Anda di halaman 1dari 83

PEMANTAPAN IBADAT SOLAT

(pergerakan dalam solat – roh solat)


Keutamaan solat dalam Islam
- Ibadat yang pertama difardukan ke atas umat manusia

- Rasulullah S.A.W menerima kewajipan solat ini semasa menemui Allah


dalam peristiwa Israk dan Mikraj

- Solat adalah tiang agama. Sabda Rasulullah S.A.W:

‫ من أقامها فقد أقام الدين ومن تركها‬.‫الصالة عماد الدين‬


.‫فقد هدم الدين‬
KEISTIMEWAAN IBADAT SOLAT
• Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan
perbuatan keji dan mungkar. Firman Allah dalam surah
Al-Ankabut:45
• Solat dapat menghilangkan kegelisahan dalam diri
seseorang dan dapat mendatangkan ketenteraman lahiriah
dan batiniah. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ma’arij
: 19 – 23
• Membersihkan diri dari dosa setiap kali sujud mendapat
satu pahala dan dihapuskan satu dosa
• amalan lain akan diterima jika ibadat solat sudah diterima
• berada amat hampir dengan Allah ketika sujud dan doanya
diperkenankan
• malaikat meminta ampun bagi orang yang solat dalam saf
pertama
SEKSAAN BAGI ORANG YANG
MENINGGALKAN SOLAT
Tiga semasa di dunia:
1. Dihilangkan berkat daripada usaha dan
rezekinya.
2. Dihapuskan tanda-tanda kesolehan
daripada wajahnya.
3. Sentiasa mendapat kebencian daripada
orang-orang beriman.
Tiga semasa hendak mati:
1. Berada dalam keadaan sangat dahaga ketika
rohnya akan dicabut.
2. Merasa kesakitan yang amat sangat ketika
rohnya dicabut.
3. Dikhuatiri mati dalam keadaan suul-
khatimah (‫) سـوء لاــخاتـمة‬
Tiga semasa di dalam kubur:
1. Ketika disoal oleh Malaikat Munkar dan
Nankir, dia sangat sedih dan tidak boleh
menjawabnya.
2. Kuburnya sangat gelap.
3. Kuburnya menjadi sempit sehingga tulang-
tulang rusuknya berselisihan.
PENGERTIAN SOLAT
Bahasa – doa atau memohon kebajikan dan
pujian.

Istilah syarak – suatu ibadat yang mengandungi


perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan
takbiratul ihram dan disudahi dengan salam
dengan syarat-syarat tertentu.
TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG SOLAT:
1. Kawasan perkuburan. 
2. Gereja dan Candi/Biara. 
3. Tempat-tempat pembuangan kotoran binatang. 
4. Tempat penyembelihan binatang . 
5. Tengah-tengah jalanraya.
6. Tempat perteduhan binatang .
7. Tempat pemandian umum. 
8. Atas atap kaabah. 
RUKUN SOLAT
Merupakan perkara yang sangat penting dalam
solat dan jika tertinggal salah satu, batal solat
seseorang itu.
1. Berdiri tegak (bagi orang yang mampu)
2. Niat.
3. Takbiratul ihram
4. Membaca al-fatihah.
5. Rukuk dan tamakninah.
6. Iktidal dan tamakninah.
7. Sujud dan tamakninah.
8. Duduk antara dua sujud.
9. Duduk tahiyyat akhir.
10.Membaca tahiyyat akhir.
11.Selawat dalam tahiyyat akhir.
12.Salam.
13.Tertib.
SYARAT WAJIB SOLAT

1. Islam.
2. Berakal.
3. Baligh.
4. Suci daripada haid dan nifas.
5. Masuk waktu.
SYARAT SAH SOLAT
1. Islam.
2. Berakal
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Suci badan, pakaian dan tempat daripada najis yang tidak
dimaafkan.
5. Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecualai
muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki
ialah antara pusat dan lutut.
6. Masuk waktu dengan yakin atau sekurang-kurangnya azan.
7. Mengadap kiblat dengan yakin.
8. Mengetahui kaifiat (cara) solat.
9. Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan solat.
 Jika gugur salah satu syarat sah ini, tidak sahlah solat seseorang
itu.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak
dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
3. Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun
dengan satu huruf yang ada pengertian
4. Terbuka auratnya
5. Makan minum walaupun hanya sedikit
6. Mengubah niat, misalnya ingin
memutuskan solat
7. Bergerak berturut-turut tiga kali
seperti melangkah atau berjalan
8. Membelakangi kiblat.
9. Menambah rukun yang berupa
perbuatan seperti rukuk dan
sujud.
10. Tertawa terbahak-bahak
11. Mendahului imamnya.
12. Murtad ( terkeluar dari agama
islam).
HURAIAN RUKUN SOLAT
1. NIAT - lintasan dalam hati.
Niat berlaku semasa seseorang mengangkat
takbiratul ihram, iaitu ketika menyebut
Allahu Akbar.

 Lafaz yang keluar dari mulut bukanlah niat.


Ia adalah lafaz niat.
KESEMPURNAAN NIAT

Terlebih dahulu bacalah ta’awwud.


 Kemudian bacalah basmalah.
 Setelah itu ucapkanlah lafaz niat.
Niat Sembahyang Zohor

ِ ‫اما ل‬
‫ِلـــهـ‬ ً ‫ِإـ َم‬ / ‫اء َ ْمأـ ُم ْو ًما‬
ً ‫ات‬
‫د‬
َ َ ‫أ‬ ‫ْعـ‬
ٍ ‫ـ‬
َ ‫ك‬
‫رـ‬ ‫ـ‬
‫ع‬
َ َْ‫ـ‬
َ ‫ب‬‫ر‬َ ‫أ‬ ‫ر‬
‫ـ‬‫ه‬
ِ ْ ‫ـْظ‬
ُ ‫ل‬
‫ـ‬
‫ا‬ ‫ض‬‫فـــ‬
‫ـ‬‫ر‬
َ ْ َ ‫ى‬ّ ِ ‫ل‬‫ص‬َ ‫ـ‬
‫أ‬ُ
‫تــــلاــى‬
َ ‫َ َعـ‬
“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat
sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala”

Niat sembahyang Asar:

ِ‫ إِ َما ًما ِهلل‬/ ‫ت أَ َدا ًء َمأْ ُم ْو ًما‬


ٍ ‫ض ْال َعصْ ِر أَرْ بَ َع َر ْك َعا‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّى فَر‬
‫تَ َعال َى‬
“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat
sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”
Niat solat Maghrib

ِ‫ إِ َما ًما ِهلل‬/ ‫ت أَ َدا ًء َمأْ ُم ْو ًما‬


ٍ ‫ث َر ْك َعا‬ ِ ‫ض ْال َم ْغ ِر‬
َ َ‫ب ثَال‬ َ ُ‫أ‬
َ ‫صلِّى فَ ْر‬
‫تَ َعال َى‬
“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat
sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala

Niat Solat Isya`

ِ‫اء َمأ ْ ُم ْو ًما إِ َما ًما ِهلل‬


ً ‫د‬
َ َ ‫أ‬
‫ات‬ٍ ‫ْع‬
َ ‫ك‬‫ر‬ ‫ع‬
َ
َ َْ‫ب‬‫ر‬َ ‫أ‬ ِ
‫ء‬ ‫ا‬
‫ـ‬
‫ش‬ َ ِ
‫ْع‬ ‫ل‬ ‫ا‬‫ض‬َ ‫ر‬
ْ ‫ف‬
َ ‫ى‬ ّ ِ ‫ل‬‫ص‬َ ُ‫أ‬
‫تَ َعال َى‬
Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat“
”sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala
Niat solat subuh

ِ‫اما ِهلل‬‫م‬
ً َ ‫إ‬
ِ / ‫ا‬ ‫م‬ ‫و‬‫م‬ْ ‫أ‬‫م‬ ‫اء‬‫د‬َ ‫أ‬ ‫ن‬
ِ ‫ي‬َ
ً ُْ َ ً َ ْ َ َ ْ ُ ‫ت‬‫ع‬‫ك‬ْ ‫ر‬ ‫ح‬
ِ ‫ب‬ ‫ْص‬ ‫ل‬‫ا‬‫ض‬َ ‫َر‬‫ف‬ ‫ى‬ ّ ِ ‫ل‬ ‫ص‬ ُ
َ‫أ‬
ْ
َ‫تَ َعالى‬
“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua
rakaat sebagai(makmum/imam ) kerana Allah
Taala.”
SYARAT NIAT

1. Tempatnya dihati (mengucapkan lafaz niat adalah


sunat).
2. Masanya ialah semasa mulut menyebut ‫لاــهـ أـكـبر‬
dalam takbiratul ihram
3. Ada muqaranah takbiratul ihram:
Qasad (‫ – ) قـصـد‬menyahajakan (misalnya: sahaja
aku solat)
Taarudh (‫تــــرـض‬‫ – ) عـ‬menjelaskan (sama ada solat
fardu atau sunat).
Taayin ‫ن‬( ‫ـعيي‬
‫ – ) تــــ‬menentukan (waktu itu Subuh
atau Zohor dan seumpamanya)
Catatan :
o Bagi solat Jumaat atau Qasar ditambah
dengan taayin nafsih (‫ـعيين نــفـسهـ‬
‫ ) تــــ‬iaitu
menentukan solat itu sendiri.
o Bagi solat bersebab/berwaktu (seperti solat
gerhana bulan/dhuha), perlu ada qasad
taayin ‫عيين‬
( ‫ – ) قــصـد تــــ‬contohnya “sahaja aku
solat sunat gerhana bulan…..”
2. TAKBIRATUL IHRAM SERTA
KESEMPURNAANNYA (‫)هللا أكبر‬
 Mengangkat kedua-dua tangan hingga
sama tentang dengan kedua-dua belah bahu,
sehingga nampak lambung ketiak.
 Mengangkat kedua-dua belah tangan
hingga ibu jari mencecah ke cuping telinga.
 Hadapkan anak-anak jari ke arah kiblat.
 Bagi wanita hendaklah merapatkan kedua
tangan kedadanya.
TAKBIRATUL IHRAM
SYARAT TAKBIRATUL IHRAM
1. Bahasa Arab
2. Tidak menukarnya kepada lafaz yang lain
3. Tidak menukar atau mengubah mana-mana
huruf di dalamnya.
4. Tidak memanjangkan alif (bagi antara lam
dan ha pada kalimah ‫ لاــهـ‬lebih daripada 14
harakat.
5. Tiada diam yang lama (lebih daripada kadar
bernafas) antara dua kalimah
6. Tidak ada diam yang pendek yang
diqasadkan untuk memutuskan takbir.
7. Dapat didengar semua hurufnya oleh diri
sendiri
8. Dilafazkan setelah masuk waktu.
9. Dalam keadaan mengadap kiblat.
10.Makmum melafazkannya selepas takbir
imam.
11.Tidak menukarkannya daripada takbiratul
ihram kepada takbir yang lain daripadanya.
3. QIAM/ BERDIRI TEGAK
Berdiri tegak/betul – bagi
orang yang mampu.

Sekiranya berdiri condong


ke depan, ke belakang, ke
kanan atau ke kiri
sehingga tidak dapat
dinamakan sebagai berdiri
tegak, hukumnya tidak
sah.
KESEMPURNAAN QIAM
 meletakkan kedua belah tangan antara
pusat dengan dada.
 tangan kanan memegang pergelangan tangan
kiri
 telunjuk tangan kanan hendaklah diluruskan
 lelaki hendaklah merenggangkan sedikit
kedua belah kakinya
 wanita hendakalah merapatkan kaki
SYARAT QIAM
1. Wajib qiam bagi solat fardu.
Jika solat sunat, harus dalam keadaan
duduk tetapi mendapat separuh sahaja
ganjaran pahala.
2. Wajib qiam bagi yang mampu.
Jika tidak mampu, harus solat dalam
keadaan duduk, baring atau telentang.
3. Meluruskan belakang sekadar mampu.
 Jika gugur salah satu syarat ini, solat tidak
sah.
4. MEMBACA AL-FATIHAH
Maksud Hadis, “tidak sah solat
bagi orang yang tidak
)1( ‫الر ِحي ِم‬ َّ ‫الر ْح َم ِن‬َّ ‫ِب ْس ِم الل ّ ِه‬
)2 ( ‫ين‬ َ ‫بال َْعال َِم‬ ِ
membaca al-Fatihah.” (Bukhari dan ِّ ‫ال َْح ْم ُد للّه َر‬
Muslim) )3 ( ‫الر ِحي ِم‬ َّ ‫من‬ ِ ‫الر ْح‬ َّ
)4 ( ‫ين‬ ِ ‫َمل ِ ِكيَ ْومِ ال ِ ّد‬
Al-Fatihah mengandungi 7 )5 ( ‫ين‬ ُ ‫إِيَّا َك ن َ ْع ُب ُد وإِيَّا َك ن َ ْستَ ِع‬
ayat, bermula dengan ‫سم لاــهـ‬ ‫بــــ‬ )6 ( ‫يم‬ َ ‫المستَ ِق‬ُ َ‫الص َراط‬ ِّ ‫اه ِدنَا‬
dan berakhir dengan ‫وـالـ‬ ‫عل َي ِه ْم‬ َ ‫مت‬ َ ‫نع‬ َ َ ‫ين أ‬ َ ‫ِص َراطَ ال ّ َ ِذ‬
‫ لاــضـلاــين‬. Bacaan Al-Fatihah َ ‫عل َي ِه ْم َوال‬ َ ‫وب‬ِ ‫غض‬ ُ ‫الم‬ َ ‫غي ِر‬ َ
amat penting dalam solat. )7( ‫ين‬ َ ِّ‫الضال‬
َّ
Jadi, kita mestilah memelihara
tajwid dan makhrajnya. Jika
tidak, solat tidak sah.
KESEMPURNAAN AL-FATIHAH
 bacalah dengan khusyuk dan tertib.
 nyaringkan suara pada rakaat pertama
dan kedua dalam solat Subuh, Maghrib dan
Isyak (bagi lelaki)
 wanita hendaklah perlahankan suaranya.
 ucapkan ‘amin’ dengan suara yang rendah.
 panjangkan ‘amin’ tidak lebih 4 harakat.
SYARAT MEMBACA AL-FATIHAH
1. Dibaca dengan Bahasa Arab.
2. Dengan tertib antara segala kalimahnya
3. Dengan mualat pada kalimahnya
4. Memelihara segala hurufnya (141 huruf),
tidak mengurangkan atau menambahnya.
5. Memelihara segala tasydid (14 tasydid), tidak
mengurangkan atau menambahnya.
6. Tidak diam yang panjang tanpa uzur lebih
daripada kadar bernafas atau diam yang
pendek dengan niat memutuskan bacaan.
7. Tiada kesilapan yang mengubahkan
maksudnya.
8. Dibaca dalam keadaan berdiri atau gantinya
bagi yang uzur.
9. Semua hurufnya dapat didengar oleh diri
sendiri.
10.Kalimah-kalimahnya tidak diselangi oleh zikir
yang ajnabi yang tiada hubungan dengan
solat.
11.Membaca semua ayatnya termasuk ‫بــــمـ لاــهـ‬
‫س‬
pada setiap rakaat, kecuali makmum masbuq.
5. RUKUK DAN TAMAKNINAH
Rukuk ialah sekurang-kurangnya membongkokkan
belakang hingga kedua tangan terletak di atas dua
lutut serta tamakninah (berhenti sekejap) sekadar
membaca subhanallah.
Caranya – berehat sekejap sekadar dapat
membaca ‘subhanallah’ dan anggota berat
berhenti seketika.
Anggota berat ialah tangan termasuklah
pergelangan tangan, kepala dan kaki.
 sekiranya anggota berat masih bergerak masa
rukuk, tidak dinamakan tamakninah.
KESEMPURNAAN RUKUK DAN TAMAKNINAH
 letakkan dan tekankan kedua belah tangan di atas
kedua lutut
 bagi lelaki, renggangkan kedua-dua siku daripada
rusuknya
 wanita hendaklah merapatkan sikunya ke dada
 tundukkan kepala ke hadapan sehingga sama rata
dengan punggung
 pandangan hendaklah terarah ke tempat
sujud/tumit
 kemudian bacalah ‫سـبحان رـبـى لاــعـظيم وـبـحمـدـهـ‬
SYARAT RUKUK DAN TAMAKNINAH
1. Selepas sempurna Al-Fatihah (bagi yang
bukan masuq).
2. Tunduk ke hadapan sekira-kira sampai dua
tapak tangan ke lutut.
3. Tunduk dengan niat rukuk
4. Tamakninah (berhenti sekejap)

 Jika gugur salah satu syarat ini, solat tidak sah


6. IKTIDAL DAN TAMAKNINAH

Iktidal ialah perbuatan berdiri tegak


semula selepas bangun dari rukuk dan
tamakninah.
KESEMPURNAAN IKTIDAL DAN TAMAKNINAH
 angkat kedua belah tangan ke cuping telinga
(seperti takbiratul ihram) sambil
mengucapkan‫ك لاــحمـد‬ ‫ رـبـنا لـــ‬,‫منحـمـدـهـ‬
‫سـمـعـ لاــهـ لـــ‬
lelaki hendaklah merenggangkan kedua
tangannya hingga nampak lambung ketiak.
 perempuan pula hendaklah merapatkan
kedua tangannya ke dada (sama seperti
takbiratul ihram)

Takbir ini dikenali sebagai takbir intiqal.


SYARAT IKTIDAL DAN TAMAKNINAH
1. Dilakukan selepas sempurna rukuk.
2. Bangkit kembali seperti asal sebelum rukuk
(qiam)
3. Bangkit dengan niat iktidal.
4. Tamakninah (berhenti sekejap)
5. Tidak memanjangkan iktidal lebih dari kadar
membaca al-Fatihah.

Sekiranya gugur salah satu syarat ini, solat


tidak sah
7. SUJUD DAN TAMAKNINAH

Sujud ialah sekurang-kurangnya meletakkan dahi


ke atas tempat sujud dan dahi itu mestilah tidak
berlapik dengan sesuatu. Tetapi jika terpaksa
seperti membalut luka di dahi dan sebagainya,
maka tidak perlu dibuka balutan itu.
KESEMPURNAAN SUJUD DAN TAMAKNINAH
 letakkan kedua-dua lutut di atas sejadah
 kemudian letakkan kedua-dua tapak tangan di atas
sejadah, sekira-kira sama tentang dengan bahu. Anak- anak
jari dirapatkan dan merenggangkan kedua paha dari perut.
(turunkan tangan dahulu, bukannya kepala dahulu)
 perempuan hendaklah merapatkan kedua paha ke perut.
 letakkan dahi di atas sejadah di antara dua tangan
 merenggangkan kedua-dua siku dari lambung ketiak
(perempuan hendaklah merapatkannya)
 kemudian membaca tasbih ‫سـبحان رـبـى اـألعلى وـبـحمدهـ‬
Pastikan semasa sujud, dahi dan hidung mencecah sejadah
 perempuan hendaklah merapatkan kedua
paha ke perut.
 letakkan dahi di atas sejadah di antara dua
tangan
 merenggangkan kedua-dua siku dari lambung
ketiak (perempuan hendaklah
merapatkannya)
 kemudian membaca tasbih

‫سبحان ربى األعلى وبحمده‬


Pastikan semasa sujud, dahi dan hidung
mencecah sejadah
SYARAT SUJUD
1. Dilakukan selepas sempurna iktidal.
2. Meletakkan 7 anggota ke tempat sujud.
i. perut anak jari dan tapak tangan
ii. Dua kaki (tapak kaki – jari-jari kaki)
iii. Dua lutut
iv. Dahi
3. Terbuka dahinya (tidak berlapik)
4. Ditekankan kepala ke tempat sujud
5. Melakukannya dengan niat sujud
6. Sujud di atas sesuatu yang
ditanggungnya – bergerak dengan
geraknya
7. Meninggikan punggung dari
kepala
8. Tamakninah

Sekiranya gugur salah satu syarat ini,


solat tidak sah
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Perbuatan mengangkat kepala dari sujud dan


duduk (antara sujud pertama dan kedua).

Sekiranya mengangkat kepala untuk mengelak


daripada binatang berbahaya, hendaklah kembali
sujud semula.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD (DUDUK
IFTIRASHY)
Duduk Iftirashy
KESEMPURNAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD
 hendaklah dilakukan secara duduk iftirasy, iaitu
melipat kaki kiri dan dijadikan tempat duduk,
sementara tapak kaki kanan ditegakkan lurus dan
anak-anak jari dihadapkan ke kiblat, manakala
perut ibu jari ditegakkan.
 kedua-dua belah tapak tangan hendaklah
diletakkan di atas kedua-dua paha berhampiran
dengan lutut, tidak melampauinya.
 anak-anak jari diluruskan mengadap kiblat
 baca ‫ى وـارحـمنى واـجـبرـنـىوـارفـعـنى وـارزـقـنى واــهـدنـى‬
‫رـباـغـفـر لـــ‬
‫وـعـافـنى واـعـفعـنى‬
SYARAT DUDUK ANTARA DUA SUJUD
1. Dilakukan selepas sempurna sujud pertama
2. Tidak diniatkan bangkit itu selain untuk duduk
antara dua sujud
3. Membetulkan duduknya sekadar mampu
4. Tamakninah
5. Tidak memanjangkannya lebih dari kadar masa
sekurang-kurangnya tahiyyat.

Sekiranya gugur salah satu syarat ini, solat tidak


sah
9. DUDUK TAHIYYAT AKHIR
Perbuatan duduk untuk tahiyyat yang
terakhir sebelum salam

DUDUK TAWARRUK
KESEMPURNAAN DUDUK TAHIYYAT AKHIR
 duduk tahiyyat akhir hendaklah dilakukan
secara tawarruk iaitu meletakkan kedudukan
punggung kesebelah kiri di atas lantai.
 masukkan kaki kiri ke bawah kaki kanan
sambil menegakkan tapak kaki kanan dan
melipatkan ibu jari kaki serta menghadapkan
anak-anak jari ke arah kiblat
 setelah sempurna duduk secara tawarruk,
bacalah bacaan tahiyyat akhir/tasyahud akhir.
SYARAT DUDUK TAHIYYAT AKHIR

1. Dilakukan selepas sempurna sujud akhir.


2. Tidak diniatkan bangkit itu untuk perbuatan
lain selain dari untuk duduk tahiyyat kedua
(akhir)
3. Membetulkan duduk sekadar mampu.
‫‪10. MEMBACA TAHIYYAT AKHIR‬‬

‫‪Iaitu membaca:‬‬
‫التـحيات المباركات الصلوات الطيبات لله‪ .‬السالم عـليك أيهـا‬
‫‪.‬النبى ورحـمة الله وبركاته‪ .‬السالم عـلينا وعـلى عـباد الله الصالحـين‬
‫‪.‬أشـهـد أن ال إله إال الله وأشـهـد أن محـمـدا رسول الله‬

‫‪ hendaklah‬أـشـهـد أـنالــ لإــهـ إـال لاــهـ ‪Semasa membaca‬‬


‫‪meluruskan jari telunjuk kanan.‬‬
‫‪Kemudian bacalah selawat ke atas Nabi‬‬
‫‪Muhammad s.a.w.‬‬
KESEMPURNAAN MEMBACA TAHIYYAT AKHIR

 dibaca setelah duduk secara tawarruk


 apabila membaca ‫أـشـهـد أـنالــ لإــهـ إـال لاــهـ‬
hendaklah meluruskan jari telunjuk kanan.
SYARAT MEMBACA TAHIYYAT AKHIR

1. Tidak gugur huruf-hurufnya


2. Tidak gugur tasydidnya
3. Tidak bertukar huruf-hurufnya
4. Tidak ada kesilapan sebutan yang mengubah
maknanya
5. Dapat didengar oleh diri sendiri
6. Dibaca dalam Bahasa Arab
7. Mualat segala kalimahnya
8. Dibaca dalam keadaan duduk.
11. SELAWAT

Iaitu mengucapkan selawat dan


salam yang sempurna ke atas
Nabi Muhammad s.a.w. dan
keluarga baginda.
SYARAT MEMBACA SELAWAT

1. Dibaca dalam Bahasa Arab


2. Dengan lafaz Muhammad s.a.w
3. Memadai dengan ‘RasulNya’ atau ‘Nabi’
4. Dapat didengar oleh diri sendiri

Sekiranya gugur salah satu syarat ini, solat tidak


sah
12. MEMBERI SALAM

Iaitu memalingkan muka


ke kanan sekadar nampak
bahu kanan sambil
mengucapkan salam yang
pertama.

Kemudian berpaling ke
kiri sambil mengucapkan
salam yang kedua (sunat).
KESEMPURNAAN MEMBERI SALAM
 lepaskan genggaman tangan kanan dan
meluruskannya ke atas paha
 palingkan muka ke kanan sekadar
nampak bahu kanan sambil mengucapkan:

‫السالم عـليكم ورحـمة الله وبركاته‬


 setelah sempurna mengucapkan salam
yang pertama, palingkan muka ke kiri
sekadar nampak bahu kiri sambil
mengucapkan salam yang kedua (sunat)
SYARAT MEMBERI SALAM

1. Dalam Bahasa Arab


2. Dita’rifkan dengan‫اـل‬
3. Dengan kaf khitab‫خطاب‬
( ‫) كـاف‬
4. Dengan mim jamak (‫)عـلي كمـ‬
5. Semua hurufnya dapat didengar oleh diri sendiri
6. Berturut-turut segala kalimahnya
7. Tiada niat lain selain daripada salam
8. Dibaca ketika duduk (atau gantinya)
9. Dalam keadaan mengadap kiblat dari awal hingga akhir
10. Tidak menambah huruf/kalimah yang boleh mengubah
maknanya
11. Tidak mengurangkan huruf/kalimah yang boleh mengubah
maknanya
13. TERTIB

Iaitu mendahulukan apa yang dahulu


dan kemudiankan apa yang
kemudian
BAHAGIAN-BAHAGIAN RUKUN SOLAT

1. Rukun fi’li – pergerakan anggota


2. Rukun qauli – bacaan
3. Rukun qalbi – hati
RUKUN FI’LI – PERGERAKAN ANGGOTA

1. Berdiri tegak
2. Rukuk
3. Iktidal
4. Sujud
5. Duduk antara dua sujud
6. Duduk tahiyyat akhir
RUKUN QAULI – BACAAN
1. Membaca takbiratul ihram
2. Membaca al-Fatihah
3. Selawat ke atas Nabi s.a.w.
4. Bacaan tahiyyat akhir
5. Salam yang pertama
RUKUN QALBI – HATI

1. Niat
2. Tertib
SUNAT AB’ADH
1. Membaca tahiyyat awal
2. Selawat ke atas Nabi dalam tahiyyat awal
3. Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyyat awal
4. Duduk membaca tahiyyat awal
5. Membaca qunut
6. Salam ke atas Nabi dan keluarga serta sahabat
dalam qunut
7. Berdiri membaca qunut

Jika tertinggal salah satu sunat ab’adh, diwajibkan sujud


sahwi.
MAKSUD DOA QUNUT:

“Ya Allah! Tunjukilah daku sebagaimana orang-orang yang


telah Dikau berikan hidayah. Sejahterakanlah daku
sebagaimana orang yang telah Dikau sejahterakan.
Muliakanlah daku sebagaimana orang-orang yang telah Dikau
muliakan. Berkatilah segala yang telah Dikau kurniakan
kepadaku. Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang
telah Dikau tetapkan. Sesungguhnya Dikau Yang Maha
Menentukan dan tiada seorang jua pun yang dapat merubah
ketetapan-Mu. Sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang
Dikau muliakan dan tidak mulia orang yang Dikau musuhi.
Demi berkat-Mu, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Dikau!
 Hanya bagi-Mu segala pujian atas apa-apa yang Dikau
tetapkan. Daku memohon ampun kepada-Mu dan daku
bertaubat kepada-Mu. Semoga Allah merahmati Muhammad,
Nabi yang Ummi dan atas keluarga dan sahabat Baginda
kesejahteraan.“
SUNAT HAI’AH

1. Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram,


rukuk, iktidal dan berdiri dari tahiyyat awal.
2. Meletakkan tangan kanan di atas
pergelangan tangan kiri
3. Memandang ke tempat sujud, kecuali waktu
menyebut ‫ أـشـهـد أـنالــ لإــهـ إـال لاــهـ‬hendaklah
memandang jari telunjuk
4. Membaca doa iftitah
5. Membaca ‫بــــهـ‬
‫لاــ‬ ‫ أـعـوذ‬sebelum al-Fatihah
ُ ‫ إِنِّي َو َّج ْه‬. ً‫ص ْيال‬
‫ت‬ ِ َ‫ان هللا بُ ْك َرةً َوأ‬ َ ‫هللَا أَ ْكبَر َكبِ ْي ًرا َو‬
َ ‫الح ْم ُدهَّلِل ِ َكثِ ْي ًرا َو ُس ْب َح‬
‫ض َحنِ ْيفًا ُم ْسلِ ًما َو َما أَنَا ِم َن‬ َ ْ‫ت َواألَر‬ ِ ‫َوجْ ِه َي لِلَّ ِذيْ فَطَ َر ال َّس َم َوا‬
َ‫ب ال َعالَ ِميْن ال‬ ِّ ‫ي َو َم َماتِي هَّلِل ِ َر‬َ ‫صالَتِي َونُ ُس ِك ْي َو َمحْ يَا‬ َ ‫ إِ َّن‬. ‫ال ُم ْش ِر ِكيْن‬
.‫ت َوأَنَا ِم َن ال ُم ْسلِ ِميًن‬ ُ ‫ك أُ ِم ْر‬َ ِ‫ك لَهُ َوبِ َذل‬
َ ‫َش ِر ْي‬
“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji
bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah
sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku
menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit
dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan
bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik ,
sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku
hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya
kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan
orang Islam.”
6. Diam seketika sebelum dan selepas sesuatu
bacaan
7. Membaca ‘amin’ selepas al-Fatihah dengan nyaring
atau perlahan menurut masanya
8. Membaca sebarang ayat atau surah selepas al-
Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua
9. Memanjangkan ayat/surah dalam rakaat pertama
dari rakaat kedua
10.Menyaringkan bacaan dalam solat Subuh dan dua
rakaat pertama dalam solat Maghrib dan Isyak.
Begitu juga dalam solat Jumaat, Hari Raya, Tarawih
dan Witir.
11.Membaca takbir intiqal ketika berpindah dari
satu rukun yang lain, kecuali ketika hendak
iktidal.
12.Meletakkan tapak tangan di atas lutut ketika
rukuk
13.Menjarangkan jari-jari tangan serta
mengadapkannya ke arah kiblat
14.Membaca tasbih 3 kali sewaktu rukuk dan sujud
15.Meletakkan tangan sejajar dengan bahu ketika
sujud.
16.Menjarangkan kaki lebih kurang sejengkal ketika
berdiri
17.Membaca doa ‫ى‬ ‫ رـباـغـفـر لـــ‬hingga seterusnya ketika
duduk antara dua sujud
18.Duduk bersimpuh (iftirasy ‫ ) إـفـترـاـش‬kecuali pada
tahiyyat akhir
19.Duduk istirehat sebelum berdiri untuk rakaat kedua
20.Bertekan ditanah sewaktu hendak bangkit untuk
qiam
21.Memberi salam kedua (ke kiri)
22.Berpaling ke kiri sewaktu memberi salam kedua
SUJUD SAHWI
Sahwi ialah terlupa sesuatu di dalam
sembahyang.
Sujud sahwi adalah sebagai ganti dari
perbuatan atau perkara yang ditinggalkan.
Antara sebab sujud sahwi:
1. Tertinggal salah satu rukun solat
2. Tertinggal salah satu sunat ab’adh
3. Kurang bilangan rakaat solat (lupa/ragu-
ragu)
BACAAN SEMASA SUJUD SAHWI

Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa


Cara melakukan sujud sahwi
1. Dilakukan sebelum memberi salam.
2. Jika terlupa melakukannya dan teringat
semula selepas memberi salam, seseorang
itu boleh sujud sahwi dengan syarat:
i. masa antara ingat dengan salam tidak
terlalu lama
ii. Belum berkata-kata/bercakap lebih dari 3
perkataan
Peringatan:
Jika imam dalam solat jemaah terlupa sujud
sahwi, makmum boleh sujud sahwi setelah
imam memberi salam.

Walau bagaimanapun, jika tertinggal sujud


sahwi, ia tidak menjejaskan solat kerana
hukum melakukannya sunat.
‫‪SEKIAN‬‬
‫شـكـــــرا ‪ ،‬جـزاكم الله‬

Anda mungkin juga menyukai