PERATURAN MORAL Peraturan moral merupakan kajian tentang tingkah laku manusia yang betul dan salah mengikut peraturan moral dan undang- undang yang ada dalam masyarakat
Menekankan cara-cara manusia berfikir,
undang-undang yang ideal dan sifat-sifat tertentu tentang moral. sambungan CIRI-CIRI PERATURAN MORAL: Boleh berubah-ubah Tiada pengasas, contoh: seseorang yang bermoral haruslah menghormati orang lain. Dicipta oleh manusia Sambungan… PRINSIP-PRINSIP PERATURAN MORAL PRINSIP AUTONOMI - Meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih - Pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Sambungan… PRINSIP KEADILAN - Merupakan tindakan yang saksama dan menghormati hak orang lain.
- Menggunakan kuasa dengan saksama,
tiada perasaan pilih kasih, tamak, dan mementingkan diri sendiri. - Sambungan… PRINSIP ALTRUISME - Merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral yang akan melibatkan atau berkait rapat dengan orang lain - Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya amat berperikemanusiaan. - Contohnya sikap simpati, belas kasihan, kasih sayang dan sebagainya. - Tidak sekali-kali mementingkan diri sendiri. PERATURAN ADAT Adat berasal dari bahasa arab yang bermaksud “kebiasaan hidup manusia”, termasuklah cara hidup harian, budaya, dan hubungan masyarakat. Himpunan tatasusila dalam masyarakat Cara-cara dan hidup yang diwarisi dari nenek moyang diturunkan kepada anak cucu melalui tunjuk cara, ajaran, teguran dan cerita Adat adalah kesusilaan dan cara kehidupan dalam masyarakat. CIRI-CIRI PERATURAN ADAT Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang murni serta baik. Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat, teguran dan teladan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi. PERATURAN AGAMA Mempunyai peraturan-peraturan tertentu dan berlainan mengikut ajaran agama masing-masing. Merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Termaktub dalam kitab agama Menetapkan panduan tingkah laku dan menyatakan balasan jika peraturan itu dilanggar. Peraturan boleh mendorong penganutnya mematuhi tuntutan agama Sambungan… CIRI-CIRI PERATURAN AGAMA Tidak boleh diubah-ubah Bukan ciptaan manusia Setiap penganutnya mestilah mematuhi peraturan yang terdapat di dalam agama masing-masing Peraturan agama adalah satu cara hubungan manusia dengan Tuhan PERATURAN UNDANG-UNDANG Bermaksud norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat yang boleh membentuk tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah. Satu perintah yang diberikan oleh pemerintah kepada rakyat, dan jika tidak ditaati, pemerintah akan mengenakan undang-undang. CIRI-CIRI PERATURAN UNDANG- UNDANG Peraturan-peraturan masyarakat telah diluluskan oleh autoriti Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan Perlu dipatuhi,kesalahan didenda dengan wang atau penjara Kejahilan tentang undang-undang tidak boleh dijadikan alasan membela diri Perasaan kasih sayang, belas kasihan, bertolak ansur dan baik hati tidak wujud.