Anda di halaman 1dari 62

ULANG KAJI CERPEN

TINGKATAN 4

CERPEN
1.KADUK, AYAM DAN RAJA
2.MUNSYI
3.JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
KADUK,AYAM DAN RAJA

 Cerita tentang kaduk yang suka menyabung


ayam sehingga mengalami kesusahan akibat
tindakannya yang menukarkan ayam [Si
Kunani] dengan Raja.
 -Sejarah kaduk ini menyebabkan masyarakat
sering kali menggunakan kisahnya sebagai
satu pengajaran agar tidak bertindak tanpa
berfikir panjang.
 -Namun masa itu hanya kesalahan Kaduk
yang dipertikai tetapi mampukah Kaduk
membantah permintaan Raja ? Kini Kaduk
telah meninggal dunia.
KADUK,AYAM DAN RAJA

 Kaduk mempunyai anak bernama Hassan bermaksud “yang


baik”. [ustaz berikan nama].Hassan mempunyai anak
bernama Hakim bermaksud “bijaksana”. Kini Hakim
mendapat pendidikan yang baik dan ingin menuntut semua
hak datuknya [tanah yang digadai semasa bersabung ayam
dengan Raja] menggunakan undang-undang.
 Hakim bekerjasama dengan rakannya mahasiswa undang-
undang. Semua hujah untuk Hakim memfailkan saman
disediakan dengan tekun dan teliti demi memudahkan urusan
tuntutannya di mahkamah.
 Salah satu hujah yang membawa kemenangan kepada Hakim
adalah persoalan tentang ketaatan seorang rakyat kepada
Raja.
KADUK,AYAM DAN RAJA

 Menurut Hakim, datuknya tidak mampu


melawan kehendak Raja kerana jika
membantah kemungkinan akan dikenakan
hukuman. Maka datuknya menyerahkan ayam
Si Kunani tanpa kerelaan hati.
 -Oleh itu, jika ayam Si Kunani menang
bermakna Pak Kaduklah pemenangnya. Hakim
mahu tanah datuknya seluas 4 ekar diberikan
semula. Hakim memenangi saman tersebut.
KADUK,AYAM DAN RAJA

 -Hakim menggunakan tanah tersebut sebagai


petani moden-menternak ayam secara
pertanian kontrak dengan sebuah syarikat
besar- Rangkaian Jasa Agrikultural [RAJA]-
Hakim membuat pinjaman bank sebagai
modal dengan mencagarkan tanahnya.
 -Kos pembinaan reban ayam tertutup dengan
system penyaman udara dan peralatan
memberikan makanan semiautomatik
KADUK,AYAM DAN RAJA

 Hakim beranggapan pertanian kontrak dapat


membantunya tetapi perkara sebaliknya
berlaku-RAJA hanya mementingkan
keuntungan mereka yang berlipat kali ganda-
kos yang lain terpaksa ditanggung oleh
Hakim-Hakim mendapat keuntungan yang
kecil dan terpaksa menanggung hutang
pinjaman.
KADUK,AYAM DAN RAJA

 Hakim merasakan nasibnya hampir sama


dengan datuknya yang sama-sama membela
ayam dan menggadaikan tanahnya.
 -Hakim perlu terus menyelesaikan hutangnya
agar tanah tersebut tidak tergadai lagi.
KADUK,AYAM DAN RAJA

 
Tema:

Cerpen ini bertemakan kesungguhan


seorang pemuda yang menceburi
bidang pertanian dan keusahawanan.
 
KADUK,AYAM DAN RAJA
KADUK,AYAM DAN RAJA
PLOT : KADUK,AYAM DAN RAJA
Binaan Plot
 
Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara
kronologi.
Plot permulaan atau eksposisi cerpen ini dimulai dengan
penulis mengimbas kembali kisah Kaduk. Pada zaman
dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim akan
merampas dan menipu rakyat. Mereka yang menentang
raja dianggap penderhaka dan dijatuhi hukuman berat.
Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat
jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah
yang terjadi kepada Pak Kaduk apabila tanahnya dirampas
oleh raja.
 
PLOT : KADUK,AYAM DAN RAJA
Binaan Plot
 
Pada tahap perkembangan, penulis menjelaskan bahawa Hakim yang
merupakan cucu Kaduk berusaha untuk mendapatkan hak datuknya yang telah
dirampas semula secara tidak sah oleh raja melalui sistem perundangan di
mahkamah. Hakim telah mendapatkan bantuan

sahabatnya, Azam yang bekerja sebagai peguam. Di mahkamah, Azam bijak


berhujah sehingga akhirnya tanah Kaduk yang telah dirampas oleh raja pada
suatu masa dahulu dikembalikan kepada warisnya, iaitu Hakim.

 
KADUK,AYAM DAN RAJA

 Tahap perumitan cerita apabila Hakim banyak menghadapi


masalah ketika mengurus projek penternakan ayam secara
kontrak. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan
penternakan itu tidak diturap menyebabkan lori-lori tersangkut
dalam selut lumpur ketika hujan. Rungutan orang kampung yang
tidak berpuas hati akibat jalan di kampung itu rosak juga antara
penyebabnya. Selain itu, Hakim banyak berhutang dengan syarikat
RAJA yang membekalkan anak ayam, makanan dedak, ubat-ubatan
serta keperluan lain. Syarikat RAJA berkuasa untuk menentukan
harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan
ayam. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos
keseluruhan penternakan. Akibatnya, hutang Hakim semakin
meningkat dari sehari ke sehari.
KADUK,AYAM DAN RAJA
 Klimaks cerpen ini adalah apabila Hakim tiada
pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam.
Dengan apa-apa cara sekalipun, dia perlu
membayar hutangnya kepada pihak bank kerana
kegagalannya melunaskan hutang bank kelak akan
menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas.
 
KADUK,AYAM DAN RAJA
 
Peleraian cerpen ini adalah apabila Hakim menganggap
tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan
tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Hakim mula
sedar bahawa dia senasib dengan datuknya. Satu perkara yang
membezakan mereka hanyalah nama dan masa peristiwa itu
berlaku. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa
ekonomi. Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk
mereka
TEKNIK PLOT KADUK,AYAM DAN
RAJA
1. Teknik pemerian.
Contohnya, penulis memerihalkan bahawa Hakim merupakan cucu
daripada keturunan Kaduk yang berusaha untuk mendapatkan hak
datuknya yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja semula.
 
2. Teknik dialog. Contohnya:
-“Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam. “Sudah enam kali.
Ayam-ayam kecil yang kita lihat di dalam reban tadi ialah pusingan
yang ketujuh.”
TEKNIK PLOT KADUK,AYAM DAN
RAJA
3. Teknik imbas kembali.
-Contohnya, penulis menceritakan kembali kisah Pak Kaduk yang
menukar ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja. Sebagai taruhan dalam
pertandingan sabung ayam tersebut, dia menggadaikan tanahnya kepada
raja. Oleh sebab dia kalah menyabung, tanah Pak Kaduk itu dirampas
oleh raja.
 
4. Teknik imbas muka.
-Contohnya, Hakim membayangkan niatnya untuk mendirikan sebuah
memorial yang akan dinamakan ‘Memorial Pak Kaduk’ sekiranya dia
berjaya menebus tanah milik datuknya seluas empat ekar itu kembali.
TEKNIK PLOT KADUK,AYAM DAN
RAJA
3. Teknik imbas kembali.
-Contohnya, penulis menceritakan kembali kisah Pak Kaduk yang
menukar ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja. Sebagai taruhan dalam
pertandingan sabung ayam tersebut, dia menggadaikan tanahnya kepada
raja. Oleh sebab dia kalah menyabung, tanah Pak Kaduk itu dirampas
oleh raja.
 
4. Teknik imbas muka.
-Contohnya, Hakim membayangkan niatnya untuk mendirikan sebuah
memorial yang akan dinamakan ‘Memorial Pak Kaduk’ sekiranya dia
berjaya menebus tanah milik datuknya seluas empat ekar itu kembali.
GAYA BAHASA KADUK,AYAM
DAN RAJA
1. aspek diksi atau pemilihan kata,
-pengarang telah menggunakan perkataan sehari-hari yang mudah
difahami oleh pembaca.
Dari segi pembinaan ayat, pengarang menggunakan ayat pendek, ayat
sederhana panjang, dan ayat panjang.

2. Personifikasi.
-Contohnya: Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya.
GAYA BAHASA KADUK,AYAM
DAN RAJA
3. Metafora.
-Contohnya: kamar pengadilan.

4. Hiperbola.
- Contohnya: Kini, hidupku bergelumang dengan hutang.

5.Simile.
-Contohnya: Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja
merampas tanah datukku dahulu.
.
KADUK,AYAM DAN RAJA
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Azam memandang wajah sahabatnya penuh simpati.”Jadi, apakah cadangan kau
sekarang?”
Hakim terus mengeluh,”Apalagi yang boleh aku lakukan selain meneruskan kerja-kerja
membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank.
Hutang mesti di bayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah
yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak
ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.
Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku
dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah.
Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak
lagi berunsur kolot dan kuno seperti nama datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa.
Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.”
Dipetik daripada cerpan ‘Kaduk, Ayam dan Raja)
Oleh Zurinah Hassan
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
KADUK,AYAM DAN RAJA
1.Berikan maksud rangkai kata mengikut telunjuk?
[2 markah]
 
2.Pihak kerajaan telah banyak menyediakan kemudahahan seperti bantuan
kewangan kepada semua usahawan di Malaysia.
Pada pandangan anda, apakah bantuan lain, selain bantuan kewangan yang
boleh diberikan oleh kerajaan dalam usaha membantu usahawan di Malaysia?
[3 markah]
 
3.Huraikan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan dan satu
perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan.
Jawapan
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
•Maksud rangkai kata mengikut telunjuk
•…menurut/mematuhi perintah/kemahuan/suruhan

•…bantuan lain yang boleh diberikan oleh pihak kerajaan


kepada usahawan
•Khidmat nasihat/ bimbingan
•Pemasaran/promosi
•Peralatan
•Latihan/kemahiran
•(lain-lain jawapan yang sesuai boleh diterima)
•[isi cukup :3]
Jawapan
 
•Perwatakan daripada petikan
•Amanah/ menunaikan janji (contoh- membayar semula hutang dengan bank.
•Cekal (contoh-berusaha meneruskan perusahaan ternakan ayam walaupun
pelbagai masalah melanda)
[isi cukup : 1+1]
 
•Perwatakan daripada keseluruhan cerpen
•Berani (contohnya: berani menuntut semula tanah datuknya)
•Bijaksana (contoh: bijaksana ketika membuat rancangan untuk
mendapatkan tanah datuknya semula)
•Gigih (contoh: gigih berusaha untuk menjayakan ternakan ayamnya)
•(lain-lain jawapan yang sesuai boleh diterima)
[isi cukup: 1+1]
 
MUNSYI

 -Mel anak desa yang mahu berhijrah ke bandar-


ditentang bonda kerana bimbang tidak cukup
agama akan terpengaruh gejala tidak sihat-budaya
hedonism [mementingkan keseronokan dan
kesenangan hidup]-bonda mahu Mel lebih bersedia
terutamanya tentang agama dan Bahasa.
 -Bonda menceritakan tentang rusuhan kaum yang
berlaku dahulu-mengorbankan banyak nyawa-
Bonda mahu Mel memahami kepentingan
perpaduan kaum-Semua kaum berpecah belah.
MUNSYI

 Mel memahami kehendak Bonda-bertekad menimba ilmu


sebaik mungkin agar tidak terjebak dengan perkara
negatif dan menjadi bangsa yang merempat.
 -Mel berhijrah ke kota-memerlukan kerjaya dan ekonomi
yang stabil-Bonda merestui dan masih mengekalkan
pesanan yang sama.
MUNSYI

 -Bonda mengirim kitab-kitab lama kepada


sahabatnya di kota sebagai hadiah bernilai-
khazanah nenek moyang hanya layak disimpan
oleh insan bernama “Munsyi”.
 -Mel berjumpa dengan lelaki warga emas di sebuah
perkampungan di pinggir bandar-Munsyi
berpakaian lengkap laksana Maharaja Kesultanan
Melayu.
MUNSYI

 -Setelah sekian lama, Mel mendapat perkhabaran


kampung kediaman Munsyi akan dirobohkan dan
dibuat pembangunan.
 -Seminggu kemudian Mel pergi melawat ke
perkampungan Munsyi dan hanya melihat
kemusnahan serta buku-buku yang bertaburan.
 -Mel terus mencari Munsyi tetapi tidak seorang pun
tahu di manakah Munsyi berada
MUNSYI
MUNSYI
MUNSYI

Tema
Tema cerpen ini ialah semangat cinta akan
agama, bangsa, bahasa, dan budaya
MUNSYI

Watak dan Perwatakan:

Watak utama – Mel


Watak sampingan – Bonda dan Munsyi
 
MUNSYI
Mel :

Patuh akan nasihat dan pesanan bondanya.


Rasional semasa membuat keputusan.
Mempunyai jati diri yang teguh.
Mempunyai semangat patrotik yang tinggi.
Amat menghormati orang tua.
Sangat menyayangi ibunya.
Pandai hidup berdikari.
Gigih semasa melakukan sesuatu perkara.
Bersikap amanah dan jujur.
Bijak merancang masa depan.
Rajin menimba ilmu.
Berjiwa sensitif dan mudah menaruh perasaan belas terhadap
nasib orang lain.
Berani semasa membuat keputusan.
MUNSYI

Latar
Latar Tempat
Rumah Mel.
Rumah Munsyi.
Kampung Mel, iaitu Mel dan Bondanya
menetap di situ.
Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota
yang merupakan tanah rizab Melayu.
Ibu kota.
 
MUNSYI

Latar:
Latar Masa
•Bulan Mei.
•Beberapa purnama.
•Pada suatu hari.
•Minggu pertama berada di kota.
•Seminggu selepas itu.
•Lebih kurang lima ratus tahun yang lampau.
•Seminggu selepas proses merobohkan rumah-
rumah di kampung tradisi.
MUNSYI
Plot
Binaan Plot
Plot permulaan
• cerpen ini dimulai dengan hasrat Mel/
penulis yang ingin bekerja dan menetap di
ibu kota. Hasratnya itu dibantah oleh
bondanya/ibunya. Bonda memberikan
alasan bahawa Mel masih belum menguasai
ilmu agama dan lemah dari segi penguasaan
bahasa ibunda.
MUNSYI
Plot
Binaan Plot
Plot permulaan
• cerpen ini dimulai dengan hasrat Mel/
penulis yang ingin bekerja dan menetap di
ibu kota. Hasratnya itu dibantah oleh
bondanya/ibunya. Bonda memberikan
alasan bahawa Mel masih belum menguasai
ilmu agama dan lemah dari segi penguasaan
bahasa ibunda.
MUNSYI
Plot
Pada tahap perkembangan, :
•penulis memerihalkan kisah bonda Mel yang menceritakan berbagai-bagai kisah
yang berkaitan dengan kehilangan nilai tradisi nenek moyang oleh anak-anak
muda di ibu kota yang mudah tergadai maruah diri atas nama kemajuan. Menurut
bonda Mel lagi, warga kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap prejudis dan
berprasangka serta mengutamakan kepentingan diri masing-masing. Pada suatu
ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah hitam akibat sentimen
perkauman yang berpunca daripada pihak penjajah yang berjaya menanamkan
benih-benih persengketaan. Mel bertekad untuk melengkapkan dirinya dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman dahulu sebelum benar-benar bersedia untuk
berhijrah ke ibu kota. Akhirnya, bonda Mel merestui pemergiannya setelah
meyakini kemampuan anaknya itu hidup berdikari di ibu kota. Bonda Mel turut
mengirimkan kitab-kitab lama bertulisan jawi untuk dihadiahkan kepada sahabat
lamanya yang bernama Munsyi.
MUNSYI
Tahap perumitan
•cerpen ini apabila Mel berasa sedih dan malu apabila
melihat anak-anak muda yang sebangsa dengannya di ibu
kota hilang maruah diri dengan mengamalkan pergaulan
bebas dan menggunakan bahasa rojak. Bagi Mel, mereka
telah kehilangan identiti dan jati diri. Mel kemudiannya
mendapat khabar tentang projek pembinaan bangunan
mewah dan hotel bertaraf lima bintang di atas tanah rizab
Melayu di pinggir kota. Semua keluarga yang tinggal di
tanah rizab tersebut diarahkan berpindah termasuklah
Munsyi.
•.
MUNSYI
Klimaks:
• cerpen ini apabila Mel tergamam melihat rumah Munsyi
bersama-sama dengan puluhan buku lama yang diberikan
oleh bondanya hancur diranapkan oleh jentera berat.
Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan
satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan
dimiliki oleh saudagar asing yang akan mengaut
keuntungan kelak. Mel tidak dapat menemui Munsyi.
 
MUNSYI
 
Peleraian:
• cerpen ini bermula apabila Mel berusaha untuk menjejaki
Munsyi tetapi gagal. Orang tua yang merupakan pejuang
bahasa itu telah menghilangkan diri.
JAKET KULIT KIJANG DARI
ISTANBUL
 Mas melancong ke Turki –mahu membeli cenderamata untuk
keluarga dan sahabat handai-bajet USD400-perancangan
membeli baju,pelekat magnet,makanan kering,rantai kunci
dan pen.
 -Untuk dirinya sekadar membeli buku dan mengambil
gambar.
 -Sewaktu di Turki, Mas memasuki kedai menjual jaket kulit-
layanan baik daripada pekedai-Mas tidak cukup wang- tetapi
apabila Mas enggan membeli pekedai menjadi kasar dan
menggunakan kata-kata kesat
JAKET KULIT KIJANG DARI
ISTANBUL
 Mas meneruskan lawatan ke Egyptian Market –scenario
kehidupan yang menyentuh hatinya-Mas melihat seorang
remaja kurus menjual barangan di pasaran gelap ditendang
oleh seorang polis-tersungkur dan barangan dirampas.
 -Mas sedih kerana sikap tersebut tiada kemanusiaan.
 -Sewaktu Mas menaiki feri dia berjumpa seorang lelaki tua
menjual jaket kulit di pasaran gelap dengan harga murah-
Mas membelinya dengan harga USD 100 - Mas terkenang
kehidupan sederhana penyair hebat Mevlana Celaleddin dan
pendidik Nasreddin Hodja.
JAKET KULIT KIJANG DARI
ISTANBUL
 Mas mengambil keputusan menjual jaket tersebut dengan
tujuan memberikan kegembiraan kepada pekedai dan orang
lain yang memerlukannya- Hasil jualan didermakan kepada
zoo yang mempunyai kijang kerana terdapat kijang yang
dibunuh untuk memenuhi gaya hidup moden manusia.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
JAKET KULIT KIJANG DARI
ISTANBUL
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
Persoalan:

Kebijaksanaan semasa membuat perancangan.


Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab
dalam perniagaan.
Kepentingan hormat-menghormati sesama
manusia.
Kesanggupan melakukan kegiatan haram
untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Keprihatinan terhadap haiwan liar yang
terancam.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Watak dan Perwatakan:

Watak utama – Mas.


Watak sampingan – lelaki Turki, Shahmeem,
Mevlana Celaleddin Ar-Rumi, dan Nasreddin
Hodja.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
Penulis/Mas:

Mas ialah seorang daripada peserta pakej pelancongan ke


Istanbul, Turki.
Seorang yang berpendidikan tinggi.
Seorang yang bijak merancang perbelanjaan.
Dia gemar membaca buku dan bahan bacaan terutama hasil
penulis ternama.
Seorang yang baik hati dan pemurah.
Seorang yang berhemah tinggi.
Seorang yang penyabar.
Dia gemar melancong atau mengembara.
Dia seorang yang berpendirian teguh.
Dia mencintai hidupan liar.
Dia bijak menjaga keselamatan diri.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Pekedai lelaki berbangsa Turki:

Peniaga di Grand Bazaar, Istanbul.


Seorang yang peramah.
Seorang yang pandai berpura-pura untuk
memenangi hati pelanggan.
Seorang yang tidak beretika ketika
berniaga.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Kak Chah:

Seorang peserta pakej pelancongan ke Istanbul,


Turki.
 
Bijak dalam urusan tawar-menawar harga
barangan.
Bersikap berhati-hati semasa melakukan sesuatu
perkara.
 
Prihatin akan keperluan orang lain.
Teliti semasa berbelanja.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Shahmeem:
Seorang peserta pakej pelancongan ke Istanbul,
Turki.
Bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Baik hati dan bertimbang rasa.
Menghargai jasa orang lain.
Gopoh dan kurang berhati-hati ketika berbelanja.

 
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Kak Chah:

Seorang peserta pakej pelancongan ke Istanbul,


Turki.
 
Bijak dalam urusan tawar-menawar harga
barangan.
Bersikap berhati-hati semasa melakukan sesuatu
perkara.
 
Prihatin akan keperluan orang lain.
Teliti semasa berbelanja.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Latar:

Latar Tempat:

Istanbul, Turki.
Grand Bazaar.
Sebuah kedai di Grand Bazaar.
Di dalam bas.
Egyptian Market.
Pigeon Valley.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Latar:

Latar Masa:

Hari kelima lawatan ke Turki.


Hari keenam lawatan ke Turki.
Malam terakhir di Istanbul.
Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel.
Setiap waktu subuh dan maghrib.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Plot
Binaan Plot
 
Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun
secara tidak kronologi.
Permulaan atau eksposisi :
cerpen ini dimulai apabila Mas/penulis menyertai
sekumpulan pelancong sebanyak 30 orang dari
Malaysia melancong ke Istanbul, Turki.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Pada tahap perkembangan:


 penulis menceritakan kumpulan pelancong ini
berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali Grand
Bazaar. Encik Yuksel, pemandu pelancong bagi
rombongan tersebut, memberikan panduan dan
nasihat agar lebih berhati-hati ketika berbelanja di
Grand Bazaar kerana tidak mahu mereka terjerat
oleh tipu muslihat peniaga di situ. Mas dan
kumpulannya berjalan-jalan hingga tiba di sebuah
kedai menjual jaket kulit. Pekedai itu mempelawa
mereka masuk dan melayan mereka dengan
ramahnya.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Tahap perumitan/konflik:
 bermula apabila Mas/penulis dimarahi oleh
seorang pekedai lelaki yang tidak berpuas hati
kerana tidak membeli jaket kulit yang telah
dicubanya. Pekedai tersebut menuduh Mas sebagai
perempuan Muslim yang tidak baik, selain
mengeluarkan kata-kata kesat.
 
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Klimaks :
apabila Mas/penulis sedar bahawa dia tidak
memerlukan jaket kulit kijang itu. Oleh hal yang
demikian, dia berhasrat untuk menjual jaket itu
kepada sebuah kedai pakaian terpakai apabila pulang
ke Malaysia nanti.
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Teknik Plot:
Teknik pemerian.
Contohnya, penulis menerangkan keadaan di dalam
sebuah kedai menjual jaket kulit yang dimasukinya di
Grand Bazaar, Istanbul.

Teknik imbas kembali.


Contohnya, Mas teringat kembali akan jenaka sufi
yang telah dibacanya dalam 202 Jokes of Nasreddin
Hodja yang dibelinya di Capadocia. Nasreddin Hodja
lahir di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki
semasa zaman pemerintahan Sultan Timur Leng.
 
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Teknik Plot:
Teknik imbas muka.
Contohnya: Mas membayangkan wajah-wajah
kegembiraan rakannya ketika menerima
cenderamata yang dibelinya dari Turki tersebut.

Anda mungkin juga menyukai