Anda di halaman 1dari 8

Teori Pembelajaran Dalam

Pendidikan Matematik
(Kognitif : Jean Piaget)
• Teori ini diperkenalkan olehJean
Piaget, berasal daripada Switzerland,
merupakan ahli psikologi yang banyak
menyumbang kepada pemahaman bagaimana
kanak-kanak belajar.
• Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget
mendapati bahawaperkembangan kognitif
kanak-kanak berbeza dan berubah melalui
empat peringkat iaitu peringkat deria motor
(0–2 tahun), pra-operasi (2–7 tahun), operasi
konkrit (7–11 tahun) dan operasi formal (11
tahun ke dewasa).
• Jean Piaget telah banyak membuat kajian dan
eksperimen dalam bidang psikologi
pembelajaran kanak-kanak. Beliau
berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak
berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat
dan telah membahagikan perkembangan
kognitif kanak-kanak kepada empat peringkat.
I. Peringkat deria motor
II. Peringkat pra-operasi
III. Peringkat operasi konkrit
IV. Peringkat operasi formal
Peringkat deria motor
• Peringkat ini bermula dari masa lahir hingga ke umur dua
tahun.  Kanak-kanak mengetahui alam sekitarnya melalui
kesan deria dan gerak balasnya.
• Mereka mengetahui benda-benda wujud dalam alam
persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal, tetapi
tidak berfikir langsung kenapa benda itu wujud.
• Misalnya, kanak-kanak tahu ibu akan mendampinginya jika
dia menangis. Dia juga mengetahui adanya perhubungan
antara benda-benda. Misalnya, jika dia berasa lapar, dia
menangis; jika hendak menaiki meja, dia akan
menggunakan kerusi.
Peringkat pra - operasi
• Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih sosial dan
menggunakan bahasa serta tanda untuk
menggambarkan sesuatu konsep.
• Mereka masih tidak dapat membuat perbandingan
antara benda, tidak mengetahui padanan satu
dengan satu antara objek dan hubungan antara
objek; tidak dapat mengelaskan objek-objek
mengikut saiz, warna dan sebagainya. Tambahan
pula, pemikiran mereka dipengarui oleh apa yang
diamatinya.
Peringkat operasi konkrit
• Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari lebih
daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai
konsep keabadian. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air
yang sama ke dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-
kanak menyimpulkan bahawa kuantiti air tidak berubah
walaupun bentuk berubah.
• Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas,
menyusun dan membezakan objek-objek. Mereka dapat juga
memahami aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan
proses matematik.
• Tetapi pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-
objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
Peringkat operasi formal
• Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun.
• Kanak-kanak memasuki peringkat pemikiran abstrak.
Mereka mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman
konkrit, membuat kesimpulan dengan menstrukturkan
situasi secara mental, misalnya, membuktikan teori-teori
matematik.
• Selain itu, ia dapat menggunakan simbol-simbol
matematik dan mengulas idea abstrak, mengaitkan satu
konsep dengan konsep yang lain, memanipulasikan konsep
secara mental dan menggunakan logik dalam
menyelesaikan masalah.

Anda mungkin juga menyukai