Anda di halaman 1dari 10

KARANGAN PENDEK

[KERTAS 2]
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU NORFAZILAH TARIKH:23 JULAI 2020
TIP-TIP MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHA
D ( K A R A N G A N P E N D E K ) YA N G C E M E R L A N G
1. Karangan respon terhad disoal dalam bahagian A
Kertas 2 Bahasa Melayu PT3.
2. Apa itu karangan respon terhad ( karangan pendek )?
Bermaksud anda perlu merangka sebuah karangan
yang pendek dan ringkas berdasarkan soalan.
3. 10 markah diperuntukkan untuk karangan pendek.
4. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 15
minit.
5. Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas
soalan supaya tidak menyusahkan pemeriksa kertas.
TIP-TIP MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHA
D ( K A R A N G A N P E N D E K ) YA N G C E M E R L A N G
6. Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang.
7.Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup (yang
pendek)untuk soalan bahagian ini.
8. Gunakan semua isi yang diberikan.
9. Pastikan karangan yang anda tulis untuk bahagian ini ringkas
dan pendek.
10.Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah
perkataan sahaja, bermakna anda tidak boleh menulis melebihi 80
patah perkataan.
11. Kira jumlah perkataan dengan betul kerana perkataan seperti
Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau tidak dikira sebagai 4
perkataan malah dikira sebagai 1 perkataan sahaja.
C O N TO H K A R A N G A N P E N D E K
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karang
an pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perk
ataan.

Manfaat Ilmu Pengetahuan kepada Remaja


ilmu pengetahuan penyuluh kehidupan-banyak manfaatnya-
dapat memperoleh pekerjaan-gaji lumayan-dapat meningkatkan
kemahiran- bertambah sukses-dapat menyerlah keterampilan-
diri akan dihormati-harus sentiasa meningkatkan ilmu-ilmu
ibarat lilin yang menerangi jalan
L A N G K A H 1 : K AT E G O R I K A N M A K L U M AT YA N G D
IBERIKAN KE DALAM RANGKA.
Pendahuluan ilmu pengetahuan penyuluh kehidupan

Isi 1 banyak manfaatnya- dapat memperoleh pekerjaan - gaji lumayan

Isi 2 dapat meningkatkan kemahiran - bertambah sukses

Isi 3 dapat menyerlah keterampilan - diri akan dihormati

Kesimpulan/Harapan harus sentiasa meningkatkan ilmu

(Guna idea sendiri menyelit ungkapan yang berkaitan untuk


Ungkapan memurnikan karangan ini)
ilmu ibarat lilin yang menerangi jalan (Nilai murni: Kesyukuran)
L A N G K A H 2 : G U N A K A N AYAT S E N D I R I D A N K E M B A
N G K A N M A K L U M AT M E N G I K U T K AT E G O R I
Pendahuluan Isi 1 Isi 2

Kesimpulan/
Harapan/ Isi 3
Ungkapan
KARANGAN LENGKAP

(Pendahuluan) Ilmu pengetahuan penyuluh kehidupan kerana kehidupan


remaja akan bermakna dengan adanya ilmu. (Isi 1) Antara manfaatnya ialah
remaja dapat memperolah pekerjaan yang sesuai dengan taraf pendidikan
dan mendapat gaji yang lumayan. (Isi 2) Selain itu, remaja juga dapat
meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang tanpa sebarang masalah.
(Isi 3) Seterusnya, keterampilan diri seseorang individu dapat
dipertingkatkan kerana adanya ilmu, diri akan dihormati. (Kesimpulan)
Kesimpulannya, ilmu pengetahuan memberikan banyak manfaat kepada
remaja. (Harapan) Oleh itu, para remaja haruslah sentiasa meningkatkan
ilmu pengetahuan kerana (Ungkapan) ilmu ibarat lilin yang menerangi jalan.

(73 patah perkataan)


LATIHAN DALAM BUKU KERJA MUKA SURAT 196
L A N G K A H 1 : K AT E G O R I K A N M A K L U M AT YA N G D
IBERIKAN KE DALAM RANGKA.
Pendahuluan

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Kesimpulan/Harapan

Ungkapan
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai