Anda di halaman 1dari 14

BAB 4 :

PENGHASILAN
PUISI
TRADISIONAL
■ Puisi tradisional merujuk kepada perkataan atau ayat
yang disusun dalam bentuk karangan berangkap.
■ Puisi tradisional juga berbentuk pengucapan atau ujaran
dalam susunan yang istimewa berbanding dengan
pengucapan biasa.
■ Imej estetika amat penting untuk memperlihatkan
keindahan semula jadi puisi tradisional.
■ puisi Melayu tradisional mempunyai bentuk yang
tersendiri dan terikat.
■ Bahasa yang digunakan dalam puisi Melayu sangat
ekonomik dan mengandungi peraturan serta undang-
undang tersendiri yang perlu dipatuhi.
Pantun

■ salah satu jenis puisi tradisional yang digunakan untuk


menyampaikan hajat dan isi hati seseorang.
■ Terdapat ciri-ciri pantun sedia ada di samping menyusun pantun
mengikut rima tersendiri.
I. Susunan luaran pantun yang merangkumi jumlah suku kata,
perkataan, baris, skema rima di akhir baris, dan keseimbangan
rima di bahagian tengah pantun.
II. Susunan dalaman pantun seperti perkaitan antara pembayang
dan maksud pantun.
III. Memilih unsur-unsur alam sebagai pembayang dengan
memberikan penekanan terhadap aspek logika dan memberikan
pemerhatian terhadap subjek yang berada di persekitaran.
iv. Memilih perkataan yang memiliki keharmonian dan
keindahan.
v. Memastikan wujud pemikiran dan mesej sama ada
dalam pembayang maksud atau maksud yang biasanya
mengandungi unsur tersirat.
■ Menulis dua rangkap maksudnya lebih dahulu.
Kemudian, barulah dua rangkap pembayang maksud
(jika pantun empat kerat)
■ Penggunaan perkataan-perkataan pinjaman dalam
bahasa Inggeris, khususnya perkataan yang boleh
merosakkan keindahan bahasa pantun perlu dielakkan.
■ Digalakkan untuk mencipta pantun yang berakhir dengan
rima a, b, a, b.
■ Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji
di atas peti; Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Penyuntingan & Pemurnian Karya
A. Semak semula cara penulisan pantun
Baris pertama dan baris ketiga dalam pantun mesti ditulis di bahagian tepi.
Baris kedua dan baris keempat pula perlu ditulis ke dalam sedikit dalam kiraan
lima (jika menaip menggunakan komputer). Baris pertama diakhiri dengan
koma, baris kedua diakhiri dengan koma bertindih, baris ketiga diakhiri dengan
koma, dan baris keempat diakhiri dengan noktah.
B. Semak semula pemilihan perkataan dalam pembayang maksud dan
maksud
Semak pemilihan perkataan dalam pantun untuk memastikan perkataan
tersebut bersesuaian dan membentuk rima yang betul. Jika masih ada
kejanggalan dari segi rima dan logika, susun semula perkataan-perkataan
tersebut. Lakukan semakan beberapa kali.
C. Pengeditan ejaan
Rujuk kamus jika ragu-ragu tentang ejaan terkini. Hal ini demikian kerana
sistem ejaan bahasa Melayu sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Syair
I. Struktur luaran syair melibatkan jumlah perkataan dalam baris
dan rima akhir syair berakhir dengan rima yang sama (a, a, a, a).
II. Merangka penceritaan yang akan diceritakan dalam rangkap-
rangkap syair. Hal ini demikian kerana setiap rangkap syair tidak
dapat berdiri dengan sendiri, sebaliknya saling berkaitan antara
satu rangkap dengan rangkap yang lain
III. Memastikan perkataan-perkataan yang ditulis mengandungi
nasihat dan pengajaran yang bersesuaian dengan fungsi syair,
iaitu menghibur di samping memberikan nasihat kepada pembaca
atau pendengar.
IV. Syair tidak memiliki pembayang. Kesemua baris dalam rangkap
merupakan maksud. Adakalanya maksud tersebut mudah
difahami secara tersurat dan adakalanya maksud tersebut
mempunyai maksud tersirat.
Syair Pesanan Ibu
■ Dengarlah anak ibu berpesan, lengkapkan diri dengan
pelajaran, hanyalah itu jadi bekalan, untuk hidup di masa
depan.
■ Ilmu itu pelindung diri, seperti kebun berpagar duri,
seperti sinar intan baiduri, itulah tanda orang jauhari.
■ Hidupmu kini di masa remaja, bagaikan permata amat
berharga, jangan jatuh ke lembah hina, nanti menyesal
tidak berguna.
■ Kalau hidup terasa susah, senang berhadapan dengan
masalah, hadapi dengan hati yang tabah, jangan cepat
resah gelisah.
Penyuntingan & Pemurnian Karya
A. Memastikan perkataan yang digunakan sesuai dan
menepati maksud syair tersebut di samping memastikan
rima di hujung setiap baris syair adalah sama.
B. Menyemak ejaan dan tatabahasa dengan merujuk
kamus.
C. Menyemak bilangan suku kata dan perkataan dengan
cara melagukan syair untuk mendapatkan imbangan
nada yang selari dengan jumlah perkataan atau suku
kata.
D. Menyemak dan menggantikan perkataan pinjaman yang
boleh merosakkan keindahan dan nilai estetika bahasa
syair.
Gurindam
I. Struktur luaran gurindam terdiri daripada dua baris.
Baris pertama merupakan isyarat dan baris yang kedua
merupakan akibat.
Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah
damping.
II. Gurindam perlu berakhir dengan rima yang sama (a, a).
III. Keseluruhan isi gurindam merupakan nasihat kepada
audiens yang disasarkan sama ada golongan murid,
remaja, anak-anak atau masyarakat keseluruhannya .
Penyuntingan & Pemurnian Karya

A. Semak pemilihan perkataan yang bersesuaian


dan mempunyai rima akhir yang sama.
B. Menyemak ejaan terkini dengan merujuk kamus.
C. Memastikan baris pertama gurindam merupakan
syarat dan baris kedua gurindam merupakan
akibat.
D. Menggantikan perkataan pinjaman, khususnya
perkataan bahasa Inggeris kepada perkataan
bahasa Melayu yang lebih indah dan sesuai.
Nazam
I. Nazam terdiri daripada dua rangkap. Kedua-duanya merupakan
maksud.
II. Lazimnya, tiap-tiap baris nazam terdiri daripada lima atau enam
perkataan menjadikan suku kata antara sepuluh hingga dua
belas. Namun, ada juga baris-baris nazam yang terdiri lebih
daripada enam perkataan dan mempunyai hingga 20 suku kata.
III. Puji-pujian terhadap Allah SWT ditulis di permulaan nazam.
IV. Nazam juga mempunyai rima akhir yang sama.
V. Perbezaan nazam dengan gurindam ialah nazam tidak dapat
berdiri sendiri. Hal ini demikian kerana setiap rangkap nazam
memiliki kesinambungan cerita.
VI. Nazam dicipta untuk memuji kebesaran Allah, mengingatkan
manusia tentang syurga dan neraka, amal ibadat, dan hal-hal lain
berkaitan agama.
■ Aku mula nazam ini dengan nama,
Allah yang memberi fahaman agama,
Puji itu bagi Allah yang mulia, Lahir
kekal ia lagi yang ada.
Penyuntingan & Pemurnian Karya
A. Menyemak sama ada permulaan nazam
mengandungi puji-pujian terhadap Pencipta atau
sebaliknya.
B. Menyunting perkataan-perkataan yang kurang
sesuai dan menggantikannya dengan perkataan
yang lebih sesuai dan mempunyai unsur estetika.
C. Menyemak ejaan dengan merujuk kamus.
D. Menyemak kesinambungan kisah antara
rangkap.
E. Menyemak keseimbangan suku kata dan
perkataan dengan cara melagukan nazam.

Anda mungkin juga menyukai