Anda di halaman 1dari 17

PEMIKIRAN MORAL

Apakah yang
mempengaruhi
seseorang itu semasa
berfikir tentang
sesuatu tindakan
sama ada yang baik,
benar, dan patut?
ALIRAN PEMIKIRAN NATURALIS

Manusia mampu berfikir secara rasional


Manusia boleh menilai sesuatu tingkah laku
Manusia berbeza daripada binatang
Perlu ada perancangan sebelum bertindak
Manusia boleh berorganisasi
Menjalinkan kemesraan untuk mengekalkan
hubungan
Sambungan...
Naturalisme ialah aliran pemikiran
yang menggambarkan sesuatu itu
dalam keadaannya yang sebenar.
Kecenderungan individu untuk
menerima sahaja keadaan yang
sebenarnya dapat dikatakan
berfikiran naturalis
Boleh mengelakkan perlakuan-perlakuan negatif
dan sumbang jika boleh berfikir
Melihat objek sebagai satu keadaan sebenar
Menerima apa sahaja yang diberi tanpa menyoal
sebab akibat sesuatu perkara
Hidup dalam tekanan kerana tidak mahu
mengeluarkan pendapat, sentiasa
merendah diri, tiada motivasi dan kurang
berusaha
Sukar mendapat tempat dalam masyarakat
contoh

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila


melihat slip keputusan peperiksaan percubaan
setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut
mengeluh dan menerima keputusan itu dengan
mengatakan memang dia bodoh, belajar macam
mana pun begitu juga prestasinya.
Masih ada masyarakat yang percaya dengan
maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi
segantang. Lantaran itu mereka terus menerus
miskin walau pun negara telah merdeka 52 tahun
yang lalu.
ALIRAN PEMIKIRAN EMOTIVIS

Mengaitkan falsafah moral dan etika dengan emosi,


sikap, dan perasaan sama ada hendak menerima
atau menolak sesuatu pertimbangan moral itu.
Perkara yang menyenangkan emosi ialah apabila
dapat melahirkan perasaan gembira, dipuji dan
diterima
Rasa cemburu dan iri hati timbul apabila timbul
keadaan tidak menyenangkan
Bertindak mengikut perasaan
Bersifat agresif, pendiam, cepat tersinggung, dan
kuat cemburu, sukar bergaul, selalu rasa tertekan,
tetapi sentiasa cuba membaiki diri
Sentiasa berfikir dirinya betul dan akan berusaha
mendapatkan semula sesuatu yang menjadi hak
miliknya yang telah hilang.
contoh

 Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an


di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita
tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.
 Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa
berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.
 Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir
keturunan murid tersebut
 Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar
 Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan
 Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang
di muka keluarga.
 Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu
membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.
ALIRAN PEMIKIRAN
INTUISIONIS

Memahami sesuatu perkara secara intelektual


Bertindak mengikut bisikan hati
Pemikiran dan perasaan mereka dipengaruhi oleh
maklumat dan persekitaran
Menentukan sesuatu itu baik atau tidak mengikut
naluri
Aliran ini dianggap tidak memuaskan kerana
mereka membuat keputusan tanpa menimbangkan
kesan dan akibat
Cepat membuat keputusan dan mudah menerima
arahan.
contoh

pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan


yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang
diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga
boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik
akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba
dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu
perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.
orang yang terlebih dahulu makan garam, maka
teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis
remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau
‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang
masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-
katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.
ALIRAN PEMIKIRAN RASIONALIS

Aliran pemikiran yang paling baik dan patut


diamalkan
Aliran ini membuat keputusan setelah membuat
penaakulan dan pertimbangan yang waras dan
rasional
Maklumat dan pengalaman akan ditukar menjadi
pengetahuan yang bermakna dan logik
Golongan ini mendapat ilmu pengetahuannya
daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip serta
hukum-hukum dan tidak dari deria pancaindera.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal.
Manusia yang waras akan menggunakan akal
fikirannya untuk penaakulan, membuat
keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah,
merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan
manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri,
menggunakan keganasan untuk mendapat
sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran
rasional.
Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh
ditaakulkan. Perkara-perkara yang berhubung
dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak
dan tidak boleh dihujah dengan logik akal biar pun
1000 orang cerdik pandai berhimpun untuk
mencari logiknya. Contohnya perkara tentang Hari
Kiamat, kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan dan
sebagainya
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai