Anda di halaman 1dari 20

JENIS-JENIS DISLEKSIA DAN

SEJARAH PERKEMBANGAN
Nur Idayu bt Mohd Noor
Nursaiyidah bt Abdul Rasid
Anis Naquiah bt Sabri
• Co ngenital
o Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah
semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau
kelahiran yang amat sukar.
o Mengakibatkan kelambatan atau
ketidaksempurnaan perkembangan.
o Sebahagian daripada kerosakan otak yang
menyebabkan kanak-kanak ini mengalami
masalah belajar dan kerosakan ini minimum.
• Perolehan
o Menurut Ott (1997), disleksia perolehan
(acquired dyslexia) adalah kesan dari
kerosakan pada otak seperti kecederaan pada
otak atau ketumbuhan dalam otak yang di
alami sejak kelahiran.
o Terdapat tiga jenis simptom yang berlainan
pada kanak-kanak yang mengalami disleksia
perolehan, iaitu:
a) Disleksia yang dalam teruk (deep disleksia) dan
dikenali juga (phonemic disleksia) yang
melakukan kesilapan menyebut ketika
membaca, yang menyebabkan makna berubah.
b) Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut
atau membaca perkataan dan bukan perkataan.
c) Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan
penglihatan seseorang kanak-kanak dalam
mendiskriminasi abjad atau perkataan yang
rupanya agak sama.
• Perkembangan
o Merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi
otak.
o Disleksia dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh
gangguan dalam memori dan pemprosesan central yang
disebut kesulitan membaca.
o Disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan
genetik.
o Individu disleksia, genetiknya tersendiri mengalami
gangguan.
o Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada
bahagian otak yang berhubungan dengan bahasa
khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan
antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa).
o Walaupun perkembangan di pusat bahasa
terganggu, otak individu disleksia mampu
membuat kompensasi dengan perkembangan
pada pusat lainnya.
SEJARAH PROGRAM DISLEKSIA DI
MALAYSIA
• KPM telah merancang penubuhan program
disleksia sejak pengambilan kumpulan
pertama guru-guru untuk menjalani kursus
selama 14 minggu.
• Pada 13 Mac 2004, penubuhan ini berjaya
dilaksanakan dengan memilih SK Taman Tun
Dr. Ismail (2) sebagai sekolah pra-rintis
program disleksia.
• Program disleksia di Peringkat Kebangsaan secara
rasminya telah disempurnakan di Sekolah
Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun
2004, oleh Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah
binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
• Pada awal penubuhan, program ini berjalan dengan
hanya 2 orang guru dan 7 orang murid sahaja. Hanya
subjek BM sahaja yang diajar.
• Kini, seramai 33 orang murid ditempatkan
dalam program disleksia di sekolah ini dan 4
orang guru bertanggungjawab mengajar
subjek utama seperti BM, MT & sains.
• Bagi subjek-subjek yang lain pula, kesemua
pelajar belajar di kelas aliran perdana.
Jenis Kelas Program Disleksia
• Kelas Inklusif Disleksia
- pengajaran BM kepada pelajar yang
menghadapi masalah dalam subjek BM
sahaja.
• Kelas Khas Disleksia
- pengajaran subjek BM, MT & Sains bagi
murid yang lemah sahaja dalam ketiga-tiga
subjek tersebut.
Sejarah Program Disleksia Luar Negara

• Singleton (1999) telah menjalankan kajian


berbentuk ‘digit span-task’ ke atas kanak-
kanak yang mengalami disleksia dengan
sekumpulan kanak-kanak normal. ‘Digit span
tasks’ yang digunakan oleh pengkaji
merangkumi aktiviti mengulangi siri nombor
yang di beri secara hafalan ke hadapan atau ke
belakang.
• Kajian David (2003) ke atas 184 orang kanak-
kanak disleksia juga di dapati menunjukkan
ciri-ciri persamaan dengan kenyataan
Singleton (1999) dan R iddick,Wolfie, serta
Lumsdon (2002) iaitu:
- pelupa,gagal mengikuti satu siri arahan yang
diberi, kesukaran untuk mengingati nama
rakan, rima lagu, sifir dan apa apa informasi.
• Dr William Pringle Morgon telah menghasilkan
sebuah artikel perubatan pertamanya yang
berjudul ‘A case of congenital word-blindness’ di
English School Physician pada tahun 1896
(Critchley,1970).
• Artikel beliau telah menerangkan kesukaran
mengeja yang berpunca daripada masalah
perkembangan ‘left angulargyrus’ yang di hadapi
oleh individu kajiannya yang di anggap bijak dan
berbakat tinggi dalam bidang sukan. Keadaan in
telah diistilahkan sebagai disleksia perkembangan
(Khadijah,1998).
Tokoh-tokoh Malaysia
• Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak
disleksia dapat dikesan melalui ciri-ciri iaitu kosa
kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam
bertutur, lemah dalam menyusun ayat, pelupa,
kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham
ketika proses P&P dalam kelas tetapi mendapat
keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat dalam
bacaan dan tidak terancang. Namun begitu, disleksia
bukanlah suatu kecacatan kerana tidak mempunyai
kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang
• Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat
disembuhkan dengan bantuan rawatan (BOLD 2000). Hasil
daripada kajian pakar perubatan dengan mendapati
kanak-kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif (Zabidi
2000).
• Coralie (2000) menyatakan bahawa lazimnya kanak-kanak
disleksia diberi peluang pendidikan seperti
kanak-kanak biasa. Proses mengenalpasti dan merancang
keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini adalah
sangat penting.R osana (1998) menyatakan bahawa secara
keseluruhannya pelajar disleksia adalah lemah dalam
pembelajaran. Mereka bersikap pelupa dan tidak tepat
serta lambat dalam
bertutur
• Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang
menghadapi masalah disleksia tersebut
memerlukan satu program khusus untuk belajar
membaca, menulis dan mengeja. Hal ini kerana
program pengajaran biasa tidak selalunya efektif
untuk pelajar-pelajar disleksia. Malah, beliau juga
menyatakan bahawa alternatif pengajaran adalah
perlu sekali dititikberatkan oleh guru.
 Contohnya: menjalankan aktiviti dengan
melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran seperti task-on.
Tokoh-tokoh Luar Negara
• Samuel.Orton seorang pakar psikitari dan ahli
neurologi di gelar sebagai Father of Dyslexia
(strephosymbolia). Pada tahun 1926,beliau
telah melakukan pembentangan mengenai
Interpretation of Developmental Reading
Disability to The American Neurological
Association.Di Amerika, Samuel Torrey Orton
(1937) :
• berpeluang mengkaji ketidakupayaan bahasa
pesakit beliau selain memfokuskan kajian pada
aspek ketidakupayaan bahasa dan mendapati
terdapat hubungan antara kelewatan dalam belajar
membaca dengan faktor lain, seperti penggunaan
tangan kiri atau penggunaan mata kiri.
• Beliau juga mencadangkan teori ‘strephosymbolia’
yang memfokus pada terbalik huruf atau perkataan
dan beliau mencadangkan bahawa individu disleksia
mempunyai kekurangan persepsi visual pada huruf,
berkemungkinan berpunca dari ketidakfungsian
otak (dalam Javier Gayan Guardiola 2001).
• Anna Gillingham seorang tokoh yang telah
menganalisis dan mengadakan prosedur
mengajar dalam Bahasa Inggeris yang telah di
rintis oleh Dr.Orton. Beliau juga telah melatih
beberapa orang guru untuk menggunakan dan
membiasakan sistem ini. Anna Gillingham dan
Bessie Stillman, telah menulis dan menghasilkan
sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk
kanak kanak disleksia, yang bertajuk (1946):
Remedial Training for Children with Specific
Disability inR eading, Spelling and Penmanship.