Anda di halaman 1dari 31

Mardziha Mohamad

JANTUN
Nor Hanifah AB Talib
G
Nor Munirah Mahamad

Nurul Jannah Baharin


STRUKTUR
JANTUNG
organ berotot dan bersaiz lebih besar
sedikit daripada genggaman tangan
terletak sebelah kiri sedikit dari tengah
dada, dan di belakang tulang dada (sternum).
Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali
sebagai perikardium dan dikelilingi oleh
peparu.
Secara purata, jantung orang dewasa
mempunyai berat sekitar 300-350 g.
Terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas
dan dua ventrikel di bawah.
GAMBARA
N
JANTUNG
Dinding otot yang tebal (septum)
membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari
atrium dan ventrikel kiri.

Ia memisahkan darah beroksigen dan


terdeoksigen dari bercampur.

Injap antara atrium dan ventrikel hanya


membenarkan aliran darah secara satu hala dari
atrium ke ventrikel.
Ventrikel  bahagian jantung yang mengepam
darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru.

Dinding ventrikel adalah lebih tebal


berbanding atrium, dan pengecutan dinding
ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan
darah mengalir.
Darah terdeoksigen dari
tubuh memasuki atrium
kanan melalui 2 salur

vena kava superior


(superior vena cava)

 vena kava inferior


(inferior vena cava).

http://www.ozone.com.my/jantung1copy.jpg
 Darah kemudian mengalir ke ventrikel
kanan mengepam darah terdeoksigen ke
peparu melalui arteri pulmonari.

Selepas darah kehilangan karbon


dioksida dan menyerap oksigen dari
peparu, ia mengalir melalui arteri
pulmonari ke atrium kiri.
Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam
ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan
pam utama yang membekalkan darah
melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali
peparu.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal


berbanding kanan disebabkan oleh
keperluan untuk mengenakan tekanan yang
tinggi bagi mengatasi rintangan yang
dikenakan oleh tubuh
Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah
ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding
yang kuat

Sebab lain:
o kapilari peparu adalah lemah, jika tekanan
tinggi ianya hanya akan merosakkan kapilari
tersebut

o aliran darah yang perlahan adalah diperlukan


bagi memberi masa untuk pertukaran gas
antara darah dan peparu.
Dinding jantung terdiri daripada tiga
lapisan.
Lapisan terluar dikenali sebagai
perikardium (pericardium)

lapisan tengah dipanggil myokardium


(myocardium)

lapisan terdalam dipanggil endokardium


(endocardium).
Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada
dua lapisan
ofibrous pericardium (luar)
oserous pericardium (dalam)

Myokardium lapisan yang paling tebal dan


terdiri daripada otot jantung; membentuk
majoriti keseluruhan dinding jantung.

Endokardium merupakan lapisan terdalam


yang terdiri daripada sel epitelium leper dan
tisu penyambung.
SISTEM
INJAP
Dinding jantung terdiri dari otot yang
mempunyai ciri-ciri pengecutan yang khusus

Jantung dibahagikan kepada 2 bahagian, yang


dibahagikan lagi kepada ruang atas dan ruang
bawah iatu atrium dan ventrikel

Ruang atas dan ruang bawah dihubungkan oleh


injap

injap ini akan terbuka dan tertutup semasa


denyutan jantung dan berfungsi membenarkan
pengaliran darah sehala iaitu tidak berbalik
Injap di sebelah kiri mempunyai dua kuspa

injap mitral atau bikuspid.

Injap di sebelah kanan pula mempunyai 3


kuspa

injap trikuspid.

Injap sabit terletak dipangkal arteri pulmonari


dan aorta menentukan darah yang keluar dari
jantung tidak mengalir balik.
Injap trikuspid terletak di antara atrium kanan
dengan ventrikel kanan menentukan darah yang
mengalir masuk ke dalam ventrikel kanan tidak
mengalir balik ke atrium kanan. Ianya terdiri daripada
tiga kelopak.

Injap bikuspid (injap mitra) terletak di antara atrium


kiri dengan ventrikel kiri menghalang pengaliran balik
darah dari ventrikel kiri ke atrium kiri.
Injap-injap yang dikenali sebagai injap sabit,
memisahkan ventrikel daripada salur darah
yang mengangkut darah keluar dari jantung

Injap pulmonari memisahkan ventrikel


kanan daripada arteri pulmonari

injap aorta memisahkan ventrikel kiri


daripada aorta.
Apabila ventrikel mengecut, injap sabit
membuka, membolehkan darah mengalir ke
depan.

Apabila injap sabit menutup, injap trikuspid


dan mitral membuka dan membenarkan darah
mengalir melaluinya ke dalam ventrikel yang
mengendur itu.

Penutupan injap jantung yang berlainan inilah


yang menghasilkan bunyi 'lubb dubb' yang
boleh didengar melalui stetoskop
http://mohdwahidi.s5.com/printable_files/hea
rt4a.gif
PENGHASILAN DAYA YANG
MENYEBABKAN ALIRAN
DARAH DALAM MANUSIA
•Jantung manusia mempunyai kebolehan untuk mengecut dan
mengendur dalam satu kitaran beritma tanpa rehat
•Satu kitar lengkap pengecutan dan pengenduran jantung disebut
nadi denyutan
•Dalam satu nadi denyutan jantung, urutan peringkat yang berlaku
dikenali sebagai kitar kardium.
•Kedua-dua atrium akan mengalami sistol dengan serentak untuk
mengepam darah ke ventrikel yang mengalami diastole untuk
menerima darah dari atrium.

Sistol Diastole

Fasa pengencutan Fasa pengenduran


kitar kardium kitar kardium
•Kemudian, kedua-dua atrium akan mengalami diastole
sementara kedua-dua ventrikel mengalami sisitol untuk
mengepam darah ke arteri pulmonary dan aorta.
•Otot kardium: bersifat miogenik(boleh mengecut secara
beritma dan automatic tanpa kawalan
saraf)
: masih boleh beritma walaupun jantung
dikeluarkan dari badan
http://www.technion.ac.il/~eilamp/images/myheart1de.jpg
PEREDARAN POLMUNARI
DAN
PEREDARAN SISTEMIK
PEREDARAN POLMUNARI PEREDARAN SISTEMIK
 Darah dipam dari jantung ke peparu dan kembali semula  Darh beroksigen diangkut dari jantung ke bahagian
jan
ke jantung pe jan bahagi
badan yang lain dan kembali semula ke jantung.

tun par tun jant an


badan
jant
g u g ung yang ung
lain
 Darah terdeoksigen ( darah kekurangan oksigen) yang  Darah beroksigen dari peparu yang memasuki atrium
diangkut dari seluruh badan ke dalam atrium kanan kiri dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri mempunyai
jantung melalui vena kava akan masuk ke dalam ventrikel dinding berotot yang lebih tebal berbanding dengan
kanan. ventrikel kanan.

 Dari ventrikel kanan, darah dipam ke peparu melalui  Dari ventrikel kiri, darah seterusnya dipam keluar dari
arteri pulmonary (hanya arteri ini membawa darah jantung ke dalam aorta.
terdeoksigen)

 Di peparu, pertukaran gas berlaku di antara kapilari darah  Aorta merupakan arteri terbesar dalam badan dan darah
dengan alveolus dipam keluar di bawah tekanan yang tinggi.

 Darah beroksigen kemudian di angkut balik ke atrium kiri  Aorta akan menghantar darah beroksigen kesemua
jantung oleh vena pulmonary (hanya vena ini bahagian badan.
mengangkut darah beroksigen)

 Pertukaran gas dan bahan berlaku di tisu badan. Darah


yang terdeoksigen kemudian diangkut kembali ke
atrium kanan jantung melalui vena kava.
PENYAKIT
YANG
BERKAITAN
TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah optima
130 / 80 mmHg

Tekanan darah tinggi lebih daripada 130 / 85 mmHg.


Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar
tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.

CARA ATASI
Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;
Tidak merokok
Makan secara sihat,
Kekalkan berat badan unggul.
http://images.main.uab.edu/healthsys/ei_0028.gif
Bersenam secara berkala.
Elakkan pengambilan alkohol. 
STROK
Apabila timbunan plak terbentuk di dalam
arteri, ia menghalang pengaliran darah,
menyebabkan ketulan-ketulan darah beku
terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke
otak

CARA ATASI
1.Jadilah lebih aktif secara fizikal..
2.Amalkan diet yang sihat.
3.Kekalkan berat badan yang sihat.
4.Jangan merokok.
5.Minum alkohol dengan bijak.
6.Periksa tekanan darah anda.
7.Minta nasihat dari doktor.
PENYAKIT JANTUNG
KONGENITAL
Berlaku sejak dalam kandungan
seperti jantung berlubang dan
kecacatan injap jantung.

CARA ATASI
Ranscatheter technique atau rawatan secara
transkateter (tiub) adalah rawatan jantung
berlubang tanpa perlu melakukan
pembedahan
http://images.google.com.my/imgr
•kaedah ini dijalankan ke atas pesakit
es?imgur
jantung berlubang dengan
menggunakan tiub kecil yang dipanggil
kateter.
NODUS SINUATRIUM (nodus NODUS ATRIOVENTRIKEL
SA) (nodus AV)
 Tisu khas yang yang  Terletak di dasar septum atrium
mencetuskan pengecutan otot kanan
kardium di dalam dinding atrium
kanan berhampiran dengan vena
kava
 Dikenali dengan perentak  Meneruskan penghantaran
denyutan(pacemaker) kerana gelombang impuls elektrik beritma
berfungsi mencetuskan impuls yang merebak ke seluruh
untuk mengawal dan memelihara ventrikel
denyutan jantung
 Menjanakan impuls elektrik sama
seperti yang dijanakan oleh saraf

•Penghantaran impuls ini dibantu oleh gentian otot kardium


yang besar (bungkusan atrioventrikel) yang bercabang ke kiri
dan ke kanan ventrikel
•Tisu ini berakhir dengan gentian otot kardium kecil (gentian
purkinje)