Anda di halaman 1dari 22

KUDUP PERANG

RANGKAP 1
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
Maksud Rangkap 1:
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang
yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat
kezaliman dan menyimpan perasaan dendam.
Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur
kerana masih boleh menyelidik perkara lampau
walaupun dalam keadaan terkongkong sambil
mempersoalkan orang yang dikatakan sebagai
pahlawan.
RANGKAP 2:
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Maksud Rangkap 2:

Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini


tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara
mereka. Pelbagai kekeliruan tentang kepahlawanan
sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang
pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan
mencipta sejarah
Rangkap 3:
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
Maksud Rangkap 3:

Penyajak tidak mahu menyanjung Hang Tuah


sebagai pejuang yang paling gagah kerana
kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bahagi
terhadap istana tidak menjamin kedudukannya
apabila difitnah oleh musuhnya.
Rangkap 4:

Andai namamu Jebat, kita masih tidak


menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat
Maksud Rangkap 4:

Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai


pengkhianat kerana Jebat dilihat sebagai individu
yang berjuang untuk keadilan walaupun
mentimpan perasaan dendam.
Rangkap 5:
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada
tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
Maksud Rangkap 5:

Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh


dengan muslihat dan berita palsu yang
menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang
salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam
kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk
membangunkan negara amatlah sukar.
Rangkap 6:

Sehingga senja tiba,


kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya
Maksud Rangkap 6:

Penyajak masih berdebat tentang orang yang


dikatakan sebagai pahlawan yang
sebenarnya.
TEMA

Kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang


pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
Penyajak tercari-cari pemimpin yang berwibawa kerana
pemimpin yang zalim dan tidak jujur akan menybabkan
perkara buruk berlaku kepada masyarakat.
PERSOALAN
Persoalan sikap mementingkan diri pemimpin yang berkuasa
-Penyajak menyatakan pemimpin perang yang sedang berkuasa pada masa
ini terus membuat kezaliman sehinggakan tindakannya melahirkan perasaan
dendam

Persoalan ketokohan pejuang bangsa.


-Penyajak tidak menyanjung Hang Tuah sebagai pendekar yang gagah kerana
kesetiaan berlebihan terhadap raja.

Persoalan keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan


-Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan
sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau
bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati
kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Nilai dan Pengajaran
Nilai keadilan
Kita perlulah berusaha untuk mewujudkan keadilan
-Penyajak ingin keadilan ditegakkan dengan mengelakkan
peperangan dan seterusnya menentukan pahlawan yang sebenar.

Nilai Patriotisme
Kita hendaklah berjiwa patriotik agar keamanan dan
keharmonian negara terpelihara
-Penyajak amat mencintai tanah air dengan mengharapkan
manusia hidup berbaik-baik tanpa berlakunya peperangan.
Nilai keinsafan
Kita mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan
-Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang
menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan
keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah
sukar.

Nilai keberanian
Kita hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan
yang salah
-Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah
yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama
walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
SOALAN 1
• Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai sumbangan para
pahlawan yang mempertahankan negara? [3 markah]
Kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara
kerana :
-Mereka telah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
-Generasi kini dapat menikmati kehidupan yang damai hasil perjuangan para
pahlawan.
- Para pahalawan sanggup berkorban nyawa untuk berjuang mempertahankan
negara di medan pertempuran
- Para pahlawan ikhlas berjuang dan tidak mengharapkan balasan atas sumbangan
mereka.
SOALAN 2
Pahlawan yang banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu
disanjung. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan
oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan?
Cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati
jasa pahlawan adalah dengan:
- menganugerahkan pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan
sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka.
- menyambut Hari Pahlawan pada setiap tahun untuk mengenang jasa
mereka.
- menyediakan kediaman yang selesa kepada mereka yang telah bersara.
- memberikan bantuan dan sokongan kepada pahlawan negara yang masih
ada atau waris-waris mereka.
SOALAN 3
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati? [3
markah]
Pada pendapat saya, ciri-ciri seorang pahlawan sejati ialah
- Mempunyai semangat juang yang tinggi.
- mempunyai kemahiran dalam bidang pertempuran.
- sanggup berjuang bermati- matian untuk mempertahankan negara.
- tidak mudah gentar dan menyerah kalah kepada musuh.
Terima kasih!
Ahli kumpulan
-Claire,Audrey,Oscar