Anda di halaman 1dari 11

KUMPULAN 1 (5SAINS):

CORNELIUS WONG, FALLYCIA AVELLA,


LYNDORA JARA

CERPEN HIPERTENSI
ILLIAS ZAIDI
SINOPSIS
Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering
menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam
kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh
hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan
dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia
sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan
kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman
sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan
halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah
membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi
dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil
sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya
yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti
Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus
mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan
intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. 
Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman
teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika
di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara
ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri
kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada
khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk
mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan.
Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan
harapan ke hadrat Ilahi. Kemudian, dia terus
berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai
persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi
Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia
turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan
siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang
dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di
bulan dalam halusinasinya itu.
Aiman Aqil seorang genius
dan mempunyai minat yang TEMA
mendala dalam bidang sains  Keingina
angkasa. Dia membayangkan n yang
dirinya menjadi angkasawan tinggi
yang berlepas ke angkasa dalam
lepas menggunakan Kapal bidang
Soyuz dan membuat kajian sains
saintifik di Stesen angkasa
Antarabangsa Angkasa.
PERSOALAN
Persoalan keinsafan dalam diri
seseorang

• Aiman insaf apabila terdengar bisikan yang


menasihatinya supaya mendekatkan diri kepada
Tuhan.

Persoalan keazaman dan


kemahuan yang tinggi untuk
mencapai cita-cita
• Aiman Aqil mempunyai cita-cita yang tinggi untuk
menjadi seorang angkasawan. Dia banyak mengkaji
tentang angkasa lepas dan membayangkan dirinya
menaiki kapal angkasa ke bulan.
Nilai keinsafan
Kita haruslah insaf akan kesalahan
yang telah dilakukan
• Aiman insaf apabila terdengar bisikan yang
PENGAJARAN

menasihatinya supaya mendekatkan diri


NILAI DAN

kepada Tuhan.

Nilai ketegasan
Kita hendaklah tegas dalam
memberikan didikan kepada anak-
anak
• Bapa Aiman mengambil tindakan tegas
dengan merotan Aiman atas kesalahannya
yang membuat onar di dalam kelas.
LATAR

Dalam kelas
Latar Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu
tempat Faridah tentang Teori Graviti dan kaitannya
dengan alam sejagat

Waktu siang
Latar
Aiman belajar subjek Sains di dalam kelas pada
masa waktu siang.

Masyarakat remaja yang intar dan


Latar bercita-cita tinggi
masya
r-akat Aiman Aqil mempunyai cita-cita yang tinggi
untuk menjadi seorang angkasawan
Nyatakan kebaikan memiliki kemahiran dalam
bidang sains kepada negara.
• Dapat menyumbang dalam pembangunan negara.
• Dapat meningkatkan ekonomi negara dengan kepakaran
dalam mencipta sesuatu yang baharu.
• Negara tidak perlu mengambil tenaga mahir dari negara lain.
• Dapat melancarkan program pertukaran pelajar antara negara
dengan negara lain.

Hukuman rotan dikatakan mampu menyelesaikan


masalah disiplin anak-anak namun pendekatan ini
kurang popular dalam kalangan ibu bapa kerana
mereka mempunyai pendekatan pendekatan lain
yang boleh diambil. Nyatakan pendekatan tersebut.
•Sentiasa berdamping dan mesra dengan anak-anak.
•Memberikan didikan agama kepada anak-anak.
•Menasihati anak-anak dengan berbincang secara tenang.
•Mengawal tingkah laku anak-anak.