Anda di halaman 1dari 22

Murid dan Pembelajaran

- Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini


-Implikasi Pedagogi Masa Kini

Nama : Nurfatin Maisarah Binti Mohammad


: Nur Ria Eliza Binti Jefere
Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini
Flipped Classroom

• Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang
daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di Woodland
Park High School, Woordland Park, Coloradoyang menghasilkan perisian untuk
merakam bahan pengajarannya dalam bentuk persembahan power point.
• Semasa interaksi bersemuka di dalam bilik darjah, guru membimbing murid melakukan
aktiviti kolaboratif dan membuat latihan berkonsepkan masteri.
• Kaedah pengajaran flip ialah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak
memanfaatkan teknologi. Murid mula mengkaji topik di rumah menggunakan pengajaran
video yang disediakan oleh guru. Kemudian di dalam kelas, murid diberikan aktiviti
menyelesaikan masalah atau membuat kerja-kerja amali berhubung dengan isi
pelajaran yang telah mereka pelajari di rumah.
• Murid belajar di rumah dan membuat “homework” di sekolah. Peranan guru sebagai
tutor yang membantu murid apabila menghadapi masalah. Senario ini membolehkan
guru mempunyai banyak masa di dalam kelas yang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-
aktiviti pengukukuhan dan pengayaan dalam pembelajaran berasaskan projek di
samping dapat memberikan tumpuan kepada keperluan murid secara individu.
• Tiada model khusus untuk pengajaran kaedah Flipped Classroom. Struktur pembelajaran
menunjukkan bahawa murid mengikuti kuliah melalui alat perakam di luar waktu P&P dan
disusuli dengan aktiviti latihan dan pengukuhan. Perkara yang biasa dilakukan oleh guru
di dalam bilik darjah adalah seperti menyampaikan isi pembelajaran, latar belakang
pengetahuan, dan pengalaman hidup sebenar telah diterima oleh murid di rumah melalui
podcast, video Youtube, dan pelbagai sumber dalam talian. Biasanya “kerja rumah” akan
dibuat dalam bilik darjah dengan bantuan guru.

• Oleh hal yang demikian, Flipped Classroom bukan sekadar pembelajaran menggunakan
video dalam talian menggantikan guru. Murid juga dapat belajar tanpa struktur yang rigid
dan mereka banyak menghabiskan masa untuk mengikut pelajaran di atas talian. Murid
mungkin diminta melihat beberapa rakaman kuliah selama lima hingga tujuh minit untuk
setiap satu rakaman. Setiap satu rakaman diikuti dengan satu kuiz atas talian untuk
menguji kefahaman mereka tentang apa-apa yang telah dipelajari secar interaktif. Murid
dapat mengulang tayang segemen yang kurang difahami untuk kefahaman yang lebih
jelas bagi mengelakkan kekeliruaan. Di dalam bilik darjah, guru membincangkan topik
yang telah dipelajari dan membuat pengukukuhan dengan menggalakkan murid
bekerjasama membina dapatan baharu di samping memantau kemahiran murid.
Ciri-ciri Flipped Classroom

• Waktu interaksi guru dan murid dalam bilik darjah seperti biasa.
• Ditambah lagi dengan interaksi secara atas talian di luar jadual waktu
kerja.
• Persekitaran pembelajaran lebih luas dan tanggungjawab yang perlu
dilakukan oleh murid lebih banyak.
• Kaedah pembelajaran langsung dan pembelajaran konstruktivisme boleh
digabungkan.
• Murid yang tidak hadir ke sekolah juga dapat mengikuti pengajaran guru.
• Wujud sebuah kelas yang dapat menghubungkan semua murid dalam
pembelajaran.
Kelebihan Flipped Classroom

• Kesan penggunaan teknologi dalam kaedah Flipped Classroom dapat mengawal


interaksi murid ke arah yang lebih positif. Mereka terpaksa menggunakan banyak masa
untuk membaca dan mamahami bahan kuliah, memberi maklum balas kepada guru dan
berbincang bersama rakan sekelasnya. Murid juga perlu membuat cacatan sendiri dan
menyediakan soalan-soalan untuk dibincangkan pada waktu interaksi ketika bersemuka
bersama guru dan rakan dalam bilik darjah pada keesokkannya.
• Guru terdorong untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dalam
bentuk video yang mesra pengguna.
• Waktu interaksi bersemuka antara guru dan murid adalah mengadakan pembelajaran
hands-on, amali dan demontrasi guru serta melakukan aktiviti berbentuk projek yang
kreatif secara individu dan berkumpulan bagi menerapkan pembelajaran koperatif dan
kolaboratif.
Blended Learning

• Blended Learning bermaksud kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid yang
menggabungkan teknik pengajaran tradisional dan teknik pengajaran moden.
• Blended Learning bermaksud guru menggunakan lebih daripada satu kaedah
penyampaian dalam bilik darjah. Jika guru ingin mengajar dengan menggunakan
kaedah bersemuka dalam bilik darjah sahaja, maka guru tidak akan mencapai kriteria
pedagogi masa kini. Hal demikian kerana pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) telah banyak diadaptasi dalam pengurusan pendidikan lebih-
lebih lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• Pada tahun 2005, Micheal Nelsen, Sean Fitzgerald, dan Liegh Blackall telah
menghasilkan satu kaedah ini untuk membantu latihan guru di Western Sydney Institute
of TAFE dan Sydney Institute of TAFE. Mereka mempromosikan alat percuma dan
mudah untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
• Kaedah pembelajaran Blended Learning ini disesuaikan dalam pendidikan formal iaitu
murid akan belajar dalam bilik darjah dan guru menyampaikan isi pelajaran secara
interaksi bersemuka menggunakan papan tulis dan digabungkan dengan penyampaian
bahan sokongan menggunakan komputer, media digital dan talian internet.
Model Blended Learning mengwujudkan lima pola interaksi

• Interaksi murid dengan murid


• Interaksi murid dengan guru
• Interaksi murid dengan komuniti
• Interaksi murid dengan bahan pembelajaran
• Interaksi murid dengan teknologi
Project Based Learning
• Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat
kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam
komponen-komponen 4C (Communation, Collaboration, Critical Thinking,
Creativity).
• Teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa
untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai
(mutiple intelligent).
• Perkara yang lebih ketara di sini adalah ciri-ciri PBL yang memerlukan
murid berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar. Teknik ini
memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami sesuatu
perkara secara mendalam (mastery learning).
• Melalui PBL, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru, membuat
pertimbangan kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara
bermakna (teori konstruktivisme dan teknik inkuiri).
Langkah-Langkah Pelaksanaan PBL
• Mendapatkan topik penyiasatan/topik kajian: Topik ini hendaklah mengambil kira daripada
Kurikulum (Huraian Sukatan Pelajaran). Topik yang dipilih pula mestilah berkisar dengan
kehidupan sebenar dan sesuai dengan tahap murid.
• Membuat perancangan aktiviti: Pada tahap ini murid melakukan sumbang saran secara
berkumpulan tentang aktiviti yang akan dibuat bagi menyokong proses inkuiri. Projek dan
pelaksanaannya dibina oleh murid sendiri dengan pengawasan guru sebagai fasilitator.
• Membuat takwim aktiviti: Bagi melaksanakan projek, murid harus membuat takwim bagi
pelaksanaan keseluruhan projek serta had masa untuk setiap aktiviti.
• Pemerhatian dan pemantauan: Guru sebagai fasilitator berperanan aktif sebagai fasilitator.
Guru perlu membimbing murid dalam semua aspek yang memerlukan kemahiran sebelum
murid melakukan sebarang aktiviti.
• Membuat penilaian: Penilaian berlaku sepanjang proses. Malah setiap aktiviti yang
dilakukan oleh setiap pelajar harus dinilai melalui penggunaan rubrik.
• Penilaian keseluruhan: Penilaian keseluruhan dibuat setelah projek selesai. Refleksi boleh
dibuat secara individu ataupun berkumpulan. Perbincangan secara terbuka dalam
kumpulan amat berkesan bagi membuat penilaian projek, membaiki mana-mana bahagian
yang kurang lengkap serta membuat perkongsian pengalaman yang dilalui.
Kebaikan dan Kelebihan PBL

• Memenuhi kemahiran 4C
• Menguasai kandungan pelajaran
• Semangat kolaborasi
• Pemikiran kritikan dan inovatif
• Kemahiran komunikasi oral dan bertulis
• Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
• Pemahaman budaya, bangsa dan etika
• Persediaan kerjaya
• Menyokong gaya pembelajaran abad ke-21
• Kesemua bahan TMK di sekolah digunakan sepenuhnya
Problem Based Learning
• Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang merupakan salah satu contoh
yang baik untuk proses pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan
berpusatkan murid. Di mana dalam kaedah PBL, murid akan berusaha untuk
mencari maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses
tersebut akan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif (KUiTTHO,
2005).

• Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu pendekatan


pemusatan murid yang merupakan pendekatan yang efektif dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakkan penglibatan aktif,
bekerjasama, maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran,
pemahaman yang mendalam terhadap subjek dan merujuk kesesuaian
pembelajaran murid melalui pembelajaran kendiri.
Objektif Problem Based Learning
Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini
diperkenalkan ialah:
• a) Mengukuhkan kemahiran murid untuk mempelajari sesuatu prinsip,
konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
• b) Memperkembangkan kemahiran murid memberi hujah dan pendapat,
berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
• c) Memperkembangkan kemahiran murid mengintegrasikan pengetahuan
dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan
sikap kemanusiaan terhadap kemajuan profesionalisme.
• d) Menyediakan murid kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
• e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada
keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif
Ciri-ciri Problem Based Learning(PBL)
Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn,
1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang
mempunyai ciri-ciri seperti:
• Pembelajaran berpusatkan murid.
• Pembelajaran dilaksanakan dalam kumpulan kecil (paling sesuai 6-10
orang).
• Fasilitator atau tutor membimbing murid bukan mengajar.
• Suatu masalah membentuk asas untuk fokus terancang untuk kumpulan
dan meransang pembelajaran.
• Masalah merupakan alat untuk memperkembangkan kemahiran
penyelesaian masalah.
• Ia meransang proses kognitif.
• Kaedah PBL boleh dianggap sebagai salah satu teknik pembelajaran aktif.
Proses Menyelesaikan Masalah
a) Pengenalan Masalah & Hasil Pembelajaran
-set induksi
-mengemukakan satu permasalahan
-memastikan permasalahan tidak terlalu rumit
-kaedah penyelesaian ini sesuai dijalankan di dalam kumpulan.

b) Mentafsir, mencerakin, memahami masalah


- guru sebagai pembimbing
- ahli kumpulan perlu mencari maklumat baharu untuk menyokong kefahaman masalah
(definisi, kata kunci, struktur masalah)
- definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah
-mencerakinkan dengan menggunakan pet minda
c) merancang kaedah penyelesaian masalah
-berkolaborasi untuk menyelesaikan masalah
-teknik yang boleh digunakan teknik simulasi, cuba jaya, melukis gambar rajah, peta minda.

d) Melaksanakan kaedah penyelesaian masalah


• murid perlu membuat hipotesis, memungut data, menganalisis, membuat perbandingan
dan mencari ciri-ciri persamaan.
• -persoalan lazim - kenapa, di mana, bila, siapa, bagaimana

e) Menilai dan Menyemak Semula


• Guru meminta murid untuk membentangkan proses penyelesaian masalah yang telah
dilalui murid seperti membuat persediaan, perancangan, hasil siasatan, keputusan dan
tafsiran mereka terhadap penyelesaian masalah.
• Guru juga menggalakkan murid untuk mengemukalan soalan dan cadangan untuk
memantapkan penyelesaian masalah tersebut.
Inquiry Based Education

• Inquiri Based Education atau pendekatan berasaskan inquiri merupakan


satu pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman.
Satu daripada pendekatan pedagogi abad ke-21 adalah menekankan
pendekatan inkuiri penemuan yang menuntut pembelajaran berpusatkan
murid, manakala guru bertindak sebagai fasilitator.
• Inkuiri bermaksud mencari maklumat dengan menyoal dan menyiasat
sesuatu fenomena yang berlaku. Penemuan merupakan sifat utama
inkuiri. Murid melakukan aktiviti seperti membuat eksperimen untuk
menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip
utama dikaji dan ditemui oleh murid dan guru membimbing murid untuk
memahami konsep melalui hasil inkuiri penemuan tersebut.
• Terdapat dua jenis strategi inkuiri , iaitu
Inkuiri terbimbing
• Guru perlukan murid untuk membimbing murid-murid
menjalankan semua proses kajian.
• Inkuiri terbimbing sesuai digunakan pada peringkat sekolah
rendah dan menengah rendah.
Inkuiri terbuka
• Murid tidak diberi sebarang bimbingan. Semua proses kajian
dilakukan oleh murid itu sendiri.
• Inkuiri terbuka sesuai digunakan pada peringkat menengah atas
dan peringkat yang lebih tinggi.
Kemahiran inkuiri sangat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran Sains. Rajah di atas
menunjukkan model inkuiri Sains oleh John Dewey yang berlandaskan kepada lima
langkah. Model ini digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur Sains
bagi menyelesaikan masalah.
Implikasi Pedagogi Masa Kini

• Pengajaran dan pembelajaran perlu seiring dengan kemajuan


sosioekonomi, teknologi dan komunikasi, perolehan maklumat serta ilmu
pengetahuan bukan lagi hanya di dalam bilik darjah tetapi juga melalui
ruang siber.
• Tugas dan fungsi guru semakin mencabar.
• Guru juga perlu membangunkan kompetensi diri untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran mengikut perkembangan semasa.
• Murid perlu mempunyai daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif
serta disemai dengan kepintaran sosial bagi membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai