Anda di halaman 1dari 19

PENDEKATAN PENGAJARAN

KEMAHIRAN MENULIS

•Pendekatan Proses
•Pendekatan LEA(Pengalaman bahasa)

Disediakan oleh : NorFarah Ain Bt Mohd Zamri


DEFINISI PENDEKATAN
•Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan
ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu
cara bagaimana suatu matapelajaran diajar
berdasarkan objektifnya.

Menurut Kamus Dewan (2007), pendekatan dapat


didefinisikan sebagaisatu kaedah atau cara, langkah-
langkah yang boleh diambil bagi memulakan dan
melaksanakan tugas. 
PENDEKATAN
PROSES
 Pendekatan ini telah digunakan sejak 1970-an.

Schwartz (1990)  pendekatan proses berperanan


penting dalam penulisan karangan yang mana murid
dibantu untuk melalui proses merancang, membuat
draf dan menyemak teks.

Menekankan interaksi di antara guru dengan murid


melalui aktiviti seperti perbincangan, kerjasama rakan
sebaya dan berdialog mengenai teks.

Mementingkan proses sepanjang menjalankan


pendekatan ini.
Dapat meningkatkan pencapaian
kemahiran menulis karangan dalam
jangka masa panjang. Murid-murid
lama-kelamaan akan memahami
proses-proses yang berlaku dalam
mengarang.

Melibatkan masa yang lebih panjang


untuk murid-murid membiasakan diri
mereka dalam menulis karangan.
Merancang

Membuat deraf

Menyemak

Menulis semula

Menyemak kembali sehingga selesai


penulisan karangan.
 Jika murid-murid dapat menguasai kemahiran
menulis,proses pembelajaran penulisan
karangan akan menjadi lebih baik dan menarik.

Amat sesuai dengan pembelajaran berpusatkan


murid dan guru sebagai fasilitator dalam
membantu, membimbing dan memberi motivasi
kepada murid-murid.
I. Kumpul bahan
II.Simpan dalam portfolio
III. Saring- bahan yang tidak diperlukan
disimpan
IV. Susun isi
V. Rangka karangan
VI. Penulisan lengkap
VII.Pembetulan
VIII.Penilaian guru.
PENDEKATAN LEA
(pengalaman bahasa)
PENDEKATAN LEA
(Pengalaman Bahasa)
Penekanan terhadap pengalaman atau
pengetahuan sedia ada murid dalam berbahasa.

Murid mudah memahami mesej yang


disampaikan oleh penulis dalam tulisan
sekiranya mempunyai pengalaman membaca
bahan yang menggunakan laras yang sama
serta mempunyai pengetahuan mengenai
bidang yang dibincangkan.
•Pengetahuan dan pengalaman murid
sangat diperlukan untuk mentafsir makna
yang disampaikan dan akan memahami
teks yg dibicarakan jika mempunyai
pengetahuan tentang perkara
tersebut.
Peringkat pemahaman literal
Merupakan tahap kebolehan yang paling rendah
dan mudah.
Melibatkan pemprosesan idea-idea dan
pengetahuan yang dinyatakan secara terus-terang.
Pelajar mampu untuk mencari maklumat dan
mengingati fakta yang terkandung dalam teks
dengan mudah kerana hanya melibatkan proses
mengeluarkan apa yang ada dalam memori ingatan
selepas pembelajaran.
Soalan pemahamanu jenis soalan-soalan mudah
dan ringkas tanpa melibatkan tahap pemikiran yang
tinggi.
Peringkat pemahaman terjemahan
atau reorganization
Memerlukan pelajar untuk memahami
dan menulis semula maklumat yang
dibaca tanpa mengubah maksud asal
Memerlukan daya intelek yang kuat bagi
menginterpretasikan secara ilmiah dan
tersirat untuk dijadikan sebagai maklumat
sekunder.
Tahap ini masih berada pada tahap
rendah.
Peringkat pemahaman aplikasi
Melibatkan tiga kebolehan iaitu mengingat
semula pengalaman dan kemahiran lalu,
mengetahui apa dan bila suatu prinsip
dapat dilakukan.
Pelajar akan melakukan sesuatu
berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan yang ada dan diaplikasikan
dalam konteks yang baru.
Peringkat pemahaman analisis
Pelajar dapat menganalisis maklumat
yang terdapat dalam teks dan melihat
perkaitan dengan maklumat lain dan
membezakan antara fakta, hipotesis dan
sebagainya.
Asas penting peringkat ini adalah
berkeupayaan untuk membandingkan
sesuatu bahan atau fakta.
Peringkat pemahaman inferens
Merupakan tahap pelajar memahamkan teks,
menginterpretasi, kenalpasti perkaitan dan dapat
berfikir secara logik dan tepat suatu maklumat
walaupun berdasarkan fakta yang tersembunyi.

Peringkat ini merupakan tahap pelajar benar-


benar faham dan dapat membuat rumusan
dengan logik dan tepat tentang maklumat yang
terdapat dalam teks (Safiah Osman, 1990).
Peringkat pemahaman penilaian
Tahap pemahaman yang tertinggi yang
membolehkan pelajar mengadili dengan tepat;
betul atau salah suatu maklumat.

Pembaca akan mempertimbangkan kewajaran isi,


kekuatan dan kelemahan suatu bahan mengikut
penilaian yang dibuat sendiri dan melibatkan
pembacaan yang kritis dan dapat dilihat dalam
pelbagai aspek.
a. Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang
dipilih.
b. Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk
membina cerita.
c.Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam
karangan disebut dalam perbincangan dengan guru.
Penggunaan perkataan yang betul perlu diberi perhatian oleh
guru.
d. Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang
mereka berikan. Guru perlu membimbing murid membina
ayat dengan betul.
e. Selepas selesai, guru membimbing murid memberi tajuk
cerita.
f. Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis.
g. Guru membaca secara nyaring, murid mendengar.
h. Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru.
SEKIAN TERIMA
KASIH