Anda di halaman 1dari 4

Untuk makluman, terdapat segelintir ibu bapa yang merungut tentang atur cara datang dan balik

sekolah. Pihak sekolah telah sertakan garis panduan pembukaan semula sekolah dalam borang
soal selidik. Ibu bapa telah mengisi borang soal selidik dan secara langsung bersetuju mematuhi
segala peraturan dalam garis panduan tersebut . Memandangkan murid-murid perlu mematuhi
peraturan semasa balik, maka pihak sekolah telah awalkan masa balik dari pukul 1:05 pm ke
12:45 pm, supaya murid boleh berbaris pada pukul 12:45 pm – 1:15 pm, jadi tidak menjadi alasan
bahawa masa balik telah menyebabkan ibu bapa terlewat ke tempat kerja. Ibu bapa mesti
mematuhi garis panduan tersebut.
Garis Panduan Waktu Datang Sekolah
1. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak jagaan berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke
sekolah. Murid-murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah sekiranya menunjukkan gejala-gejala
kurang sihat seperti batuk, demam panas, selsema, muntah, sakit tekak dan sesak nafas.
2. Murid-murid Prasekolah dan PPKI tiba di sekolah pada 6:45 am – 7:15 am. Sekiranya ada adik-
beradik yang belajar di tahun 1-6, boleh tiba di sekolah pada 6:45 am – 7:00 am. Ibu bapa
Prasekolah dan PPKI yang ada pas masuk boleh menemani anak mereka ke stesen pengambilan
suhu badan Prasekolah dan PPKI.
3. Murid-murid 4-6 tiba di sekolah pada 6:30 am – 6:45 am. Sekiranya ada adik di tahun 1-3,
boleh hantar sekaligus pada 6.30am-6.45am.
4. Jika hanya anak tahun 1-3, sila hantar anak pada 6:45 am – 7:00 am.
5. Van sekolah dibenarkan tiba di sekolah pada 6:30 am – 7:00 am.
6. Ibu bapa diminta sabar sekiranya berlaku kesesakan jalan memandangan kesemua peraturan
dan tindakan pihak sekolah ini demi keselamatan semua pihak.
7. Setiba di sekolah, hanya murid-muird sahaja dibenarkan turun dari kenderaan dan menuju ke
stesen pengambilan suhu badan. Ibu bapa tunggu dalam kenderaan. Anak-anak yang suhu
melebihi 37.5oC tidak dibenarkan ke sekolah dan perlu dibawa balik atau mendapatkan
rawatan oleh ibu bapa.
8. Setiba di sekolah, murid-murid perlu mencuci tangan sebelum masuk ke bilik darjah.
Garis Panduan Waktu Rehat
1. Ibu bapa tidak boleh masuk sekolah untuk hantar makanan pada waktu
rehat, maka ibu bapa digalakkan menyediakan bekalan makanan dari
rumah untuk dibawa oleh anak-anak ke sekolah dengan tujuan
mengurangkan persentuhan dengan orang lain.
2. Sekiranya murid-murid ingin membeli makanan dari kantin, guru kelas
akan membantu murid untuk menempah makanan dengan pengusaha
kantin semasa mengambil kedatangan di dalam kelas, iaitu pada pukul 7
pagi hingga 7.15 pagi. Murid-murid boleh menempah makanan dan bayar
kepada guru kelas.
3. Murid-murid hanya dibenarkan makan di tempat duduk masing-masing.
Permukaan meja perlulah dibersihkan dengan serta-merta oleh murid-
murid sendiri setelah selesai makan.
4. Pihak sekolah menggalakkan ibu bapa untuk membekalkan anak-anak
dengan peralatan pembersihan seperti cecair pembasmi kuman, kertas tisu
dan tisu basah.
5. Murid-murid perlu mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter antara satu
sama yang lain ketika berjalan, melakukan aktiviti, berbaris atau mencuci
tangan semasa di dalam kawasan sekolah.
Garis Panduan Waktu Balik Rumah
1. Waktu balik sekolah Tahun 1-6 ialah 12:45 pm – 1:15 pm 。
2. Murid akan berbaris dengan tertib pada pukul 12:45 pm – 1:15 pm untuk menunggu ibu bapa dan bas
sekolah untuk mengambil mereka. Pintu pagar (gate) sekolah hanya akan dibuka pada 12:45pm, ibu
bapa diminta sampai tepat pada masanya. Jangan sampai sebelum 12:45pm dan menunggu di luar pintu
pagar agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas.
3. Pada waktu balik sekolah, sekolah akan membuka Gate A dan Gate B untuk membolehkan ibu bapa
memandu masuk dan keluar sekolah. Gate C hanya untuk murid-murid keluar sekolah, ibu bapa tidak
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah melalui Gate C tetapi hanya menunggu murid di luar gate.
4. Murid-murid yang menunggu ibu bapa mengambil dengan kenderaan sendiri akan berbaris di dewan
sekolah. Ibu bapa sila menggunakan kertas A4 atau kertas yang lebih besar saiznya untuk menulis nama
anak agar memudahkan pihak sekolah untuk memanggil murid menaiki kenderaan. Ibu bapa sila
tunggu di dalam kenderaan dan jangan turun dari kenderaan.
5. Murid yang menaiki bas sekolah dikehendaki menunggu di dalam kelas sementara menunggu pemandu
bas sekolah untuk membawa mereka.
6. Ibu bapa yang datang untuk membawa anak balik dengan berjalan kaki hanya dibenarkan untuk
menunggu di luar Gate A dan Gate C. Ini bertujuan untuk mengelakkan anak daripada berhubung
dengan terlalu ramai orang. Sekiranya berlaku jangkitan, semua pihak kena bertanggungjawab ke atas
perkara ini.
7. Peraturan di atas ditetapkan agar murid-murid dapat beratur dengan tertib dan mengamalkan
penjarakan fizikal, ibu bapa mungkin perlu menunggu sekejap. Diharapkan para ibu bapa boleh
memahaminya dan sabar semasa menunggu. Ibu bapa perlu mematuhi peraturan. Sekiranya ibu bapa
asyik meminta pihak sekolah mengubah peraturan demi kepentingan diri, hal ini akan merumitkan dan
membebankan pihak sekolah sehingga keselamatan dan kesihatan anak murid tidak terjaga.

Anda mungkin juga menyukai