Anda di halaman 1dari 67

FONETIK DAN FONOLOGI

BAHASA MELAYU

A. JAILANI BIN CHE ABAS


JABATAN PENGJIAN MELAYU
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KULA LIPIS

June 3, 2020
DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah bidang yang menyelidiki


bunyi bahasa hanya menurut segi
fungsionalnya sahaja.

Sumber : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M. Verhaar, Gadjah


Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988.

June 3, 2020
DEFINISI FONOLOGI
Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang
mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa
dan fungsinya dalam sistem bahasa
tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem
dan bidang fonologi bertujuan untuk
menganalisis sistem ini.

Sumber : Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah Karim & Wan Malini
Ahmad, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.

June 3, 2020
DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ( filoloji @ ilmu bunyi ) ialah studi


tentang bahasa dalam hubungannya dengan
kegiatan – kegiatan kebudayaan yang lain di
luar kegiatan berbahasa itu sendiri, yaitu
finomena bahasa yang “extra linguistic”.

Sumber : Bahasa dan Ilmubahasa dan Finoloji, Samsuri, DBP, KL,


1972.

June 3, 2020
DEFINISI FONETIK

Fonetik ialah bidang bidang yang


mengkaji bunyi – bunyi yang dihasilkan
oleh manusia dan memberi lambang
kepada bunyi tersebut.

Sumber : Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah


Karim & Wan Malini Ahmad, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.
June 3, 2020
DEFINISI FONETIK

Fonetik ialah kajian mengenai bunyi – bunyi


bahasa yang dihasilkan oleh manusia.
Bunyi bahasa adalah bunyi – bunyi yang
digunakan dalam bahasa untuk
berkomunikasi.

Sumber : Fonetik Dan Fonologi : Siri P & P Bahasa


Melayu , Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
June 3, 2020
DEFINISI FONETIK
Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi
sebagaimana terdapat dalam parole atau
sebagaimana terdapat di dalamnya tanpa
memperhatikan segi fungsionalnya.

Sumber : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M.


Verhaar, Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta,
1988.
June 3, 2020
DEFINISI FONETIK

Fonetik adalah satu ilmu bersifat historis;


ia menganalisis peristiwa dan perubahan,
serta bergerak melalui masa. Fonetik
seharusnya merujuk, dan seharusnya
terus merujuk kepada kajian evolusi
bunyi.

Sumber : Pengantar Linguistik Umum, Ferdinand de


Sausure, DBP.
June 3, 2020
DEFINISI FONETIK
Fonetik mengkaji bunyi bahasa : Dari segi
cara pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan sifat fizikalnya.

Sumber : Dr. Awang Had Salleh


( Nov 1958 : 536 – 540 )

June 3, 2020
DEFINISI FONEMIK
Fonemik ialah cabang fonologi yang
menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu
bahasa secara sinkronik, khususnya untuk
mengenal pasti fonem – fonem dalam bahasa
tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.

Sumber : Pengantar Linguistik Umum, Ferdinand de Sausure,


DBP, KL, 1993.

June 3, 2020
DEFINISI FONEMIK

Fonemik mengkaji bunyi – bunyi yang


penting dalam sesuatu bahasa. Bunyi itu
penting kerana ia mempunyai fungsi
atau ciri pembeza.

Sumber : Dr. Awang Had Salleh


( Nov 1958 : 536 – 540 )

June 3, 2020
FONEM / FONEMIK
Fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang
dapat membezakan makna. Banyak bunyi boleh diujarkan
oleh alat artikulasi dan digolongkan kepada beberapa bunyi
yang penting sahaja.

Bunyi – bunyi yang tergolong ke dalam keluarga yang sama


dikenali sebagai fonem. Setiap fonem itu mempunyai
anggota – anggota yang terdiri daripada fon – fon yang
mempunyai ciri – ciri fonetik yang sama.

Setiap fon yang menjadi anggota fonem itu dipakai dalam


lingkungannya sendiri.

June 3, 2020
Fonem Segmental Bahasa Melayu

Sebanyak 36 fonem dalam bahasa Melayu, iaitu 27 fonem


asli dan 9 fonem pinjaman (kesemuanya geseran). Daripada
jumlah fonem asli ini, terdapat 6 fonem vokal, 18 fonem
konsonan dan 3 fonem diftong.

Fonem Vokal

Bunyi vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu


vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.

Contoh vokal:
i) Vokal [i]

Awal Tengah Akhir

[ibu] [pita] [kiri]


[ipar] [tidur] [jari]
June 3, 2020
ii) Vokal [e]

Awal Tengah Akhir

[ekor] [merah] [tauge]


[ekar] [keko ] [tauke]

iii) Vokal [a]

Awal Tengah Akhir

[alur] [mata] [sama]


[aku] [baju] [siapa]

iv) Vokal [ ]

Awal Tengah Akhir

[ mpat] [t pat] -
[ ma ] [g ra ] -
June 3, 2020
v)Vokal [u]

Awal Tengah Akhir

[ubat] [sudu] [buku]


[ulat] [pukat] [biru]

vi) Vokal [o]

Awal Tengah Akhir

[otot] [tokoh] [koko]


[obor] [kota] [pidato]

June 3, 2020
Fonem Konsonan

Bunyi – bunyi konsonan dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan


kepada dua jenis, iaitu:

i) konsonan asli yang berasal daripada bahasa Melayu.


ii)konsonan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa -
bahasa asing.

i)Konsonan Asli bahasa Melayu

Konsonan asli bahasa Melayu terdiri daripada 18 konsonan yang


memang sedia ada dalam sistem bunyi bahasa Melayu.

Berdasarkan cara pengeluaran dan daerah – daerah artikulasi,


konsonan – konsonan asli bahasa dapat dibahagikan kepada
tujuh jenis, iaitu:

*Letupan atau plosif


*Letusan atau afrikat
June 3, 2020
*Geseran atau frikatif
*Getaran atau tril
*Sisian atau lateral
*Sengau atau nasal
*Separuh vokal

Konsonan Letupan
Bunyi – bunyi konsonan letupan dapat dibahagikan kepada empat
jenis, iaitu

a)Konsonan letupan dua bibir :

i)Letupan dua bibir tak bersuara [p]

Awal Tengah Akhir


[papan] [bapa] [gelap]
[paku] [jumpa] [redup]

June 3, 2020
ii) Letupan dua bibir tak bersuara [b]:

Awal Tengah Akhir

[bawa] [tabah] [azab]


[bakul] [ubat] [darab]

b) Konsonan Letupan Gusi:

i) Letupan gusi tak bersuara [t]:

Awal Tengah Akhir

[tali] [hitam] [sakit]


[takut] [k tat] [tamat]

June 3, 2020
ii) Letupan gusi bersuara [d]

Awal Tengah Akhir

[duga] [cadar] [tekad]


[data] [buda ] [jasad]

c) Konsonan Letupan Lelangit Lembut

i) Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]

Awal Tengah Akhir

[kurus] [pakat] [kritik]


[kami] [bakar] [politik]

June 3, 2020
ii) Letupan lelangit lembut bersuara [g]

Awal Tengah Akhir

[gatal] [segak] [dialog]


[gulai] [tagih] [beg]

d) Konsonan Letupan Glotis

Awal Tengah Akhir

[kaka ] [gaga ] [adi ]


[sa at] [p ti ] [r ta ]

June 3, 2020
Konsonan Geseran

a) Konsonan Geseran Gusi [s]

Awal Tengah Akhir

[suka] [rasa] [bebas]


[satu] [jasa] [atas]

b) Konsonan Geseran Glotis [h]

Awal Tengah Akhir

[hakis] [mahal] [titah]


[halia] [jahat] [tanah]

June 3, 2020
Konsonan Getaran Gusi Bersuara [r]

Awal Tengah Akhir

[rumah] [marah] [lapar]


[rambut] [kurau] [pagar]

Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l]

Awal Tengah Akhir

[lancar] [hala] [kapal]


[lali] [kulat] [pukal]

June 3, 2020
Konsonan Sengau

a) Sengau dua bibir bersuara [m]

Awal Tengah Akhir

[makan] [lama] [siram]


[mula] [semut] [talam]

b) Sengau Gusi Bersuara [n]

Awal Tengah Akhir

[nasi] [benih] [depan]


[nanas] [kena] [tahan]

June 3, 2020
Konsonan Separuh Vokal

a) Konsonan separuh vokal dua bibir [w]

Awal Tengah Akhir

[wujud] [kawal] [takraw]


[wajib] [mawar]

b) Konsonan separuh vokal lelangit keras [y]

Awal Tengah Akhir

[yuran] [bayar] -
[yakin] [bayam] -

June 3, 2020
ii) Konsonan Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa konsonan yang


dipinjam daripada bahasa asing seperti bahasa Arab,
Sanskrit dan Inggeris.

Contoh :

a) Konsonan Geseran Bibir Gigi Tak bersuara [f]

[fajar] [lafaz] [arif]


[fasih] [hafaz] [saf]

b) Konsonan Geseran Bibir Gigi Bersuara [v]

[variasi] [novel]
[van] [aktiviti]

June 3, 2020
c) Konsonan Geseran Gusi lelangit Keras Tak Bersuara [ ]

Contoh perkataan:

[ arikat] [ma arakat]


[ arat] [mu kil]

d) Konsonan Geseran Lelangit Lembut Tak Bersuara [x]

Contoh perkataan:

[xatam] [baxil]
[xianat] [tarix]

June 3, 2020
Fonem Diftong

Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu:

i) Contoh [ai]:
[hairan] [badai]
[pandai] [syaitan]

ii) Contoh [au]:

[aurat] [pulau]
[daulat] [lampau]

iii) Contoh [oi]:

[sepoi] [sekoi]
June 3, 2020 [amboi] [boikot]
RUMUSAN

Fonem adalah unit penggalan bahasa yang


terkecil yang dapat membezakan makna.

Fonem segmental bahasa Melayu terdiri


daripada vokal, konsonan dan diftong.

Vokal bahasa Melayu terbahagi kepada


vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal
belakang.

June 3, 2020
Konsonan bahasa Melayu terdiri daripada
konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan bahasa Melayu terbahagi kepada
jenis – jenis letupan, letusan, geseran,
getaran, sisian, sengau, dan separuh vokal.

Diftong adalah rentetan dua vokal yang


dihasilkan dengan satu hembusan nafas
sahaja dan mempunyai satu puncak
kelantangan.

Fonem supra-segmental bersifat fonemik


dan terdiri daripada unsur – unsur
tekanan, panjang-pendek, tona, dan
persendian.
June 3, 2020
JENIS-JENIS FONETIK

FONETIK ARTIKULASI
( SEBUTAN )

FONETIK AUDITORI
( PENDENGARAN )

FONETIK AKUSTIK
( SIFAT BUNYI )
June 3, 2020
FONETIK ARTIKULASI /
artikulatori

Kajian dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan


bunyi ( Rencana Linguistik – Abdullah Hassan )

Mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan


atu dikeluarkan oleh alat artikulasi ( alat-alat yang
berfungsi ketika mengeluarkan bunyi bahasa) .
Fonetik jenis ini sangat penting bagi ahli bahasa,
peneliti bahasa atau pelajar kerana ianya memberikan
kepandaian berucap kepada seseorang.

June 3, 2020
Sambungan
Fonetik jenis ini menerangkan kedudukan alat
artikulasi dan cara ianya berfungsi sewaktu
menghasilkan bunyi bahasa.

Mengikut kajian fonetik ini, bunyi-bunyi suara terhasil


daripada proses berikut:

( Udara yang keluar daripada paru-paru akan lalu pada pita


suara yang mana ianya boleh menentukan samada bunyi itu
nyaring, kuat, perlahan dan sebagainya. Udara keluar melaui
rongga iaitu rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidung
yang akan mewujudkan gema. Gema itu akan melalui jenis-
jenis gangguan oleh alat artikulasi di rongga mulut .Hasil dari
gangguan inilah wujudnya bunyi bahasa yang berlainan.
June 3, 2020
SAMBUNGAN
Bunyi bahasa yang timbul adalah seperti jenis
letupan, letusan, geseran, sengauan dan lain-lain lagi.

Juga dikenali sebagai fonetik pertuturan atau sebutan

June 3, 2020
FONETIK AUDITORI
Kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar
dari mulut ( Rencana Linguistik- Abdullah Hassan )

Kajian yang berkaitan dengan pendengaran


terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan.

Ianya mengkaji bunyi bahasa sebagai sesuatu yang


diterima oleh pendengar.

• Pendengaran bunyi itu adalah penting kerana ianya dapat


menentukan jenis-jenis dan perbezaan di antara bunyi.

June 3, 2020
Sambungan
Proses pendengaran mengikut kajian ini adalah :

• Gelombang udara masuk ke bahagian tengah telinga


• Gegendang telinga pendengar akan bergetar bersama
tulang osikel
• Tulang osikel yang bergetar berfungsi menyampaikan
getaran-getaran kepada cairan yang ada pada bahagian
dalam telinga.
• Kemudian saraf-saraf auditori menghantar maklumat
ke otak dan otak akan mentafsirkan maklumat itu
sebagai bunyi .

Pendengaran yang tepat adalah penting untuk


menentukan jenis dan perbezaan antara bunyi-bunyi
supaya bunyi dapat ditranskripsikan dengan tepat
June 3, 2020
FONETIK AKUSTIK
Kajian yang mengkaji tentang sifat-sifat atau hakikat
bunyi itu sendiri.

Kajian dari segi sifat bunyi ( Rencana Linguistik-


Abdullah Hassan )

Mengikut fonetik akustik, bunyi adalah gelombang-


gelombang udara yang asalnya keluar dari paru-paru
dan kemudiannya mengalami perubahan dimana
perubahan itu disebabkan oleh gangguan yang dilakukan
oleh alat-alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan
sebagainya.
June 3, 2020
SAMBUNGAN
Melalui kajian fonetik inilah kita dapat membezakan
sifat-sifat bunyi yang dihasilkan seperti halus, kasar,
nyaring, lantang , lunak dan sebagainya.

Sifat-sifat bunyi seperti yang disebut itu dapat


ditentukan dengan menggunakan alat-alat penting
dalam kajian fonetik seperti palatogram, laringoskopi
dan letromiografi.

June 3, 2020
ALAT ARTIKULASI ATAU
ALAT PERTUTURAN

Proses pengeluaran bunyi bahasa, banyak alat yang terlibat:

Alat yang terlibat secara


Alat yang terlibat dengan
langsung dengan proses
sistem pernafasan, iaitu
pengeluaran bunyi bahasa
yang berkaitan dengan
misalnya
sistem udara yang keluar
bahagian-bahagian lidah.
masuk ke paru-paru.

June 3, 2020
ALAT-ALAT PERNAFASAN
 Badan manusia mempunyai sistem
pernafasan yang bertujuan menyedut
oksigen bagi pembersihan darah

 Selain daripada itu, ia juga berfungsi


sebagai alat bagi mengeluarkan bunyi
bahasa.

June 3, 2020
Rongga Rongga mulut
hidung
Lelangit
Mulut
lidah lembut

Rongga tekak
Peti suara
Rongga rengkung
Saluran udara

Paru-paru

June 3, 2020
Rajah 1 : Alat pernafasan
Paru-paru
Dalam pengeluaran ujaran manusia, udara
memainkan penting dan ia adalah unsur yang
terpenting dalam menghasilkan bunyi bahasa.
Paru-paru akan menyedut udara masuk ke
dalam paru-paru apabila dada dikembangkan
dan apabila dikempiskan maka udara terdesak
keluar. Udara itu keluar melalui pipa rengkung
yang lebih kurang 11 cm panjang dan 2 ½ cm
lebarnya dan terus ke rongga hidung atau mulut

June 3, 2020
Rongga Rengkung
 Ronga rengkung terdiri daripada sembilan keping
tulang rawan yang mempunyai bentuk seakan-akan
kotak dan diberi nama kotak suara atau peti suara.
Di sini letaknya halkum yang boleh bergerak ke atas
atau ke bawah berdasarkan nada tinggi ataupun
rendah.

 Peti suara ini sangat penting semasa penghasilan


bunyi. Didalamnya terdapat pita suara atau glotis..
Ketiadaan peti suara menyebabkan seseorang itu
bisu.

June 3, 2020
Rongga Tekak
Bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga
hidung, Panjangnya lebih kurang 15 cm. Rongga ini
lebar diatas dan meruncing ke bawah. Rongga ini
boleh diluaskan dan disempitkan. Lelangit lembut
yang terletak di dalam rongga ini boleh diangkat
untuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk
membuka dan meluaskan ruang rongga supaya
udara dapat melaluinya. Pergerakan seperti ini
semuanya penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa.

June 3, 2020
Rongga Hidung

 Rongga hidung ialah ruang yang terdapat di


atas rongga mulut dan dipisahkan dari rongga
mulut oleh lelangit lembut. Rongga ini bermula
dari rongga tekak hingga ke lubang hidung.

June 3, 2020
Rongga Mulut

 Rongga mulut ialah ruang yang terletak di


antara rongga tekak dengan bibir.

June 3, 2020
Alat sebutan
 Alat-alat yang terlibat secara langsung dalam
proses pengeluaran bunyi. Terdiri daripada :
Lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit keras, lelangit
lembut, dan pita suara.

June 3, 2020
Penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
 Tiga kategori penting yang terlibat :
1. Artikulator atau alat artikulasi

2. Titik atau daerah artikulasi

3. Udara

June 3, 2020
ALAT-ALAT ARTIKULASI
Alat artikulasi adalah alat ujaran yang
boleh membuat penyempitan dan boleh
bergerak semasa meghasilkan bunyi
bahasa. Alat-alat itu ialah : Kedua-dua
bibir, tulang rahang, lidah, lelangit lembut,
dan pita suara.

June 3, 2020
Rongga mulut Lelangit lembut
Rongga hidung & Lelangit keras

Anak tekak

Gusi

Gigi

Bibir Epiglotis
Rongga tekak
Lidah

Pita suara
Tenggorok

Rahang

June 3, 2020
Bibir Atas dan Bibir Bawah

 Bibir ialah organ yang menjadi sempadan paling


luar dari rongga mulut. Merupakan kumpulan
otot yang kenyal yang boleh diubah-ubah
bentuk dengan menguasai otot-otot tersebut.
Bibir tersebut boleh menjadi bundar, leper
untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang
berlainan.

June 3, 2020
Epiglotis
 Anak tekak yang terdiri dari sekelompok
otot yang berbentuk bujur daun yang boleh
bergerak ke depan atau ke belakang untuk
menutup rongga rengkung. Ianya juga
boleh digerakkan untuk menyempitkan atau
meluaskan rongga rengkung.

June 3, 2020
Tulang Rahang
 Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi-
bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir
dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang
dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

June 3, 2020
Lidah
 Merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah
ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza.

Lidah di bahagikan kepada 5 bahagian penting iaitu :


Hujung lidah, tengah lidah, depan lidah,belakang lidah dan


akar lidah.

Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama


ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat
penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga
mulut.

June 3, 2020
Lelangit
 2 bahagian

 Lelangit keras : Terletak diantara gusi dan lelangit lembut.


Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam
pengeluaran bunyi-bunyi.

 Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras


hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian
lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut.
Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau
membuka rongga tekak dan saluran rongga hidung.

June 3, 2020
Pita Suara
 Pita suara terletak dalam rongga rengkung.
Dalam peti suara terdapat otot-otot selaput nipis
yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara
dapat dirapatkan dan direnggangkan. Ruang
antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh
disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga
tertutup sama sekali.

June 3, 2020
Gusi
Terletak di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaanya cembung dan berfungsi sebagai
daerah artikulasi. Gusi berperanan dalam
pengeluaran bunyi-bunyi seperti bunyi t, d, l
dengan bantuan hujung lidah.

June 3, 2020
Daerah Artikulasi
 Daerah artikulasi ialah bahagian dalam
rongga mulut yang tidak dapat bergerak
atau digerakkan dalam penghasilan bunyi.
Walau bagaimanapun daerah-daerah ini
dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi
tertentu. Daerah-daerah ini ialah gigi
bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan
velum.

June 3, 2020
Peranan Udara
 Setiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat
ujaran yang berfungsi serentak dengan
udara yang keluar dari paru-paru.

 Lazimnya bunyi-bunyi bahasa dihasilkan


sewaktu udara keluar dari paru-paru,
melalui rongga-rongga rengkung, tekak,
mulut, dan hidung.

June 3, 2020
Apa Itu BUNYI ?

Bunyi adalah gelombang udara yang keluar


daripada kedua belah paru-paru, seterusnya

melalui pita suara, ke rongga tekak dan akhirnya


keluar terus melalui rongga mulut atau rongga
hidung.
Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan
rongga mulut, udara itu mungkin mengalami
gangguan atau sekatan atau mungkin tidak.
Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian
gegendang telinga dan akhirnya kita
mendengarnya sebagai bunyi.
June 3, 2020
Bunyi Bahasa
Bunyi-bunyi yang terdapat di dalam segala
bahasa di dunia ini.
Bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi
di dalam pertuturan.
Ia merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di
dalam komunikasi
Untuk tujuan kajian, bunyi-bunyi tersebut
dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi
unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi
penggalan atau fon. Contohnya : [p], [w] dan
[a].

June 3, 2020
….sambungan

Terdapat juga bunyi lain yang tidak bersifat


penggalan, bunyi-bunyi ini disebut bunyi-bunyi
ini disebut bunyi-bunyi suprapenggalan.

Contohnya ialah unsur kepanjangan,


membezakan perkataan Inggeris [sit ] (vokal i
yang pendek) daripada perkataan [si:t ] (vokal i
yang panjang yang ditandai dengan lambang
dua titik [:] selepas vokal i ).

June 3, 2020
Bukan Bunyi Bahasa
Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
artikulasi manusia.

Sehingga sekarang masih belum dapat dianggap


sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini.

Contoh : Bunyi batuk, bunyi berdehem, bunyi


siulan, tiruan kepada bunyi binatang, sendawa,
mendengkur, bunyi orang menggigil dan
sebagainya.

June 3, 2020
Bunyi Bersuara dan Bunyi Tidak
Bersuara
Keduanya berkaitan dengan keadaan pita suara.

Sekiranya semasa udara keluar melalui pita


suara, keadaan pita suara (glotis) itu agak rapat
maka berlakulah getaran dan bunyi yang
menghasilkan bunyi bersuara.

Sekiranya keadaan glotis renggang atau terbuka,


sewaktu udara keluar melaluinya, tidak berlaku
getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi
tidak bersuara.
June 3, 2020
Bagaimana Bunyi Dihasikan
Udara dikeluarkan dari kedua belah paru-paru melalui
ruang tenggorok dan pita suara, masuk ke rongga tekak,
seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung.

Sekiranya semasa udara itu lalu pada pita suara, pita


suara itu tertutup rapat dan udara terpaksa keluar
secara terdesak maka bunyi batuk akan timbul.

Manakala jika pita suara renggang dan udara dapat


keluar melaluinya, pita suara itu akan bergetar maka
bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.

June 3, 2020
……Sambungan

Apabila pita suara lebih renggang lagi, udara boleh


keluar dengan mudah, pita suara tidak bergetar, oleh itu
bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.

Udara yang keluar dari pita suara akan masuk ke rongga


tekak lalu mungkin ia terus ke rongga hidung atau
rongga mulut.

Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur jalan


udara sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung.

Sekiranya lelangit lembut dan anak tekak tidak menutup


ruang ke rongga hidung maka udara akan keluar melalui
hidung yang akan menghasilkan bunyi sengau.
June 3, 2020
……Sambungan

Manakala jika ruang ke rongga hidung tertutup, udara


akan keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang
terhasil bukan bunyi sengau.

June 3, 2020
BINTANG TUJUH SINAR BERSERI,
BULAN PURNAMA DATANG MENERPA,
AJARAN GURU HENDAKLAH DICARI,
MANA YANG DAPAT JANGAN DILUPA.

June 3, 2020

Anda mungkin juga menyukai