Anda di halaman 1dari 6

KESAN PENYAKIT BERJANGKIT

Fenomena penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan


masyarakat pada masa ini. Di Malaysia khususnya, fenomena
penyakit berjangkit ini sering dipaparkan di media cetak, media
elektronik, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana masyarakat
kini kurang mengambil berat terhadap amalan gaya hidup yang
sihat. Jadi, masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit
terutamanya penyakit berjangkit yang semakin menular .
Terdapat pelbagai kesan penyakit berjangkit yang akan
menjejaskan kesihatan individu.
Memang tidak dapat kita nafikan lagi bahawa penyakit
berjangkit akan memberi kesan negatif. Salah satu kesan
negatif penyakit berjangkit ialah tidak dapat melakukan
aktiviti. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seseorang
manusia sakit, mereka tidak mempunyai tenaga untuk
melakukan aktiviti seharian dan pergerakan mereka lebih
terbatas berbanding manusia yang sihat. Sebagai contoh, Jika
seseorang menghidapi demam campak maka mereka tiada
dibenarkan keluar dari rumah dan berjumpa dengan orang
lain terutamanya kanak-kanak kerana mereka mudah
berjangkit. Tuntasnya, Penyakit berjangkit akan membuatkan
kita lemah dan tidak bertenaga serta menyebabkan aktiviti
harian kita ternganggu.
Seterusnya, penyakit berjangkit juga meninggalkan kesan negatif dari
aspek ekonomi. Kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan
dan perbelanjaan untuk membiayai segala infrastruktur serta vaksin,ubat
ubatan yang diberikan kepada rakyat. Kerajaan juga membiayai pakar
yang telah menyumbangkan tenaga untuk menjalankan penyelidikan dalam
mencari vaksin untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Sebagai contoh,
Pemberian suntikan vaksin percuma seperti vaksin BCG, HPV kepada pelajar
pelajar di sekolah mampu meningkatkan perlindungan terhadap sesuatu
penyakit berjangkit. Suntikan ini diberi dengan kebenaran ibu bapa. Walau
bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa yang merupakan antivaksin. Ini
menyebabkan pembaziran berlaku kerana vaksin tersebut diberi percuma
malah dibiayai sendiri oleh kerajaan. Tegasnya, penyakit berjangkit
menyebabkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi dalam
memastikan kesihatan rakyat daripada dijangkiti penyakit yang merbahaya.
Di samping itu, Penyakit berjangkit juga mempunyai
kesan positifnya iaitu berlakunya penemuan ubat-ubatan dan vaksin
untuk mencegah penyakit. Hal ini disebabkan oleh, kemunculan
penyakit-penyakit berjangkit ini telah mendorong penyelidikan
dilakukan sekaligus telah mengembangkan teknologi perubatan. Para
pakar juga memperbaharui kaedah perubatan melalui bioteknologi.
Sebagai contoh, Penemuan vaksin Tibi yang merupakan penyakit
batuk kering telah menyelamatkan banyak nyawa di negara kita.
Vaksin ini bukan sahaja dapat melindungi penerimanya tetapi juga
menghalangpenyebaran penyakit berjangkit. Jelaslah bahawa, dengan
penemuan ubat-ubatan dan vaksin ini dapat mengurangkan berlakunya
kes yang berkaitan penyakit berjangkit.
Punca positif seterusnya ialah pesakit yang
menghidap penyakit berjangkit sentiasa berada di
pantauan doktor. Hal ini dikatakan demikian kerana, Doktor
perlu sentiasa memastikan pesakit berada dalam keadaan
yang baik dan perlu sentiasa memantau tahap kesihatan
pesakit setiap masa supaya doktor dapat mengetahui tentang
perkembangan penyakit yang dialami oleh pesakit. Sebagai contoh,
Doktor meletakkan pesakitnya yang menghidap AIDS di bilik kuarantin
untuk memastikan tiada orang luar yang akan berjangkit malah
pegawai-pegawai perubatan atau jururawat perlulah berhati-hati ketika
mengambil darah seseorang. Tuntasnya, pesakit penyakit berjangkit
perlulah sentiasa dipantau supaya tidak memudaratkan orang lain.
Kesimpulannya, wabak penyakit berlaku akibat kesilapan
manusia sendiri dalam menjalani kehidupan harian mereka.
Jika kita masih enggan mengakui perkara ini semakin
mudahlah masyarakat kita dilanda pelbagai wabak penyakit
pada masa depan. Pihak kerajaan hendaklah mengambil
langkah tegas dalam mengekang penularan wabak penyakit
tanpa kompromi itu. Bak kata pepatah hendak seribu daya
tak hendak seribu dalih yang menekankan pentingnya usaha
gigih kerajaan dalam menyelesaikan kemelut ini.