Anda di halaman 1dari 78

KATA ADJEKTIF,KATA

TUGAS DAN AKRONIM


DIPERSEMBAHKAN OLEH:
RUSLINA
IFFA
HIDAYAH
AZURA
ADAWIYAH
KATA ADJEKTIF

Pembentuka Kata adjektif


Jenis Kata
n kata dalam bentuk
Adjektif Adjektif perbandingan
JENIS KATA ADJEKTIF

Sif Pan
Per
War Uku Ben wak Jar Car cain
ata na ran tuk tu ak a
asa
der
n n
a
PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif Kata Adjektif Kata Adjektif Kata Adjektif


Tunggal Terbitan Ganda Majmuk
KATA ADJEKTIF DALAM
BENTUK PERBANDINGAN

Darjah Biasa Darjah Darjah


Bandingan Penghabisan
KATA TUGAS

Kelompok
Kata Kata
Dasar Kata Kata Prafrasa
Praklausa Pascakata
Tugas
KELOMPOK DASAR KATA TUGAS

Kata hubung pancangan

Kata penyambung Kata hubung


ayat gabungan
Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan keterangan
KATA PRAKLAUSA

Kata
Kata Kata Kata Kata
pangkal
seru tanya perintah p’benar ayat
KATA PRAFRASA

Kata Kata Kata Kata


Kata Kata Kata Kata
bantu
pengua penega
nafi pemeri
sendi
arah bila
t s nama
ngan
KATA PASCAKATA

Kata penekah Kata Pembenda


KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam
frasa adjektif.Kata ini menerangkan keadaan atau
sifat sesuatu nama.Kata adjektif boleh diikuti atau
didahului dengan kata bantu seperti :
 Paling.
 Amat
 Sungguh
 Sekali
 sangat
 Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada
kata nama dan kata kerja dengan cirinya boleh didahului
dan diikuti oleh kata penguat.
 Contoh:
Amat sakit
Sakit sungguh

Contoh-contoh ayat :

Adik saya tinggi juga .

Hujan pagi ini amat lebat sekali.


Penggolongan kata adjektif bolehdilihat
berdasarkan jadual:
JENIS CONTOH
Sifat atau keadaan Rajin,malas,lesu,berani
Warna Merah,biru,kuning,hijau

Cara Perlahan,lambat,laju
Jarak Dekat,hampir,jauh
Waktu Silam,lewat,suntuk,segera

Bentuk Bujur,bulat,bundar
Ukuran Kurus,pendek,nipis
Perasaan Sayang,benci,suka,marah,

Pancaindera :
Bau Harum,wangi,busuk,tengik
Rasa Masin,manis,tawar
Sentuh Lembut,licin,keras
Pandang Kacak,cantik,hodoh
dengar Merdu,nyaring,kuat
KATA ADJEKTIF SIFATAN ATAU KEADAAN

Terdiri daripada perkataan


yang memberikan sifatan
atau keadaan sebagai
unsur keterangan nama.

CONTOHNYA
:
 Baik
 Curiga
 Cerdik
 Pandai
CONTOH AYAT

Budak baik selalu dipuji.

Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan agak gopoh.

KATA ADJEKTIF WARNA

Kata adjektif jenis ini


terdiri daripada
perkataan yang
membawa pengertian
warna sebagai unsur
keterangan.
CONTOH

Biru

Hijau

Perang

CONTOH AYAT

Baju merah itu kepunyaanku.

Daun-daun hijua tiada lagi pada pokok itu.


KATA ADJEKTIF UKURAN

Jenis perkataan yang membawa


pengertian ukuran sebagai bentuk
keterangan.

contoh:

Panjang Pendek

Contoh ayat:

Jambatan panjang itu baru didirikan.

Bilik kecil mudah diurus


KATA ADJEKTIF BENTUK

Jenis perkataan yang


membawa pengertian rupa
bentuk sebagai unsur
keterangan.

Contoh

Bulat Lonjong
Contoh ayat:

Bola ragbi berbentuk lonjong.

Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lengkuk.


KATA ADJEKTIF WAKTU

Perkataan yang membawa


pengertian konsep masa
sebagai unsur keterangan.

Contoh

 Baharu Lama
Contoh ayat

 Jalan lama untuk ke kampung itu telah di baiki.

 Kanak-kanak suka makan makanan segera.


Kata Adjektif jarak
Perkataan yang membawa
pengertian konsep ruang
antara dua bentuk atau
keadaan antara dua kata
nama,

Contoh

 Jauh Dekat

Contoh ayat

 Rumah yang dituju itu sungguh jauh

 Rumahnya paling hampir dengan sekolah.


Kata Adjektif Cara

Jenis perkataan yang


membawa pengertian
keadaan kelakuan seperti
ragam.

Contoh

Cepat Lincah

Contoh Ayat

Tindak balas orang itu sungguh cepat.

Pengaliran air sungai itu sungguh deras.


Kata adjektif Perasaan
Terdiri daripada perkataan yang
membawa konsep perasaan
sebagai penerang kata kata
nama dan diikuti oleh kata sendi
nama.

Contoh

Rindu Benci
Contoh Ayat

Dia amat rindu akan emaknya.

Saya sangat benci dengan kelakuan buruknya.


Kata Adjektif Pancaindera

Terdiri daripada perkataan yang membawa


pengertiaan konsep
rasa,pandang,dengar,bau,sentuh,atau gabungan
kelima-lima indera,sebbagai penerang kata nama

1)DERIA RASA

CONTOH: Sedap Manis

Contoh ayat:
1) Minuman itu sungguh manis .
2) Pisang muda kelat rasanya.
DERIA PANDANG

Cantik Tampan

Contoh ayat:
1) Pemandangan di pinggir laut itu ssungguh cantik
2) Bayi yang comel itu memenangi hadiah utama.

DERIA DENGAR

Bising Merdu

Contoh ayat:
1)Penyanyi itu mempunyai suara yang merdu.
2)Bunyi biolanyaa sungguh mersik.
DERIA BAU
 Harum Busuk

Contoh ayat:
1)Bedak sejuk itu harum baunya.
2)Minyak tengik itu jangan diguna.

DERIA SENTUH

Halus Licin

Contoh ayat:
1)Kain halus itu hasil tenungan tangan .
2)Jangan suka memakia kain lembap.
Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk,iaitu:

Bentuk Contoh
Kata adjektif tunggal Segar ,luas ,tajam,malu
merah
Kata adjektif terbitan Keluasan
,kehandalan,seluas
Kata adjektif majmuk merah, hati,rabun
ayam,panjang tangan
Kata adjektif ganda Besar-besar,jauh-
jauh,setinggi-tinggi
KATA ADJEKTIF TUNGGAL
Terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata
tunggal
Terhasil daripada bentuk kata dasar.

Contoh:
Sumbangan saya kepada negara masih kecil amat.

Warna kuning digemari oleh kakaknya.

KATA ADJEKTIF TERBITAN


Terdiri daripada kata dasar yang menerima imbuhan.
Awalan kata adjektif
I. Awalan ter- :Menjelaskan keadaan paling.
II. Awalan se- :Membawa pengertian sama.

Contoh awalan ter- :


Dalam kumpulan kami,dialah yang termuda.

Contoh awalan se- :


Kelulusannya tidak setinggi adiknya.

APITAN KATA ADJEKTIF


Ke-……..-an. :Gabungan apitan ke-……..-an dengan satu kata dasar
daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang
menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan.

Contoh ayat:
Cara hidupnya sungguh kebaratan.
SISIPAN KATA ADJEKTIF
Dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata
adjektif,kata nama, atau kata kerja dengan sisipan.4 jenis sisipan
ialah –em-,-el-,-er-, dan –in-.

1)SISIPAN –em- :
Contoh ayat :Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh.

2)SISIPAN –el-.
Contoh ayat : Kulit gelembung itu mulai menanah.

3)SISIPAN –er-
Contoh ayat :Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung duit itu jatuh.

4)SISIPAN -in-
Contoh ayat: Sastera Melayu moden adalah kesinambungan daripada
sastera Malayu lama.
KATA ADJEKTIF GANDA
Menggandakan kata adjektif tunggal untuk mmeberi makna keadaan
sifat secara menyeluruh.
Contoh ayat :
1. Rumah di bandar itu besar-besar belaka.

PENGGANDAAN SEPARA KATA ADJKETIF


Menggandakan kata adjektif tanpa menggandakan imbuhannya.

Penggandaan separa berawalan.


Contoh ayat :
i. Sepandai-pandai penipu itu akhirnya tertipu juga.

Penggandaan separa akhiran


Contoh ayat :
i. Harimau jadi-jadian itu menakutkan penduduk kampung.
Penggandaan berentak kata adjektif.
Pengulangan kata dasar berasaskan rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar.
Contoh ayat :
i. Dia dijumpai kusut-masai setelah sesat di dalam hutan.

KATA ADJEKTIF MAJMUK.


Merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa
makna tertentu.
Contoh ayat :
ii. Pakaian pengantin itu berwarna kuning langsat.

KATA ADJEKTIF DALAM BENTUK PERBANDINGAN

DARJAH BIASA :
Contoh ayat :
i. Malam ini bulan terang.

DARJAH BANDINGAN
1. Bandingan yang sama : Menggunakan awalan se-.
Contoh ayat : Gadis itu secantik puteri raja.
(Secantik boleh jadi sama cantik) \
2. Bandingan yang berbeza :menggunakan kata penguat lebih
atau kurang.
Contoh ayat : Murid itu kurang pandai daripada murid lain.

DARJAH PENGHABISAN
Darjah penghabisan dapat dilakukan dengan cara berikut :
3. Se- + kata adjektif + gandaan +kata nama
Contoh : Sepandai-pandai tupai
2) ter- + kata adjketif
Contoh :Terpandai

3)Paling + kata adjektif


Contoh : paling pandai

4)Kata adjektif + sekali


Contoh : baik sekali

5)ter + amat/sangat +kata adjektif


Contoh : teramat baik

6)amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali


Contoh:amat pandai sekali.
Kata tugas
Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat,
baik predikat frasa nama, frasa kerja, ataupun frasa adjektif.

Kata tugak mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu


frasa, klausa, dan ayat.

Berdasarkan kreteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata-


kata tugas dapat dikelompokkan kepada:
(a) kata penyambung ayat;
(b) kata praklausa;
(c) kata prafrasa; dan
(d) kata pascakata
Kata penyambung ayat/kata hubung

Kata penyambung ayat ialah kata hubung


Kata hubung ini terbahagi kepada :
(a) kata hubung gabungan (kata hubung setara); dan
(b) kata hubung pancangan (kata hubung tak setara)

Kata hubung gabungan


1. Kata hubung gabungan menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
tara sifatnya
2. Antara kata yang tergolong sebagai kata hubung gabungan termasuklah
atau, dan, lalu, malahan, manakala, serta, tetapi, dan sambil.
3. Yang berikut ini ialah contoh penggunaan kata hubung gabungan dalam
ayat:
 Dia membaca sambil mendengar muzik
 Hani penyabar tetapi adiknya gelojoh
 Anisah gemar akan buah ciku dan jambu
Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan menyambung klausa tak setara atau klausa


pancangan pada klausa utama (klausa induk)

Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:


(a) kata hubung pancangan relatif;
(b) kata hubung pancangan komplemen; dan
(c) kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif digunakan


untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Kata
relatif yang digunakan ialah yang

Contoh ayat  Lelaki yang meminang anak gadis Tuk penghulu sudah
berumur
Kata hubung pancangan komplemen atau ringkasnya kata komplemen
digunakan untuk menghubungkan sata klausa yang menjadi komplemen
atau pelengkap pada klausa utama. Kata komplemen yang digunakan ialah
bahawa dan untuk

Contoh ayat:
(a) Jurulatih kami menyatakan bahawa kami perlu berlatih dengan gigh.
(b) Kerajaan perlu meningkatkan sektor pertanian untuk mengawal inflasi

Kata hubung pancangan keterangan atau ringkasnya kata hubung


keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan
pada satu klausa utama.
Kata hubung keterangan terdiri darupada kategori yang berikut:

Kata hubung keterangan Contohnya


Keterangan sebab kerana, lantaran, oleh sebab
Keterangan syarat sekiranya, kalau, jikalau, andai
kata, jika
Keterangan akibat hingga, sehingga
Keterangan waktu sementara, ketika, setelah,
tatkala, semasa, sewaktu,
apabila, sebelum, selepas
Keterangan pertentangan walaupun, sungguhpun,
kendatipun, meskipun, biarpun,
sekalipun
Keterangan tujuan agar, supaya, untuk
Keterangan cara dengan
Keterangan bandingan seolah-olah, seperti
Kata praklausa

Kata praklausa ialah kata yang hadir di hadapan klausa


Antara kata yang tergolong sebagai kata praklausa ialah kata seru, kata
tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

Kata seru
Dugunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan dan menghasilkan ayat
seruan.
Antara perasaan yang dimaksudkan itu termasuklah hairan’takjub, sedih
terkejut, marah, dan gembira.
Antara kata seru yang terdapat dalam bahasa Melayu termasuklah aduh,
aduhai, ah, amboi, celaka, cis, eh, ehem, oh, syabas, wah , dan wahai.
Contoh ayat:
 Aduh, bisanya tikamanmu, Tuah!
 Cis, pantang datuk nenek aku dinista begitu!
 Wah, cantinya kereta ini!
Kata tanya

Digunakan untuk menanyakan sesuatu, contoh kata tanya ialah mengapa,


berapa, bila, dan bagaimana.
Dalam ayat, kata tanya hadir sebagai predikat atau sebahagian daripada
predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kata tersebut perlu
disertai partikel –kah.
kata tanya boleh wujud dalam bentuk kata ganti nama seperti apa, siapa,
dan mana.
Contoh penggunaan kata tanya:

 Apakah nama pusat pentadbiran Malaysia yang baharu?


 Bagaimanakah kesihatan bapa kamu sekarang?
 Yang menang dalam pertandingan itu siapa?
Kata perintah

Digunakan dalam ayat perintah untuk menimbulkan sesuatu tindak balas.


Contoh ayat perintah termasuklah jangan, usahm sila, jemput, minta,
tolong dan harap.
Contoh penggunaan ayat perintah:

 Harap murid-murid tidak melalui kawasan ini.


 Jemput duduk, Tuan Haji.
 Tolong undurkan kereta awak.
 Usah dikenang perkara yang lalu
Kata pembenar

Digunakan untuk mengesahkan sesuatu pertanyaan.


Kata pembenar yang wujud dalam bahasa Melayu ialah ya, benar, dan
betul.
Contoh penggunaan kata pembenar:

 Benar, air meliputi 70% daripada permukaan bumi


 Betul, Tun Dr. Muhathir penasihat Petronas dan Proton.
 Ya, Itali telah pun mengundurkan tenteranya dari Iraq.
Kata pangkal ayat

Hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan


ayat dalam wacana.
Kerap digunakan dalam bahasa klasik dan jarang-jarang digunakan dalam
bahasa moden.
Antara kata pangkal ayat yang terdpat dalam bahasa Melayu termasuklah
adapun, alkisah, arakian, hatta, kalakian, maka, sebermula, sekali
peristiwa, dan syahadan.
Contoh penggunan dalam ayat.

 Alkisah maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas.


 Maka Seri Teri Buana pun keluar semayam dihadapan Demang Lebar
Daun.
 Adapun pada zaman itu Hang Jebat bukan barang-barang orang.
Kata prafrasa

Hadir di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau
frasa adjektif.
Kata prafrasa bolej dijeniskan kepada kata bantu, kata penguat, kata
penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, dan
kata bilangan.

Kata bantu

Bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
dengan menimbulkan makna-makna tambahan daripada segi aspek waktu
Kata Bantu
atau ragam.

Kata bantu aspek Kata bantu ragam


Kata bantu aspek

Menimbulkan suasana perbezaan masa, sama ada masa lampau, masa kini,
atau masa hadapan.
Antara kata bantu aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu
termasuklah akan, belum, masih, pernah, sedang, sudah, dan telah
Contoh penggunaan kata bantu aspek:

 Adik-adik Nora sedang melukis


 Mereka sudah tiba di rumah
 Sukarelawan Malaysia masih berada di Kashmir
 Saya akan menyambung pelajaran di Mesir
 Bayi itu belum bernama
Kata bantu ragam

Menerangkan ragam peraaan yang berkaitan dengan perbuatan yang


dilakukan seperti boleh, dapat, harus, hendak, mahu, dan mesti
Contoh penggunaan kata bantu ragam

 Kita mesti mengebumikan jenazah itu dengan segera.


 Saya hendak membantu mereka
 Aiman mahu pergi setelah diajak berkali-kali
 Kita mesti minum selepas makan
 “ Kamu boleh masuk jika ada tiket,” kata penjaga pintu.
 Jamilah dapat menjawab semua pertanyaan menemu duga.
AKRONIM

Istilah (sumber Kamus Dewan edisi keempat)


 Kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau
suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu
perkataan (mis RISDA, MARA).

Konsep akronim

 Dalam hal akronim dan singkatan ini, terdapat kekeliruan dalam


kalangan pengguna bahasa Melayu, termasuk pelajar-pelajar
untuk membezakan konsep akronim dengan singkatan. Kedua-dua
akronim dengan singkatan kata mempunyai fungsi dan cara
pembentukannya yang tersendiri
 Akronim ialah bentuk kata tunggal yang terjadi atau terbentuk
daripada huruf-huruf pertama atau suku kata, ataupun bahagian-
bahagian daripada perkataan-perkataan lain. Gabungan huruf
awal dan suku kata daripada satu rangkai kata ditulis serta
dilafazkan sebagai satu kata yang wajar.

 Dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke dalam kata tunggal


walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama
dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian
daripada beberapa patah perkataan. Hal ini menunjukkan cara
pembentukan akronim tidaklah seperti pembentukan kata-kata
tunggal yang lain.
Contoh-contoh akronim

ASEAN
 Association of South East Asian Nations (Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara).

CPU
 Central Processing Unit

DVD
 Digital Versatile Disc, Digital Video Disc.

PM
 Post Meridiem (after noon), Perdana Menteri (Prime Minister).

Mg
- [kimia] Magnesium (Magnesium).
KBSM
 Kurikulum Baru Sekolah Menengah.

HIV
 Human Immunodeficiency Virus.

lwn.
 lawan

i.e.
 istilah ekonomi (economic term).

SIRIM
 Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (Institut
Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia).

8MP
- Eighth Malaysian Plan.
KATA PENGUAT
Kata yang mendahului kata adjektif untuk menguatkan maksud

Tiga jenis kata penguat

Penguat Penguat Penguat


hadapan belakang bebas

Kata penguat hadapan


-perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.
-contohnya,terlalu, paling, dan agak.
-contohpenggunaannya dalam ayat:
Terlalu sukar untuk mendaki gunung itu.
Masakan ibunya paling sedap.
Buku yang dibawanya itu agak tebal.
Kata penguat belakang
-perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
-contohnya, sekali, benar, dan nian.
-contoh penggunaan dalam ayat:
Kelakuan budak-budak itu baik sekali.
Lambat benar bas itu tiba.
Indah nian pemandangan di pulau peranginan ini.
Cantik benar rumah di atas bukit itu.
Indah nian puteri bunian.
Kata penguat bebas
-perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas,iaitu sama
ada di hadapan atu di belakang kata adjektif.
-contohnya, amat, sangat, dan sungguh.
-contoh penggunaan dalam ayat:

 a)Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.


b)Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.
 a)Sungai itu sangat dalam.
b)Sungai itu dalam sangat.
 a)Pemandangan di perbatasan sungguh indah.
b)Pemandangan di perbatasan indah sungguh.
KATA PENEGAS
 Berfungsi memberi penekanan pada bahagian-bahagian
tertentu dalam ayat.
 Dua jenis kata penegas:
a)yang menegaskan hanya frasa predikat atau
bahagian-bahagiannya.
-contoh: -kah, -lah, dan –tah
-contoh penggunaan dalam ayat:
i)Siapakah yang merasmikan bangunan itu?
ii)Apatah daya kita.
iii)Dialah bakal isteri saya.
b)menegaskan kedua-dua bahagian ayat,iaitu frasa nama sebagai
subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-
bahagiannya.
-contoh: juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan memang
-contoh penggunaan dalam ayat:

 Kami juga ingin ke pekan.


 Encik Abu pun datang,tentu sekali pekerja-pekerjanya akan
datang jua.
 Budak-budak memang suka permainan itu.
 Tetamu kehormat itu belum tiba lagi.
 Hujan hanya akan turun pada musim dingin.
KATA NAFI
Perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa
predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif
dan frasa sendi nama.
Dua bentuk kata nafi:bukan dan tidak.
Kata bukan menjadi unsur nafi kepada frasa nama dan
frasa sendi nama.Contohnya:

i)Makanan itu bukan untuk Ratna tetapi untuk


adiknya.
ii)Projek itu bukan usaha saya.
iii)Surat itu bukan untuk kakak.
Kata tidak menjadi unsur nafi kepada frasa kerja dan
frasa adjektif.Contohnya:
i)Ayah tidak bekerja kerana demam.
ii)Rumah kami tidak besar sangat.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan


frasa adjektif sekiranya kedua-dua frasa membawa
maksud pertentangan maklumat.Contohnya:
i)Dia bukan berceramah tetapi berleter.
ii)Murid itu bukan sahaja bijak, tetapi rajin juga.
KATA PEMERI
 Menjadi unsur pemeri hal atau perangkai antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
 Kata pemeri dalam bahasa Melayu:ialah dan adalah.

Cara Pemerihalan

Secara persamaan atau ekuatif Secara huraian atau kualitatif


dengan penggunaan kata dengan penggunaan kata
pemeri ialah pemeri adalah
 Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama dan
menunjukkan persamaan atau ekuatif.Contoh
penggunaan dalam ayat:
☺Tokoh Maal Hijrah 1426 ialah Tuan Haji Uthman El-
Muhammady.

 Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan


frasa sendi nama.Contoh penggunaan dalam ayat:
☻Dakwaan bahawa dia didera oleh majikannya adalah
palsu.
 Kata pemeri tidak boleh hadir bersama kata
nafi,kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif.
 Contoh penggunaan dalam ayat:

-Malaysia ialah bukan pengeluar emas.(tidak


gramatis)
Malaysia bukan pengeluar emas.(gramatis)

 Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.


KATA SENDI NAMA
Perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang
berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh
peraturan yang khusus.
Terdapat juga kata sendi nama yang menganggotai
golongan kata yang lain,iaitu:
-akan(juga berfungsi sebagai kata bantu)
-dalam(juga berfungsi sebagai kata nama arah dan
kata adjektif)
-sampai(juga berfungsi sebagai kata kerja)
-antara(juga berfungsi sebagai kata nama arah)
JENIS-JENIS KATA SENDI NAMA

1. Kata sendi nama “di”:


 Digunakan khusus di hadapan kata nama atau
frasa nama yang menunjukkan tempat.
- Contoh: Pertunjukan itu diadakan di Kota
Bharu.
 Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama
yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.
- Contoh: Raja Iskandar memerintah pada
zaman itu.
- (bukan : Raja Iskandar memerintah di zaman
itu.)
2. Kata sendi nama “ke”:
 Digunakan di hadapan kata nama yang
menunjukkan tempat atau arah yang dituju.
 Contoh : Mereka akan ke Kuantan esok.
 Digunakan juga di hadapan kata nama yang
menunjukkan waktu atau masa.
 Contoh : Mesyuarat itu berlangsung dari
pukul 9.00 hingga ke pukul 11.00 pagi.
 Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama
yang merujuk manusia atau binatang.
 Tolong berikan barang ini kepada Ali.
 (bukan : Tolong berikan barang ini ke Ali.)
3. Kata sendi nama “ dari” :
 Menunjukkan tempat atau arah.

- Contoh : Orang tua itu merantau dari Kedah


hingga ke Johor.
 Menunjukkan waktu atau masa.
 Contoh : Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun
ke-18.
4. Kata sendi nama “ daripada “ :
 Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda,
dan unsur mujarad.
 Contohnya : Daripada siapakah gerangan surat ini?
 Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian
sesuatu benda.
 Contohnya : Ukiran itu diperbuat daripada
logam.
 Menunjukkkan perbezaan atau perbandingan

- Contohnya : Edisi kedua buku itu lebih lengkap


daripada edisi pertama.
5. Kata sendi nama “ kepada “ :
 Menyatakan sasaran yang merujuk manusia,
haiwan dan unsur mujarad.
 Contohnya : Ali mengirim surat kepada abang.
 Menyatakan pecahan.
 Contohnya : Peserta bengkel dipecahkan
kepada dua kumpulan.
 Menyatakan perubahan keadaan.
 Suhu badannya meningkat kepada 39`c.
6. Kata nama sendi “ pada “ :
 Menunjukkan keterangan waktu apabila
mendahului kata nama yang menyatakan waktu
atau masa.
 Contohnya : Seminar itu bermula pada hari ini.
 Apabila didahului perkataan “ada”, mesti diikuti
oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.
 Contohnya : Wang itu ada pada ibu.
 Sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata
nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan
sesuatu kata kerja.
 Contohnya : Tuliskan nama pada kertas ini.
7. Kata sendi nama “untuk” dan “bagi” :
 Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu.
- Contohnya : Kereta itu untuk/bagi kegunaan
pejabat sahaja.
 Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan
atau diperuntukkan.Dalam penggunaan yang
demikian, untuk tidak boleh ditukar ganti
dengan bagi.
 Contohnya : Ayah membeli kereta untuk ibu.
8. Kata sendi nama “demi” :
 Bertugas membawa makna tujuan dan
digunakan di hadapan kata nama.
- Contohnya : Rakyat Malaysia mesti bersatu
padu demi kestabilan negara.
 Digunakan juga sebagai unsur penegas.
 Contohnya : Demi Allah, aku tidak akan
mengulangi perbuatan itu.
 Digunakan dalam ungkapan untuk melahirkan
makna urutan satu.
 Contohnya : Buku itu disusun di atas meja satu
demi satu.
9. Kata sendi nama “tentang” :
 Digunakan sebagai unsur yang membawa
maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu.
 Contohnya : Mereka berbincang tentang
masalah negara.
10. Kata sendi nama “seperti”, “bagai”, “umpama”,
“ laksana” :
 Mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai
kata di hadapan kata nama yang membawa
maksud perbandingan.
 Contohnya : Pemuda itu berlagak
seperti/bagai/umpama/laksana/ orang kaya.
11. Kata sendi nama “dengan” :
 Membawa maksud bersama-sama atau beserta.
 Contohnya : Ayah pergi ke pekan dengan ubi.
 Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan.
 Contohnya : Dia memulakan setiap pekerjaan
dengan bacaan doa.
 Membawa maksud memakai atau menggunakan,
iaitu sebagai alat.
 Contohnya : Ani melukis potret itu dengan cat air.
 Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa
atau sama.
- Contohnya : Warna bajunya sama biru dengan
warna bajuku.
12. Kata sendi nama “sejak”, “semenjak” :
 Bertugas membawa maksud penanda waktu
atau masa dan digunakan di hadapan kata nama.
 Contohnya : Hasnah sentiasa sugul
sejak/semenjak kematian suaminya.
13. Kata sendi nama “terhadap” :
 Digunakan sebagai unsur yang membawa
maksud rujukan yang melibatkan manusia atau
haiwan.
- Contohnya : Jangan bersikap biadap terhadap
orang tua.
14. Kata sendi nama “akan” :
 Digunakan di hadapan kata nama yang merujuk
manusia, dan pengunaannya mesti didahului
oleh kata adjektif yang bersifat emotif.
- Contohnya : Wanita itu amat rindu akan
anaknya.
15. Kata sendi nama “oleh” :
 Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat
pasif.
 Contohnya : Buku Pelita Bahasa Melayu
terkarang oleh Za’ba.
 Menunjukkan hubungan yang membawa maksud
sebab.
 Contohnya : Pemain badminton itu kalah oleh
(sebab) kekurangan latihan.
16. Kata sendi nama “hingga” dan “sampai” :
 Untuk membawa maksud perihal peringkat dan
had masa, waktu atau tempat.
 Contohnya : Pegawai itu berjaga hingga/sampai
pagi.
17. Kata sendi nama “dalam” dan “antara” :
 Berfungsi sebagai kata sendi nama yang
membawa pengertian lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau jarak
 Contohnya : Kita harus fasih bertutur dalam
bahasa kebangsaan kita.
- Contohnya : Antara ilmu perubatan dengan ilmu
biologi ada persamaannya.

Anda mungkin juga menyukai