Anda di halaman 1dari 26

BAB 2

ASAS AKHLAK DAN


IBADAH
PENDAHULUAN
 Allah S.W.T satu-satunya Tuhan yang layak
disembah. Allah S.W.T diiktiraf dengan penuh
keikhlasan sebagai Pencipta dan Pentadbir alam
ini. Manusia diciptakan Allah S.W.T untuk
beribadat kepadaNya. Manusia dan alam diberi
hak. Manusia diutuskan ke muka bumi untuk
berperanan sebagai khalifahNya. Alam pula
berperanan memudah dan melancarkan
kehidupan manusia di muka bumi ini. Bagi
menjamin ketertiban perjalanan kehidupan
manusia, Allah S.W.T menetapkan hak-hak yang
perlu dipenuhi. Hak di sini bermaksud
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam
bentuk 'dipenuhi' bukan 'memenuhi'. Setiap
empunya hak berhak untuk menuntut haknya.
KONSEP HAK DAN
TANGGUNGJAWAB
A. Konsep Huquq Allah S.W.T.

B. Konsep Huquq al-‘Ibad (Hamba)

C. Konsep Huquq al-‘Alam


HAK-HAK ALLAH S.W.T
BAGI DIRINYA KEPADA
MANUSIA
 Mencipta manusia

 Menetapkan peraturan dan


perundangan

 Memberi kebebasan memilih kepada


manusia
MENCIPTA MANUSIA
 Allah S.W.T berhak dan berkuasa untuk
mencipta manusia tanpa terikat dengan
sebarang paksaan, arahan atau kehendak
sesiapa.
 Mencipta manusia tanpa sebarang keuntungan
atau kerugian bagi diriNya
 Tidak mengharapkan sesuatu sebaliknya
sebagai bukti Kekuasaan Allah S.W.T yang
Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
MENETAPKAN PERATURAN DAN
PERUNDANGAN
 Segala ciptaan Allah S.W.T di muka
bumi telah ditetapkan dengan garis
panduan dan undang-undang tersendiri.
 Terbahagi kepada dua iaitu
i. Sunnatullah iaitu fitrah semulajadi yang
menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T.
ii. Wahyu iaitu panduan dan pedoman untuk
menentukan manusia.
MEMBERI KEBEBASAN MEMILIH
KEPADA MANUSIA
 Manusia diberikan kebebasan untuk
memilih jalan kehidupannya sama ada
baik atau buruk.
 Allah tidak memaksa manusia memilih
jalan tertentu.
 Manusia telah diberikan akal untuk
membuat pilihannnya dengan cara
meneliti dan memikirkan sesuatu perkara
sebelum membuat pilihan.
HAK-HAK ALLAH S.W.T BAGI
DIRINYA DENGAN ALAM
 Mencipta alam

 Mengatur perjalanan alam


MENCIPTA ALAM
 Allah S.W.T berhak mencipta alam tanpa
sebarang arahan, paksaan atau kehendak
sesiapa tanpa sebarang keuntungan dan
kerugiaan bagi diriNya.
 Tidak mengharapkan sesuatu daripada
penciptaan alam.
 Sebagai bukti Kekuasaan dan Kehebatan Allah
S.W.T yang Maha Berkuasa lagi Maha
Bijaksana.
MENGATUR PERJALANAN ALAM
 Alam semesta ini diciptakan oleh Allah S.W.T
siap dengan sistem perjalanannya tersendiri
yang dikenali sebagai sunnatullah.
 Allah S.W.T berhak mengatur perjalanan alam
seperti kejadian malam dan siang yang silih
berganti dan yang hidup akan berakhir dengan
kematian.
KONSEP HUQUQ AL-‘IBAD
(HAMBA)
 Mengenal Pencipta
 Mengetahui dan mengamalkan garis
panduan Islam
 Memilih Kebaikan
 Mengamalkan kebebasan terpimpin
 Melaksanakan ibadah
 Akauntibiliti dan pembalasan pada
Hari Akhirat
MENGENAL PENCIPTA
 Allah S.W.T telah mencipta manusia
dengan pelbagai kelebihan sehingga
diangkat sebagai sebaik-baik kejadian.
 Manusia wajib mengiktiraf Allah S.W.T
sebagai Pencipta dan perlu timbul dalam
diri manusia sesuatu perasaan bahawa
dirinya sentiasa tertakluk dengan kuasa
dan kehendak Allah S.W.T.
 Dengan ini akan memandu manusia
menuju ke arah satu matlamat yang sama
iaitu pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
MENGETAHUI DAN MENGAMALKAN
GARIS PANDUAN ISLAM
 Allah S.W.T menetapkan peraturan dan
perundanganNya bagi setiap makhlukNya,
termasuk manusia dan alam sekitar.
 Peraturan dan perundangann Allah S.W.T
telah disampaikan kepada manusia
melalui wahyu yang disampaikan oleh
para Rasul.
 Manusia bertanggungjawab untuk
mencari, mempelajari, mengetahui dan
mengamalkannya.
MEMILIH KEBAIKAN
 Allah S.W.T memberi akal kepada manusia untuk
berfikir dan membuat pertimbangan antara baik
dan buruk.
 Manusia bertanggungjawab memilih kebaikan
agar dirinya terselamat daripada seksaan neraka
di akhirat kelak.
 Ketaatan kepada Allah S.W.T amat berperanan
memandu manusia ke arah kebaikan.
 Iman dan takwa menjadi sandaran.
 Manusia akan dapat melahirkan tamadun
cemerlang dan seimbang seterusnya berjaya di
dunia dan Akhirat sekiranya sentiasa membuat
pilihan yang tepat.
MENGAMALKAN KEBEBASAN
TERPIMPIN
 Islam mengiktiraf kebebasan manusia semenjak kemunculannya di muka bumi
ini.
 Berdasarkan hukum Allah S.W.T, manusia merupakan makhluk yang bebas
berdasarkan tabiat semula jadi kelahiran mereka.
 Islam mengiktiraf kebebasan akidah dan pegangan, pemikiran serta kebebasan
bersuara dan yang paling utama ialah kebebasan beragama.
 Kebebasan yang diberikan kepada manusia adalah yang dipandu oleh kehendak
norma dan peraturan hidup dalam masyarakat.

 Manusia tidak diberikan kebebsan mutlak (mengikut nafsu).


 Wahyu yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah merupakan panduan
serta pedoman terbaik bagi mengawal kebebasan manusia, agar manusia dapat
hidup dengan penuh keharmonian.
MELAKSANAKAN IBADAH
 Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah
S.WT.
 Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu."
 Menyembah Allah S.W.T ertinya
memperhambakan diri kepada Allah S.W.T.
 Patuh melaksanakan segala perintah Allah S.W.T
tanpa sebarang keraguan serta meninggalkan
secara keseluruhan apa sahaja yang dilarang
Allah S.W.T.
AKAUNTIBILITI DAN PEMBALASAN
PADA HARI AKHIRAT
 Manusia perlu melengkapkan diri sebagai
persiapan untuk ke akhirat.
 Setiap amalan yang baik akan menerima
ganjaran manakala amalan yang buruk akan
menerima pembalasan.
 Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
 "Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa
yang telah diusahakannya, tidak ada hukuman
yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah
S.W.T amat cepat hitungan hisabNya."
KONSEP HUQUQ
AL-‘ALAM
 Alam sebagai tanda kebesaran Allah
S.W.T.
 Alam diciptakan untuk kepentingan
manusia.
 Alam perlu dipelihara dan dipulihara.
ALAM SEBAGAI TANDA
KEBESARAN ALLAH S.W.T
 Alam ini dan segala ciptaan Allah adalah untuk kepentingan
manusia.
 Tugas utama manusia ialah memanfaatkan alam ini dan
merenungkan asal usulnya sehingga dengan cara ini dia
dapat menemukan Khaliqnya.
 Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta
bagaimana ia diciptakan? Dan gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan? Dan bagaimana bumi
dihamparkan."
 Fitrah alam ialah adanya permulaan dan
penghujungnya.
ALAM DICIPTAKAN UNTUK
KEPENTINGAN MANUSIA
 Selain berperanan sebagai tempat kediaman
manusia, turut berperanan memberikan
kehidupan kepada manusia .
 Alam ini memberikan banyak manfaat kepada
manusia.
 Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah
S.W.T telah memudahkan untuk kegunaan kamu
apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya
yang zahir dan batin."
 Tugas manusia ialah memanfaatkan ala mini
seperti memperolehi keperluan-keperluan hidup
melalui sumber alam.
ALAM PERLU DIPELIHARA DAN
DIPULIHARA
 Manusia amat bergantung kepada alam
dalam kehidupannya.
 Manusia dan alam tidak dapat dipisahkan.
 Manusia sedar akan manfaat yang boleh
didapati daripada alam. Justeru, alam
perlu dipelihara dan dipulihara dengan
baik agar manfaatnya dapat berterusan.
Jika tidak, manusia akan ditimpa
kesusahan.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN
ALLAH S.W.T.
 Sebagaimana firman Allah S.W.T:

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman


kepada para malaikat: "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di muka bumi."
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN MANUSIA
 Hakikat hubungan sesama manusia dinilai berdasarkan
kemuliaannya disisi Allah S.W.T yang bermaksud:

"..Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di antara


kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di
antara kamu…”

 Manakala kepentingan hubungan manusia sesama manusia


dijelaskan dan digambarkan di dalam hadith yang
bermaksud:

"Orang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain adalah


laksana satu bangunan, bahagian yang satu menguatkan
bahagian yang lain."
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN ALAM
 Firman Allah S.W.T:

"Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi


setelah Allah S.W.T menyediakan segala
yang membawa kebaikan padanya, dan
berdoalah kepadaNya dengan perasaan
bimbang (kalau-kalau tidak diterima).
Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T itu
dekat kepada orang yang berbuat
kebajikan."
KESIMPULAN
 Dari sudut pandangan Islam, bagi mewujudkan
kesejahteraan hidup manusia di dunia dan
akhirat, penilaiannya adalah bergantung kepada
tiga aspek berikut iaitu:
i. Kepatuhan dan pelaksanaan segala perintah Allah
S.W.T.
ii. Kesejahteraan manusia dan peraturan-peraturan
hidup yang menghasilkannya.
iii.Pemeliharaan makhluk-makhluk liar seperti alam
sekitar.
LATIHAN
1. Nyatakan pandangan Islam mengenai konsep
Tuhan, manusia dan alam.
2. Bincangkan mengenai hak-hak yang
melibatkan Allah yang mesti ditunaikan oleh
manusia.
3. Alam ialah elemen penting dalam kehidupan
manusia. Jelaskan kepentingan dan hak alam.
4. "Manusia ialah khalifah Allah S.W.T di muka
bumi." Bincangkan.
5. Jelaskan hubungan kehidupan manusia
dengan alam sekitar.