Anda di halaman 1dari 18

UNIT 1: KEDUDUKAN STRATEGIK

MENDORONG PENGUASAAN BRITISH


•Mukadimah :
- negara kita terletak di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat
- Kedudukan strategik ini menjadikan pelabuhan negara kita maju
- Pergolakan di Kedah dan Johor memberi peluang British mengambil Pulau
Pinang dan Singapura.
- Melaka jatuh ke tangan British melalui perjanjian Inggeris-Belanda

m.h.hisyam
2011
1.1 Pertapakan SHTI di Pulau Pinang
• Apa itu SHTI
1.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ditubuhkan di England pada tahun 1600.
2.Kerajaan British beri kuasa kepada SHTI untuk:
i. menjalankan perdagangan antarabangsa.
ii. Meluaskan tanah jajahan
• Keperluan SHTI mencari pelabuhan:
1. Pusat pengumpulan barang
- perlukan emas, perak, lada hitam untuk ditukarkan dengan teh dari China
- teh bernilai di eropah
-Pulau Pinang sesuai sebagai pusat pengumpulan barangan.
2. Pusat persinggahan
- bagi mendapatkan bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum
belayar ke Canton.
- tempat berlindung dari angin monsun

m.h.hisyam
2011
3. Pengkalan tentera :
- British bersaing dengan Perancis untuk menguasai perdagangan di India.
-Pulau Pinang sesuai dijadikan pengkalan.
4. Kedudukan strategik :
- Pulau Pinang memenuhi kesemua keperluan British untuk dijadikan pelabuhan di asia
tenggara.
- kedudukannya di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat.

• Kawasan Kedah :
- sebelum tahun 1791, Kedah menguasai kawasan dari Perlis, Pulau Pinang dan
Seberang Perai.
- Pulau Pinang menarik minat British
- Kedah dibawah kekuasaan Siam, jadi British tidak dapat menguasainya.

Soalan:
Apakah kuasa yang diberikan British kepada SHTI?
Mengapakah SHTI memerlukan pelabuhan di Asia Tenggara?

m.h.hisyam
2011
Kedah
• Kedaulatan Kedah terancam :
- Kurun ke-16, dasar buka pintu Kedah menjadikannya pelabuhan entreport
yang maju. (entreport)
- Pemimpin Kedah mendapat ancaman:
a. masalah perebutan takhta-ancaman Bugis
b. ancaman Siam

m.h.hisyam
2011
a. Masalah perebutan takhta-Ancaman Bugis

1. 1770- Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebgai Raja Muda Kedah
2. Ditentang kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.
3. Kerabat diraja berpakat dengan Bugis di Selangor menentang Sultan Muhammad Jiwa.
4. Raja Haji (Bugis) berjaya menawan Kuala Kedah dan Alor Setar.
5. Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Kangar, lalu meminta bantuan tentera dari Firma
Jourdain Sullivan and de Souza.
6. 1771- Francis Light mewakili firma menandatangani perjanjian dengan
Sultan Muhammad Jiwa.
7. Firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah dan mesti memberi bantuan ketenteraan
kepada Kedah.
8. Firma tidak memberi bantuan ketika Kedah diserang. Perjanjian terbatal.

m.h.hisyam
2011
b. Ancaman Siam
• 1753-1781 Siam berperang dengan Burma.
• Kedah berhenti menghantar bunga emas kepada Siam.
• Siam menang dan menjadi satu kuasa yang kuat. Siam menuntut Kedah menghantar:
- bunga emas
- wang
- tenaga manusia
• Sultan Abdullah (1778-1797) berasa negeri Kedah terancam lalu meminta bantuan dari SHTI
• Baginda menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI jika sanggup melindungi Kedah daripada
ancaman Siam.
• Francis Light sedar kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pengkalan tentera
kepada SHTI. Tetapi mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.

• Soalan :
apakah ancaman luar dan dalaman yang dihadapi Kedah?
Mengapakah perlantikan Tunku Abdullah ditentang?

m.h.hisyam
2011
1.2 Tipu helah Francis Light bagi
mendapatkan Pulau Pinang
• Dasar monopoli- STI risau dasar monopoli (menguasai sepenuhnya) Belanda menjejaskan kepentingan
perdagangan mereka di Semenanjung Tanah Melayu.
• 1786- Francis Light menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah dengan Sultan Abdullah secara peribadi
kerana tawaran sultan Kedah pucuk dicita ulam mendatang.
• Perjanjian Inggeris Kedah 1786-
- SHTI dibenarkan menduduki Pulau Pinang
- SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
- SHTI tidak boleh melindungi musuh Keadh
- SHTI perlu membayar sebanyak $30000 Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah.
• 11 Ogos 1786- upacara menaikkan bendera Union Jack
• Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales island.
• Penempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England King George III
• Pendudukan ini menandakan penjajahan British di Tanah Melayu bermula.
• Kapal dagang British mula bertambah, 1787- 42 buah, 1790-kapal bertambah kepada 104 buah.
• Soalan - apakah syarat-syarat Sultan Abdullah kepada Francis Light dalam perjanjian Inggeris-Kedah?
-Apakah nama Pulau Pinang setelah SHTI mendudukinya?
- Apakah kesan pendudukan Pulau Pinang oleh Francis Light?

m.h.hisyam
2011
1.2 Tipu helah Francis Light bagi
mendapatkan Pulau Pinang
 SHTI mungkir janji
- 1786, Siam menawan Pattani, mengancam Kedah.
- Sultan Abdullah meminta bantuan tentera daripada SHTI seperti dalam perjanjian 1786.
- SHTI enggan memberikan pertolongan ; alasan tidak terlibat dalam perjanjian 1786
antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.
- Baginda murka kerana Francis Light enggan keluar dari Pulau Pinang, lalu menyerang
Francis Light dari Seberang Perai bagi merampas Pulau Pinang.
- Bantuan tentera diminata dari Riau, Siak dan Selangor.
- Francis Light menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai dengan bantuan tentera
British dan berjaya mengalahkan Sultan Kedah.
- 1 Mei 1791 Sultan terpaksa menandatangani perjanjian dengan SHTI.
- Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah:
+ SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
+ SHTI membayar 6000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah
dan Pulau Pinang.
- George Leith dilantik sbg Gabenor pertama Pulau Pinang.

m.h.hisyam
2011
1.3 SHTI mengambil Seberang Perai
• SHTI memerlukan Seberang Perai kerana:
- dapat dijadikan kubu pertahanan Pulau Pinang.
- Kawasan subur dan sesuai untuk bercucuk tanam bagi keperluan makanan Pulau Pinang.
• Peluang SHTI - Sultan Dziauddin memerlukan bantuan tentera bagi menghadapi ancaman
Siam.
• Jun 1800- Sultan Dziauddin terpaksa menandatangani perjanjian dengan Gabenor George
Leith
• Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
- Sultan Kedah Menyerahkan Seberang Perai
- SHTI akan membayar 10000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah untuk
Pulau Pinang dan Seberang Perai.
• Seberang Perai diberi nama Province Wellesly.
• November 1821- Siam serang Kedah, SHTI tidak membantu Kedah. Janji SHTI ibarat menanam
tebu di tepi bibir.
• Jun 1826- Raja Siam, Raja Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di
Bangkok.

m.h.hisyam
2011
• Perjanjian Burney 1826
- British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah.
- Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang,
Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma.
- British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.
- British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah, dan
Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas ke Siam.
- Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

---Rujuk garis masa page 12

m.h.hisyam
2011
1.4 Pertapakan SHTI di Singapura
SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
• Sebab gagal-
i. Kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka gagal bersaing dengan pelabuhan lain di
Kepulauan Melayu.
ii. Banyak kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga.

• Penting- perdagangan antara SHTI dengan China menjadi semakin penting


• Untung- barang-barang dagangan seperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran
yg menguntungkan di eropah.
• Pelabuhan- SHTi mahu pelabuhan yang strategik untuk menguasai laluan perdagangan antara
India-China.
• Perang Napoleon- SHTI mendapat peluang menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon
dan menyerahkan semula kepada Belanda selepas perang tamat. (rujuk info Perang Napoleon).
• Layanan- Belanda mengenakan cukai dan layanan yang buruk kepada pedagang British di Betawi.
• Stamford Raffles- tugasnya untuk mencari pelabuhan baru untuk British.
• Gagal- Percubaan Stamford Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau gagal dan
masih tidak dapat menyaingi pengaruh Belanda.

m.h.hisyam
2011
Singapura Pangkalan Perdagangan yang
Strategik
• Pangkalan baru- Raffles mencadangkan kepada STHI membuka pangkalan baru di
Singapura.
• Johor- Singapura masih di bawah kekuasaan Johor.
• Singapura-
i. kedudukan strategik di selatan Tanah Melayu dapat mengawal laluan
perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.
ii. Sesuai sebagai pelabuhan bebas
iii. Raffles yakin dapat menyaingi dan menyekat monopoli Belanda di kepulauan
Melayu.
• Masalah- Raffles menghadapi masalah mendapatkan Singapura kerana Sultan
Abdul Rahman pemerintah Johor berada di bawah pengaruh Belanda.

m.h.hisyam
2011
Taktik Raffles mengambil Singapura
• 12 Januari 1819- Raffles mendarat di Singapura.
• 30 Januari 1819- Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman yang memerintah Singapura
tandatangan perjanjian.
• Bimbang- Temenggung Abdul Rahman terpaksa menurut bimbang diserang Raffles dan angkatannya.
• Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles pada 30 Januari 1819
- SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
- SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.
- SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Speanyol setahun kepada Temenggung.
- SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain.
• Tidak sah- perjanjian itu tidak sah kerana Sultan Johor, Sultan Abdul Rahman tidak bersetuju.
• Helah- Raffles membangkitkan masalah pewarisan takhta 1812 dengan mempergunakan Tengku
Hussein yang kecewa tidak ditabal sebagai sultan.
• Pujuk- Raffles memujuk Temenggung Abdul Rahman utk menjemput Tengku Hussein ke Singapura
untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.
• 6 Februari 1819- Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian antara Raffles dan temenggung
• Rasmi- SHTI secara rasmi menduduki Singapura. William Farquhar- Residen Pertama(1819-1823)
John Crawfurd- Residen kedua (1823-1826)
• Dua- Pertabalan Sultan Hussein menyebabakan Johor mempunyai dua orang sultan. Sultan Hussein
bersemayam di Singapura, Sultan Adbul Rahman di Lingga

m.h.hisyam
2011
SHTI mencengkam Singapura
• Kuasa- Perjanjian 1819 tidak memberikan kuasa sepenuhnya Singapura kepada Raffles.
• 7 Jun 1823- perjanjian antara Sultan Hussein, Temenggung Abdul Rahman dan Raffles.
• Penuh- Perjanjian ini memberikan kuasa penuh kepada Raffles mentadbir Singapura dan
pulau-pulau sekitarnya.(rujuk isi perjanjian muka 17)
• 2 Ogos 1824- John Crawfurd, Sultan Hussein, Temenggung Abdul Rahman menandatangani
perjanjian.
• Isi Perjanjian 2 Ogos 1824-
1. Sultan Hussein dan temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat
selama-lamanya.
2. Sultan Hussein dan Temmenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-
pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya.
3. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di Singapur atau
berpindah dari Singapura.
• Pindah- SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran dari Kuala Sungai
Singapura ke Teluk Belanga dengan alasan untuk memajukan Singapura.
• Tanah- SHTI mengambil tanah-tanah di Kg. Gelam dan Teluk Belanga.
• 1866- pusat pemerintahan Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Johor Bahru.

m.h.hisyam
2011
1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu
• Belanda-
1. mempertikaikan tindakan Raffles membuka petempatan di Singapura kerana
Belanda mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya.
2. bimbang kemajuan pesat Singapura menjejaskan perdagangannya di Betawi.
• Enggan- British enggan menyerahkan singapura kepada Belanda keran yakin Singapura boleh
menjadi pelabuhan yang bebas dan pangkalan tentera di Gugusan Kepualauan Melayu.
• Tegang- ini mencetuskan ketegangan antara Belandadan British.
• 1824- menyelesaikan masalah-perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London).
• Isi Perjanjian Inggeris-Belanda 7 Mac 1824
- Belanda mengiktiraf penempatan British di Singapura.
- Belanda berjanji tidak membuka penempatan baru di Tanah Melayu.
- British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, Belanda menyerahkan Melaka
kepada British.
- British berjanji tidak akan membuka penempatan baru ke selatan Singapura.

m.h.hisyam
2011
• Kawasan-
1. perjanjian Inggeris Belanda menyebabkan kepulauan Melayu terbagi 2 kawasan
pengaruh.
2. Semenanjung tanah Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British.
3. Kepulauan Riau sehingga Lingga di bawah pengaruh Belanda.
• Kesan perjanjian- British menguasai Melaka dan Selat Melaka.
- kerajaan Johor berpecah.Johor-Singapura di bawah British, Kepulauan
Riau-Lingga di bawah Belanda.

m.h.hisyam
2011
1.6 Penubuhan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat
• 1824- British menguasai Pulau Pinang, Melaka, Singapura.
• Pentadbir- Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
- Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen.
• 1826 – Pentadbiran ketiga-tiga negeri disatukan di bawah satu pentadbiran dikenali sebagai
Negeri-Negeri Selat (NNS).
• NNS- NNS bertujuan menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan.
- Ibu negeri pertama- Pulau Pinang
- 1832- Singapura menggantikan Pulau Pinang kerana kedudukannya yang strategik dan
lebih menguntungkan.
• Struktur Pentadbiran NNS 1826 - Gabenor Jeneral British di India->Gabenor negeri-negeri Selat->
Residen Konsuler P.Pinang, Melaka, Singapura.
• Bertanggungjawab- Gabenor Jeneral British di India menggubal undang-undang dan semua dasar
NNS.
• Pemindahan- dasar pentadbiran ini membuatkan saudagar dan rakyat tempatan tidak
berpuas hati kerana merasakan NNS di bawah jajahan India.
• 1 April 1867- NNS diisytiharkan sbg tanah jajahan British dan pusat pentadbiran di pindahkan ke
London atas rayuan saudagar-saudagar British di NNS dan ada faktor-faktor lain.(mukasurat 22)
• Pentadbiran- NNS di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London dan ada Majlis Perundangan NNS
untuk meluluskan undang-undang sendiri.

m.h.hisyam
2011
Kesimpulan
• British merancang dan mengambil
kesempatan terhadap Sultan Kedah untuk
mendapatkan Pulau Pinang.
• Tindakan meminta bantuan kuasa asing
merugikan kita.

m.h.hisyam
2011

Anda mungkin juga menyukai