Anda di halaman 1dari 15

EDC2173 Topik 3&4

Perkembangan Teori Lawrence


PENDIDIKAN MORAL AWAL Kolhberg
KANAK-KANAK DISEDIAKAN OLEH : PN NAN
SUFIANTI
BIODATA LAWRENCE
KOLHBERG
 Dilahirkan :25 Oktober 1927 di Bronxville, NewYork.
 Berasal dari sebuah keluarga kaya.
 Belajar di Akademi Philips, sebuah pusat pengajian yang terkenal.
 Mendaftar ke Universiti Chicago pada 1948. Dan beliau memperoleh gelaran
sarjana dalam psikologi dalam waktu hanya satu tahun.
 Pada 1968, dalam usia 40 tahun, ia menjadiprofesor pendidikan dan psikologi
sosial di Universiti Harvard.
 Kematian : 19 Januari 1987
 Umur: 59 tahun (Bunuh diri denganmenenggelamkan dirinya di Lautan Atlantik akibat
tekanan dan penderitaan penyakit yang merebak pada masa itu.)
- Berpendapat penaakulan moral berkait rapat dengan
perkembangan kognitif walaupun ada masanya tahap pemikiran seseorang tidak menjamin
peningkatan tahap penaakulan moral seseorang.
- Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan perkembangan individu.
- Telah mencadangkan peringkat perkembangan moral individu
PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL
 Ciri-ciri Perkembangan Moral

• Apabila seseorang individu didapati berada di satu


peringkat yang lebih tinggi, ini bermakna bahawa ia

Hierarki telahpun melalui peringkat moral yang lebih


rendah.Seseorang individu biasanya bertindak
atau memilih peringkat yang lebih tinggi
dari peringkat semasanya.

Sistematik • Merupakan sistem pemikiran yang berterusan. Cara


seseorang menganalisa dan menginterprestasikan data
dan serta membuat keputusan mengenai masalah moral dan
peribadi merupakan perkara yang sangat penting dalam
Berstruktur perkembangan moral secara keseluruhannya.

Urutan • Ini bermakna dalam semua keadaan kecuali

tidak dalam keadaan trauma yang serius, pergerakan


dalam peringkat penaakulan moral selalunya
berbalik adalah ke depan dan tidak pernah mundur
 Contoh-contoh Kajian: Teori Lawrence Kolhberg

Chicag Rentas
Turki
o Benua
Satu kajian jangka
Dijalankan selama panjang dengan budak- Beberapa kajian
20tahun dalam kalangan budak lelaki dari merentas budaya
budak-budak lelaki dari kawasan bandar dan luar seperti di Kanada,
latar belakang kelas bandar diTurki, yang
pertengahan dan berada dalam lingkungan Britain, Yukata,
golongan pekerja di umur yang sama seperti Honduras dan
Chicago. di Chicago Amerika
Syarikat.
India
 Hasil kajian
Hasilnya juga
Temubual awal bermula mendapati
menunjukkan teori
ketika subjek tersebut keputusannya
berumur di antara 10-16 perkembangan
sama seperti di
tahun,kemudian mereka moralnya bersifat
ditemubual semula Chicago.
selepas selang tiga tahun. sejagat dan rentas
Bermakna,
budaya
ia bersifat sejagat
 Berdasarkan
kepada kajian-kajiannya, Kohlberg (1975) mendakwa bahawa teori
perkembangan moralnya itu adalah sejagat dan merentas budaya. Beliau
mengatakan:

“All individuals in all cultures use the same thirty basic moral categories, concepts or


principles, and all individuals in all cultures go through the same order or sequence of
gross stage development, though they vary in rate and terminal point of development”

 Beliau membuat dakwaan tersebut berdasarkan dapatan empirikal daripada


penyelidikan yang telah dijalankannya dalam kalangan pelajar dari latar belakang
budaya yang berlainan seperti di Amerika Syarikat, Taiwan, Turki, Mexico dan
Yukata.
Tahap 1 : Pra
Konvensional

Tahap
Tahap 2 : Tahap 3 : Pos
Konvension Konvensiona
al l
TAHAP 1 : PRA
KONVENSIONAL
 Pre Conventional Level

 Paling bawah dalam penaakulan moral.

 Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman


yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.
Orientasi Kepatuhan dan Hukuman:
- Pemikiran moral kanak-kanak - egosentrik
- Mementingkan kesan fizikal
-Mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman.

Orientasi Ganjaran Peribadi:


- Mematuhi peraturan atau sesuatu untuk mendapatkan
ganjaran, atau perkongsian untuk mendapatkan balasan.
“Apa yang saya akan dapat sekiranya saya buat apa yang disuruh”
-Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri.
TAHAP 2 : KONVENSIONAL
 Tahap pertengahan teori perkembangan
moral.

 Individu mula mengaplikasi peraturan


mengikut kebenaran dan persetujuan ibubapa,
guru dan komuniti.
Orientasi Perlakuan Baik:
-Mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang
sekeliling.
-Menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
-Ingin dilihat sebagai ‘anak yang baik’ dan mengikut arahan. (the good boy-good girl
attitude)

Akur kepada Sistem Sosial dan Etika Peraturan:


-Percaya kepada keutuhan undang-undang.
-Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga kesejahteraan komuniti.
-Mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-undang masyarakat untuk
mengelakkan hukuman atau denda.
TAHAP 3 : POS
KONVENSIONAL
 Tahap penaakulan moral yang paling tinggi.

 Individu sudah mula meneroka pilihan dan alternatif


lain dalam penaakulan moral.

 Mula mempunyai kod moral dan etika yang


tersendiri.
Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu:
- Berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.
-Menilai undang-undang berdasarkan hak individu
-Menganggap undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan mempunyai alternatif.
-Mematuhi undang-undang jika menepati hak-hak individu.

Etika Prinsip Sejagat:


-Falsafah tentang moral seseorang.
-Mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan menghormati maruah dan prinsip
individu lain.
-Individu mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak
individu sejagat.
-Mungkin melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik dengan kod etika peribadinya.
KRITIKAN TERHADAP TEORI
LAWRENCE KOLHBERG
 Salah satu kritikan terhadap teori Kohlberg adalah bahawa
teori tersebut terlalu menekankan pada keadilan dan mengabaikan norma yang
lainnya.

 Kesannya, teori itu tidak akan menilai secara adekuat orang yang menggunakan
aspek moral lainnya untuk bertindak

 Carol Gilligan mempertikaikan bahawa teori Kohlberg terlalu androsentrik.

 Teori Kohlberg dinyatakan berdasarkan penelitian empirikal yang menggunakan


hanya responden lelaki; Gilligan menyatakan bahawa hal tersebut membuat tidak
adekuatnya teori itu dalam menggambarkan pandangan.
 Walaupun penelitian secara umum telah menyatakan bahawa tidak wujudnya perbezaan
pola yang signifikan antara jenis jantina, teori perkembangan moral dari Gilligan tidak
memusatkan perhatiannya pada norma keadilan (value of justice). Ia mengembangkan teori
perkembangan moral alternative berdasarkan norma perhatian (ethics of caring).

 Pengkritik seperti Christina Hoff Sommers pula membangkang kajian Gilligan kerana


ketiadaan bukti untuk menyokong teori atau kesimpulannya.

Anda mungkin juga menyukai