Anda di halaman 1dari 41

PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN : TIANG SERI


HUBUNGAN ETNIK
Noorazmir Zakaria
Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya
Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan
Perbincangan

 Sejarah Penggubalan Perlembagaan


 Konsep Keluhuran Perlembagaan
 Konsep, Tujuan & Ciri-ciri Perlembagaan
 Peruntukan Utama Perlembagaan
 Kontrak Sosial
 Sistem Pemerintahan Negara
 Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
 Pengasingan Kuasa (Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman)
 Pilihanraya
APA ITU PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Apa Itu Perlembagaan Persekutuan

 Kumpulan peraturan dan undang-undang yang menjadi asas pembentukan


sesebuah negara.
 Merupakan dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai
panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.
 Sekiranya tidak dipatuhi, bermakna negara akan berada dalam keadaan huru-hara
dan kerajaan gagal melaksanakan pemerintahannya.
Kedudukan Perlembagaan Persekutuan Dalam Negara

 Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi


negara
 Menjadi punca kepada semua undang-undang sama ada yang sedia
ada atau yang bakal digubal.
 Semua undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan
Perlembagaan
Sejarah Penggubalan Perlembagaan

• Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord


Reid, Sir Ivor Jenning (British), Sir William Mckell (Australia),
B. Malik (India) dan Hakim A. Hamid (Pakistan)
• Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• Terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi


yang menjadi sumber dan punca semua undang-undang
• Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan
perlembagaan - Perkara 4(1).
• Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan, jika
tidak maka undang-undang itu adalah terbatal
• Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga
dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan
• Badan Kehakiman berkuasa membatalkan sesuatu undang-undang
yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan
Perlembagaan.
• Perlembagaan menentukan apakah Perkara Persekutuan yang kerajaan
Persekutuan boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh
lakukan.
• Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya
undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal
ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam
pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang
tersebut adalah tidak sah.
• Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang
negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun
ia tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Baginda adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah
Menteri.
• Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga
cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran dan kehakiman) juga
tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
Perlembagaan.
• Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara,
tidak boleh menahan seorang warganegara dari pulang ke
tanahairnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh
paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana individu melainkan
menurut undang-undang.
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Kewarganegaraan  a) kuatkuasa undang-undang

Terdapat 4 cara menjadi  b) pendaftaran


warganegara Malaysia :  c) naturalisasi/ kemasukan
 d) penggabungan wilayah
Kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang

• Majoriti rakyat mendapat kewarganegaraan kuatkuasa undang-


undang.
• Cthnya : orang2 yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 Sept
1963)
• Seseorang yang dilahirkan di dalam Malaysia dengan salah seorang
ibu atau bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah seorang
warganegara atau pemastautin tetap Malaysia
• Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya pada ketika
kelahirannya adalah seorang warganegara yang lahir di Malaysia.
Kewarganegaraan melalui Pendaftaran

Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan yang mana
perkahwinannya telah didaftarkan di Malaysia boleh didaftarkan sebagai warganegara
sekiranya :
a) dia masih bersuami dan suaminya adalah warganegara
b) Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa dia telah bermastautin di dalam
Persekutuan selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan dan berniat untuk
bermastautin tetap dan berkelakuan baik
c) Seseorang yang di bawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai warganegara
sekiranya sekurang-kurangnya ibu atau bapanya adalah seorang warganegara.
Kerajaan Persekutuan juga boleh mendaftarkan seseorang di bawah umur 21 tahun
dalam keadaan khas yang difikirkan sesuai.
Kewarganegaraan melalui naturalisasi/ kemasukan

Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa keadaan khas yang


difikirkan sesuai ataupun atas permohonan seseorang yang berumur 21
tahun atau lebih dan bukan warganegara, memberikan perakuan
naturalisasi sekiranya :
a) Orang itu telah bermastautin di dalam Persekutuan bagi tempoh
yang dikehendaki dan berniat berbuat demikian secara tetap,
b) Berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan memadai dalam
bahasa Melayu
Kehilangan Taraf Kewarganegaraan

• Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan


oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara
penolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan pelucutan (Perkara 24
Perlembagaan Persekutuan)
• Penolakan : Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun atau lebih dan
sempurna akal dan juga adalah warganegara bagi suatu negeri lain atau yang
hendak menjadi seorang warganegara bagi suatu negeri lain boleh menolak
warganegara Malaysia
• Pelucutan : Seseorang yang telah menjadi warganegara asing Seseorang telah
menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan Warganegara yang telah
membuktikan dia tidak setia kepada negara sama ada melalui percakapan atau
tindakannya yang boleh mencemar keselamatan dan kedaulatan negara
KEBEBASAN ASASI
Kebebasan Diri
• Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang
• Seseorang warganegara tidak boleh ditahan oleh pihak polis lebih
24 jam kecuali setelah dibawa ke hadapan seorang majistret untuk
mendapat perintah tahanan.
• Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah
diberitahu tentang sebab2 dia ditangkap dengan seberapa segera
yang boleh bagi membolehkannya berunding dengan peguam yang
dipilihnya dan dibela oleh peguam tersebut.
• Jika seseorang warganegara ditangkap dan tidak mengikut undang-
undang, dia boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah
untuk membebaskan dirinya.
Sama Rata

• Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan mereka berhak
untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
• Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan daripada aspek agama,
kaum, keturunan, atau tempat lahir.
Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak
• Tiada warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan
• Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan
bermastautin di mana-mana bahagiannya.
Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan
Persatuan

• Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.


• Setiap warganegara berhak untuk berhimpun dengan aman
• Setiap warganegara berhak menubuhkan persatuan

• Setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikiran.


Tetapi Parlimen boleh menggubal undang2 untuk menyekat hak ini jika perlu atau
suaimanfaat bagi kepentingan :
• a) Keselamatan Malaysia
• b) Hubungan baik dengan negara lain
• c) Ketenteraman awam atau moraliti; atau
• d) Melindungi keistimewaan Parlimen atau mana2 Dewan Undangan atau utk
membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, dan fitnah.
Kebebasan Beragama
• Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.
• Agama bagi Persekutuan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan Negeri selain negeri-negeri yang tidak menpunyai Raja, Ketua agama
Islam ialah Raja/Sultan negeri berkenaan
• Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam di negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Purtajaya
• Agama lain disekat disebarkan kepada penganut Islam seperti yang diperuntukkan
di dalam Perkara 11(4)
Undang-undang Islam di sisi Perlembagaan

Mahkamah Syariah telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan
wujudnya undang-undang seperti Undang-Undang Melaka. Semua negeri di Tanah Melayu
mempunyai undang-undang Islamnya sendiri. Namun kewujudannya telah dikacau oleh
penjajah sewaktu penjajahan mereka dan akhirnya mula Inggeris mula memperkenalkan
undang-undang Common Law bermula dengan perjanjian Pangkor 1786, Piagam Keadilan
1807 dan piagam Keadilan 1824.
Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR (CA) telah diputuskan:
"Muslim law is not foreign law, it is the law of the land; and the local law is a matter of which
the Court must take judicial notice. The Court must propound the law and it is not
competent for the court to allow evidence to be led as to what is the local law."

Ini bermaksud, undang-undang Islam itu adalah satu lex loci (law of the land), atau
undang-undang sebenar di Tanah Melayu. Justeru, hak orang Islam sebenarnya telah mula
dinafikan secara tersusun semenjak 1786 lagi, dan hanya pada 1988 barulah Mahkamah
Syariah dapat bernafas semula.
Hak-hak Berkenaan dengan Pendidikan

• Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan


agama, kaum, keturunan atau tempat lahir
• Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan
institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri.
Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan


yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen
Dengan syarat bahawa :
a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada
menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan
atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara
dan meneruskan penggunaan dan penggajian bahasa mana-mana
kaum lain di dalam Persekutuan
Pembahagian Bidang Kuasa
Perlembagaan telah menjelaskan pengasingan kuasa perundangan antara kerajaan Persekutuan dan
kerajaan negeri
Terdapat tiga senarai dalam Perlembagaan.
i. 'Senarai Persekutuan' menyenaraikan perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa Parlimen.
ii. 'Senarai Negeri' menyenaraikan perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa DUN.
iii. 'Senarai Bersama' menyenaraikan perkara-perkara yang Parlimen dan DUN boleh gubal undang-
undang.

Antara perkara yang tersenarai di bawah Senarai Persekutuan ialah hubungan luar seperti perjanjian
antarabangsa, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah
termasuk bidang kuasa dan kuasa mahkamah (kecuali Mahkamah Syariah negeri), rahsia rasmi,
undang-undang Islam dan peribadi yang lain bagi tujuan undang-undang Persekutuan dan
kewarganegaraan Malaysia. Ia juga termasuk perkara seperti kewangan, perdagangan dan
perindustrian termasuk import dan eksport, perkapalan termasuk pelabuhan, perhubungan dan
pengangkutan, pendidikan, perubatan dan kesihatan, kebajikan orang asli, pelancongan, buruh dan
keselamatan sosial.
Bagi Senarai Negeri pula, ia termasuk undang-undang Islam dan undang-undang
peribadi dan keluarga bagi individu yang menganut agama Islam, mewujudkan
Mahkamah Syariah, tanah, pertanian dan hutan, kerajaan tempatan, pihak berkuasa
tempatan, pemilihan kerajaan tempatan, pasar dan pelesenan teater, pawagam dan
tempat-tempat hiburan awam, kerja raya negeri dan air (kecuali pembekalan dan
perkhidmatan air) serta cuti negeri.

Senarai Bersama membenarkan Parlimen dan DUN menggubal undang-undang untuk


perkara yang sama. Asalkan undang-undang tersebut tidak berlapik atau bercanggah,
ia boleh terus wujud dan beroperasi bersama. Senarai Bersama ini termasuk
kebajikan awam, biasiswa, perlindungan haiwan liar dan taman-taman negara,
perancangan bandar dan luar bandar, kesihatan awam, perparitan dan irigasi, budaya
dan sukan serta perumahan dan peruntukan kemudahan perumahan.
PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

Kedudukan Istimewa Orang Melayu Serta Hak Kaum Bumiputera Yang Lain
Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan
sebagai:
i. Seorang yang beragama Islam,
ii. Bertutur bahasa Melayu,
iii. Mengamalkan adat istiadat Melayu,
iv. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada
hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.[15]

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) termasuk


golongan yang menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang Melayu di
Semenanjung. Dalam hal ini, walaupun sesuatu keistimewaan diberikan kepada orang
Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kepentingan bagi kaum lain juga
hendaklah dilindungi.
Antara perkara yang termasuk dalam  Perkhidmatan awam
soal hak keistimewaan orang melayu
sebagai bumiputera ialah:  Lapangan ekonomi
 Pendidikan
Kedudukan Raja-Raja Melayu

Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Majlis Raja-raja


membincangkan perkara-perkara dan boleh bertindak mengikut budi bicara seperti berikut:

i. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih atau
memecat Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
ii. Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan.
iii. Memperkenan atau menolak apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-
sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh tentang keistimewaan, kedudukan,
kehormatan atau kebesaran raja-raja.
iv. Bersetuju atau tidak bersetuju apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas
Persekutuan secara menyeluruh.
v. Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (10) Perkara 182.
vi. Memberi ampun, peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman di bawah Fasal
(12) Perkara 42.
KONTRAK SOSIAL
KONTRAK SOSIAL

• Ketika Tanah Melayu inginkan kemerdekaan, British telah menawarkan


dua pilihan kepada rakyat bukan kaum pribumi atau imigran iaitu sama
ada ingin menjadi warganegara British atau kembali kepada negara
ibunda.
• Tetapi pada masa tersebut, beberapa pemimpin bukan kaum Pribumi
iaitu pemimpin Cina dan India telah merayu kepada British untuk
menerima mereka sebagai sebahagian rakyat Tanah Melayu. Maka,
British menyerahkan urusan ini kepada Tunku untuk menyelesaikannya
sebagai prasyarat kemerdekaan.
• Maka dalam rundingan itu, kedua-dua pihak iaitu kaum pribumi diwakili
Tunku dan wakil-wakil raja Melayu dan kaum bukan pribumi diwakili Tun
Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambathan bersetuju untuk memeterai satu
perjanjian persefahaman ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan
kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya
imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan
diberikan jus soli. Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang
harus difahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem
kenegaraan Melayu.
Perlembagaan juga mengiktiraf :
• bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
• Islam sebagai agama rasmi; dan
• sistem pemerintahan beraja.
Jus Soli

Kamus Dewan Edisi Ketiga : hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan
kelahiran negara itu.

Isu hak kerakyatan kaum bukan Melayu sebelum merdeka, terutama selepas berakhirnya
Perang Dunia Kedua menjadi isu yang kontroversi dan sensitif dalam kalangan perbagai
kaum, terutama dalam kalangan orang Melayu. Hak kerakyatan ini telah menjadi
matlamat perjuangan kaum bukan Melayu terutama selepas penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1948.

Sikap orang Melayu terhadap tuntutan kaum bukan Melayu tersebut terbahagi kepada
dua golongan. Golongan pertama menentang tuntutan tersebut disebabkan
kebimbangan mereka terhadap ancaman masa depan kaum bukan Melayu terhadap
kedudukan orang Melayu terutama dalam aspek politik dan ekonomi. Lebih-lebih lagi
mereka berpendapat bahawa negara ini adalah pusaka turun menurun orang Melayu
yang tidak boleh digadaikan bagi memenuhi tuntutan kaum bukan Melayu tersebut.
Manakala orang Melayu yang berpendirian sederhana, sedia
memberikan hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu setelah
mereka diyakini tentang kesetiaan kaum bukan Melayu yang tidak
berbelah bahagi terhadap negara ini, lebih-lebih lagi kaum bukan
Melayu bersetuju mengiktiraf dan menerima hak istimewa orang
Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu.
Peristiwa sejarah tawar menawar tersebut disebut sebagai 'persetujuan
bersejarah' dan merupakan quid pro quo yang dirakamkan berlaku
dalam proses penggubalan Perlembagaan negara bermula seawal
tahun 1955. Akhirnya orang Melayu telah menerima hak kerakyatan
kaum bukan Melayu selepas kaum bukan Melayu mengiktiraf hak-hak
orang Melayu yang sah dari sudut perlembagaan sebagai kaum
bumiputera di negara ini.
Datuk Raja Mohammad Hanifah (UMNO Negeri Sembilan) telah memberi amaran
kepada pemimpin UMNO supaya tidak mengalah dengan tuntutan kaum bukan
Melayu melalui perundingan dalam parti Perikatan mengenai perlembagaan yang
berkaitan isu kerakyatan, hak istimewa orang Melayu dan bahasa.
Manakala pengarang Akhbar Warta Negara bertarikh 16 April 1956 pula telah
mengingatkan bahawa UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 telah berjaya
menyatu dan memimpin orang Melayu menentang Malayan Union. Penentangan
utama orang Melayu terhadap Malayan Union disebabkan ia mahu memberikan hak
kerakyatan yang sama antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Kejayaan orang
Melayu menentang sehingga terhapusnya Malayan Union tidak bererti jika sekiranya
UMNO menerima tuntutan MCA mengenai prinsip jus soli dan hak kewarganegaraan
yang sama
Tunku meminta orang bukan Melayu supaya bersikap adil, bertimbang rasa dan
tuntutan mereka biarlah berpatutan.Tunku menegaskan;
“Saya harap janganlah hendaknya dilupakan bahawa tidak ada putera bumi mana-mana
negeri pun di dunia ini yang telah menyerahkan banyak haknya kepada orang lain
seperti yang telah dilakukan oleh orang Melayu. Tidak ada putera bumi negeri lain yang
menunjukkan sikap berbaik-baik kepada orang yang masuk ke negerinya sebagai yang
ditunjukkan oleh orang Melayu.”
Kepada orang Melayu pula, Tunku telah merayu:
“Tidak ada sebuah negeri pun di dunia ini yang telah mencapai kemerdekaannya
dengan tidak memberikan banyak pengorbanan. Saya tidak menyangkal sedikit pun
bahawa saudara-saudara semua akan sanggup berkorban dan terus menjaga nama
baik saudara-saudara sebagai satu bangsa yang bersopan santun, bertimbang rasa dan
sentiasa ingin bersahabat. Saya menyeru kepada semua rakyat supaya mengamalkan
sifat toleransi dan menjaga semangat saling bekerjasama yang telah diamalkan oleh
Perikatan dengan jayanya dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan”
Cadangan Suruhanjaya Reid Mengenai Kerakyatan
1) Mereka yang telah mempunyai hak kerakyatan sebelum Merdeka, akan terus mempunyai hak-hak
tersebut. Mereka yang memperolehi kerakyatan berasaskan kuat kuasa undang-undang akan terus
mempunyai hak kerakyatan.
2) Bagi seseorang yang dilahirkan dalam Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka turut
dicadangkan memperolehi hak kerakyatan berasaskan kuatkuasa undang-undang (by operation of
law).
3) Mereka telah tinggal tetap di dalam Persekutuan selama 5 tahun daripada tempoh 7 tahun yang
lalu, berumur 18 tahun ke atas, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan yang asas dalam
bahasa Melayu.
4) Bagi seseorang yang mendiami Persekutuan pada hari Merdeka tetapi tidak dilahirkan di sini,
syaratnya ialah telah tinggal di dalam Persekutuan selama 8 tahun daripada tempoh 12 tahun dan
mengambil ujian bahasa Melayu yang asas (rendah) bagi pemohon yang berumur lebih dari 45
tahun.
5) Bagi syarat kerakyatan berdasarkan Masukan atau Naturalisation, Suruhanjaya Reid telah
meletakkan enam syarat, iaitu ia sudah berumur 21 tahun, berkelakuan baik, sudah mendiami
Persekutuan selama 10 tahun daripada tempoh 12 tahun sebelumnya, ia berniat hendak
bermastautin di Persekutuan secara tetap, mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai
dan mengangkat sumpah kesetiaan kepada negara
Kontroversi Kontrak Sosial

Pada 14 Ogos 2005 Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik menggesa
parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana
ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'.
Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas
kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut
disiarkan di media.
Datuk Seri Lim Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan tersebut
sambil mendakwa bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun
beliau telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak
pernah berhasrat mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum
yang dipersetujui semasa Negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu
juga.
Kabinet pada 17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai isu
tersebut dihentikan.
Mengapa Isu Kontrak Sosial Timbul?

Ada yang menganggap sebagai tidak lagi relevan.


Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak
sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia
suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu
yang merupakan imigran atau keturunan imigran.Oleh sebab itu
generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang
sudah berlalu.
Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah
sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu
diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat
bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam
Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini
terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya
sekarang.
PERBINCANGAN

“Adakah Kontrak Sosial Masih Relevan?”


SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai