Anda di halaman 1dari 40

TERAPI SENI

Disediakan oleh:
Adilawati bt Abdullah
Hamizah bt Shamsul
Natiqah Masyhurah bt Alias
Pengenalan
 Terapi seni direka berlandaskan
kepercayaan bahawa proses melahirkan
kreativiti boleh mententeramkan jiwa
seseorang.
 Kebanyakan orang yang mengalami trauma
psikologi biasanya sukar meluahkan
perasaan melalui kata-kata.Ia lebih mudah
diluahkan melalui lakaran atau lukisan.
 Keadaan sama juga berlaku pada kanak-
kanak. Kanak-kanak, termasuk yang normal,
tidak pandai menunjukkan perasaan dengan
kata-kata dan biasanya mereka
menzahirkan gangguan emosi melalui
kelakuan.
 Melalui terapi seni, kanak-kanak boleh
meluahkan perasaan dan emosi dengan lebih
baik serta mudah.
Definisi terapi
- Terapi juga dikenali sebagai rawatan di
dalam bidang perubatan dimana pesakit
diberi rawatan ke atas masalah kesihatan
yang dialaminya sama ada fizikal ataupun
mental.
Definisi seni
-Seni adalah proses dan hasil dari pemilihan
saluran medium, untuk menyampaikan sama
ada kepercayaan, idea, rasa atau perasaan
dalam bentuk terbaik untuk saluran
tersebut.
- Merangkumi semua aktiviti dan hasil karya
manusia yang indah dan berseni (kreatif)
bagi semua kaum dan bangsa di dunia.
 Seni merupakan luahan kreativiti manusia
yang paling dikenali dan dianggap sebagai
keunggulan daya cipta manusia.
Maksud terapi seni

 Terapi seni adalah satu kaedah untuk


menggalakkan pesakit meluahkan perasaan
dan pemikiran mereka yang tidak boleh
dilahirkan dengan perkataan melalui seni,
terutamanya lukisan.
 Lukisan boleh menjadi cara untuk pesakit
berinteraksi dengan orang lain.
 Apa yang dilukis adalah luahan perasaan
pesakit.
 Tidak kira apa yang dilukis, semuanya ada
makna tertentu dan hanya pesakit yang
tahu makna karya mereka.
 Malah, satu garis lurus juga boleh
menceritakan perasaan pesakit yang
mungkin terganggu atau marah.
Kanak-kanak meluahkan perasaan melalui ekspresi seni

Sumber:
Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sumber:
Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Pandangan tokoh
“Proses melukis boleh dipersepsikan sebagai kesempatan
untuk ekspresi kendiri secara imaginatif, autentik dan
spontan, sesuatu pengalaman dalam tempoh masa yang
membawa pemulihan emosi, transformasi dan aktualisasi
kendiri. Proses kreatif ini bertujuan membawa
penambahbaikan kesihatan dan perkembangan
pengalaman.”
Malchiodi (2006)
“ Art therapy is based on the ideas that the creative
process of art making is healing and life enhancing
and is a form of nonverbal communication of
thoughts and feelings.”
American Art Theraphy Association (1996)
“ Art can be said to be- and can be used as- the externalized map of
our interior self.”
Peter London

“ Art is the meeting ground of the world inside and the world
outside”
Elinor Ulman
“ Art is a way of knowing what we actually
believe.”
Pat Allen
Kaedah pelaksanaan
 Terapi seni ini adalah berdasarkan pada
keyakinan bahawa proses-proses kreatif
seperti menggambar dan melukis boleh
menyembuhkan dan menguatkan
kehidupan.
 Bagi kanak-kanak khususnya, trauma
ataupun perasaan yang dialami adalah
sangat sukar untuk diungkapkan melalui
kata-kata.
 Oleh itu, terapi seni adalah sangat
berkesan untuk menggambarkan emosi
dan perasaan yang amat menyakitkan
jika diungkapkan melalui kata-kata.
 Dengan mengikuti terapi seni ini, kanak-
kanak akan diminta menggambarkan
dan mengeluarkan fikiran dan emosi
mereka melalui karya seni.
 Gambaran ini mungkin dalam bentuk
lukisan, gambar, seni pahat ataupun
bahan seni yang dicipta dari tanah liat.
 Selanjutnya, pakar terapi ataupun
kaunselor akan mengajak klien untuk
membincangkan karya yang dihasilkan.
 Malalui proses ini, klien akan diminta supaya
bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap
tentang segala emosi dan perasaan-perasaan
terpendam yang dihadapi olehnya.
 Kaunselor akan berusaha membantu klien
menyelesaikan masalah dan merungkai
kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan
interpretasi kaunselor terhadap gambaran
ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh
klien.
 Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya
menggali perasaannya serta menyelesaikan
masalah yang membelenggunya dengan cara
yang berkesan dan tidak menakutkan serta
menyakitkan dengan bantuan daripada
kaunselor.
 Kaunselor atau pakar terapi harus pandai
mengawal situasi terapi ini agar klien tidak
merasa tertekan atau merasa didesak untuk
meluahkan perasaan.
 Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara
ilmiah di mana sebuah kajian di University of
Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan
bahawa terapi ini boleh membantu mengatasi
gangguan mental.
 Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang
pengkaji mengikuti perkembangan 20 orang
pesakit yang menderita penyakit gangguan
mental akut dari Therapeutic Community of the
Northen Area of the Virgen de las Nieves
Hospital, Granada selama lebih dari setahun.
 Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah terapi
seni ini secara sukarela selama dua hari dalam
seminggu.
 Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi
lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani, Edvard
Munch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk
menambahkan pandangan mereka.
 Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk
menggambarkan keinginan terpendam, perasaan serta
emosi dari hati dan fikiran mereka.
 Selama proses ini berjalan menurut Perez,
pesakit-pesakit tersebut boleh mengungkapkan
serta meluahkan perasaan dan emosi mereka.
 Dengan itu, mereka boleh menghilangkan
perasaan yang tidak mereka ingini dan
menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang
sepatutnya dan diingini oleh mereka.
Contoh gambaran kanak-kanak mengenai Taufan
Katrina melalui kaedah terapi seni
Contoh gambaran kanak-kanak mengenai Tsunami
di Sri Lanka melalui kaedah terapi seni
Kelebihan terapi seni
 Penyembuhan peribadi dan meredakan stres.
- terapi seni boleh membantu kanak-kanak
memahami perasaan peribadi mereka dengan
mengenali dan mengatasi kemarahan, kesedihan
dan emosi-emosi lain. Ini sangat membantu
untuk mengatasi trauma yang dihadapi setelah
sesuatu kejadian yang dahsyat dan sebagainya.
Terapi ini boleh membantu menghidupkan
kembali semangat kanak-kanak.
 Pencapaian peribadi.
- mencipta sebuah karya seni boleh
meningkatkan konsep kendiri yang positif
serta membangunkan rasa percaya diri
dalam diri kanak-kanak. Ini akan
membuatkan mereka menghargai dan
mencintai diri sendiri.
 Menguatkan perasaan dalaman.
- terapi seni membenarkan kanak-kanak
mengekpresi apa yang berada dalam diri dan
fikiran mereka yang selama ini tidak mampu
diluahkan melalui kata-kata atau difahami oleh
orang lain. Melalui cara ini, kanak-kanak akan
boleh mengawal perasaan mereka dengan lebih
baik sekiranya berhadapan dengan situasi yang
serupa.
Kekurangan terapi seni
 Kaedah terapi seni ini memerlukan
kerjasama yang padu daripada klien
atau kanak-kanak kerana sekiranya
mereka malu atau enggan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui
hasil seni, sesi terapi tidak dapat
dijalankan dengan berkesan.
 Salah tanggapan atau salah interpretasi
daripada kaunselor mengenai lukisan atau
hasil seni kanak-kanak akan membawa
kepada kegagalan untuk menyelesaikan
masalah sebenar yang dihadapi oleh kanak-
kanak.
 Proses terapi seni ini perlu berterusan dan
mengambil masa yang lama untuk
menghasilkan penyembuhan yang mutlak.
Sekiranya tiada komitmen yang konsisten
daripada klien sepanjang tempoh terapi
tersebut, sesi terapi yang dirancang tidak
akan berjaya.
Cadangan
 Tidak menyatakan had waktu kepada kanak-
kanak untuk menyiapkan hasil seni mereka.
 Persoalan atau perbualan tidak terus menjurus
kepada masalah.
Contoh komen kaunselor yang baik :
“Saya boleh faham apa yang anda rasai
setelah saya melihat lukisan yang anda lukis ini”
 Sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga
dengan persepsi sebenar klien tentang
hasil seni yang dihasilkan. Mungkin
persepsi kaunselor dan klien adalah
berbeza terhadap hasil seni yang sama.
 Cadangan teknik terapi seni:
1. Mulakan dengan soalan dan arahan yang mudah
supaya klien selesa. Contoh:
- apakah hobi anda?
- lukis hari yang tidak akan kamu lupakan.
- lukis sesuatu yang membuatkan anda
tenang dan rasa selamat.
2. Memberi peluang kepada klien untuk menceritakan
masalah mereka tanpa mendesak mereka.
Tsunami Sri Lanka
Penutup
 Terapi seni digunakan sebagai rawatan dan
biasanya untuk meningkatkan tahap emosi
atau mental seseorang pesakit. Namun ia
bukan sahaja boleh digunakan sebagai
rawatan malah boleh digunakan untuk
mengurangkan stress atau digunakan untuk
mengenal diri (self-discovery).
 Terapi seni adalah penting untuk membantu
masyarakat yang mengalami kemurungan, malu,
trauma atau mereka yang mengalami saat-saat
sukar dalam situasi sosial.
 Selain itu, terapi seni juga dapat membantu
masyarakat meningkatkan tahap mental, emosi
dan fizikal. Ini akan meningkatkan kualiti
kehidupan seseorang.
 Terapi seni adalah pendekatan “psycho-
educational therapeutic” atau pendekatan
seni yang boleh digunakan melalui pelbagai
medium atau cara yang memberi peluang
kepada klien pelbagai cara untuk
meluahkan perasaan mereka. Cara ini
mungkin tidak dapat dipraktikkan dalam
kelas seni biasa.
“Nothing you do for children is ever wasted. They seem not
to notice us, hovering, averting our eyes; and they seldom
offer thanks, but what we do for them is never wasted.”
Garrison Keillor
SEKIAN