh mengelakkan masalah, tetapi
melaksanakan perjanjian timbang tara adalah sukar.
- Klausa timbang tara mengambil kira dua situasi
i) Kedua belah pihak bersetuju untuk menyelesaiakn kes melalui timbsng
tara mengikut peraturan dan prosedur sebuah tribunal timbang tara.
ii) Mereka bersetuju mematuhi anugerah yang berdasarkan timbang tara
5.3.3 Ligitasi
 Ligitasi – tuntutan saman melalui mahkamah umum.
 Cara penyelesaian ini tidak disukai oleh kedua belah pihak kerana :
i) tuntutan undang-undang terhadap pekerja setempat yang berkhidmat
dengan sykt antarabangsa akan mengakibatkan reputasi syarikat akan
terjejas.
ii) tiada jaminan bahawa mahkamah akan membuat keputusan yang adil
kepada pihak tempatan.
iii) proses perundangan rumit dan mengambil masa yang panjang dan
mahal.
5.4 UNDANG-UNDANG AMERIKA YANG
TERPAKAI DI NEGARA TUAN RUMAH

5.4.1 Akta Amalan Rasuah Antarabangsa


 Diluluskan oleh Kongres Amerika pada tahun 1977 dan mengumpulkan
peruntukan anti rasuah yang tegas.

5.4.2 Undang-Undang Keselamatan Negara


 Sykt AS dan subsidiari antarabangsa mereka, atau syarikat antarabangsa
yang memegang lesen teknologi AS tidak boleh menjual produk kepada
negara yang dianggap akan menggugat keselamatan AS.
 Contoh : Toshiba Machine dari Jepun telah menjual kepada kerajaan Rusia
teknologi yang boleh membuatkan kipas enjin selam menjadi lebih senyap.
Sykt AS memberi lesen teknologi itu kepada sykt Jepun, dan sebarang
penjualan kepada pihak Rusia adalah dilarang.
5.4.3 Undang-Undang Anti Monopoli
 Syarikat AS yang terlibat dalam eksport, perkhidmatan, atau modal yang
sepatutnya dibenarkan bersaing berdasarkan keupayaan dan tidak perlu disekat
oleh halangan yang dibuat oleh pihak pesaing yang besar.

5.4.4 Undang-Undang Anti-Boikot


 Sykt AS dihalang menyertai sebarang aktiviti boikot antarabangsa yang tidak
diiktiraf.
 Undang-undang anti-boikot wujud hasil tindak balas ke atas keputusan
pemboikotan Liga Kesatuan Arab ke atas perniagaan Israel.

5.4.5 Undang-Undang Hak Wilayah Asing AS


 Berkenaan keadaan di mana sebuah negara meletakkan kawalan halangan
terhadap aktiviti warganegara dan sykt-syktnya drpd berurusan dengan negara lain.
 Konsep ini sering digunakan ketika berurus niaga dengan musuh di negara sendiri.
 Contoh : sykt subsidiari milik sykt AS di Eropah berkeinginan menjual teknologi
kepada Rusia untuk membantu saluran paip gas di Rusia (1982). Kerajaan AS
mendeak supaya sekatan dilakukan ke atas pihak syarikat induk tersebut kerana
percaya ia akan digunakan untuk tujuan ketenteraan dan pernjualan tersebut
melanggar peraturan perniagaan dengan akta musuh.
 Undang-undang anti-monopoli juga digunakan dalam hak wilayah asing.
5.5 UNDANG-UNDANG KOMERSIAL
ANTARA NEGARA
5.5.1 Undang-Undang Pemasaran
 Undang-undang berkenaan dengan aktiviti pemasaran barangan, promosi,
pembangunan produk, pelabelan, harga dan saluran penghantaran.
 Contoh : Tawaran premium di Austria berada di bawah undang-undang
diskaun, yang menghalang sebarang pengurangan wang tunai dan
perkhidmatan yang pilih kasih bagi sebuah kumpulan sahaja
 Di Finland, tawaran premium dibenarkan, tetapi perkataan “percuma”
dilarang digunakan dan tiada paksaan terhadap pelanggan.
 Di Perancis, tawaran premium menyalahi undang-undang dan juga
menyalahi undang-undang a/bila sebuah sykt menawarkan hadiah kepada
pelanggan atau premium bersyarat ke atas pembelian yang barangan lain.
5.5.2 Undang-Undang Pemasaran Hijau
 Merujuk kepada undang-undang yang berkenaan dengan isu alam sekitar.
 Termasuk hal berkaitan pembungkusan barangan dan kesan ke atas
pengurusan sisa buangan pepejal dan barangan mesra alam.
 Di Jerman, undang-undang ketat digunakan ke atas pengilang, pengedar,
dan peruncit untuk menerima semua pemulangan bahan bungkusan
barangan.
 Untuk memantau pengurusan dan aktiviti berkaitan dengan kitar semula
bahan pembungkusan
 Meletakkan “eco label” di bungkusan sebagai tanda kepada pelanggan dan
menyokong konsep mesra alam.

5.5.3 Anti Monopoli


 Menentang praktis perniagaan yang bersifat terkongkong di AS dan negara
lain.
 Bertujuan menggalakkan persaingan sihat agar tiada konsentrasi hanya
pada yang memegang kuasa ekonomi.