Anda di halaman 1dari 15

Bulan Sabit Merah

Malaysia (BSMM)
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) adalah sebuah pertubuhan kemanusiaan.
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dikelolakan oleh tiga badan
iaitu:

1) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).


2) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah
(IFRC -International Federation of Red Cross and Red Cresent societies).
3) Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah kebangsaan.

Ketiga-tiga badan ini mempunyai peranan masing-masing yang meliputi aspek


perundangan, memberi perlindungan, pertolongan, bantuan kecemasan bagi
mengurangkan penderitaan dan mengekalkan keamanan. Komponen ini juga
berperanan memberi penjagaan perubatan kepada mereka yang memerlukan
seperti yang terlibat dalam sebarang keadaan sama ada semasa peperangan,
bencana alam, kemalangan dan lain-lain.
Sejarah Pengasas Palang Merah Dunia
Jean Henry Dunant atau dikenali sebagai bapa Palang Merah.
Bapa Dunant adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Ibunya seorang yang patuh pada ajaran agama dan mementingkan
pembentukan budi pekerti yang mulia dan luhur.
Beliau adalah anak sulung dan dibesarkan dengan sempurna.
diasuh oleh ibu bapanya supaya mementingkan hal ehwal agama dan
kemasyarakatan.
aktif dalam pelbagai pergerakan, aktiviti-aktiviti amal dan agama.
Salah satu pertubuhan yang beliau sertai - League of Alma di Geneva.
Organisasi tersebut diwujudkan bagi:
a) membantu masyarakat
b) Memberi motivasi
c) membantu orang miskin, sakit dan mereka yang serba kekurangan.
d) Beliau juga melibatkan diri memberi bimbingan dan kaunseling dalam
pemulihan banduan-banduan penjara di sekitar Geneva.
Tahun Catatan
1828 Lahir di Geneva, Rue Verdaine, di bandar lama.
1855 Memulakan perniagaan di Algeria.
1858 Membantu menubuhkan Perikatan Sedunia, Young Men’s
Christian Association (YMCA)

Menubuhkan The Mons-Djemile Mills Company Ltd. di Algeria.

Kurang senang dengan kelewatan pentadbiran, Dunant


mengambil keputusan bagi mengemukakan ideanya berkaitan
pertanian di Algeria.
25 Jun 1859 Berada di medan perang di Solferino. Berusaha bagi
memperbaiki penjagaan dan perhatian perubatan untuk mangsa
dalam perang Austria dengan Perikatan Tentera Perancis-
Sardinia.
1862 Penerbitan buku Kenangan di Slferino.
9 Februari 1863 ‘Genevese Society of Public Utility’, bersetuju mempraktikkan
ideanya.
September atau Mengembara di Eropah Tengah dan mendapati beberapa orang
Oktober 1863 Raja, Raja muda dan pemimpin tentera menaruh minat dengan
idea dan projeknya.
Tahun Catatan
26 atau 29 Persidangan Antarabangsa di Geneva di mana Pertubuhan
Oktober 1963 Palang Merah diasaskan.
1864 Konvensyen Geneva pertama 22 Ogos ditandatangani.
1971 Berada di Paris semasa dalam kepungan. Kemudian
mengembara ke serata negara Jerman, England dan
Perancis.
1892 Dimasukkan ke hospital di Heiden, Switzerland di mana
beliau menulis bukunya.
Disember 1901 Menerima penganugerahan Hadiah Keamanan Nobel yang
pertama.
30 Oktober 1901 Meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Prinsip Asas
1) Kemanusiaan
2) Kesaksamaan
3) Berkecuali
4) Kebebasan
5) Khidmat sukarela
6) Bersatu
7) Kesejagatan
Kemanusiaan
Memberi pertolongan tanpa membeza-bezakan mereka yang tercedera
di dalam medan perang, berusaha dengan keupayaannya di peringkat
negara dan antarabangsa.
Mencegah dan meringankan penderitaan manusia walau di mana jua.
Tujuannya melindungi nyawa, menjaga kesihatan dan menghormati
sesama manusia.
Dapat memupuk kefahaman, menjalin persaudaraan, kerjasama dan
keamanan yang kekal di kalangan manusia.
Ditubuhkan atas dasar hormat menghormati sesama manusia.
Prinsip utama yang terikat kukuh dengan idea keamanan.
Melihat dan bersama-sama mencegah dan meringankan kesengsaraan
dalam menghadapi kekejaman.
Kemanusiaan adalah faktor keamanan yang tidak boleh diperoleh
melalui penguasaan dan kekuasaan tentera.
Kesaksamaan
Tidak membezakan antara bangsa, kaum,
kepercayaan agama, darjat ataupun fahaman
politik dalam usaha memberi pertolongan.
Berusaha meringankan penderitaan
berpandukan keperluan individu.
Memberi keutamaan kepada kes-kes yang
serius.
Prinsip ini menolong manusia tanpa
diskriminasi.
Berkecuali
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
daripada segi kefahaman politik,
idealogidan sebagainya semasa memberi
bantuan kepada pesakit.
Berkecuali tidak bermakna mengabaikan
penderitaan ataupun menerima peperangan.
Ia adalah keadaan yang paling mustahak
bagi khidmat manusia yang berkesan.
Bergantung pada kepercayaan semua.
Kebebasan
PergerakanBSMM adalah bebas
Namun bergantung kepada kerajaan dan
undang-undang negaranya.
Khidmat Sukarela
Setiap bantuan dan pertolongan yang
diberikan haruslah dilakukan secara
sukarela.
Tidak mengharapkan keuntungan daripada
pertolongan yang diberikan.
Bertujuan bagi membantu sesama manusia
secara sukarela, mencerminkansemangat
perkhidmatan yang baik dan persaudaraan
yang membawa kepada permuafakatan.
Bersatu
Hanya satu sahaja Persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah yang harus
wujud dalam sesebuah negara dan terbuka
kepada semua.
Pergerakan Persatuan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah menyatupadukan
semua manusia dan menjadi satu faktor
bagi keamanan negara.
Kesejagatan
Semua persatuan termasuk Pergerakan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
mempunyai taraf yang sama dan memikul
tugas dan tanggungjawab yang sama rata
dalam usaha mambantu orang lain.
Kewajipan menolong di antara satu sama
lain.
Mewujudkan keamanan dan
persahabatan.
Objektif Pertolongan Cemas
1. Menyelamatkan nyawa
• Berikan bantuan pernafasan sekiranya pengsan.
• Hentikan pendarahan
• Pulihkan renjatan
2. Mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih teruk
• Mengurangkan pergerakan.
• Melindungi pesakit daripada alam semula jadi.
• Jangan memberi sebarang makanan atau minuman melalui mulut.
Hanya basahkan bibir sekiranya perlu.
3. Memberi kelegaan dan keselesaan
• Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar.
• Jangan tinggalkan pesakit keseorangan.
• Pastikan keadaan pesakitdengan memeriksa nadi dan pernafasan.
Sifat-sifat Ahli Pertolongan Cemas
1. Saksama
2. Berkecuali
3. Sukarela
4. Tajam perhatian
5. Berkeyakinan
6. Pantas berikhtiar
7. Tidak kasar
8. Berakal dan berbudi
9. Jujur
10. Bertimbang rasa
11. Sentiasa senyum
12. Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja
LAGU BSMM
Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat berjasa untuk negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu aman atau bahaya

Bulan Sabit Merah gerakan sedunia


Membantu semua yang menderita
Badan sukarela berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat

Di mana jua adanya sengsara


Di sana ada kita
Di darat dan laut kita sedia
Walau diancam bahaya~

Anda mungkin juga menyukai