Anda di halaman 1dari 34

ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM Dr.

Norlia binti Mat Esa


MEMBUAT NOTA Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Ipoh
ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM
MEMBUAT NOTA
Terdapat beberapa alat berfikir yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Alat berfikir turut digunakan dalam penulisan dan penyediaan nota.
Alat berfikir berkenaan adalah seperti:
- pengurusan grafik
- peta minda
- pemetaan i-think
- teknik menyoal aras tinggi
- alat-alat cort 1
- alat-alat cort 4 (pemikiran kreatif)
Pengurusan
Pemetaan i-Think
Grafik

ALAT-ALAT Penyoalan
BERFIKIR Sokratik

Teknik Menyoal
Peta Minda Aras Tinggi

Soalan
Lingkaran Bertumpu &
Soalan Mencapah
1. PENGURUSAN GRAFIK
Pengurusan grafik iaitu satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan
apa yang sedang difikirkan dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat dan disusun.
Kenapa pengurusan grafik diperlukan?
•    Untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.
•    Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri.
•    Untuk menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang
tersurat.
•    Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.
•    Untuk mengelakkan daripada berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan
berkecamuk.
Faedah Menggunakan Pengurusan Grafik Di
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.


Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.
Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan menyusun maklamat untuk penulisan dan
lisan.
Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.
Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.
Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara
maklumat.
Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik yang mengambarkan
proses pemikiran,  pelajar dibimbing untuk berfikir secara analitis dan krisis.
Jenis-jenis Pengurusan Grafik

1. Pengurusan grafik membanding dan membeza


- digunakan untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan.
-  digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
2. Pengurusan grafik meramal kesan akibat
  - membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh.
- kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran.
3. Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.
- mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak.
- dapatan penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan.
- begitu juga dengan maklumat dalam penulisan, ia perlu ditimbang secara kriris
4. Pengurusan grafik idea berpusat
- digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea.
- digunakan untuk membantu pelajar melihat dan menghubungkaitkan bahagian 2 kepada idea keseluruhan bagi semua bidang
pelajaran.
5. Pengurusan grafik membuat kategori
- dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara
objek –objek dalam kelas yang sama.
Berikut Adalah Contoh Bahan-bahan Untuk Pengurusan Grafik:
PETA MINDA
Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu
membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran seseorang.
Tony Buzan adalah pencipta kepada peta minda, alat berfikir yang paling berkuasa.
Peta minda juga dikenali sebagai “Swiss army knife for the brain”.
Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan konteks yang
melibatkan perkataan, imej, nombor, logik, muzik, warna, kepekaan ke atas ruang
dengan berkesan.
Kepentingan Dan Kegunaan Menggunakan Peta Minda :

(a) Menghasilkan Nota


(b) Ingat Kembali
(c) Kreativiti
(d) Penyelesaian Masalah
(e) Perancangan
(f) Pembentangan Peta
(g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
(h) Membuat sinopsis
Garis Panduan Membina Peta
Minda:
1) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea
2) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk
3) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu
4) Gunakan kata kunci, gambar atau simbol
5) Tuliskan kata penghubung di atas garisan
6) Jadikan corak yang menarik
7) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.
8) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cantik
9) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda yang lebih asli
Peta Minda Jenis Cabang
Peta Minda Jenis Kitaran
Peta Minda Jenis Pokok
PEMETAAN i-THINK

• i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.

• Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4
SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia
Kenapa Diadakan Program i-
Think?
•Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia
semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik.

•Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya.

•Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal
insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam
Program i-Think

Peta Pemikiran
- Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta
pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum.
- Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun.
- Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama
atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab
dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.
Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian
sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan
proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
TEKNIK MENYOAL ARAS
TINGGI
Teknik menyoal
•Soalan mengarah pelajar supaya bertanya dan menggunakan
pemikiran peringkat tinggi.
•Semua pembelajaran bermula dengan persoalan. Soalan
mencetus interaksi, pemikiran, aktiviti, perbualan atau
perbahasan.
•Persoalan mencetus interaksi dinamik dan soalan yang baik
menggalakkan penglibatan aktif pelajar.
Soalan Dan Penyoalan
•William Wilen dari Kent State
University, USA telah menyatakan
bahawa seseorang pelajar yang bertanya
adalah seorang yang berfikir.
•Kindsvatter (1992), sekiranya soalan
yang ditanya berasas kognitif tinggi,
bermakna ia sedang berfikir pada aras
yang tinggi.
•Soalan merupakan alat berfikir yang
sering digunakan dalam bilik darjah. Oleh
itu untuk meningkatkan KBKK, soalan
yang berasas tinggi harus
Konsep 5w1h
Soalan yang berdasarkan kata tanya dikenali sebagai “5 Wives 1 Husband”
atau “5 waktu 1 Hari”
Penyoal Yang Mahir Menyebabkan Pelajar:

•Memberikan perhatian terhadap isu semasa.


•Mengintegrasikan idea baru dengan pengetahuan terdahulu.
•Meneliti nilai dan kepercayaan mereka.
•Mengaplikasikan pengetahuan dengan kehidupan sebenar.
•Meluaskan bidang pertanyaan.
Jenis-jenis Soalan
PENGETAHUAN
…Siapa, apa, bila, di mana, yang mana, adakah, kenal pasti, jelaskan, senaraikan,
ingat semula.
PEMAHAMAN
…. Menjelaskan,bandingkan, apakah hubungan, perbezaan, terangkan dengan
menggunakan perkataan sendiri.
APLIKASI
   ….. Tunjukkan, bagaimana anda boleh menggunakannya, ke manakah ia
membawa anda, aplikasi, uji.
ANALISIS
   …… Bagaimana, mengapa, apakah sebab-sebab, apakah akibatnya, analisis,
klasifikasi, kaitkan.
1. Penyoalan Sokratik
Kaedah yang sering digunakan dalam pembelajaran Sokratik adalah berdialog dan
berdebat. Perbezaan antara dialog dan debat adalah amat ketara kerana kedua-duanya melalui satu
proses yang berbeza. Jadual 1 menunjukkan perbezaan antara kaedah berdialogdan juga berdebat.
2. Soalan Bertumpu Dan
Mencapah
Soalan bertumpu
• Soalan bertumpu ialah hanya memerlukan jawapan yang tetap.
• Sekiranya jawapan yang diterima berbeza dengan apa yang dikehendaki maka
jawapan itu adalah salah.
• Idea/konsep
• Spesifik dan objektif
• Jawapan betul atau salah
• Memerlukan sebab dan penjelasan
  contoh
   Apakah ibu negara Malaysia?
   Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
Soalan mencapah
• Memerlukan kemahiran pemikiran peringkat tinggi: kritikal, kreatif, rasional.
• Terbuka, meluas dan subjektif
• Mencari pelbagai jenis jawapan untuk soalan
• Memerlukan pelbagai jenis jawapan yang betul
• Proses penilaian membuat keputusan tentang ketepatan, kebaikan atau kesesuaian
maklumat
contoh:
Mengapa sesetangah komuniti tidak prihatin terhadap pencegahan jenayah?
Pada pendapat anda, apakah impak teknologi terhadap pembangunan manusia?
Bincangkan kesan pencemaran terhadap kualiti kehidupan?
Perbezaan Soalan Bertumpu Dan Mencapah:
3. Lingkaran Soalan
• Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop-skop tertentu :
• Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
• Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.
• Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara
• Contoh lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).
P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.
I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara
besar-besaran ?
LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ?
Apakah peluang terhadap industri buah-buahan di Malaysia ?

Anda mungkin juga menyukai