Anda di halaman 1dari 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

GKK1043
KESIHATAN DIRI DAN KECERGASAN

TAJUK 2 : KECERGASAN

DEFINISI DAN KEPENTINGAN KECERGASAN


DEFINISI KECERGASAN
DEFINISI KECERGASAN
 Perkataan kecergasan atau fitness biasanya berkait
rapat dengan sukan.
 Kecergasan sebenarnya meliputi semua aspek iaitu
kecergasan jasmani, kecergasan emosi, kecergasan
rohani, dan kecergasan intelek.
 Kecergasan dikaitkan dengan sukan iaitu lebih
kepada kecergasan jasmani ataupun kecergasan
fizikal.
 Kecergasan boleh memfaktori kejayaan seseorang
dalam melakukan sesuatu aktiviti atau pertandingan
yang melibatkan fizikal.
KONSEP KECERGASAN
MENYELURUH
KONSEP KECERGASAN
MENYELURUH (TOTAL FITNESS)
 Menurut Haji Gapor Ahmad
 Kecergasan merupakan keupayaan dan kemampuan
seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna
 Melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan
sosiologikal.
 Digambarkan sebagai keupayaan menjalani
kehidupan yang sempurna dan keupayaan
memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang
terbaik.
 Merangkumi aspek fizikal, mental,emosi dan sosial.
 Setiap aspek mempunyai hubungan yang rapat
antara satu sama lain.
 Apabila salah satu daripada aspek tersebut
terjejas,makna aspek lain juga akan terjejas.
ASPEK KECERGASAN
ASPEK KECERGASAN

FIZIKAL MENTAL SOSIAL

EMOSI ROHANI
a. Kecergasan Fizikal
 keupayaan individu untuk berfungsi secara
berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja
fizikan harian dan menggunakan masa lapang
dengan lebih efektif disamping mempunyai lebihan
tenaga untuk tujuan kecemasan.

b. Kecergasan Mental
 keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan
maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup
seharian dan berfungsi secara optimal.
c. Kecergasan Sosial
 keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang
lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna
supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua
pihak yang terlibat dalam hubungan ini.

d. Kecergasan Emosi
 keupayaan individu menangani kehidupan seharian
serta perasaan sendiri secara membina, proaktif, dan
optimisk.
e. Kecergasan Rohani
 keupayaan individu untuk membentuk satu sistem
nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan seta
menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan
yang bermakna dan konstruktif.
Kepentingan Kecergasan Fizikal
 Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada
dua kategori dan elemen:
- Berlandaskan Kesihatan:
Melibatkan aspek fisiologi dan psikologi tertentu
dalam membantu melindungi kita dari masalah
kesihatan seperti penyakit kardiovaskular,
obesiti dan masalah mental-emosi.
- Berlandaskan Perlakuan Motor
Berlandaskan Kesihatan
 Daya Tahan Kardiovaskular
 Daya Tahan Otot
 Kekuatan Otot
 Fleksibiliti dan Kelenturan
 Komposisi Tubuh Badan
Daya Tahan Kardiovaskular
 Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke
otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan
kumuhan dari otot.

 Sistem Kardiovaskular:
- Jantung: mengepam darah melalui sistem
peredaran pulmonari dan sistemik
- Paru-paru: membekalkan oksigen ke dalam
darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari
darah.
- Rangkaian Arteri dan Vena: Arteri membawa
darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala
Vena membawa darah dari seluruh tubuh balik
ke jantung.
Daya Tahan Otot
 Keupayaan sesuatu otot / sekumpulan otot
melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam
jangka masa panjang.
- daya tahan otot statik
(kedudukan pegun)
- daya tahan otot dinamik
(bergerak)
Kekuatan Otot
 Kebolehan sesuatu otot / sekumpulan otot-otot
untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan
daya (kerja).
 Diukur berdasarkan daya maksimum yang
dihasilkan dari satu pergerakan atau pengucupan
otot yang spesifik.
 Kemampuan otot mengatasi beban atau
rintangan yang berat. Contoh: angkat berat, ujian
lompat jauh berdiri, mengangkat barang, dll.
Fleksibiliti & Kelenturan
 Keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan
pergerakan yang kemas dalam pergerakan yang
maksimum. Contoh:
- pergerakan kalistenik regangan.
Komposisi Tubuh Badan
 Terdiri daripada bahagian berlemak dan tanpa lemak.
- Endomorf: bentuk tubuh badan yang gempal
kerana banyak lemak yang terkumpul di bawah kulit
(angkat berat, membaling tukul besi, gusti).
- Mesomorf: mempunyai badan yang berotot, tegap
dan mempunyai rangka badan yang menarik (lari
jarak dekat, acara lompatan).
- Ektomorf: bentuk tubuh badan yang kurus dan
tinggi lampai kerana kurang tisu lemak di bawah
lapisan kulitnya. (pelari jarak jauh,bola keranjang).
- Obesiti / Kegemukan: Bersenam secara kerap dan
memakan makanan seimbang boleh mengatasi
masalah kegemukan.
Berlandaskan Perlakuan Motor
 Kelajuan
 Ketangkasan
 Kuasa Otot
 Imbangan
 Koordinasi
 Masa Tindak Balas
Kelajuan
 Kebolehan individu untuk bergerak secepat
mungkin dari suatu tempat ke suatu tempat
yang lain dalam masa yang singkat.
 Berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot
serta rangsangan yang diterima.
 Kelajuan individu berkait rapat dengan masa
tindak balas dan masa bergerak (Jarak
langkahan x kekerapan melangkah =
kelajuan)
Ketangkasan
 Kebolehan individu untuk menukar arah
dengan pantas semasa bergerak.
 Penting dalam menghadapi situasi kecemasan.
 Boleh dilatih melalui latihan bayangan.
Contoh: lari zig-zag dalam mengelecek
bola.
Koordinasi
 Keupayaan otot melakukan dan menyelaras
pergerakan yang kemas dan lancar dengan
melakukan latihan yang bersistematik.
- Contoh: menangkap bola, menahan
bola hoki, menyangga bola tampar,
melakukan rejaman tepat pada
sasarannya, memanah, dll.
Masa Tindak Balas
 Berlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima
rangsangan melalui sistem pendengaran atau
perasaan sehingga masa tindak balas dilakukan
dengan pantas.
Contoh: pelari 100 meter melakukan lariannya
dengan pantas sebaik sahaja dia mendengar
letupan pistol di permulaan perlumbaan.
Imbangan
 Kebolehan individu mengimbangkan badan
semasa dalam keadaan statik atau dinamik.
 Imbangan merupakan kesan kepada reaksi dan
kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan
apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang
menyokongnya diubah.
- Imbangan statik
- Imbangan dinamik
Kuasa
Koordinasi kekuatan otot dan kelajuan dan
kebolehan individu melakukan pergerakan
pantas yang kuat dalam jangka masa yang
singkat dengan kecekapan yang tinggi.
Contoh: melontar peluru, melempar cakera,
merejam lembing, dll.
KEPENTINGAN
KECERGASAN
KEPENTINGAN KECERGASAN
 Membantu dalam pembangunan sosial individu dan
menolong menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling dan masyarakat.
 Menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal
 Intrapersonal merupakan kebolehan untuk memahami
diri sendiri.
 Interpersonal merupakan keupayaan untuk memahami

dan berkomunikasi dengan orang lain.


 Dapat berfikir secara kritis.
 Membantu meningkatkan kefahaman,kejelasan dan
keupayaan untuk menggunakan matlumat secara
berkesan.
 Membuat pertimbangan yang lebih bijak dan berkesan
untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

 Membantu mengawal emosi


 Tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal
perasaan
 Berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan
perasaan.
 Merangsang individu berfikiran positif dan rasional
 Melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif
dalam menangani sebarang situasi.
 Membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat
dan meningkatkan daya kecerdasan.
 Menyihatkan tubuh badan dan menyingkirkan toksin.
 Meningkatkan stamina.
 Meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
 Mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik.
 Badan akan berfungsi dengan efisien apabila
menjalankan sebarang tugas atau aktiviti harian
disamping mempunyai tenaga untuk beriadah dan
mengatasi kecemasan.
SEKIAN,
TERIMA KASIH